Saturday, December 4, 2010

Naik Lagi....5 dalam 1


Satu Malaysia ditipu dan diseksa oleh kerajaan BN dan UMNO, Rakyat sekali lagi dibebankan kenaikkan harga bahan bakar, gas memasak, gula dan keperluan harian yang lain.

Menteri yang jaga harga gula, minyak dan pengguna hanya sekadar tugas membuat pengumuman kenaikkan harga barang. Harga gas memasak satu tong biasa akan mencecah harga runcit RM35 hingga RM45.

Menyambut tahun 2011 semua barang keperluan harian naik melambung. Satu Malaysia akan merasainya "kenikmatan kerajaan BN dan UMNO" .

Harga petrol RON95 naik 5 sen (harga runcit RM1.90). dan RON97 naik 15 sen (harga runcit RM2.30. Harga diesel naik 5 sen menjadi RM1.80. Begitu juga gas harga runcit RM1.90. Harga gula naik 20 sen menjadi RM2.10. Dan semua harga barang turut naik sejajar kenaikakan harga petrol dan diesel.

Sekali lagi rakyat yang tidak bergaji tetap dan rakyat yang bergaji tetap ditipu secara terang dengan motto " Rakyat didahulukan Pencapaian diutamalan."

Mengapa gula naik, mengapa minyak naik, dan segalanya naik??

Kerana Kementerian Kewangan berbelanja terlalu boros sehingga perbendaraan negara semakin susut dan mengakibatkan pelarasan subsidi gula, gas petroleum cecair (LPG) dan petrol RON 95 serta diesel.

Kerana mungkin juga ia dinaikkan kerana kerajaan UMNO BN terdesak untuk mendapatkan dana bagi menghadapi PRU13 nanti. Maka cara ini logistik dengan menaikkan harga beberapa barang komoditi (menggunakan alasan selaraskan subsidi dan mengukuhkan fiskal negara)

Inilah bahananya menyokong UMNO Barisan Nasional. Hakikatnya, selagi UMNO perintah, selagi itulah semuanya akan naik~!Syabas kepada Najib dan BN.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Saturday, November 20, 2010

Malaysia BOleH!

Seorang penjenayah siber Malaysia, Lin Mun Poo, 32 tahun dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri lebih 400 000 nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Fuh! hebatlah. Cemerlang dengan kerjanya, bukan calang-calang orang boleh berbuat begitu. Satu sejarah juga untuk Malaysia. Malaysia di persada dunia. Malaysia akan jadi terkenal juga dengan adanya penjenayah yang berkemampuan sebegini. Eh! Najib bangga tak? Anak Malaysia dah mampu mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Sayang, tak diberitahu keuntungan yang diperolehinya melalui jenayahnya. Adakah dia hanya sekadar suka-suka menunjukkan kemampuannya.
"Malaysian hacked into US Fed: prosecutors
AFP - Friday, November 19

NEW YORK (AFP) - – A sophisticated Malaysian cyber bandit hacked into the US Federal Reserve's computers and also stole nearly half a million credit and debit card numbers, US prosecutors in New York said.

Lin Mun Poo, a Malaysian resident and citizen, was arrested on October 21 soon after entering the United States and was indicted by grand jury Thursday, the US attorney's office in Brooklyn said.

He allegedly hacked into the Cleveland, Ohio branch of the Fed, the US central bank, and in separate attacks also stole more than 400,000 card numbers, as well as breaching the defenses of numerous other systems.

Poo, who is being held in pre-trial detention, "made a career of compromising computer servers belonging to financial institutions, defense contractors, and major corporations, among others, and selling or trading the information," the US attorney's office said.

The US Secret Service arrested the 32-year-old a few hours after he flew to John F. Kennedy International Airport in New York.

"Secret Service agents seized his heavily encrypted laptop computer, which contained a massive quantity of financial account data and personal identifying information that he had allegedly obtained by hacking," the prosecutor's office said."

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha 2010



Di kesempatan ini, saya serta ahli keluarga fuadhashim ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia,saat mulia dalam Islam iaitu AidilAdha! Semoga semua usaha kita selama ini diberkati Allah hendakNya.

Perbanyakaan bertakbir, bertasbih, bertahmid diatas sehingga solat Asar raya yang keempat,tidak seperti raya aidil fitri hanya satu hari sahaja..itulah kelebihan raya korban yang sepatutnya kita raikan hari yang mulia ini untuk bersama-sama semua saudara-mara demi ukhwah bersama.Apa pun pengorbanan yang dibuat biarlah memenuhi syariat Allah.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan, ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA

Saturday, October 2, 2010

'Ikut apa yang aku cakap jangan ikut apa yang aku buat' - Kasihan, Melayu Miskin dan Bodoh!




