Saturday, November 29, 2008

Cuti sekolah @ majlis kenduri kahwin.


Cuti sekolah telah pun bermula dan saban setiap hujung minggu ada saja jemputan perkahwinan yang diundang baik dari rakan taulan maupun dari sanak saudara dipihak lelaki dan isteri.Memang senonim cuti sekolah dengan majlis kenduri kahwin ini.

Untuk memastikan majlis yang bakal dilangsungkan akan berjalan seperti yang dirancangkan, persiapan seelok-eloknya dilakukan seawal yang mungkin. Sebaik sahaja cincin tunang disarung di jari manis, bakal pengantin bolehlah mula merancang persiapan yang perlu untuk majlis perkahwinan yang bakal menyusul kelak. Senaraikan segala barang keperluan dan perkhidmatan yang bakal diperlukan pada hari bahagia itu nanti.

Tugas ini perlulah dilakukan dengan teliti. Tidak perlu rasa silu bertanya kepada mereka yang telah melaluinya sekiranya terasa sukar untuk membuat keputusan tentang bentuk persiapan yang diperlukan. Dalam masa yang sama mereka boleh juga melihat pelbagai contoh persiapan yang sering dipaparkan di dada-dada majalah yang mengupas dengan lebih mendalam mengenai topik ini. Dengan cara ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu bakal pengantin untuk melakukan persiapan untuk hari bahagia yang mungkin hadir hanya sekali dalam hidupnya.

Pembuka bicara sebelum sesuatu majlis persandingan dilangsungkan tidak lain dan tidak bukan ialah pemilihan tarikh yang paling sesuai untuk kedua-dua mempelai disatukan. Pemilihan tarikh ini penting untuk memastikan saudara-mara dan sahabat handai dapat bersama - sama meraikan dan memeriahkan hari bahagia yang akan dilangsungkan. Apabila tarikh sudah ditetapkan, barulah persiapan seterusnya dapat dimulakan. Kepada yang beragama Islam, tempahan jurunikah perlu dibuat seawal mungkin. Hal ini untuk memastikan agar jurunikah dapat menyempurnakan tugasnya mengikut masa yang telah ditentukan bersama.

Dalam pada itu berbincanglah sesama ahli keluarga mengenai persiapan kenduri-kendara pada majlis itu nanti. Kaedah mana yang akan dipilih; memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jikalau ingin menggunakan kaedah katering, pilihlah yang mampu menepati selera ramai dan yang menawarkan harga yang berpatutan. Jangan terburu-buru dalam memilih katerer kerana makanan adalah perkara yang penting untuk majlis selain daripada persandingan pengantin dan kelancaran majlis. Kepada mereka yang memilih untuk memasak secara bergotong-royong untuk menyediakan hidangan pada majlis perkahwinan tersebut, senaraikan jenis masakan yang bakal dimasak agar kos perbelanjaannya dapat dilakukan. Pastikan jumlah makanan yang disediakan itu cukup untuk semua jemputan.
Untuk memudahkan anda memperincikan belanjawan majlis, di sini diperturunkan serba sedikit perkara-perkara yang perlu diambil kira:

1. Kos kenduri - nasi minyak dan lauk pauk, minuman, menu untuk makan berhadap.

2. Belanja penanggar (pembantu-pembantu) termasuk makan, minum dan rokok.

3. Kos khemah dan kerusi meja termasuk alas.

4. Air dan bahan pencuci untuk membasuh pinggan mangkuk.

5. Belanja untuk seni kraftangan seperti dulang hantaran, bunga telur, pelamin, bunga manggar dan sebagainya.

6. Kos penginapan dan pengangkutan - wakil dan rombongan pengantin.

7. Kos kad jemputan dan setem.

8. Kos pasukan kompang atau muzik lain.

9. Kos luar jangkaan.

Selain belanjawan, anda juga perlu mengagih-agihkan tugasan. Tugas memasak, tugas mencuci, menghidang, menyediakan air minuman, membahagi telur pengantin, pelayan meja utama, penyambut tetamu dan banyak lagi. Walaupun nampak remeh, perkara-perkara kecil seperti ini jika tidak disusun dengan teratur mungkin boleh mencacatkan majlis. Carilah orang-orang yang berpengalaman untuk mengetuai setiap bahagian. Jika anda mengadakan majlis di hotel, anda tidak perlu memperincikan tugasan-tugasan ini kerana pihak hotel akan mengendalikan kesemuanya.

Tetamu yang akan dijemput juga perlu disenaraikan agar kad jemputan, hadiah dan makanan yang disediakan untuk mereka mencukupi. Di samping itu pastikan juga tempahan khemah dibuat awal untuk memastikan khemah dapat disediakan pada tarikh yang dikehendaki. Hal ini untuk mengelakkan ketiadaan khemah pada masa tersebut kerana permintaan yang tinggi. Pilihlah khemah yang dilengkapi dengan kipas agar dapat memberi keselesaan kepada tetamu jikalau majlis tersebut diadakan di rumah.

Untuk majlis yang berlangsung di dewan atau di hotel pula, khemah mungkin tidak menjadi persoalan, sebaliknya tempahan meja yang mencukupi harus dilakukan agar kelak tidak timbul sebarang kekalutan akibat ada di antara para jemputan yang tidak mendapat tempat duduk.

