Sunday, September 19, 2010

Bebanan Kad Kedit


Lebaran telah pun berlalu.Berapa perbelanjaan semasa meyambut aidilfitri lepas?.Tanpa disedari samada tunai atau menggunakan kad kredit dan ada yang mengira berapa lama lagi menunggu hari gaji yang berikutnya.

Sudah lama kita menggunakan kad kredit namun pelbagai caj yang dikenakan tidak kita sedari atau sengaja kita menutup mata kerana sudah terjebak dengan "Along Berlesen" ni, mahu atau tidak terima sahajalah. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan kad kredit ini moga dapat berhati-hati dan dan mengambil langkah yang boleh menyelamatkan masa depannya dari terjebak lebih mendalam dan merugikannya.

Mengimbas tulisan Utz. Zaharuddin (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM), yang menamakan kad kredit itu sebagai ‘kad nafsu’ berikutan ciri di dalamnya langsung tidak menepati kehendak Islam, di mana ia menggalakkan orang ramai berbelanja lebih daripada kemampuan untuk membayar.

Di segi amalannya, ia tidak mempunyai unsur positif kepada pengguna berikutan ia hanya bersifat pengganti dan seseorang itu tidak lagi perlu membawa duit tunai yang banyak.

Namun, ia sebenarnya memerangkap seseorang itu untuk berhutang dan langsung tiada ciri yang menawarkan seseorang itu untuk berbelanja secara berhemah.

Jadi kali ini saya ingin menjelaskan serba sedikit beberapa ciri kad kredit berdasarkan konsep pengiraan yang perlu dibayar seseorang, caj tersembunyi yang dikenakan selain sistem amalan riba yang dipraktikkan.

Caj yang disebut jelas

Apabila seseorang itu menggunakan kad kredit, dia sebenarnya membayar secara purata 17.5 peratus setiap tahun atau 1.46 peratus setiap bulan, lebih daripada pembelian secara tunai.

Caj 1.46 peratus ini adalah kadar bunga atau faedah yang dikenakan apabila seseorang itu gagal membuat pembayaran penuh dalam tempoh ditetapkan iaitu 20 hari selepas dia menggunakan kad kredit dan ia akan dikira pada setiap bulan berikutnya selagi hutangnya tidak dijelaskan.

Sebagai contoh kiraan mudah faham, jika seseorang itu berbelanja menggunakan kad kredit RM10,000 (nilai pokok pinjaman) pada Januari, dia perlu membayar semula jumlah terbabit ditambah 1.46 peratus setiap bulan iaitu RM146.

Secara dasarnya, ia memang kelihatan kecil, namun jika diteliti dan difahami, jumlah itu sebenarnya bersifat campuran dan akan dimasukkan ke dalam jumlah pokok.

Jika seseorang itu tidak membayar jumlah minimum wajib lima peratus setiap bulan itu, kesannya jumlah itu meningkat daripada RM10,000 kepada RM10,146.

Seterusnya, jika seseorang itu masih lagi gagal melunaskan hutang itu, pada bulan berikutnya caj sama iaitu sebanyak 1.46 peratus dikenakan lagi, namun bukan berdasarkan hutang awal sebanyak RM10,000, sebaliknya baki terkini iaitu RM10,146.

Jelas di sini, pada bulan ketiga hutang itu meningkat kepada RM10,294.13 dan ia akan sentiasa meningkat setiap bulan hinggalah semua tunggakan dijelaskan.

Berdasarkan pengiraan digunakan ini, kira-kira 30 peratus pemilik kad kredit jatuh muflis berikutan gagal melunaskan hutang kad kredit digunakan.


Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) turut menunjukkan jumlah hutang menerusi kad kredit meningkat pada kadar 20 peratus setiap tahun.

Penggunaan kad kredit sememangnya memberi keuntungan kepada institusi perbankan di negara ini, di mana mereka memperoleh kadar faedah 1.5 peratus setiap bulan dengan keuntungan berjumlah RM159 juta setiap tahun tetapi tidak kepada pengguna.