Kadang - kadang bila terlihatkan benda - benda macam ni kita pun boleh terfikir kenapa begitu susah jadi orang melayu ni. Segala benda mesti di kelentong dan segala hal "mesti" ikut kelentong .Bila jadi melayu kena ikut kata UMNO,bila jadi melayu kena ikut kelentong UMNO.Cukup kesian kita bila lihat melayu menjadi sebegini rupa bukan bukan kerana miskin harta tapi terlalu miskin "minda" nya.

Dalam program - program TV3 suku yang yang sering di laporkan juga adalah mengenai kemiskinan orang melayu,kedaifan orang melayu yang sering akan kita ambil simpati akan keadaan itu.Kadang kala kita terfikir mengapa melayu?

Keruntuhan Moral seperti Buang anak,Seks bebas,Sumbang mahram dan penagihan dadah yang banyak di "highlight" kan adalah datangnya dari orang melayu sedangkan bangsa - bangsa lain seperti Cina dan India agak kurang di babitkan dengan Kes - kes Ini tapi mengapa melayu?

Esok kita akan tonton lagi episod - episod "kedaifan" melayu ini di kaca - kaca TV milik Media tukang - tukang canang UMNO dan Barisan Nasional hampir keseluruhannya di paparkan tentang kemiskinan orang melayu.

Hari demi hari ada yang tertanya - tanya mengapa melayu miskin?

Tetapi pada hari ni jelas di depan mata akhirnya terserlah jawapan mengapa melayu itu terus miskin,Melayu miskin bukan kerana Kerajaan tak bantu tapi melayu miskin kerana fikrah dan pemikirannya di relakan untuk terus bergelumang dalam pembodohan.

Pernah di ungkapkan oleh Usman Awang yang melayu itu setia tanpa sempadan biarpun terpaksa setia kepada pembodohan yang tidak bersempadan.Kesian melayu! Pemikiran bangsa telah di "bonsai"kan selama 52 tahun UMNO mencengkam kan kuku regimnya.

Kasihan makcik - makcik tua,yang dah tak larat mengangkat kerusi atau meja lebih rela membiarkan perut mereka kosong semata - mata mahu menumpahkan taat setia kepada UMNO.Mungkin bila dah tua sebegini otak yang beku dan likat amat sukar unuk berfikir.

Kalau dahulu bila susah minta tolong dengan masyarakat,merayu bantuan pada kerajaaan,tapi hari ini hanya kerana di kelentongkan sanggup mereka pulangkan semula bantuan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib mereka.

Kalau dahulu mereka kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meminggirkan orang melayu tetapi hari ni di Pinang Pinang, siapa yang paling ramai dapat peluang - peluang perniagaan hasil dari amalan pemberian kontrak dan tender secara terbuka? yang pasti nya orang melayu!

Dan hari ini wang bantuan yang di salurkan pada Orang Melayu kini di kaitkan pula dengan hasil judi.Oleh kerana itu wang itu di pulangkan semula,agaknya di manakah letaknya pemikiran orang melayu sampai sebegitu sekali ianya di bodohkan.

Selama ini sumber - sumber keuntungan negara dari Syarikat genting highland yang membayar cukai pada kerajaan malaysia dengan hasil perniagaan CASINO.Syarikat Magnum pula di sertai oleh beberapa orang penting dalam politik melayu.Vincent Tan pula adalah tauke judi yang terkenal turut menjadi aset kerajaan UMNO yang paling berguna.

Tapi tak berapa bulan yang lalu di kala Piala Dunia Afrika membuka tirai gelanggang buat seluruh jaguh Dunia Manakala KerajaanUMNO dan Barisan Nasional menjadi jaguh dan juara dalam memberikan lesen Judi piala dunia kepada sahabat judinya iaitu Vincent Tan.

Manakala Vincent Tan pula tanpa segan silu pula mengakui yang dia akan mendermakan Wang hasil judi itu kepada Badan - badan kebajikan namun tak kedengaran atau terlihat akan kita yang orang melayu akan keluar beramai - ramai dan memulang wang bantuan kebajikan masyarakat kerana di situ jelas mereka saksikan wang itu adalah hasil dari cukai yang di pungut dari perniagaan Judi Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Masih lagi teringat kira - kira 3 tahun lepas setelah Barisan Alternatif dan selepas itu di kenali sebagai pakatan rakyat berjaya menakluki Selangor.Sebaik sahaja memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri selangor terus umumkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri selangor.

Tak hairan lah sampai ke tahap itu pun ada orang melayu yang masih enggan menerima air percuma pemberian kerajaan.Tapi andai difikir - fikirkan keadaan dan fikrah pemikiran melayu yang lama ini akan terbit lah rasa Kasihan...Kasihan bukan kerana melayu itu Miskin tapi Kasihan kerana Melayu itu Bodoh.

