Friday, December 19, 2008

Penswastaan IJN -Kerajaan berniaga tentang nyawa rakyat

Melihat buletin utama malam tadi menyaksikan isu penswastaan Institut Jantung Negara(IJN) oleh Sime Darby. IJN yang terletak dibawah Kementerian Kesihatan nampaknya bakal dijual atau diswastakan kepada Sime Darby. Dato’ Sri Najib dalam temubual di TV3 nampaknya bersetuju dengan penswastaan tersebut kerana kata beliau Sime Darby mempunyai status kewangan yang kukuh bagi menjamin perlaksanaan operasi IJN tidak terjejas. Walau bagaimanapun Dato’ Najib melihat peri pentingnya kerajaan meneliti dahulu rancangan ini walaupun bersetuju pada prinsipnya IJN diswastakan kepada Sime Darby. Kerajaan dilihat perlu meneliti samada peranan IJN dalam soal tanggungjawab sosial terutama kepada golongan miskin tetap tidak terjejas.

Bagi saya statement dato’ Najib dalam TV3 tu hanyalah gula-gula politik semata-mata untuk menyejukkan rasa kemarahan atau bangkangan dari rakyat terbanyak. Dato Najib sendiri berkata kerajaan bersetuju secara prinsipnya yang mana jelas menunjukkan prinsip kerajaan ialah menswastakan IJN ni.
Penswastaan di negara kita ni sebenarnya cantik atas kertas sahaja. Dasar penswastaan yang dimulakan oleh Mahathir dulu tu sebenarnya cantik hanya atas kertas sahaja. Penswastaan dilihat mampu untuk memberikan injection kepada sektor tertentu agar ianya lebih cekap dan mampu meringankan beban kewangan kerajaan. Dengan itu kerajaan mampu untuk gunakan duit yang lebih itu kearah memakmurkan lagi rakyat dan negara.

BETUL KE TU?

Betul ke penswastaan akan menjadikan sektor atau industri itu lebih cekap dan kerajaan akan lebih memakmurkan rakyat? Setakat pemerhatian saya ... Pos Malaysia contohnya ... penswastaan Pos Malaysia adakah menambah cekap perkhidmatan? Isykkkk... LANGSUNG TAK BERUBAH ... kalau berubahpun adakah ianya memberi kesan ketara? Beratur panjang jugak macam dulu... staf kat kaunter masam mencuka dan service lembab jugak macam dulu. Tenaga Nasional macam mana? Telekom Malaysia macam mana?
Pada pemerhatian saya penswastaan ini sebenarnya nak bagi bisnes kat kroni. Nak bagi ahli lembaga pengarah yang umum tahu dato’ dato’ tan sri tan sri tu dapat duit lagi banyak. Adakah kerajaan benar2 menambah baik keperluan rakyat bila penswastaan ini dilaksanakan? Mana ada??!!! Tol semakin naik... Semua harga barang naik... minyak kita sekarang lebih mahal dari Thailand ... diwaktu Singapura 3 kali turunkan harga minyak kita baru sekali? Pelajar2 kita dah berhutang bila habis belajar di IPT melalui PPTN?

Alaaaaaaa... rakyat dah cerdiklaa... janganlah nak perbodohkan rakyat lagi. Negara kita nikan... airpun diswastakan... kalau air sebagai sumber penting kehidupan nipun diswastakan cuba bayangkan nyawa rakyatpun diperniagakan... perghhhh ...

Dinegara maju saya perhatikan mereka ada jugak penswastaan. Tapi bab nyawa dan kepentingan utama rakyat mereka tidak sekali-kali akan menswastakannya. Malah kecekapan perkhidmatan ajensi kerajaan mereka standing dan ada yang jauhhhhhhhhhhhhhhh lebih bagus dari swasta.

Amboi sedapnye bunyi. Masa nak privatise LLN, JBA dulu tu...macam tu jugak gayenye. Nanti... dah kelam kabut...rakyat juga yang dok menanggungnye. Tak percaya mike tengok le..

Wajib baca Untuk Renungan


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanahair. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,
seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa?

Dan apakah bisa menjawab pertanyaan - pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang
yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.

Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itua dalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga
terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan
menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Kawan kawan, sekarang anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda
(..dan kena pulak tamparan dari 'u know who')

2. Forward E-mail ini kepada orang yang anda kenali dan
Insya Allah keredhaan Allah akan dianugerahkan kepada
setiap orang yang anda kirim.

Wednesday, December 17, 2008

Relak jap...sticker kereta

Salam sejahtera,

Kauorang perasan tak sewaktu memandu and mengekori belakang kereta bermacam macam sticker dapat deperhatikan ditampal dibelalakang maupun didepan cermin kereta.Walau apapun tujuan sebagai iklan percuma bagi sesuatu produk,mungkin tersirat sesuatu disebaliknya:

+———————————+
BABE ON BOARD
+———————————+

Babe bermaksud perempuan cantik serupa itu Maya Karin, Erra Fazira, Yasmin Hani (wachaa!) dan lain-lain perempuan cantik lagi. Wa talak paham mengapa ada perempuan tak cantik tetapi masih mau menipu orang ramai dengan menggantungkan sticker “Babe On Board” di cermin belakang kereta mereka. Wa mau honk!honk! keleta tepi meleka pun talak mood setelah melihat lupa meleka. Manyiak jahat. Adakah meleka tiada belasa malu? Apakah meleka tidak memikirkan pelasaan ibubapa meleke dengan pelbuatan keji meleka itu? Bagaimana pula dengan pelasaan pemandu2 lain yang kuciwa melihat tiada babe on board pun? Sedey teramat…sob..sob…*Bitch!*

Ingatlah pemandu-pemandu sekalian. Sekilanya lu bukan seolang babe, sila jangan tampal ini stickers pada keleta anda. tidak baik menipu olang lamai. Begitu jua, walaupun sekilanya lu betul2 seolang babe, lu tidak perlu menampal ini sticker kelana if u’re a babe on board, we will know. *Honk! Honk!!!*

p/s: The “Babe” here is not in any way referring to Babe the Ignoramus (or whatever she call herself nowadays) yang sering boleh dilihat berkeliaran di dalam wa punya luangan tikus keji. Halap maklum.

***
Sticker..2:

+———————————+
IF YOU THINK THIS CAR IS CUTE,
WAIT TILL YOU SEE THE DRIVER
+———————————+

Laaaaannnjiaoo! Most of the time I seeing the car is cute but the driver no cute.

Can u blame them? Yes.

Bagaimana sekilanya I thinking the car is NOT cute (ie ugly!), adakah belmaksud pemandu keleta itu jua sama tidak cute (ie ugly!) ?

Can u still blame them? Yes.

Sungguh mengelirukan itu makna sticker. Kepada meleka2 yang terbabit, wa merayu. Tolonglah jangan tampal ini maciam punya “ohh..I’m cute!” dan “I’m furny” stickers pada bampar atau cermin keleta anda. Lu hanya memalukan dili sendiri. It is not cute, it is not furny. Only u yourself thinking that way yang hanya menipu dili sendiri dan jua olang lamai.

***

Sticker..3:

+———————————+
DREAMCHASER
+———————————+

Riteeeeee… Kepada para pemilik ini stickers, i only wish u all the best in chasing your dreams. Just dont bugging me anymore i dowan to buy your toothpaste and whatever else u have for sale nor do i want to sign the membership forms.

***

Sticker..4:

+———————————+
I DONTGOTO UNIVERSITY
+———————————+

Wa lasa kemungkinan besar university ini adalah universiti yang paling terbagus di dunia. Universiti ini telah melahirkan lamai olang2 yang beljaya di dalam kehilupan. Kemanyiakkan meleka yang menampal sticker ini adalah pada keleta mercedes dan jua keleta2 mewah. Wow! I want to go studying in this university too!! *Snore*

***

Sticker..5

+———————————+
MY CAR IS NO FERRARI
BUT NEITHER IS YOURS
+———————————+

Pemilik keleta ini mungkin belasa bahawa sticker ini sangat cool. Sticker ini sebenarnya adalah sangat tidak cool. Sticker ini hanya mempamerkan kelendahan IQ pemilik keleta ini. Lu ingat olang talak tau apa maciam lupa fellali aa?? Semua olang pun tauuu fellali lupa maciamana lar. Semua olang pun tau lu talak bawak fellali. Tidak perlu canang satu lebuhlaya maahh. Ini sorhai bikin malu dili sendili sahaja.