Jumlah ini tidak termasuk pelbagai caj perkhidmatan lain yang dikenakan, seperti caj tunai lima peratus dan penalti atau caj kepada pemilik kad yang lambat membayar hutang, RM5.

Di negara luar seperti Amerika Syarikat, kadar berkenaan boleh meningkat kepada 40 peratus tetapi di negara kita, kadar ini ditetapkan BNM sehingga 17.5 peratus sahaja.

Daripada aspek pengiraan ini, penggunaan kad kredit sebenarnya amat merugikan manakala daripada sudut Islam pula, sistem digunakan itu jelas menunjukkan amalan riba, yakni ia satu dosa.

Jika dilihat daripada sudut manfaatnya, ia langsung tiada kerana jika pemegang kad itu dapat membuat pembayaran penuh sekali pun dalam tempoh 20 hari, tiada apa-apa faedah diperoleh.

Malah, bagi yang gagal membuat pembayaran penuh sebelum tamat tempoh 20 hari itu, mereka tidak akan terselamat daripada caj berkenaan

Caj tersembunyi

Selain caj utama yang dinyatakan sebelum ini, sebenarnya wujud pelbagai lagi caj dikenakan oleh pengeluar kad kredit kepada pemegang kad terbabit.

Caj ini termasuk caj kelewatan pembayaran satu peratus atau berdasarkan kiraan RM10,000, menjadi RM100.

Yuran tahunan juga dikenakan kepada pemilik kad, namun segelintir pengeluar kad menyerap kos itu bagi menjadikan kad dikeluarkan kelihatan lebih menarik untuk dimiliki

Caj terhadap urusan pembelian barangan di luar negara, sama ada pengguna menggunakan kad kredit ketika membeli-belah di luar negara atau membeli barangan dari luar negara menggunakan Internet. Beberapa bank di negara ini mengenakan caj berkenaan 1.25 peratus daripada harga belian yang dibuat.

Caj lima peratus apabila membuat belian lebih daripada had kredit dibenarkan (over limit fees).

Caj pengeluaran tunai (cash advance fee). Segelintir bank mengenakan caj ini kepada pemegang kad mereka iaitu 18 peratus daripada jumlah wang tunai dikeluarkan.

Demikian sifat sekeping kad kredit yang sering menjadi kebanggaan pemilik untuk menunjukkan kemewahan diri tetapi hakikatnya, ia sebenarnya adalah kad hutang yang menunjukkan potensi diri pemiliknya untuk jatuh muflis.

Ia juga membuktikan pemiliknya tidak bijak berfikir dalam berbelanja kerana membayar lebih berbanding belian secara tunai, suka berhutang dan berbelanja mengikut nafsu tanpa memikirkan jumlah kemampuan pendapatan mereka.

Kad kredit memberi kemudahan kerana mudah dibawa, namun kerana inginkan kemudahan dan ‘kesenangan’ itu, pemiliknya terjebak dengan perangkap pengiraan hutangnya dan akhirnya membuatkan diri mereka pening kepala mengenai hutang yang ditanggung.

Justeru, sebaik-baiknya sebagai umat Islam, masyarakat perlu menghentikan amalan penggunaannya berikutan ia tidak mempunyai kebaikan dan jika benar-benar ingin menggunakan kad sebagai pengganti wang tunai, kad debit berlandaskan hukum Islam adalah sebaik-baiknya.

Hapuskan kad kredit anda, khususnya apabila ia sekeping kad kredit dari bank konvensional kerana ia adalah riba, menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Walaupun hutang diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 20 hari yang diberi, riba tetap mengenai pengguna. Ia kerana setiap penggunaan menyebabkan peniaga perlu membayar komisen satu hingga tiga peratus kepada pengeluar kad.

Penggunaannya sama seperti kita membantu dan menyokong secara langsung kepada industri kad kredit yang berteraskan riba dan hukumnya adalah sama.