Di Laporkan Oleh LeeSlimShady

Sunday, September 19, 2010

Bebanan Kad Kedit


Lebaran telah pun berlalu.Berapa perbelanjaan semasa meyambut aidilfitri lepas?.Tanpa disedari samada tunai atau menggunakan kad kredit dan ada yang mengira berapa lama lagi menunggu hari gaji yang berikutnya.

Sudah lama kita menggunakan kad kredit namun pelbagai caj yang dikenakan tidak kita sedari atau sengaja kita menutup mata kerana sudah terjebak dengan "Along Berlesen" ni, mahu atau tidak terima sahajalah. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan kad kredit ini moga dapat berhati-hati dan dan mengambil langkah yang boleh menyelamatkan masa depannya dari terjebak lebih mendalam dan merugikannya.

Mengimbas tulisan Utz. Zaharuddin (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM), yang menamakan kad kredit itu sebagai ‘kad nafsu’ berikutan ciri di dalamnya langsung tidak menepati kehendak Islam, di mana ia menggalakkan orang ramai berbelanja lebih daripada kemampuan untuk membayar.

Di segi amalannya, ia tidak mempunyai unsur positif kepada pengguna berikutan ia hanya bersifat pengganti dan seseorang itu tidak lagi perlu membawa duit tunai yang banyak.

Namun, ia sebenarnya memerangkap seseorang itu untuk berhutang dan langsung tiada ciri yang menawarkan seseorang itu untuk berbelanja secara berhemah.

Jadi kali ini saya ingin menjelaskan serba sedikit beberapa ciri kad kredit berdasarkan konsep pengiraan yang perlu dibayar seseorang, caj tersembunyi yang dikenakan selain sistem amalan riba yang dipraktikkan.

Caj yang disebut jelas

Apabila seseorang itu menggunakan kad kredit, dia sebenarnya membayar secara purata 17.5 peratus setiap tahun atau 1.46 peratus setiap bulan, lebih daripada pembelian secara tunai.

Caj 1.46 peratus ini adalah kadar bunga atau faedah yang dikenakan apabila seseorang itu gagal membuat pembayaran penuh dalam tempoh ditetapkan iaitu 20 hari selepas dia menggunakan kad kredit dan ia akan dikira pada setiap bulan berikutnya selagi hutangnya tidak dijelaskan.

Sebagai contoh kiraan mudah faham, jika seseorang itu berbelanja menggunakan kad kredit RM10,000 (nilai pokok pinjaman) pada Januari, dia perlu membayar semula jumlah terbabit ditambah 1.46 peratus setiap bulan iaitu RM146.

Secara dasarnya, ia memang kelihatan kecil, namun jika diteliti dan difahami, jumlah itu sebenarnya bersifat campuran dan akan dimasukkan ke dalam jumlah pokok.

Jika seseorang itu tidak membayar jumlah minimum wajib lima peratus setiap bulan itu, kesannya jumlah itu meningkat daripada RM10,000 kepada RM10,146.

Seterusnya, jika seseorang itu masih lagi gagal melunaskan hutang itu, pada bulan berikutnya caj sama iaitu sebanyak 1.46 peratus dikenakan lagi, namun bukan berdasarkan hutang awal sebanyak RM10,000, sebaliknya baki terkini iaitu RM10,146.

Jelas di sini, pada bulan ketiga hutang itu meningkat kepada RM10,294.13 dan ia akan sentiasa meningkat setiap bulan hinggalah semua tunggakan dijelaskan.

Berdasarkan pengiraan digunakan ini, kira-kira 30 peratus pemilik kad kredit jatuh muflis berikutan gagal melunaskan hutang kad kredit digunakan.


Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) turut menunjukkan jumlah hutang menerusi kad kredit meningkat pada kadar 20 peratus setiap tahun.

Penggunaan kad kredit sememangnya memberi keuntungan kepada institusi perbankan di negara ini, di mana mereka memperoleh kadar faedah 1.5 peratus setiap bulan dengan keuntungan berjumlah RM159 juta setiap tahun tetapi tidak kepada pengguna.

Jumlah ini tidak termasuk pelbagai caj perkhidmatan lain yang dikenakan, seperti caj tunai lima peratus dan penalti atau caj kepada pemilik kad yang lambat membayar hutang, RM5.

Di negara luar seperti Amerika Syarikat, kadar berkenaan boleh meningkat kepada 40 peratus tetapi di negara kita, kadar ini ditetapkan BNM sehingga 17.5 peratus sahaja.

Daripada aspek pengiraan ini, penggunaan kad kredit sebenarnya amat merugikan manakala daripada sudut Islam pula, sistem digunakan itu jelas menunjukkan amalan riba, yakni ia satu dosa.

