Sunday, June 26, 2011

Doa doa Keselamatan

Tuesday, June 21, 2011

Perbelanjaan Terlampau Kabinet 1M


WarkahDaily – Negara kaya mana di dunia yang berbelanja semewah negara pimpinan Najib Razak yang dilaporkan telah memperuntukkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion walaupun kerajaan baru sahaja membentangkan belanjawan asal RM162.8 bilion yang baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

Kenapa perlu kepada perbelanjaan tambahan RM13.2 bilion sedangkan kerajaan baru sahaja membentang belanjawan sebanyak RM162.8 bilion

Kabinet 1Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semakin tenat kerana Sindrom Membazir, Menyalahguna Kuasa dan Celupar sehingga membuatkan rakyat Malaysia menjadi batu asah pisau belati untuk memudahkan rakyat menyembelih BN pada pilihanraya umum akan datang. Keceluparan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim mencabar ‘Blogger’ berperang menyebabkan lebih 198 laman web tempatan, termasuk portal rasmi kerajaan diserang para penggodam.


Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan untuk menyediakan pertahanan dan memperbaiki laman web yang digodam, tidak termasuk kerugian akibat kehilangan pelanggan atau pelancong. Siapa yang mahu bertanggung jawab? Serangan pertama para penggodam ini hanya olok-olok untuk menguji ketahanan sistem multimedia dan ICT kerajaan.

Bagaimana jika dibuat dalam skala yang besar dan dengan kerjasama penggodam bertaraf dunia? Selain Rais, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mungkin menyebabkan Malaysia kehilangan pelaburan bernilai RM5 Billion di Sudan hanya kerana membuat kenyataan liar membantah kehadiran pemimpin Sudah di Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).

Sekalipun Nazri dikhabarkan meminta maaf secara terbuka kepada Kabinet Malaysia, namun sudah terlewat kerana Sudan sudah menarik diri daripada LID dan Petronas bakal kehilangan kontrak mencarigali di Sudan yang sudah ditawarkan sebelum ini, kerana dikhuatiri kontrak berkenaan ditawarkan kepada Negara China.

Manakala Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula menyalahguna kuasa melantik Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Nong Chik tahu bahawa Yusof mempunyai kepentingan peribadi kerana beliau berhutang RM4 juta dengan Perbadanan Labuan dan RM8 juta daripada Sabah Development Bank serta mempunyai rekod buruk apabila syarikat miliknya, Labindo Engineering Sdn.Bhd dan syarikat anaknya, Utara Kita Sdn.Bhd gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan.

Begitu juga dengan Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen yang berbangga dan tidak merasa bersalah membelanjakan lebih RM250,000 daripada peruntukan asal RM1.8 juta untuk membina laman Facebook bagi mempromosi pelancongan; sedangkan Facebook boleh didapati secara PERCUMA!

Tidak dinafikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal paling banyak menimbulkan masalah di Sabah kerana menganggap wang kerajaan sebagai wangnya dengan memfaraidkan semua peruntukan pembangunan sesama kroninya melalui kontrak runding terus dengan kos yang berlipat kali ganda.

Rakyat Sabah marah kerana Shafie gagal memastikan projek NKRA mencapai matlamat di Sabah, terutama meningkatkan prasarana seperti menaiktaraf Jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air di luar bandar. Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkily; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas; dan kesemua menteri kabinet lain, termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pelbagai penyakit tenat termasuk isu GSTT, pencemaran alam sekitar, plagiarism hak cipta, penggunaan bateri asid plumbum yang berbahaya dan isu PATI yang semakin berleluasa.

Sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar, saya sudah letih dan bosan menegur kerajaan terutama menteri Kabinet, tetapi ternyata mereka sudah rosak akhlak dan tidak pandai malu menghadapi pengundi setiap kali pilihanraya berlaku, apatah lagi pengundi disodorkan dengan calon yang setaraf dengan ‘pencacai najis’ di zaman P Ramlee yang membidas Alif Mim Nun Wau sebagai SARKAS!/Sabahkini

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Jika ada nilai baik darinya ambillah dan jika terdapat nilai yang merosakkan, jadikanlah sempadan dalam melayari bahtera kehidupan...

Elakan Mengadap Komputer lebih 5 Jam Sehari..Kenapa?

Sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis.

Sunday, June 12, 2011

Ku Li -dahulukan Rakyat!


GUA MUSANG 11 JUN : Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini, semalam .

Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

“Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.

Aha... ini satu cadangan daripada orang UMporNO yang ada akai yang cerdik sikit. Satu cadangan yang betul-betul mendahulukan rakyat. Yeehaaahhh!!! Baik punyer cadangan. Tetapi... aku sangsi ya amat, samada kerajaan Najib berani buat atau tidak. Aku amat pasti... mereka tak berani laksanakan. Nak mampooss???

Kalau tembelang mereka pecah.... jatuh telentang kerajaan 1Malaysia Najib. Bungkus beb!!

Petronas untung RM241 bilion-Rakyat Sepatut Merasainya Juga


KUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

Saturday, June 11, 2011

Perhimpunan Bersih 2


Terdapat usaha pihak tertentu yang ingin menghalang perhimpunan Bersih 2 yang diadakan pada 9 Julai ini. Langkah pertama mereka ialah membuat laporan Polis supaya tindakan awal di ambil bagi menggagalkan perhimpunan tersebut.

Ada dijangkakan bahawa usaha-usaha terancang akan digerakkan menggunakan semua pihak termasuk jabatan kerajaan. Bagi mereka perhimpunan itu amat bahaya kepada BN kerana ianya boleh membangkitkan semangat rakyat menuntut pilihanraya bersih dan telus.

Pihak-pihak terbabit hampir pasti akan menggunakan pelbagai kaedah samada ugutan ataupun kekerasan. Matlamat mereka jikapun perhimpunan itu tidak dapat dihalang sekurang-kurangnya bilangan rakyat yang berhimpun tidak ramai sudah memadai. Ini kerana mereka sudah pasti mahu perhimpunan dihadiri oleh sebilangan kecil rakyat, kalau boleh tidak sampai 10,000 orang.

Saya pasti semangat rakyat berkobar-kobar untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan dan SPR. Mereka mahukan pilihanraya yang telus dan adil. Sejak akhir-akhir ini imej SPR semakin terus di mana aduan di mana pendatang-pendatang asing diberikan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi. Isu ini bukan sekadar isu pilihanraya tetapi juga melibatkan keselamatan negara di mana kerakyatan dan diberikan sewenang-wenangnya kepada pendatang asing. Mereka sanggup menggadaikan maruah dan keselamatan negara semata-mata kerana tamak dan gila kuasa.

blogger templates | Make Money Online