Letakkan Hukum Islam Teratas Sekali


Masalah kerosakan moral dan kejahatan jenayah kejam makin berleluasa sekarang. tiada lagi nilai nilai kemanusiaan yang sudah wujud dalam diri manusia. Hukum ciptaan manusia dan menjadi pegangan kepada pemerintah dunia dan malaysia perlu dibuang dengan segera. Masalah jenayah dan sosial makin berserabut sekarang. Manusia sudah tidak takut lagi kepada hukuman kerana hukuman yang dibuat oleh manusia boleh dibeli dengan wang, pangkat dan kuasa. hukuman islam perlu segera mengambil alih tempat yang mana hukuman allah dipinggirkan dengan cara terancang. ambilah darimana pun hukuman ciptaan manusia ia tak akan menyelesaikan masalah jenayah dan sosial sekarang. hukuman manusia tak akan meninggalakn kesan menakutkan kepada hati hati manusia sekarang.

Hukuman manusia boleh dipermainkan sesuka hati oleh para bijak pandai dan hakim hakim boleh dijual dan dibeli sewenangnya. Kuasa wang punca semuanya berlaku. islam akan memberikan keadilan kepada semua lapisan bangsa dan agama. hukuman islam akan menyelamatkan umat manusia dari terus melakukan kekejaman sesama sendiri. hukum islam perlu dilaksanakan di malaysia agar umat manusia yang ada dimalaysia hidup didalam keadaan aman dan sejahtera. hukum manusia tak akan dapat menyelesaikan masalah manusia kerana yang mencipta adalah manusia yang memang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan dalam mencipta hukuman yang akan dikenakan sesama manusia. hukum manusia lebih banyak dicipta tapi tak akan mampu menyelesaikan masalah manusia sejagat.

Demi keamanan dan keadilan untuk semua umat manusia, hukum islam perlu dilaksanakan dengan segera. tiada lagi masa bertempoh. dan umat islam dimalaysia masih lagi memegang kuasa utama dan mengapakah umat islam masih lagi berdolak dalik untuk melaksanakan hukuman islam. Parlimen boleh bersidang dan berbahas hari ini dan pindaan perlembagaan akan dapat dilaksanakan dengan mudah. mengapa umat islam yang bernama umno terus membisu jika ditanya kenapa tak mahu melakukan perubahan kepada hukum tertinggi iaitu hukuman berlandaskan wahyu allah bukannya ciptaan manusia yang bangang dan tolol. Ayuh MP MP islam yang masih mengucap dua kalimah syahadat, yang masih melakukan solat lima waktu, lakukanlah perubahan dengan segera jika tidak mahu anak cucu rakyat malaysia terus hidup dalam ketakutan setiap masa. apakah kena diri sendiri barulah nak bertindak, kalau kena kat orang lain tak apalah.

Credit to http://freezoneterengganu.blogspot.com

Thursday, September 9, 2010

Salam Hari Raya Aidilfitri 1431H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog aku ini. Sebagai seorang insan, sudah tentu terdapat banyak kekurangan, kelemahan dan kesilapan yang aku lakukan samada secara sengaja, mahupun tanpa sengaja.

Mungkin sepanjang berkenalan dengan penulis dan blog ini, ada bahasa yang penulis gunakan agak keras, mungkin pedas, mungkin keterlaluan dan pelbagai kemungkinan lagi. Begitu juga dengan gambar-gambar yang disiar di blog ini. Mungkin ada yang terkena batang hidung, sexy, dan mungkin juga gambar tersebut menyebabkan loading menjadi lambat.

Begitu juga dengan soal pengisian blog ini. Akhir-akhir ini tiada diupdate, tanpa info. Maaf juga kerana hal ini.

Dan atas segalanya yang boleh dikira salah dan patut diminta maaf.

Wallahua'lam.

Sunday, September 5, 2010

Di Penghujung Ramadan


RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

blogger templates | Make Money Online