Jika dilihat daripada sudut manfaatnya, ia langsung tiada kerana jika pemegang kad itu dapat membuat pembayaran penuh sekali pun dalam tempoh 20 hari, tiada apa-apa faedah diperoleh.

Malah, bagi yang gagal membuat pembayaran penuh sebelum tamat tempoh 20 hari itu, mereka tidak akan terselamat daripada caj berkenaan

Caj tersembunyi

Selain caj utama yang dinyatakan sebelum ini, sebenarnya wujud pelbagai lagi caj dikenakan oleh pengeluar kad kredit kepada pemegang kad terbabit.

Caj ini termasuk caj kelewatan pembayaran satu peratus atau berdasarkan kiraan RM10,000, menjadi RM100.

Yuran tahunan juga dikenakan kepada pemilik kad, namun segelintir pengeluar kad menyerap kos itu bagi menjadikan kad dikeluarkan kelihatan lebih menarik untuk dimiliki

Caj terhadap urusan pembelian barangan di luar negara, sama ada pengguna menggunakan kad kredit ketika membeli-belah di luar negara atau membeli barangan dari luar negara menggunakan Internet. Beberapa bank di negara ini mengenakan caj berkenaan 1.25 peratus daripada harga belian yang dibuat.

Caj lima peratus apabila membuat belian lebih daripada had kredit dibenarkan (over limit fees).

Caj pengeluaran tunai (cash advance fee). Segelintir bank mengenakan caj ini kepada pemegang kad mereka iaitu 18 peratus daripada jumlah wang tunai dikeluarkan.

Demikian sifat sekeping kad kredit yang sering menjadi kebanggaan pemilik untuk menunjukkan kemewahan diri tetapi hakikatnya, ia sebenarnya adalah kad hutang yang menunjukkan potensi diri pemiliknya untuk jatuh muflis.

Ia juga membuktikan pemiliknya tidak bijak berfikir dalam berbelanja kerana membayar lebih berbanding belian secara tunai, suka berhutang dan berbelanja mengikut nafsu tanpa memikirkan jumlah kemampuan pendapatan mereka.

Kad kredit memberi kemudahan kerana mudah dibawa, namun kerana inginkan kemudahan dan ‘kesenangan’ itu, pemiliknya terjebak dengan perangkap pengiraan hutangnya dan akhirnya membuatkan diri mereka pening kepala mengenai hutang yang ditanggung.

Justeru, sebaik-baiknya sebagai umat Islam, masyarakat perlu menghentikan amalan penggunaannya berikutan ia tidak mempunyai kebaikan dan jika benar-benar ingin menggunakan kad sebagai pengganti wang tunai, kad debit berlandaskan hukum Islam adalah sebaik-baiknya.

Hapuskan kad kredit anda, khususnya apabila ia sekeping kad kredit dari bank konvensional kerana ia adalah riba, menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Walaupun hutang diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 20 hari yang diberi, riba tetap mengenai pengguna. Ia kerana setiap penggunaan menyebabkan peniaga perlu membayar komisen satu hingga tiga peratus kepada pengeluar kad.

Penggunaannya sama seperti kita membantu dan menyokong secara langsung kepada industri kad kredit yang berteraskan riba dan hukumnya adalah sama.

Letakkan Hukum Islam Teratas Sekali


Masalah kerosakan moral dan kejahatan jenayah kejam makin berleluasa sekarang. tiada lagi nilai nilai kemanusiaan yang sudah wujud dalam diri manusia. Hukum ciptaan manusia dan menjadi pegangan kepada pemerintah dunia dan malaysia perlu dibuang dengan segera. Masalah jenayah dan sosial makin berserabut sekarang. Manusia sudah tidak takut lagi kepada hukuman kerana hukuman yang dibuat oleh manusia boleh dibeli dengan wang, pangkat dan kuasa. hukuman islam perlu segera mengambil alih tempat yang mana hukuman allah dipinggirkan dengan cara terancang. ambilah darimana pun hukuman ciptaan manusia ia tak akan menyelesaikan masalah jenayah dan sosial sekarang. hukuman manusia tak akan meninggalakn kesan menakutkan kepada hati hati manusia sekarang.

Hukuman manusia boleh dipermainkan sesuka hati oleh para bijak pandai dan hakim hakim boleh dijual dan dibeli sewenangnya. Kuasa wang punca semuanya berlaku. islam akan memberikan keadilan kepada semua lapisan bangsa dan agama. hukuman islam akan menyelamatkan umat manusia dari terus melakukan kekejaman sesama sendiri. hukum islam perlu dilaksanakan di malaysia agar umat manusia yang ada dimalaysia hidup didalam keadaan aman dan sejahtera. hukum manusia tak akan dapat menyelesaikan masalah manusia kerana yang mencipta adalah manusia yang memang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan dalam mencipta hukuman yang akan dikenakan sesama manusia. hukum manusia lebih banyak dicipta tapi tak akan mampu menyelesaikan masalah manusia sejagat.