***

Sticker..6

+———————————+
WHEN I GROW UP I WANT
TO BE A FERRARI
+———————————+

The owner of the car with this sticker is definitely need to glow up. He thinking he so cool but ekcelli he is loser. Please dont be a loser. Peel the sticker off your Kelisa, ok!

***

Sticker..7

+———————————+
AKU HIDUP DALAM BLUES
+———————————+

Sticker keji ini ada gambar katun itu mamat “Aku Hidup Dalam Blues”. Sungguh keji. Wa lasa selupa mau baling wa punya selipar sama itu driver. Kita patut pukul ini olang belamai2 sehingga dia insaf. Terdapat satu lagi version iaitu BLUES UNTUK AKU. Ini pula katun minah bertudung tetapi berpakaian baju manyiak ketat nampak shape badan. Wa pun talak belapa paham itu makna “blues untuk aku”. Wa lasa meleka salah cetak sepatutnya “Aku Hidup Dalam Blue Movie” atau “Blue Movies Untuk Aku” lebih bermakna. Porns are keji.

***

Sticker..8

+———————————+
HONDA. THE POWER OF DREAMS
+———————————+

Ini pun wa lasa salah cetak jua. Sepatutnya adalah Honda. The Power of Dreaming. Ini adalah kelana untuk dreaming kita perlu tidur. Selepas tidur dan dreaming, balu keesokan hali badan ada powah tenaga. Sekilanya tidak cukup tido, tiada powah untuk pergi kerja pun.

***

Sticker..9

+———————————+
FOUND MY DREAM JOB
AT JOBSTREET.COM
+———————————+

Sticker ini banyak kelihatan pada teksi-teksi sekitar Wilayah Persukutuan Kuala Lompo. Wa pun tamau manyiak cakap.. Lu sendili boleh pikir.

***

Sticker..10

+———————————+
YOU KISS YOU PAY
+———————————+

Sticker ini menelangkan bahawa lu perlu bayar selepas lu cium dia. Jelas terbukti bahwa pemilik ini keleta mempunyai ciri2 seolang enterprenur. Belia mau menjadi seolang whore yang mempunyai bisness model yang lain dali yang lain -The Mobile Whore- Of cos have to start small-small first. So pakai kancil dulu dan berniaga kecil-kecilan dengan melonda2 mencari pelanggan. Vely good business strategy! Apabila bisness sulah berkembang maju, balu lah boleh menambahkan service2 lain kepada pala pelanggan. Apabila sulah kaya laya kelak, balu boleh angkat itu keleta Missbitchi Ewo 7…Keleta idaman setiap ahbeng2 seluluh dunia. Namun begitu, wa ingin mengingatkan lu olang bahwa menjadi whore adalah plofession yang keji.

Petrol turun lagi..turun kali yang ke 7?

Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam (lihat berita Malaysiakini "Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi") tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

|hermansamsudeen|Naik satu kali, turun tujuh kali. Itulah rekod harga minyak yang dicipta untuk menjadi modal tambatan untuk Kerajaan BN jaja ke serata alam. Pada 5 Jun 2008, BN menaikkan harga minyak RON 97 dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter, dengan kadar kenaikkan keseluruhan berjumlah 78 sen atau 41%.

Pastinya ramai yang terkejut dan marah ketika itu kerana itulah kenaikkan yang tertinggi dalam sejarah.

Walaubagaimana pun, BN ‘bijak’ untuk menarik perhatian rakyat dan pada 23 Ogos 2008, sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh mereka menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen dengan harga baru sebanyak RM 2.55.


Ini diikuti dengan enam lagi siri penurunan harga yang begitu hebat di war-warkan dalam media iaitu pada 25 September 2008 turun 10 sen kepada RM 2.45 , 15 Oktober 2008-RM 2.30 (Turun 15sen), 1 November 2008 - RM 2.15 (Turun 15sen), 18 November 2008 - RM 2.00 (Turun 15sen), 3 Disember 2008 - RM 1.90 (Turun 10 sen), 16 Disember 2008 -RM 1.80 (Turun 10sen).