Kebelakangan ini, kebanyakan majlis perkahwinan terutamanya di bandar-bandar diadakan secara bufet. Kaedah ini ternyata lebih mudah dikendalikan kerana anda tidak memerlukan ramai pelayan dan kerja-kerja penanggah lebih teratur dan lancar. Namun cara hidangan biasa tetap menjadi pilihan di kebanyakan majlis terutama di kawasan luar bandar kerana ia ternyata lebih meriah.
Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.

Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan.

Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.

Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.

Wednesday, November 26, 2008

How much money do malaysians spend?...versi lagu

.......tak termasuk terkini eurocopter

Tuesday, November 25, 2008

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dbuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

“Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.-

www1.mstar.com.my

***Macam tu kalau dari puak mereka ...Nazri tak akan kena apa-apa,menteri yang sudah terang dan nyata berbohong di parlimen, bahkan kenyataan itu disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia dilepaskan dari hukuman. Sebaliknya Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker itu pula yang digantung! Apa dah jadi dengan parlimen Malaysia.

Monday, November 24, 2008

Mekanisme urus harga minyak minggu depan



Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan bermesyuarat Isnin depan untuk memutuskan satu mekanisme yang lebih stabil dan boleh laksana dalam menentukan harga petrol, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata majlis itu akan membincangkan sama ada untuk menyediakan satu harga terendah atau menetapkan satu sistem apungan terurus, berikutan harga minyak mentah dunia menurun secara perlahan-lahan yang kini jatuh pada AS$50 setong.

“Ini satu keadaan yang tak pernah dijangka, harga minyak mentah turun begitu hebat. Kita akan berbincang mengenai apa hala tuju yang akan diambil.

Adakah kita nak satu kaedah harga lantai atau terus dengan keadaan sekarang, yang mana bila turun, kita turun.

“Kalau letak harga lantai, apakah parasnya, serendah mana atau guna sistem pengapungan secara terurus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Persidangan Ketua Pejabat Hartanah Intelektual Asean di sini hari ini.

Kini harga itu diselaraskan pada setiap dua minggu berdasarkan kepada harga pasaran. Harga pam petrol kini berharga RM2 seliter sementara diesel ialah RM1.90 seliter.

Beliau berkata majlis itu akan mengkaji kebaikan dan keburukan setiap mekanisme itu, dalam aspek yang memanfaatkan bagi keseluruhan, sumbangan kepada semua secara keseluruhan, sumbangan kepada sumber kewangan negara dan mengenai impak membangunkan sumber tenaga alternatif.

“Pada harga sekarang, kerajaan ada sumber kewangan. Kalau kita adakan harga lantai dan harga minyak turun, perbezaannya akan masuk ke dana kerajaan, bukan syarikat minyak, bukan stesen minyak,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Shahrir berkata Rang Undang-undang Perdagangan Saksama, yang kini sedang dirangka dan pada peringkat akhir, akan dibentangkan di Parlimen Jun depan.

Katanya akta itu menggalakkan amalan perniagaan beretika dan sihat di samping menggantikan rejim kawalan harga yang kini digunakan.

Menurutnya akta itu akan juga bertindak terhadap mereka yang mengaut perniagaan monopolistik dan kartel, dan penggerak yang bersekongkol untuk menetapkan harga. - Bernama

*** Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.Bagi aku bila bab turun ni macam macam alasan dicari untuk mengekangnya tapi masa nak naik sanggup berdebat..masa minyak turun, turunkanlah harganya..adoiii tu pun susah sgt!

Saturday, November 22, 2008

8% KWSP - Rakyat Bayar Cukai Lebih Tinggi

Forward to every Malaysian to let them know about our great government!


Assume monthly basic salary is RM4000.
- If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77.
- If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109.
Conclusion : If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer.

Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay.
Obviously this measure does not help the market at all.
Do we still want this kind of government that doesn't have the best interest of the people in mind?

假设 薪水RM4000,

- 选择 EPF 11%也就是RM440,taxable income 是RM3560,所以tax RM77
- 选择 EPF 8%也就是RM320, taxable income 是RM3680,所以tax RM109 "

Wednesday, November 19, 2008

10% Diskaun Tol: Tetap membebankan pengguna

Semalam Menteri Kerjaraya umumkan PLUS berikan diskaun kepada kenderaan kelas 1 diskaun 10% kepada pengguna dari jam 12 tengahmalam - 7 pagi.
Menteri Kerjaraya dalam sidang parlimen lalu pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol dan bukannya pemberian diskaun.Sekarang lain pulak jadinya, walau bagaimanapun penururan ini aku sambut dengan baik. Apa tidak nya saban minggu aku berulang alik dari Ipoh ke Penang bekerja ditambah pulak dengan harga petrol untuk kereta yang perlu disi,jumlah keseluruhan termasuk tol jambatan telah mencuri peratus dalam budget bulanan.Diharap PLUS dan kerajaan dapat berbincang semula dan mengstrukturkan kembali "diskaun" ini kerana dilihat kurang praktikal:
i.Macam lawak je kerana tempoh masa yang diberikan 12.00am -07.00am,Berapa kerat la orang yang memandu dalam time-frame tersebut yang menggunakan lebuh raya selepas 12 tghmalam teruatamanya ketika minggu bekerja.
ii.kerana tempoh masa itu mungkin akan ramai bergegas untuk bergerak malam maka kesanya ramai pemamdu mengantuk dan mengakibatkan kemalangan yang lebih banyak. Kedua kesanya ialah kadar produktif rakyat mungkin berkurang kerana terpaksa mengejar perjalanan lewat malam dan awal pagi.
iii.smart tag & tng... siapa majoriti penggunanya?-mereka-mereka yang berkemampuan dan juga tokey2
iv.Adakah kerajaan sedar bahawa pada waktu itu rakyatnya yang telah letih bekerja disiang hari, mereka mahu berehat dan tidur dimalam hari.

KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun 10 peratus kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE oleh syarikat PLUS Expressways Berhad 18 November lalu tetap membebankan pengguna jalanraya.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Mohd Yahya Mat Sahri, diskaun tersebut tidak realistik memandangkan kebanyakan pengguna jalan raya bergerak pada waktu siang.

Yahya yang juga aktivis masyarakat berkata, harga itu wajar diturunkan lagi ke tahap munasabah sesuai dengan kestabilan mata wang semasa negara dan penurunan harga minyak secara berterusan ketika kini.

Menurutnya, selaku pengguna aktif dilebuhraya, syarikat tersebut seharusnya menyahut seruan penurunan harga barang oleh pemerintah.

“Saya pernah mengemukakan cadangan ini kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan (FOMCA) agar penurunan harga minyak harus diikuti dengan penurunan harga barang serta Tol”. Katanya.

“Sekiranya gedung membeli-belah boleh memberikan harga runtuh untuk faedah rakyat, mengapa tidak Plus?”. Katanya yang pernah menyuarakan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Selasa lalu, syarikat PLUS Expressways Berhad turut memberi rebet 5 peratus untuk pengguna yang menumpul bayaran minima RM200 setiap bulan dan terhad untuk pengguna Touch N’ Go dan Smart Tag.

p/s kalu kat negara maju macam US tak timbul masalah nak kena bagi diskaun guna lebuh raya sbb hampir kesemua lebuh raya2 tidak dikenakan tol tak mcm kita kat msia, gerak sikit tol, sana tol, sini tol espasially kl, memang sial betul. kat negara siam jiran kita pun tak payah bayar tol kalu ada pun , mungkin kat bankok. memangla highway kita tu cantik tapi kalu semuanya nak makankedarah duit rakyat tak payah cantik2 asalkan keadaan selamt dan pengguna buleh sampai ke destinasi masing2. ada ka patut dr bukit kayu hitam sampai jb depa dok kutip duit siang malam bertahun-tahun tak paham betul mcm mana kerajaan buat agreement dgn pemegang2 konsesi tak kan agreement depa selagi ada bulan dan bintang

Minyak...turun sekadar 15 sen je...



Minyak...oh minyak, Bila lagi nak balik ke harga asalnya sejak kenaikan yang mencanak 78sen sedangkan harga minyak mentah dipasaran dunia sekarang dibawah harga pada saat kenaikan harga 5 June dulu.Berita hari ini pulak cerita yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Majlis Ekonomi Negara akan membincangkan kemungkinan memperkenalkan harga lantai atau harga had minimum bahan api yang boleh diturunkan.Tak boleh ke rakyat menikmati harga minyak ikut seperti harga minyak mentah dipasaran dunia seperti yang diwar-warkan dulu semasa pengumuman kenaikan harga minyak dulu.Ini ape ke hei nye ni yob?...Mula2 dulu dia kata kalu harga minyak dunia turun ke paras USD80 setong...gomen boleh turunkan harga petrol ke harga asal (RM1.92 per liter). Bila betul2 turun ke paras tu...hampeh..Dah tu nak perkenal petrol tax atas jumlah kegunaaan menggantikan subsidi kat petrol pum.

Nampak sangat kerajaan UMNO nak menipu rakyat Kalau dah cakap sebelum ni harga minyak domestik dipengaruhi oleh harga minyak pasaran dunia. Tiba-tiba sekarang nak perkenalkan harga lantai, harga syiling, harga dinding, harga ape kebende nyerlah lagi. Apa perlunya harga lantai atau harga minimum ni?? Nak tipu rakyat kah?? Nak nafikan hak rakyat Malaysia membeli petrol dengan harga yang lebih murah kah?? Atau memang trend dan kaedah UMNO dan konco-konco hapraknya menggodam dan mengambil hak rakyat secara sah yang kejam. Kita fikirkan bagaimana nak jatuhkan UMNo ni dengan BN. Biarlah PR pulak memerintah supaya rakyat tidak ditindas sebegini rupa lagi.

PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali kelima, harga minyak turun lagi mulai esok.

Harga petrol RON 97, RON92 dan diesel turun sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam ini.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Jelasnya, kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

"Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Ia merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata, ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.

Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.

Sunday, November 16, 2008

Ekonomi kita masih okey! -kata Pak Menteri..Realitinya

1. Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec.

2. AMD Penang announced this morning VSS lay off 500 employees.

3. Spansion force to take leave (5 days in this quarter)

4. Jabil planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.

5. Agilent planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave. Jan09 might have another shutdown. No increment 2008 review.