Demi keamanan dan keadilan untuk semua umat manusia, hukum islam perlu dilaksanakan dengan segera. tiada lagi masa bertempoh. dan umat islam dimalaysia masih lagi memegang kuasa utama dan mengapakah umat islam masih lagi berdolak dalik untuk melaksanakan hukuman islam. Parlimen boleh bersidang dan berbahas hari ini dan pindaan perlembagaan akan dapat dilaksanakan dengan mudah. mengapa umat islam yang bernama umno terus membisu jika ditanya kenapa tak mahu melakukan perubahan kepada hukum tertinggi iaitu hukuman berlandaskan wahyu allah bukannya ciptaan manusia yang bangang dan tolol. Ayuh MP MP islam yang masih mengucap dua kalimah syahadat, yang masih melakukan solat lima waktu, lakukanlah perubahan dengan segera jika tidak mahu anak cucu rakyat malaysia terus hidup dalam ketakutan setiap masa. apakah kena diri sendiri barulah nak bertindak, kalau kena kat orang lain tak apalah.

Credit to http://freezoneterengganu.blogspot.com

Thursday, September 9, 2010

Salam Hari Raya Aidilfitri 1431H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog aku ini. Sebagai seorang insan, sudah tentu terdapat banyak kekurangan, kelemahan dan kesilapan yang aku lakukan samada secara sengaja, mahupun tanpa sengaja.

Mungkin sepanjang berkenalan dengan penulis dan blog ini, ada bahasa yang penulis gunakan agak keras, mungkin pedas, mungkin keterlaluan dan pelbagai kemungkinan lagi. Begitu juga dengan gambar-gambar yang disiar di blog ini. Mungkin ada yang terkena batang hidung, sexy, dan mungkin juga gambar tersebut menyebabkan loading menjadi lambat.

Begitu juga dengan soal pengisian blog ini. Akhir-akhir ini tiada diupdate, tanpa info. Maaf juga kerana hal ini.

Dan atas segalanya yang boleh dikira salah dan patut diminta maaf.

Wallahua'lam.

Sunday, September 5, 2010

Di Penghujung Ramadan


RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Tuesday, August 31, 2010

Impian Kemerdekaan 2010




Selamat Hari Jadi ke 53 Malaysia tersayang!
Semoga Allah panjangkan umur mu Malaysia,
Semoga Allah murahkan rezeki mu Malaysia,
Semoga Allah makmurkan mu Malaysia,
Semoga Allah lindungi mu Malaysia dari bencana alam,
Semoga Allah lindungi mu Malaysia dari bencana buatan manusia,
Semoga Allah amankan mu Malaysia,
Semoga Allah selamatkan mu Malaysia dari segala gejala sosial,
Semoga Allah kekalkan mu Malaysia di bawah pemerintahan orang Melayu dan Islam, Semoga Allah lindungi mu Malaysia dari pengkhianat2 yang bertopengkan Islam,
Semoga Allah lindungi mu Malaysia dari ulamak2 palsu yg sedang memporakperandakan umat Islam/Melayu dengan fatwa2 palsu yg diihamkan oleh Iblis.
Dan semoga nikmat kemakmuran,keamanan dan perpaduan ini akan kekal berpanjangan.

Sunday, August 22, 2010

Senyum Pagi Ahad: Apa 1Rakyat Fikir Tentang "1Malaysia.

Copy and paste

Thursday, August 12, 2010

Saman ekor pending..pulak dah..???


Hairan,minggu lepas teman kena selesaikan dulu saman ekor ni dulu sebelum renew roadtax untuk kereta teman tu. Bayangkan campur insuran,bayar saman,cukai jalan yang baru,teman perlu habiskan lebih dari 1K.Itu baru satu saman yang blaklist,kalau lebih tak taulah.

Tahniah kepada PAS yang mendepani isu saman ekor. Ternyata kerajaan umNO terkesan dengan suara dan kebangkitan rakyat. Secara rasmi menteri pengangkutan mengumumkan penarikan balik senarai hitam "buat sementara hingga Februari tahun depan". baca.

Kempen yang dijalankan oleh PAS sebagai sebuah badan politik ternyata menyelamatkan orang ramai yang masih terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan baru baru ini. Pelbagai kisah kesusahan rakyat di dengari kerana terpaksa mambayar saman yang belum diputuskan mahkamah sebagai bersalah. Inilah pentingnya sebuah parti politik yang kuat seperti PAS didokongi oleh rakyat.