Tujuh kali penurunan berbanding dengan satu kali kenaikkan kalau difikir sepintas lalu pasti kita ingat bahawa Kerajaan BN sudah buat kebajikan besar buat rakyat.

Namun, hakikatnya itu hanyalah satu permainan eko-politik mereka yang mahu rakyat hanyut dengan graf penurunan itu. Ianya memang berkesan kerana rakyat kini tidak lagi tertumpu pada isu harga minyak kerana mereka beralih pada isu harga barang yang tidak turun walaupun harga minyak dah turun banyak kali.

Dari segi matematik dan ekonominya, kenaikkan hanya sekali itu sebenarnya lebih merugikan kerana melibatkan perubahan harga yang besar kepada pasaran barang diseluruh negara yang mengambil masa yang panjang untuk melakukan pusingan modal dan untung.

Minyak menjadi punca awal kenaikkan harga barang hari ini kerana ianya telah menaikkan kos perkilangan dan pengeluaran produk yang ada dalam pasaran sekarang sejak lima bulan lalu. Kos kilang yang tinggi belum dapat mereka tampung, justeru itu mereka tidak boleh mengikuti rentak penurunan harga minyak sekarang walaupun mereka tahu bahawa mereka akan tetap dapat untung bagi pusingan pengeluaran untuk lima bulan akan datang hasil dari harga minyak yang rendah hari ini.

Langkah menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali hanyalah sekadar untuk menarik perhatian rakyat agar tidak terus salahkan Kerajaan.

Oleh itu kita janganlah terpedaya dengan langkah ini kerana Kerajaan hanya mengambil satu hari untuk naikkan harga minyak dari RM 1.92 kepada RM 2.70 tetapi kemudiannya mengambil masa lebih 5 bulan untuk turunkannya kepada RM 1.80 secara berperingkat.

Hari ini harga minyak dunia begitu rendah iaitu USD 46.28 setong dan sebenarnya harga ini lebih lebih rendah berbanding harga minyak dunia pada 1 Oktober 2004 dimana pada ketika itu harga minyak dunia adalah USD 53.13 dengan nilai harga tempatan hanya RM 1.42 seliter berbanding harga RM 1.80 seliter hari ini.

Jadi, bayangkanlah keuntungan yang diperolehi oleh pihak Kerajaan BN hasil dari putar belit mereka sepanjang lima bulan lalu dalam memainkan harga minyak ini.

Memang isu ini agak complicated untuk difahami, tetapi semuanya pasti ada alasan dan jawapan. Cuma, bagi kita sebagai rakyat diharapkan agar sedar akan hak dan juga tidak mudah berpuas hati.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa politik BN yang sebenarnya telah mengaut untung yang besar dalam kerugian rakyat.

Jadual berikut menunjukkan harga minyak Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON 97.

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagat1Perubahan RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)

Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 200822.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)

Nota:
1Harga minyak sentiasa berubah. Nilai yang diberikan merupakan nilai anggaran berdasarkan harga minyak mentah di pasaran New York.
2Kerajaan mengumumkan harga minyak akan dikaji sebulan sekali bermula 1 September 2008 berdasarkan purata harga global minyak. Perubahan mengikut sistem ini pertama kali dilaksanakan pada 23 Ogos 2008.

TURUNKAN HARGA GAS MEMASAK & TARIFF ELEKTRIK SEGERA !!!

Malaysia 10 terkotor ..!!

Sweden negara paling bersih

POZNAN (Poland): Sweden muncul negara paling bersih menangani pelepasan gas rumah hijau, manakala Arab Saudi di tangga paling bawah dalam usaha mengurangkan punca pemanasan global itu.

Laporan Indeks Tindakan Perubahan Cuaca yang menjadi pengukur kerjasama negara disediakan dua badan bukan kerajaan, Germanwatch dan Climate Action Network pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, laporan itu meletakkan Sweden di tempat keempat kerana tiada satu pun negara di dunia ini disifatkan layak menduduki tiga tempat teratas senarai berkenaan.