6. Avago no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze.

7. ASE shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3.

8. Fairchild planned 'Mass Vacation' for 9 days leave in FY08

9. INTEL - No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet

10. Motorola, Penang- Still hiring+profit, suspect got government 'look after', Singapore cellphone plant cut 800 job and now waiting for sale.

11. Siltera, kulim - Propose close down this Malaysian 1st Fab company, loss RM4billion in 2008

12. SENSATA Plant shutdown from 22 DEC 2008 to 02 JAN 2009; NO increment in 2009; NO Profit Sharing in 2009!

13. ST-NXP Wireless cuts 500 jobs World-Wide, including subcontractors, from the current total of more than 7500 people.

14. Flextronics cuts 118 jobs in Limerick, Ireland
The job cuts were confirmed during this weekend. Flextronics has announced that the company will cut around 100 jobs at the Limerick plant, said RTE. The reason for the cut backs is due to the global economic downturn. Flextronics employs around 300 staff at the Limerick facility, which provides warehousing and logistics services to a number of companies in the region.

15. Dell lays off 700 in Ireland
The Dell facility in Raheen, Limerick is to lay off 700 temporary workers. Additional to that, Flextronics in Limerick is also rumoured to lay off 100 staff. Mary Coughlan, Irish Minister for Enterprise, Trade and Employment, met with members of Dell's senior management to discuss the future of 3000 employees at the manufacturing facility in Limerick.

16. STMicro to lay off at Phoenix facility

*
a) Switzerland based chip maker STMicroelectronics is to lay off staff at its Phoenix, Arizona facility
*
*
b) Local newsreports state that the chip maker will lay off 100 staff. The facility - which currently employs around 850 staff - will expercience an ongoing lay off process. azcentral cites spokesman Mike Michael Markowitz in
*
*
c) Saying that "about 100 of the plant's 850 workers were let go this week and that the process would continue".
*
*
d) Last year, the company announced closure plans for 3 American chip facilities and that chip manufacturing would be transferred to low-cost locations. Staff and management hoped for a buyer to keep the plant open.


17. Dell workers asked to take unpaid vacation

*
a) Media reports state that CEO Michael Dell - of computer giant Dell - has asked employees to consider taking a maximum of 5 days unpaid holidays.
*
*
b) As reported earlier, Dell is currently running a restructuring programme to counteract the economic and financial downturn.
*
*
c) This includes 8,900 job cuts, voluntary severance packages and a global hiring freeze. "We are asking employees on a voluntary basis to consider taking off (up to) five days ... as unpaid time off as a flexible way to reduce costs for the company," the CEO was cited in a Reuters report in saying.


18. Tele-Fonika Kable to cut 900

* a) Polish based cable and wire producer Tele-Fonika Kable plans to lay of 900 employees or 19% of its workforce.
*
* b) The lay offs will affect all production units across the group. The company has seven plants, of which five are located in Poland, said PB. Tele-Fonika Kable also plans to sell parts of its business, however it will not close down any plants. The company wishes to optimize production process and reduce costs.

Najib,MENTERI KEWANGAN KITA AKAN SEBUT....KITA TIDAK AKAN MENGALAMI MASALAH EKONOMI WALAUPUN DUNIA MENGHADAPINYA....KITA kena tipu lagi woiiii

Kenapa harga Minyak, Gas & Tariff Elektrik tak turun Lagi?

Menteri sibuk menyuruh pekedai dan peniaga menurunkan harga barangan kerana telah menurunkan sedikit harga minyak tetapi tidak peduli pada harga GAS MEMASAK kita yang masih tinggi.Sebab itulah harga makanan masih mahal, sebab kos gas memasak terlalu tinggi. 14kg LPG silinder masih lagi RM25 (mungkin lebih di kawasan pendalaman).

Jika Filipana boleh menurunkan harga sudah hampir sebanyak RM0.75 sekilogram kenapa Malaysia tidak boleh?Jika diambil nisbah yang sama, tong 14kg silinder kita sepatutnya boleh dibeli pada harga bawah RM15.00.

KENAPA....Kerajaan Filipina boleh menurunkan harga GAS MEMASAK tetapi gomen Malaysia yang kononnya prihatin dengan rakyat tak turun2kan lagi harga GAS MEMASAK nih...Tak percaya?hampa pi ushar kat link ni...aku cukup hairan...lepas tuh bising,kenapa para peniaga tak turunkan harga barang...khakkkk ptuiiihhhh....

Lagi 2 korang jangan lupa tariff elektrik...aku cukup tak puas hati bila tariff elektrik masih di tahap lama...sedangkan turbain tak jalan semua sebab nak jaga pemodal kapitalis yg bekalkan tenaga kepada TNB yang terpaksa bayar mahal pembelian tenaga tersebut...

Nih tariff elektrik nih nak bagi gemok Che Khalib CEO TNB tuh lagi ker haa?bila jumpa makcik2 dalam felda...'Marilah kita berjimat cermat'


CEO TNB elaun ngan gaji bulanan dalam setahun bersama elaun lebih RM 1 juta...bukan aku kencing...siap aku boh foto lagi...tarif elektrik untuk sapa?kenyangkan lagi perut2 yang tak faham kesusahan rakyat di bawah ini?aku harap..rakyat bley faham walaupun x panjang aku nk story kat hampa...

