Ucapan takziah kepada keluarga empat mangsa yang terkorban berasa dukacita atas kejadian malang yang menimpa ribuan penduduk yang masih terperangkap akibat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa jam 4 pagi semalam.
Dalam kejadian itu empat yang terkorban antaranya dikenali sebagai sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, Dr N. Yogeswari, 40 dan Eng Yee Peng, 30,Pembantu rumah dikenali Su.
|PerakExpress.com|Manusia ini angkuh dan sering cakap tak serupa bikin. Bila terjadi malapetaka, ramai yang mengeluh. Ada yang salahkan takdir. Ramai jadi penonton pasif. Ramai jadi penyibuk. Malapetaka menjadi “promo” dan “headline news”. Bila jumpa kawan ia jadi “conversational piece”. Kita melihat tayangan malapelata ketika makan malam bersama keluarga, ketika santai dan ketika sembang-sembang kosong. Apakah yang dirasa oleh mereka yang ditimpa malapetaka? Apakah yang kita rasa? Anda yakin apa yang berlaku kepada mereka tidak akan berlaku kepada kita?
Sesungguhnya peristiwa ini amat menyedihkan aku.
Tahukah?
Bila malapetaka singgah hari ini;
Esok, lusa, minggu depan, tahun depan atau bila-bila masa dia akan singgah lagi.
Jangan salahkan Tuhan;
Jangan salahkan alam.
Malapetaka bukan tetamu yang tidak diundang.
Kita sedia alurnya;
Kita papar ruangnya;
Kita rintis jalannya;
Kita buka pintunya…
Ada pokok - tebang;
Ada hutan - bakar;
Ada bukit - tarah;
Ada sungai - kambus;
Ada pasir - punggah;
Ada orang miskin - halau.
Jika malapetaka ini bencana alam, pasti manusialah petakanya - bencana kepada alam.
Kerana kita yang ada kuasa…
Nak tebang pokok?
Nak bakar hutan?
Nak tarah bukit?
Nak kambus sungai?
Nak punggah pasir?
Nak halau orang miskin?
Nak undang malapetaka?
Jika malapetaka pernah singgah, dia akan singgah lagi;
Dan singgah lagi meranapkan segala yang kita cinta.
Antara kuasa manusia dan sebuah bumi;
Bila bumi bertindak, kita tiada kuasa lagi;
Tiada jalan pulang, tiada daya kembali;
Tidak boleh berpatah balik.
Hendak kemana kita bila bumi telah tiada?
Sampai bila baru kita insaf?
Dulu malapetaka berlaku di Highland Towers. Hari ini di Bukit Antarabangsa. Ia bukan satu kebetulan. Kajian sains menyatakan malapetaka memiliki ciri tetap. Ia akan berulang jika terdapat kondisi yang sama. Oleh sebab itu, manusia yang arif dapat menjangka sama ada malapetaka boleh berlaku atau akan berlaku. Jadi, jika kita sajikan kondisi yang sama di tempat lainpun, malapetaka pasti datang. Risiko yang ditanggung penghuni tetap sama. Malapetaka mengajar manusia supaya sentiasa meletakkan sempadan pada semua keburukannya (kemusnahan nyawa, hartabenda dan alam sekitar).
Tolong jangan salahkan hujan.
0 Comments:
Post a Comment