Negara di belakang Sweden adalah Jerman, Perancis, India, Brazil, Britain dan Denmark.

Sepuluh negara di kedudukan paling bawah adalah Greece, Malaysia, Cyprus, Russia, Australia, Kazakhstan, Luxembourg, Amerika Syarikat, Kanada dan Arab Saudi. (bharian)

Itu Malaysia, bagi Penang satu kajian yang telah dibuat oleh pihak usm mendapati pembuangan sampah yang tidak teratur didalam sistem peparitan menyebabkan kejadian banjir kilat selalu terjadi akhir akhir ini.

"Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap di kawasan kajian kami adalah pada tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Semasa kami membuat pemerhatian dan juga bancian, kami dapat melihat sampah sarap yang tidak sepatutnya berada disitu menunjukkan situasi sampah sarap di kawasan tersebut. Ianya bukan sahaja kelihatan di kawasan penempatan disitu tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan semasa pemerhatian dibuat kami mendapati bahawa air memang susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air."

Daripada unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan di Pulau Pinang jelas menunjukkan tahap pembuangan sampah sarap yang agak tinggi dan meningkat pada setiap tahun. Di dalam Laporan Rancangan Struktur 1990-2010 ada dinyatakan tentang unjuran ini dan secara ringkasnya didapati bahawa unjuran pembuangan sisa pepejal dan perniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan / hari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan / hari dan dijangka pada tahun 2010 ianya semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan /hari. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan unjuran pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan:

Unjuran Pembuangan Sisa Pepejal Domestik dan Perniagaan

Tahun

Kg /penduduk/hari

Jumlah / penduduk

Pembuangan sampah (kg / hari)

Pembuangan sampah (tan / tahun)

1995

0.73

550,353

401,757

146,641

2000

0.88

595,270

523,837

191,200

2005

1.03

645,004

664,354

242,489

2010

1.18

701,195

827,410

302,004

Kadar terkini pembuangan sisa pepejal domestik dan perniagaan adalah sebanyak 0.73 kg / penduduk /hari. Bagi tren pertambahan kadar pelupusan sisa pepejal dianggarkan sebanyak 0.031 kg / penduduk / hari /tahun.

Adalah tidak mustahil kadar pembuangan sampah sarap di kawasan tersebut telah menyumbang kadar yang besar jika dibandingkan dengan kawasan yang lain di sekitarnya. Apa yang boleh disimpulkan disini bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini dengan secara tidak langsung.

RM6.01 Juta Untuk Istana PM… RM3.4 Juta Untuk Istana TPM di Malaysia

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Kerajaan Malaysia dibidas setelah ia mengaku membelanjakan AS$1.68 juta ($2.5 juta) setiap tahun untuk membiaya kediaman mewah perdana menteri di ibu kota pentadbiran negara itu, Putrajaya.

Menjawab soalan ahli parlimen (AP) pembangkang dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata RM6.01 juta ($2.5 juta) telah dibayar setiap tahun kepada syarikat pemaju yang dikaitkan dengan kerajaan, Putrajaya Holdings, bagi tujuan menyewa dan menyenggara kediaman itu.

Kerajaan Malaysia juga menanggung kos RM3.4 juta setahun bagi menyenggara kediaman timbalan perdana menteri.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.

Isu Beli Kereta Camry Ganti Perdana V6 Di Perak


Isu Beli Kereta Camry Ganti Perdana V6 Di Perak, Presiden PPPM Wajar Celikkan Mata !

KUANTAN - Kami amat tertarik dengan satu kenyataan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang menyifatkan kerajaan Perak sebagai ‘mengkhianati’ negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri. “Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan,” katanya.

Mohd. Firdaus berkata, pemimpin kerajaan di Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan. “Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan,” katanya.

Terkadang lucu juga bila mendengar pandangan presiden PPPM ini, nampaknya bukan main bergaya beliau menuding jari kepada negeri Perak. Kononnya mereka itu adalah jaguh untuk mempertahankan negara. Hingga menganggap kerajaan Perak sebagai “pengkhianat” kerana menggunakan kereta buatan luar itu.