Harga minyak sudah sepatutnya RM1.62 seliter

Apabila harga minyak semakin turun dengan mendadak...Kerajaan UMNO di bawah Kementerian Hal Ehwal Pengguna mula kelam kabut. Bila harga minyak naik, menteri-menteri UMNO duk kata...kita simpati dengan beban yang ditanggung oleh rakyat dan negara....tapi bila harga minyak turun dipasaran dunia.... pun dia masih lagi duk kata, ia membebankan kerajaan untuk membayar subsidi dan merugikan pengusaha stesyen minyak seluruh negara. Alahai....macam-macam.

Menterinya Shahir Samad memaklumkan 3 hari lepas dan masih dibawa percakapannya hingga ke hari ini...bahawa kerajaan menimbang akan meminimumkan harga petrol ke paras minimum. Berapa minimumnya...masih lagi menjadi tandatanya.

Kemungkinan kembali ke paras harga asal iaitu RM1.92 seliter atau RM2.00 seliter jika harga minyak masih lagi turun non stop. Sebelum ini kenaikan gila babi yang dibuat oleh Kerajaan Gila ini adalah selepas berlalunya pilihanraya yang ke 12.

Kenapalah hendak diminimumkan harga minyak ??? Rakyat akan hidup lebih susah. Tatkala harga minyak dipasaran dunia menjunam, rakyat tidak merasa penurunan ini apabila kerajaan BN beria-ia ingin mengikat harga minyak dipasaran tempatan(dalam negara) dengan harga minimum. Macam tambatan Ringgit laa...

Tetapi sekiranya harga minyak melambung kembali,saya percaya....Menteri ini akan terus membatalkan harga minimum dan menaikkan kembali harga minyak mengikut nafsu serakah mereka. Kenapa bila harga minyak melambung melangit dulu....tak terfikir pula oleh Pak Lah dan menteri ini untuk mengikat harga minyak ???

Perlu diingat....kantung negara, Petronas juga kantung menteri-menteri ini sudah mula kekeringan. Ditambah pula dengan krisis kewangan dunia, juga penurunan harga Petrol, Harga Besi dan jatuhnya pasaran saham serta merudumnya permintaan Kelapa Sawit semakin membuatkan Malaysia Pitam. Duit subsidi petrol yang diterima dari petronas mula berkurangan, Kelapa Sawit tidak dapat dieksport, Permintaan ke atas pembelian rumah baru makin berkurangan, hasil eksport negara semakin mengecil. Pelabur tidak datang melabur.

Tapi Malaysia yan dipimpin oleh UMNO dan BN masih lagi mendabik dada di Parlimen kononnya Malaysia tidak terjejas. Ekonomi negara masih kukuh dan mantap. Meraka dah lupa ker....inflasi meningkat sebanyak 9%. Pasaran saham negara pun tak stabil dan jatuh dengan teruknya sehingga Kerajaan UMNO ini terpaksa menggunakan wang Rakyat dalam KWSP untuk Bailout pasaran saham negara sebanyak RM5 Billion. Dan sekarang ada ura-ura dan cadangan agar Kerajaan membeli kesemua Kelapa Sawit yang tidak dapat dieksport untuk menstabilkan harga kelapa sawit di pasaran.

Tahun depan dividen KWSP dijangka jatuh. Semuanya akan jatuh....dan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pun akan jatuh juga. Lu pikirlaa sendiri......

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam, sewajarnya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.

Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.

“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.

Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentukan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.

“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak boleh dirumuskan bahawa murid-murid sudah boleh menerima Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jurang perbezaan mereka di luar bandar dengan bandar masih besar, demikian menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia Mohd Sabri Mohd Arshad.

Katanya, sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan.

"Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, Melayu atau Inggeris, ini memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga yakin, peratusan murid yang menggunakan Bahasa Inggeris masih lagi tahap yang rendah bagaimanapun keputusan itu disambut baik.

Dalam melaksanakan PPSMI, beliau menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

"Sekarang ini pembelajaran BI untuk darjah satu hingga tiga hanya lapan waktu sahaja manakala empat hingga enam ada tujuh waktu sahaja, kelas ini perlu diperbanyakkan dan sukatan pula diperluaskan seperti mewujudkan kelas komunikasi dalam BI dan juga bahasa-bahasa lain termasuklah Bahasa Arab," katanya.

Sabri juga melahirkan kebimbangan kerana guru-guru yang ada tidak diberi intensif untuk memantapkan Bahasa Inggeri mereka sedangkan ramai di kalangan mereka tidak boleh menguasai bahasa itu.

"Guru-guru ini ada kemahiran tinggi dalam matematik dan sains tetapi mereka kurang menguasai Bahasa Inggeris, menyebabkan terpaksa mengajar dalam dua bahasa sekali gus ia membuang masa," katanya.

Menurut kerajaan, UPSR kali ini membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid, walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A menurun tetapi murid mendapat 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan.

Saturday, November 15, 2008

UPSR 2008-Pro and kontra Penilaiannya


Hari ini keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Seramai 46,641 atau 9.2% daripada 518,616 calon (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Hanya 9.2%.

