Sweden negara paling bersih
POZNAN (Poland): Sweden muncul negara paling bersih menangani pelepasan gas rumah hijau, manakala Arab Saudi di tangga paling bawah dalam usaha mengurangkan punca pemanasan global itu.
Laporan Indeks Tindakan Perubahan Cuaca yang menjadi pengukur kerjasama negara disediakan dua badan bukan kerajaan, Germanwatch dan Climate Action Network pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, laporan itu meletakkan Sweden di tempat keempat kerana tiada satu pun negara di dunia ini disifatkan layak menduduki tiga tempat teratas senarai berkenaan.
Negara di belakang Sweden adalah Jerman, Perancis, India, Brazil, Britain dan Denmark.
Sepuluh negara di kedudukan paling bawah adalah Greece, Malaysia, Cyprus, Russia, Australia, Kazakhstan, Luxembourg, Amerika Syarikat, Kanada dan Arab Saudi. (bharian)
Itu Malaysia, bagi Penang satu kajian yang telah dibuat oleh pihak usm mendapati pembuangan sampah yang tidak teratur didalam sistem peparitan menyebabkan kejadian banjir kilat selalu terjadi akhir akhir ini.
"Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Semasa kami membuat pemerhatian dan juga bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air."
Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan /hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan:
Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan
Tahun | Kg /penduduk/hari | Jumlah / penduduk | Pembuangan sampah (kg / hari) | Pembuangan sampah (tan / tahun) |
1995 | 0.73 | 550,353 | 401,757 | 146,641 |
2000 | 0.88 | 595,270 | 523,837 | 191,200 |
2005 | 1.03 | 645,004 | 664,354 | 242,489 |
2010 | 1.18 | 701,195 | 827,410 | 302,004 |
Kadar terkini pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan adalah sebanyak 0.73 kg / penduduk /hari. Bagi tren pertambahan kadar pelupusan sisa pepejal dianggarkan sebanyak 0.031 kg / penduduk / hari /tahun.
Adalah tidak mustahil kadar pembuangan sampah sarap di kawasan tersebut telah menyumbang kadar yang besar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain di sekitarnya. Apa yang boleh disimpulkan disini bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini dengan secara tidak langsung.
0 Comments:
Post a Comment