Bila difikirkan balik, ternyata begitu lemah dan dangkalnya mentaliti puak-puak ini. Apa yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat semua tidak kena bagi mereka. Walhal, niat kerajaan negeri Perak itu adalah ikhlas untuk mengurangkan belanja penyelengaraan yang terlalu tinggi melibatkan kereta Proton Perdana V6.

Soalnya disini, kenapa kereta buatan tempatan kos penyelengaraannya terlalu tinggi berbanding kereta luar?. Maka itu, salahkah kerajaan Perak yang cuba untuk berjimat cermat dan tidak membazirkan wang rakyat?. Jika Presiden PPPM mengatakann kerajaan Perak khianat, maka bagaimana pula dengan Kerajaan Pahang, Trengganu, Johor dan lain-lain negeri BN yang turut menggunakan kereta luar.

Malah di Trengganu sendiri kecoh baru-baru ini berhubung dengan isu kereta rasmi. Bahkan kerajaan Trengganu lagi hebat terus membeli kereta dari buatan Jerman berbanding Kerajaan Perak yang membeli kereta dari buatan Jepun. Sekurang-kurangnya “dasar pandang ke timur” yang dicipta oleh mantan PM Mahathir itu masih lagi diamalkan.

Maka, kenapa Presiden PPPM tidak menegur dan mengkritik kerajaan Trengganu baru-baru ini? Walhal, negeri itu adalah berjiran dengan Pahang. Apakah kerana negeri itu dipimpin UMNO dan BN maka beliau tidak berani menegur. Perak negeri pembangkang, maka itu ditegur. Mudah benar prinsip perjuangan PPPM, jika begitu adanya!

Bahkan kami melihat kerajaan Pahang sendiri pun ramai exco dann ADUN yang tidak gemar menggunakan kenderaan buatan Malaysia itu. Apakah mereka juga boleh digelar “pengkhianat”?. Justeru itu, kami sarankan kepada Presiden PPPM, Mohd Firdaus Abdullah agar “berpijak di bumi yang nyata”.

Tengok dulu tempat sendiri atau yang dekat dengan kita sebelum melihat nun jauh disana. inilah yang dikatakan “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak”. Semoga PPPM tidak lagi “berkokok” selepas ini.

Eloklah Presiden PPPM menegur kerajaan Pahang yang ternyata kini yang gagal menguruskan ekonomi dengan baik sejak sekian lamanya. Arahkan dulu pemimpin UMNO Pahang guna kenderaan buatan Malaysia sebelum memberi pandangan yang jauh seperti itu.

http://pahangdaily.blogspot.com

Perkahwinan Dalam Islam


Kesinambungan dari artikel saya yang terdahulu mengenai cuti sekolah dengan majlis kenduri kahwin.Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak
memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat.

Haram kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak
berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah perkahwinan

1. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
2. Memelihara kesucian diri
3. Melaksanakan tuntutan syariat
4. Menjaga keturunan
5. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
6. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
7. Dapat mengeratkan silaturahim

Dalil pensyariatan

" Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri
kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakaj mereka
beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni'mat Allah?"
(Surah an-Nahl: ayat 72)

" Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah
akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah an-Nur : ayat 32)

" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan
oleh bumi dan dari mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
(Surah Yasin: ayat 36)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah ar-Ruum: ayat 21)

" Dan segala sesuatu yang Kami ciotakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah."
Surah al-Zariya: ayat 49

Peminangan

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan
perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan
masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum
peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan
bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan
pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan
dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa
peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan
berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua
tangan sahaja.

Nikah

Rukun nikah:
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi
- Ijab dan kabul (akad nikah)

Mahar

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia
juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4.

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah
baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan
persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah
kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara
tunai, bertangguh atau berhutang.

Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara
syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris
isterinya.

Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas
isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya.

Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib
membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar

" Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya

" Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan
atau walinya.