Alhamdulillah anak aku yang sulung adalah salah seorang daripada mereka diatas tadi.TAHNIAH dan syukur kehadrat illahi.

Pelbagai pendekatan dan usaha yang dilakukan bagi meraih kejayaan ini. Selain persediaan minda dengan menyertai kem motivasi,skorA,teknik menjawab soalan peperiksaan,hinggalah persediaan fizikal ,latih tubi,past year exam paper,beberapa siri pra peperiksaan megukur kemahiran dari guru guru yang berdidikasi tidak megenal jemu memberi tunjuk ajar sebelum menjelma peperiksaan sebenar.Amalan doa harian serta bacaan yassin dilakukan menyemai sifat hati serta doa yang mebuka pintu hati terhadap pelajaran

“Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya. Beliau berkata, Gred Purata Kebangsaan (GPK) untuk tahun ini juga bertambah baik pada pointer 2.36 berbanding purata 2.39 untuk tempoh lima tahun lepas.” (Utusan 13 November 2008)


Keputusan UPSR 2008 menjadi petanda aras untuk menentukan hala tuju pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun statistik yang dikeluarkan oleh kementerian menunjukkan ada peningkatan A dalam UPSR, tetapi tidak pula ada yang menyebut Sains dan Matematik telah meningkat kefahamannya.

“Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini, membuktikannya, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.”(Berita Harian 13 November 2008).
Agak janggal bagi seorang Menteri dan sebuah kementerian penting dalam negara apabila masih ingin mempertahankan dasar yang mengelirukan pelajar. Apakah peratusan kecil mendapat A satu justifikasi yang betul Pengajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?

Tidak dinafikan, komposisi pelajar akan terbahagi kepada tiga kelompok, yang fast- track (cepat belajar), sederhana dan lambat belajar. Antara kelompok ini, sudah pasti kelompok pertama, fast- track yang boleh menangkap pengajaran dengan baik dan cepat.

Makanya mereka boleh dapat keputusan A dalam peperiksaan. Antara faktor menyumbang, ialah latar belakang keluarga yang berpelajaran, akses ilmu seperti internet yang senang, kemudahan kelas tambahan yang berbayar, selain faktor indivividu yang rajin belajar.

Malah tidak dinafikan, kelompok sederhana dan lambat belajar ada yang boleh berjaya. Tetapi mereka harus bekerja keras secara luar biasa untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam isu PPSMI, kerajaan seolah tidak nampak isu sebenar. Apatah lagi pemimpin Melayu yang diamanahkan untuk menjaga urusan ummat Melayu. Isu bahasa Melayu bukan setakat urusan ummat Melayu, tetapi isu nasional juga. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaaan dan dimartabatkan dalam Akta 152.

Sudah banyak memorandum, forum, surat dan pertemuan menyatakan supaya Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa Melayu. Pihak pejuang bahasa, ahli akademik, NGO dan individu yang cintakan bahasa Melayu telah memainkan peranan kritikal mereka. Namun, nampaknya kerajaan dan pemimpin Melayu tidak berminat dengan urusan memartabatkan bahasa Melayu.

Dalam situasi hari ini, kita boleh melihat, pemimpin Melayu sedang sibuk bertelagah merebut jawatan parti. Ada yang bertumbuk, merasuah demi mendapat kedudukan, melobi antara satu sama lain. Sikap mereka ini ketara apabila akhbar perdana bahasa Melayu sendiri membuat pendedahan meluas pemilihan jawatan dalam parti. Maka tidak mustahil isu bahasa Melayu tidak menyentuh hati nurani mereka.

Harta, kedudukan dan pangkat nampaknya menjadi agenda perjuangan mereka. Kasihan melihat mereka, kerana akibat mengejar harta, kedudukan dan pangkat, mereka di’buta’kan mata dan hati mereka mengenai isu penting ummat dan negara. Nampaknya mereka masih tidak belajar dari kekalahan 8 Mac yang lalu, apabila tidak mendengar suara hati nurani ummat.

Walhal, sebagai pemimpin Melayu, yang diamanahkan menjadi pemimpin, urusan utama ummat Melayu mesti diperjuangkan. Tidak timbul bahasa Melayu sebagai bahasa ummat Melayu sahaja, tetapi bahasa kebangsaan milik semua rakyat Malaysia. Tidak ada ikatan paling rapuh yang boleh mengikat kebersamaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selain bahasa Melayu.

Kerana itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 mengiktiraf budaya rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai teras utama perpaduan negara. Melihatkan faktor sejarah, budaya, nilai dan agama berbeza orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya, maka bahasa kebangsaan adalah faktor pemersatu.

“Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia telah diiktiraf sebagai arkitek perpaduan Malaysia dengan merentas etnik. Laporan Razak telah berjaya menyatupadukan semua kaum dengan penggunaan BM. Sejak dari itu tidak ada lagi masalah 13 Mei di Malaysia.

Ini adalah kerana semua kaum mendapat peluang pendidikan yang saksama dengan bahasa pengantar yang sama. Dengan PPSMI dalam BI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar.

Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu. Mengapa Melayu? Mereka adalah 70% penduduk luar bandar. Ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.” (Prof Nor Hashimah, Persatuan Linguistik Malaysia 2008).