Kalau ikut umNO mereka tak peduli malah tengoklah apa komen Najib dan pemimpin umNO lain. Bagi mereka rakyat bersalah kerana memandu laju tanpa mereka menilai tahap kelajuan yang disaman itu adalah taham kelajuan kereta ford escot tahun 70 an. Pendedahan kerajaan Kedah yang terpaksa menanggung saman hutang bekas kerajaan dulu hingga tertangguh mendaftar kereta baru untuk kegunaan exco adalah bukti sebenar tidak praktikalnya tindakan JPJ itu.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah perlunya keseimbangan kuasa dalam sebuah negara yang ingin maju. Jika kuasa itu tiada pesaing, maka kerajaan memerintah akan berbuat sesuka hati kerana tiada yang menegur. Inilah erti demokrasi yang perlu difahami. Perlu satu kuasa pesaing pemerintah bagi mengimbangi kerakusan pemerintah menindas rakyat.

Tahniah sekali lagi kepada PAS yang mengambil berat kesusahan rakyat dan tahniah kepada rakyat yang memberi sokongan kepada PAS menjuarai isu hak rakyat yang dizalimi... percayalah... kekuatan kita akan lebih lagi jika kita mengingatkan kerajan yang ada dalam PRU 13 kelak. Berani Berubah ! (anaksengat)

Ramadhan al Mubarak Datang Lagi


Ramadhan menjelma lagi..rasa baru lagi kita berpuasa.Begitulah pantas masa berlalu dan bulan puasa kita temui semula. Terlebih dahulu di panjatkan kerna Allah memberi kesempatan ini kita berada di bulan penuh segala keberkatan yang tidak terhingga untuk kita amalkan dan diberi ganjaran setiap apa jua ibadat yang di buat.

Tak dapat tidak trend sekarang membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan.Sana sini terdapat bazaar ramadhan di buka bagaikan berpesta berduyun duyun dari kita pergi mencarinya.Hendak apa saja semuanya boleh di cari disini dengan belbagai menu makanan

Musim kurma datang lagi. Mulut saudagar kurma makin menguak luas dengan senyuman. Ada pria, ada juga wanita. Tapi semalam teman pilih beli kurma biasa-biasa saja. Timbang kilo, bukan kurma mahal-mahal tahap Alphard. Orang bilang itulah kurma yang digaul dengan gula India, merah pekat dan manis. Dijual sekilo RM6. Murahnyer. Jadilah..dan Alhamdulillah. Yang penting pahala 'sunat' makan kurma itu tetap sama nilainya di sisi Allah swt. Oh ya..!

Belum sampai rezeki wak nak berbuka dengan kurma RM50 sekilo. Malah ada yang cecah RM60 sekilo. Wak pandang lama digerai kurma di sebuah bazaar yg wak kunjungi kelmarin. Tapi pandang muka tokey jual kurma. Senyum kerana jualan kurmanya macam pisang goreng panas. Hot ! Rezeki dari Allah swt. itu !

Kelmarin sembang dengan tokey ayam, harga ayam naik lagi. Tu pasal seketul ayam potong 8, usahawan bazaar Ramadhan jual RM4.50 seketul. Murah bagi yang berpoket tebal. Tetapi mahal bagi rakyat yang hanya sekadar bergaji RM1,800 tetapi punya 5-6 orang anak yang masih bersekolah. Menteri 'ayam' tak mahu turun tinjau ker harga ayam ? Atau dok tengah pakat dengan tokey ayam, kira komisyen raya?

Sunday, July 4, 2010

Short movie

Saman trafik : Rakyat didahulukan


Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyaman pemandu-pemandu mula menimbulkan keresahan.

Ada yang memberitahu bukan kesalahan terbaru sahaja yang PDRM saman malah kejadian empat atau lima tahun dahulu dikorek dan dibawa ke hadapan.

Tiada potongan diberikan ketika hendak membuat bayaran.

Bila sudah bayar di kaunter bayaran saman PDRM, pemandu yang disenarai hitam masih belum dapat berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan cukai jalan.

Ramai yang merungut. Ada yang mengambil masa empat atau lima hari untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kata mereka, PDRM pandai menyaman tetapi tidak cekap dalam urusan perkomputeran bagi membatalkannya sesudah bayaran dilakukan.

Orang kampung pula menuding jari ke arah Najib Razak. Ada yang marah-marah mengatakan pilihanraya sudah dekat. Kerajaan Barisan Nasional kurang wang.

PDRM digunakan untuk memenuhi hasrat Perdana Menteri - rakyat didahulukan.

Entahlah. Apa guna saman yang bertahun kebelakang didahulu dan diutamakan !

Bukankah mahkamah pernah membuat keputusan bahawa saman ekor tidak sah ?