Walimatulurus

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat
ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan
tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat
menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan
mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan
kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara bersederhana
dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Di antara sumber rujukan:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam

Monday, December 15, 2008

Camry Vs Perdana


Pelbagai reaksi yang diberikan terhadap isu pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kereta rasmi kerajaan Perak yang baru bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 yang uzur.Bagi aku better pakai camry dari segi jimat dan keselamatan. Camry itu mahal bukan kerana dia mmg mahal , tetapi cukai yang 'kera'jaan tekankan yang menjadikannya mahal.
Perdana V6 ? buat dalam malaysia pun dah 120K ? Kalau terbukti maintainence dia lebih tinggi , bagi aku x payah la pakai... V6 dah terbukti banyak masalah, dan semua org tahu...

IPOH: Ahli Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk Exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.

Beliau berkata keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang lepas, Ngeh berkata keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada.

"Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Proton Perdana melibatkan kos tinggi. Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk
berbelanja secara berhemah. - Bernama
**Membandingkan produk Proton dengan Toyota bagaikan langit dengan bumi dari segi kualiti, daya tahan dan segala-galanya. Dari segi perawatan atau maintainance, Toyota lebih hemat daripada Proton yang sering rosak-rosak dan sparepartnya mahal. Sesiapapun yang memakai proton pasti mengakui hakikat ini. Kalau lebih hemat Camry, kita pun menyokong tindakan kerajaan Perak itu.

Sunday, December 7, 2008

Salam Eid-ul-adha


Dianggarkan lebih kurang 3 juta umat islam sedang menunaikan ibadat haji tahun takala ini dan hari ini adalah kemuncak kepada ibadah itu.Ia merupakan perhimpunan ugama yang terbesar dimuka bumi dalam dekad ini.

Esok kita akan menyambut Eid-ul-adha.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT
Dalam kehidupan ini, kita mesti berkorban, kita sanggup berkoraban demi dunia, demi kekasih, demi pelajaran, demi kerja, demi perut, demi hawa nafsu dan demi segala-gala ni’mat di dunia. Tapi selalukah kita berkorban demi Allah.

Pada kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Eid-ul-adha kepada para pembaca blog ini yang beragama Islam. Semoga korban kita semua akan di terima oleh Pencipta yang Maha Satu.

Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa


Ucapan takziah kepada keluarga empat mangsa yang terkorban berasa dukacita atas kejadian malang yang menimpa ribuan penduduk yang masih terperangkap akibat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa jam 4 pagi semalam.

Dalam kejadian itu empat yang terkorban antaranya dikenali sebagai sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, Dr N. Yogeswari, 40 dan Eng Yee Peng, 30,Pembantu rumah dikenali Su.

|PerakExpress.com|Manusia ini angkuh dan sering cakap tak serupa bikin. Bila terjadi malapetaka, ramai yang mengeluh. Ada yang salahkan takdir. Ramai jadi penonton pasif. Ramai jadi penyibuk. Malapetaka menjadi “promo” dan “headline news”. Bila jumpa kawan ia jadi “conversational piece”. Kita melihat tayangan malapelata ketika makan malam bersama keluarga, ketika santai dan ketika sembang-sembang kosong. Apakah yang dirasa oleh mereka yang ditimpa malapetaka? Apakah yang kita rasa? Anda yakin apa yang berlaku kepada mereka tidak akan berlaku kepada kita?

Sesungguhnya peristiwa ini amat menyedihkan aku.

Tahukah?
Bila malapetaka singgah hari ini;
Esok, lusa, minggu depan, tahun depan atau bila-bila masa dia akan singgah lagi.
Jangan salahkan Tuhan;
Jangan salahkan alam.

Malapetaka bukan tetamu yang tidak diundang.
Kita sedia alurnya;
Kita papar ruangnya;
Kita rintis jalannya;
Kita buka pintunya…
Ada pokok - tebang;
Ada hutan - bakar;
Ada bukit - tarah;
Ada sungai - kambus;
Ada pasir - punggah;
Ada orang miskin - halau.

Jika malapetaka ini bencana alam, pasti manusialah petakanya - bencana kepada alam.
Kerana kita yang ada kuasa…
Nak tebang pokok?
Nak bakar hutan?
Nak tarah bukit?
Nak kambus sungai?
Nak punggah pasir?
Nak halau orang miskin?
Nak undang malapetaka?

Jika malapetaka pernah singgah, dia akan singgah lagi;
Dan singgah lagi meranapkan segala yang kita cinta.