Malah kedudukan bahasa Melayu bukan ekadar alat komunikasi sahaja, tetapi melampau sebagai bahasa ilmiah. Tun Dr Mahathir telah menggunakan premis yang salah apabila melaksanakan dasar yang hakikatnya bukan dasar.

Kerana, dasar kerajaan biasanya akan melalui proses perbincangan dalam kabinet, perbincangan dengan pakar, dibentangkan dalam parlimen dan pelbagai proses menentukan dasar kerajaan. Akan tetapi hanya komentar dalam sidang akhbar, lalu menjadi ‘dasar’ kerajaan.

Tun Mahathir mengatakan, “Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita.

Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.” (www.chedet.com 2008)

Bahasa sebagai alat dan wahana ilmiah adalah dua perkara yang berbeza. Memang bahasa Inggeris boleh menjadi alat untuk memahami ilmu, tetapi bahasa Melayu sebenarnya pergi jauh sebagai alat.

Kedudukan bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai lingua franca alam nusantara. Bahasa Melayu telah berakar umbi dalam masyakarakat kita, dengan melahirkan ramai cendekiawan kelulusan perubatan dan teknologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ada faktor penting mencirikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang tinggi. Prof Naquib Al Attas mengiktiraf karya Hamzah Fansuri apabila mengatakan karya Hamzah Fansuri menggunakan bahasa Melayu yang tinggi dan mendalam. Karya beliau mampu mengungkapkan makna ketuhanan, kenabian dan alam kerohanian menggunakan bahasa Melayu.

Terbukti, bahasa Melayu boleh mencerna akal pemikiran dan melahirkan bahasa mendalam yang menggambarkan sudut pemikiran kita. Ini yang dikhabarkan oleh Noam Chomsky, tokoh lingusitik, “One of the fundamental aspects of human language is its creative nature”. Nilai kreatif dan daya pemikiran bergantung kepada penguasaan bahasa yang terletak dalam pemikiran kita.

Apabila bahasa Inggeris dimasukkan dalam perbendaharaan ilmiah ummat Melayu, sebenarnya telah melakukan proses sekularisme secara tidak langsung. Ini bukan hujah remeh yang tidak ada asasnya.

Memandangkan setiap bahasa ada nilai worldview (pandangan sarwa), begitu juga bahasa Inggeris dan Melayu. Perkembangan bahasa Melayu telah membawa nilai Islam yang terbukti membentuk keperibadian masyarakat Melayu di Malaysia.

Prof Naquib Al Attas dalam ‘Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu’ mengungkapkan dengan tegas bahawa peranan Islam dahulu telah membawa masyarakat Melayu keluar dari kepompong animisme dan tahyul.

Faktor bahasa Melayu memainkan peranan penting mencirikan pemikiran yang bertamadun. Banyak kosa kata dan makna bahasa Melayu membawa makna Islami.

Istilah seperti syurga, rasul, kitab, hadith, pahala, berkat, rahmat, dan sebagainya membantu ummat Melayu memahami hakikat kehidupan yang sebenar. Proses pengislaman melalui bahasa membuktikan alam pemikiran memerlukan bahasa untuk memahami suatu hakikat kebenaran.

Bahasa Melayu telah membawa ummat Melayu dekat dengan kehidupan seorang Muslim yang sebenar. Hujah ini tidak popular di kalangan bukan Melayu, tetapi sekurangnya bahasa Melayu dikitiraf bahasa kebangsaan merentas etnik, kaum dan agama di Malaysia.

Maka PPSMI mesti dikembalikan ke bahasa Melayu. Sudah tiba masanya kerajaan tidak berdolak dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munsabah untuk menjustifikasikan PPSMI. Jangan sehingga saat akhir kerajaan yang disangka membawa syiar Islam, tetapi hakikatnya membawa dasar sekularisme dalam negara.

Sunday, November 9, 2008

Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 14 - Khas buat Ummi Siti


Alhamdulillah tanggal hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14.Sepanjang usia menjalani hidup bersama belbagai onak dan duri serta kemanisan yang telah kami lalui.Moga Allah memberi hidayah bagi menerus sisa sisa kehidupan ini hingga ke akhir hayat bersama bagi meneruskan cabaran dengan tanggungjawab sebagai ketua keluaga serta amanah mendidik dan membesarkan anak anak.

ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian.

Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih faham.

Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan bersama.

Isteri harus juga memainkan peranan sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga.

Selain bersikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri,”

Ikrar ku:

# Sentiasa menjadi teman setia isteri pada waktu suka dan duka.
# Pendengar setia dalam apa jua masalah isteri dan anak.
# Menjadi penghibur dalam rumah tangga.
# Membantu dalam urusan rumah tangga dan anak.
# Menghormati isteri.
# Menerima baik buruk sikap isteri.
# Penyabar.

Terimakasih atas layanan yang amat dihargai sepanjang hidup ini:

OBAMA: We Will Rock You

" Satu dunia dah tahu bahawa Barack Husein Obama (OBAMA) menang kerusi Presiden Rumah Putih. Satu Dunia juga menyambutnya bagaikan kelahiran baru buat dunia yang menunggu seorang SuperHero
Harapan dan impian berbillion rakyat dunia rupanya terarah kepada seorang Penganut Khatolik yang berbapakan Islam itu. Obama seolah-olah kewujudan sebagaimana AF melahirkan MAWI yang dikira cukup sempurna bagi peminat seni tanahair.