Jangan-jangan jadi macam judi sukan. Lontar isu dan tarik balik atau kurangkan kadar saman.

Maka Najib, Umno dan BN akan dipuji.

http://alkerohi.blogspot.com/2010/06/saman-trafik-rakyat-didahulukan.html

Monday, April 26, 2010

PRK P094-Hulu Selangor - Di Sebalik Kemenangan BN

Satu kemenangan yang dibeli dengan harga yang tersangat mahal mencecah puluhan juta ringgit. Umno dan Barisan Nasional pastinya bersorak sorai untuk menyembunyikan kegusaran kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang mendatang dalam tidak seberapa waktu lagi.

Umno dan BN ternyata semakin tumpul taringnya. Hanya duit yang memegang kuasa undi padanya. Umno semakin mereput. Berpaut pada undi Melayu semata-mata. Itupun pada Melayu veteran yang berkarat hatinya, manakala geng muda Melayu sudah bertabuh bersama Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin melaungkan akan memperolehi majoriti 6,000 undi, namun ia tersasar jauh. Memalukan. Yang bererti laporan risikan yang diterimanya hanya pepat di luar runcing di dalam. Risikan sekadar penyedap hati.

BN sekadar memperolehi majoriti 1,725 undi. Itupun separuh daripadanya adalah undi pos. Manakala PR meningkat 95 undinya, tetapi tetap kalah. Jelasnya undian terhadap PR kekal.

Monday, April 19, 2010

19-April-2010 @ Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak


Penulis sebagai rakyat Perak merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan tahniah dan penghargaan sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Semuga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayah Nya kepada DYMM untuk terus memayungi rakyat Perak di bawah Pemerintahan Baginda.

PERKATAAN YANG TAK ELOK (Perkataan yang sia-sia)

Ramai umat Islam tanpa disedari sering mengungkap perkataan di bawah. Andaikata tepat seperti dinyatakan, segeralah elak dari meneruskan penggunaannya semuga kita diampuni Allah SWT:

1) BYE yg bermaksud SEMOGA DIRAHMATI PADERI atau AKU DI BAWAH NAUNGAN KAFIR. Banyak juga perkataan lain yang sering digunakan dan mempunyai maksud yang tidak elok seperti;

2) MERRY CHRISTMAS, Selamat Hari Natal bermaksud SEJAHTERA KE ATAS TUHAN YESUS.

3) MECCA bermaksud HOUSE OF WINE (Jadi kita kena tulis Mekah, Makkah).

4) MOHD bermaksud ANJING BERMULUT BESAR (Jadi kena eja Muhammad).

5) ASKUM bermaksud BINATANG dlm bhs yahudi (Jadi kena eja SALAM untuk ringkas).

6) SMEKOM/SEMEKOM bermaksud CELAKA KAMU (Jadi kena eja SALAM untuk ringkas).

Thursday, April 1, 2010

Hampir separuh iklan kosmetik menipu pengguna


LONDON: Penipuan sesetengah iklan kecantikan - mencecah sehingga satu pertiga daripada jumlah disiarkan di media massa - menyebabkan kadar kemurungan gadis di Britain meningkat, lapor akhbar tempatan, semalam.

Siasatan akhbar The Sun mendapati, model yang digunakan dalam sesebuah iklan bergaya dengan memakai bulu mata atau rambut palsu untuk kelihatan lebih menarik.

The Sun mendakwa, teknologi komputer turut digunakan bagi menghasilkan wajah benar-benar ayu model walaupun pada realitinya, ia mustahil dilakukan.

“Penipuan itu menyebabkan jumlah gadis dirawat akibat kemurungan meningkat disebabkan mereka gagal mencapai tahap kecantikan diimpikan,” kata akhbar itu.

The Sun mendapati, 28 peratus iklan kosmetik dalam majalah membuat pengakuan - secara terlindung - bahawa gambar mereka diubah suai.

Sebanyak 44 peratus lagi turut melalui proses pengubahsuaian tanpa diakui.

Hanya 28 peratus iklan kosmetik dipercayai memaparkan kualiti produk sebenar.

Iklan maskara didapati paling serius mengelirukan pengguna dengan 58 peratus mengaku mengubah suai bulu mata model untuk kelihatan lebih panjang dan 42 peratus memaparkan bulu mata tiruan.

Juri X Factor , Cheryl Cole (gambar), pula dikritik akhbar terbabit kerana menggunakan rambut palsu ketika muncul dalam iklan syampu L'Oreal Elvive.

Tuesday, February 16, 2010

Thursday, February 11, 2010

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,” katanya. _TVS

Kapal selam Malaysia KD Tuanku Abdul Rahman Tidak dibenarkan Menyelam

Apalah malang nasib tentera Malaysia, setelah kehilangan enjin pejuang, kini kapal selam Scorpene yang memang dibeli untuk membolehkan menjalankan risiskan menyelam, dilaporkan belum boleh menyelam.