Antara kuasa manusia dan sebuah bumi;
Bila bumi bertindak, kita tiada kuasa lagi;
Tiada jalan pulang, tiada daya kembali;
Tidak boleh berpatah balik.
Hendak kemana kita bila bumi telah tiada?
Sampai bila baru kita insaf?

Dulu malapetaka berlaku di Highland Towers. Hari ini di Bukit Antarabangsa. Ia bukan satu kebetulan. Kajian sains menyatakan malapetaka memiliki ciri tetap. Ia akan berulang jika terdapat kondisi yang sama. Oleh sebab itu, manusia yang arif dapat menjangka sama ada malapetaka boleh berlaku atau akan berlaku. Jadi, jika kita sajikan kondisi yang sama di tempat lainpun, malapetaka pasti datang. Risiko yang ditanggung penghuni tetap sama. Malapetaka mengajar manusia supaya sentiasa meletakkan sempadan pada semua keburukannya (kemusnahan nyawa, hartabenda dan alam sekitar).

Tolong jangan salahkan hujan.

Wednesday, December 3, 2008

Pra penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengaanu

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menetapkan hari jumaat ini bermesyuarat tentang pilihan raya kecil bagi pemilihan dan tarikh bagi PRK berikutan ahli parlimannya yang juga timb. menteri pelajaran Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ekoran kembalinya ke rahmatullah.

Kuala Terengganu merupakan kawasan buruan pihak BN selaku penyandang mahu pun pakatan rakyat. sama-sama "hebat" di sana.

Sejak pilihanraya umum 1999, kerusi ini silih bertukar tangan antara PAS dan BN. Pada pilihanraya 1999 PAS memenangi kerusi ini melalui dr syed azman syed ahmad dan dirampas oleh BN pada pilihanraya umum 2004 melalui allahyarham dato' razali ismail dan pada pilihanraya umum 2008, sekali lagi BN mempertahankan kerusi ini melalui calon yang sama dengan majoriti 628 undi.

Kali ni memang BN akan "tabur" habis-habis apa yang patut dan apa yang tak patut. "tabur" macam di permatang pauh dulu. orang-orang kuala terengganu... bersedialah untuk terima durian runtuh!...

Pakatan Rakyat pulak?
Pakatan Rakyat akan bawak turun otai-otainya untuk bantu kempen. isu tukar kerajaan akan dimainkan semula. itulah modal paling besar.

tapi...hampa kena ingat pada nek Maimun...
jangan bagi "maimun" kacau daun lagi kali ni... undi dia dulu kalau campur dengan undi mat sabu... BN dah tumbang dah hari tu...

Apa pun... kalau maimun "buat hal" lagi kali ni... dia mesti jadi nenek paling "glamour" di malaysia dan dunia luar... biar pun dia kalah!..

Kali ini selain dari nenek Maimun yang kacau daun dalam pilihanraya umum dulu,ada seorang lagi yang teringin bertanding di kuala Terengganu dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), iaitu parti serpihan PAS.
apa ke "jadah" nya nak masuk bertanding di PRK kuala Terengganu ni. dulu dah hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh dengan DSAI tak serik lagi ka? tok sah dok kacau orang laaa...
"Kita akan bertanding dan kita yakin akan memperolehi sokongan, terutama dari golongan Melayu kerana parti kita memperjuangkan orang Melayu," kata presidennya, Hanafi Mamat kepada Bernama hari ini.

Dulu nenek maimun kacau... la ni atok hanafi pulak... awat depa ni ha... mau cari publisiti ker...

Kita bukan nak tengok parti serpihan macam ni bertanding... kita nak tengok PR vs BN. ini "anak jantan". kita tak nak tengok orang yang hanya boleh 'bertinju" macam labu labi.

Bagi atok napiiii..dinasihatkan lupakan saja niat "murni" atok tu... simpan duit... buat pegi mekah tahun depan lagi bagus. tok sah dok bagi free duit tu kat SPR... sah-sah dah kalah sebelum bertanding !

Tuesday, December 2, 2008

10 sen je,bukan lagi 15sen

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi.Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

blogger templates | Make Money Online