Tak hairanlah Tuan Guru Nik Aziz sendiri mengharapkan agar kelahiran Obama di Bumi Amerika itu mampu mengubah dasar luarnya terhadap negara Islam. Satu pengharapan yang payah untuk kita terjemahkan sekarang ini. Namun, dalam masa yang sama juga, dunia masih lagi mencari OSAMA ben Laden, seorang pejuang Islam unggul bagi dunia Islam sendiri, tetapi Osama bagi bukian Islam adalah BOM jangka yang amat ditakuti.

Menariknya, jika OSAMA masih lagi hidup, maka ia akan berhadapan dengan OBAMA. (OSAMA VS OBAMA) Hanya dipisahkan dengan huruf 'S' dan 'B', kedua-duanya adalah tokoh yang 'memegang' dunia ketika ini.

Apa yang kita nanti adalah; di antara mereka nanti siapakah yang akan menang? Biarpun selangit mana hamburan pujian penduduk dunia berbilang bangsa mengharapkan OBAMA akan mengubah dunia, namun naluri kecil ini mengatakan, ianya amat sukar dilakukan. Jika kita faham fungsi Presiden Amerika dan apa pula fungsi Kongres, maka kita akan terkedu.

Presiden USA, hatta dari kalangan orang Islam sekalipun tidak berupaya mempengaruhi kekuatan Yahudi (Israel) untuk meredakan tekanan terhadap negara Islam. Walaupun mempunyai kuasa veto, OBAMA pasti akan akur dengan kuasa mutlak kongres Amerika yang pastinya dikuasai oleh kaum Yahudi, di mana mereka itu adalah kuasa dalam semua segi termasuklah pengagihan harta serta kekayaan dunia ini.

Dalam pada itu, jika apa yang difirasatkan itu benar-benar berlaku sepertimana berlaku pada Presiden2 Amerika yang lain, umat Islam tentu masih memerlukan OSAMA. Di mana OSAMA? Itulah kelebihannya. Tiada siapa yang tahu termasuk Presiden amerika sendiri.

Begitu juga segmen kehidupan OBAMA yang tragis semasa kanak-kanak, beliau tentunya tidak terlalu berminat mengikut telunjuk Islam. Sebagaimana kenyataannya, bahawa walaupun bapa kandung dan bapa tirinya penganut Islam, ianya hanyalah pada nama sahaja.

OSAMA pula bersekang mata dan memerah otak memikirkan bagaimana membebaskan dunia daripada cengkaman Yahudi. Sedangkan pemimpin2 agung Islam yang lain sibuk mengiktiraf kelahiran Presiden baru amerika, tatkala dunia menghampiri akhir zaman..apakah OBAMA diutuskan untuk berkompromi dengan Islam? Atau Islam akan terus berharap OSAMA lah

Saturday, November 8, 2008

KWSP - Wajarkah Caruman dikurangkan 3%

"Wajarkah arahan ini dikeluarkan dan berkuatkuasa mulai Jan, 2009? Apa rasionalnya?

KWSP merupakan simpanan hari tua yang berkesan? Adakah kerajaan lebih mengutamakan rakyat untuk terus 'berkorban' demi keselesaan ekonomi pemerintah (dengan harapan agar rakyat berbelanja lebih untuk menjana ekonomi dan daya saing negara) ?

Bagi aku ini satu lagi langkah yang akan menjahanamkan duit rakyat.
simpanan hari tua tu.. dah la yg menyimpan tu semua bukan yg keja gomen.. pekerja gomen dapat pencen + benefit..
yg keja swasta dapat apa..? hah... duit epf tu la nak wat modal pusing.
kalau yang gaji besar memang la tak terasa.. tapi yang makan basic under 1k tuh..? bagi saya selaku pekerja swasta.. TAK WAJAR.

Keratan akhbar
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus akan dibuat secara automatik mulai gaji Januari depan.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, potongan gaji secara automatik yang dikurangkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus itu dilaksanakan selama dua tahun.

‘‘Langkah itu bagi memudahkan ahli dan melancarkan pelaksanaan pengurangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat mengumumkan kerajaan akan membenarkan para pekerja mengurangkan kadar caruman KWSP mereka sebanyak tiga peratus mulai Januari depan.

Menurut Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri, langkah itu bertujuan menambah pendapatan boleh guna pekerja.

Ketika ini, caruman majikan kepada KWSP adalah sebanyak 12 peratus manakala caruman pekerja pula 11 peratus.

Nik Affendi menjelaskan, ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL).

Jelasnya, borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Sehubungan itu, katanya, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru kepada pencarum.

‘‘Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dan Borang KWSP 17A (AHL) dari mana-mana cawangan KWSP.

‘‘Kaedah lain, mereka boleh memuat turun daripada laman web myEPF di www.kswp.gov.my mulai 1 Disember ini,’’ katanya.

Sementara itu, menurut sumber pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pendapatan daripada pengurangan caruman tiga peratus itu tidak akan dikenakan potongan cukai.

blogger templates | Make Money Online