Wednesday, December 17, 2008

Isu Beli Kereta Camry Ganti Perdana V6 Di Perak


Isu Beli Kereta Camry Ganti Perdana V6 Di Perak, Presiden PPPM Wajar Celikkan Mata !

KUANTAN - Kami amat tertarik dengan satu kenyataan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang menyifatkan kerajaan Perak sebagai ‘mengkhianati’ negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri. “Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan,” katanya.

Mohd. Firdaus berkata, pemimpin kerajaan di Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan. “Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan,” katanya.

Terkadang lucu juga bila mendengar pandangan presiden PPPM ini, nampaknya bukan main bergaya beliau menuding jari kepada negeri Perak. Kononnya mereka itu adalah jaguh untuk mempertahankan negara. Hingga menganggap kerajaan Perak sebagai “pengkhianat” kerana menggunakan kereta buatan luar itu.

Bila difikirkan balik, ternyata begitu lemah dan dangkalnya mentaliti puak-puak ini. Apa yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat semua tidak kena bagi mereka. Walhal, niat kerajaan negeri Perak itu adalah ikhlas untuk mengurangkan belanja penyelengaraan yang terlalu tinggi melibatkan kereta Proton Perdana V6.

Soalnya disini, kenapa kereta buatan tempatan kos penyelengaraannya terlalu tinggi berbanding kereta luar?. Maka itu, salahkah kerajaan Perak yang cuba untuk berjimat cermat dan tidak membazirkan wang rakyat?. Jika Presiden PPPM mengatakann kerajaan Perak khianat, maka bagaimana pula dengan Kerajaan Pahang, Trengganu, Johor dan lain-lain negeri BN yang turut menggunakan kereta luar.

Malah di Trengganu sendiri kecoh baru-baru ini berhubung dengan isu kereta rasmi. Bahkan kerajaan Trengganu lagi hebat terus membeli kereta dari buatan Jerman berbanding Kerajaan Perak yang membeli kereta dari buatan Jepun. Sekurang-kurangnya “dasar pandang ke timur” yang dicipta oleh mantan PM Mahathir itu masih lagi diamalkan.

Maka, kenapa Presiden PPPM tidak menegur dan mengkritik kerajaan Trengganu baru-baru ini? Walhal, negeri itu adalah berjiran dengan Pahang. Apakah kerana negeri itu dipimpin UMNO dan BN maka beliau tidak berani menegur. Perak negeri pembangkang, maka itu ditegur. Mudah benar prinsip perjuangan PPPM, jika begitu adanya!

Bahkan kami melihat kerajaan Pahang sendiri pun ramai exco dann ADUN yang tidak gemar menggunakan kenderaan buatan Malaysia itu. Apakah mereka juga boleh digelar “pengkhianat”?. Justeru itu, kami sarankan kepada Presiden PPPM, Mohd Firdaus Abdullah agar “berpijak di bumi yang nyata”.

Tengok dulu tempat sendiri atau yang dekat dengan kita sebelum melihat nun jauh disana. inilah yang dikatakan “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak”. Semoga PPPM tidak lagi “berkokok” selepas ini.

Eloklah Presiden PPPM menegur kerajaan Pahang yang ternyata kini yang gagal menguruskan ekonomi dengan baik sejak sekian lamanya. Arahkan dulu pemimpin UMNO Pahang guna kenderaan buatan Malaysia sebelum memberi pandangan yang jauh seperti itu.

http://pahangdaily.blogspot.com

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online