Kapal selam rosak ruper nyer.

Ini disahkan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar bahawa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.

"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

"Ia adalah kecacatan biasa dan berlaku pada sub-sistemnya, dan bukan sistem utamanya.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api. Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam

Saturday, January 16, 2010

Gambar gambar Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" berlaku antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari









.

Fonomena ini dijangka akan berlaku lagi pada tahun 2016

Wednesday, January 13, 2010

Malaysia naik harga gula kerana takut penyakit tapi Amerika cuma nasihat je.

"Berita TV semalam melaporkan satu berita dari New York, Amerika Syarikat berkenaan bahaya pengambilan garam berlebihan dalam pemakanan. Pihak berwajib di sana menasihati rakyat agar mengurangkan pengambilan garam yang berlebihan kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan (penyakit).

Kalau di Malaysia lain pula ceritanya. Kerajaan Malaysia cuba mendidik rakyatnya agar mengurangkan penggunaan gula dalam makanan harian. Kerajaan bukan sahaja menasihati rakyat daripada mengambil gula secara berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit, bahkan kerajaan Malaysia dilihat lebih tegas daripada Amerika.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram dengan alasan mendidik rakyat mengurangkan penggunaan gula.

Namun sebenarnya adalah kerana kerajaan dilihat sudah kekeringan duit dalam menghadapi kemerosotan ekonomi yang meruncing. Kerajaan tidak bersedia lagi untuk membantu rakyatnya sendiri dalam memberi subsidi gula kepada rakyat walaupun sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat kerana kerajaan dipilih rakyat dalam pilihanraya dengan harapan, kerajaan akan melindungi mereka.

Bagaimana pula dengan harga garam di Malaysia?Adakah kerajaan juga ingin naikkan harga garam kerana ingin mendidik rakyatnya mengurangkan penggunaan garam yang boleh mendatangkan penyakit?Amerika hanya menasihat tanpa menaikkan harga tetapi Malaysia lagi hebat, mendidik mendidik rakyat dengan membebankan lagi rakyat.

Bagi rakyat, rakyat ingin menasihatkan kerajaan daripada mengurangkan kerenah birokrasi, membendungkan rasuah, menghalang penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembaziran.

Kerajaan kata naikkan harga gula kerana takut penyakit, rakyat pula kata, jatuhkan kerajaan BN kerana takutkan penyakit rasuah yang semakin meruncing. Sdr Mohamad Sabu menyatakan dalam ceramahnya di Lumut Sabtu lepas menyebut, meruncingnya rasuah di Malaysia, tenatnya rasuah di Malaysia setara dengan negara Zimbabwe.

Dinukilkan drpd:http://warkahdaily.blogspot.com

Tarif Elektrik di Jangka Naik



Tarif elektrik dijangka naik

PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.

"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.

Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.

"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.

Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.

Sumber, FreeMalaysiaToday

Saturday, January 2, 2010

Azam Tahun Baru



Kita berada di ambang tahun baru lagi. Ramailah yang memasang tekad, hasrat, niat, cita-cita baru seolah-olah hanya pada hari pertama di tahun baru segalanya itu harus dilakukan.

Pada diri saya yang hanya melihat tarikh sesuatu hari itu sebagai peringatan bahawa hari terakhir saya berada di dunia fana ini semakin mendekat, entahkan esok, entahkan sebentar nanti. Maka hasrat dan keinginan hati hanyalah agar RedhaNya mengiringi di setiap detik dan di setiap langkah sisa-sisa masa yang tinggal di hadapan diri sementara bergelar sebagai manusia.

Apapun perhitungan waktu yang paling tepat bagi mengira tahun dan bulan adalah mengikut kalendar Islam berdasarkan peredaran dan fasa bulan, jadi seharusnya sebaik-baik masa bagi memulakan segala-gala pembaharuan - jika ingin memanfaatkan tarikh hari pertama dalam sesuatu tahun adalah pada 1 Muharram.

Salam dan Semuga tahun ini lebih bermakna bagi kita semua.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010-Ape yang barunya...harga baru gula dan roti.


Hari ini 01/01/10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangkit lebih ampuh dengan menaikkan harga barang keperluan rakyat. Gula dan roti putih kini lebih mahal untuk membolehkan Najib bangkit lebih ampuh. Rakyat miskin mengeluh. Poket kami kian lumpuh.
Baguslah. Untuk Najib, lebih ampuh. Untuk rakyat, makin lumpuh.
Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.

Berkuatkuasa hari ini, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.

"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban dan ini sudah tentu bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'," katanya.

blogger templates | Make Money Online