MALAYSIA berada dalam senarai 10 teratas daripada 52 negara yang rakyatnya amat sukakan hiburan kerana mencatat jumlah tertinggi memiliki serta menggunakan teknologi hiburan digital serta paling ramai melayari internet untuk hiburan langsung.
Menurut kaji selidik The Nielsen Company yang dikeluarkan di Kuala Lumpur,rakyat Malaysia mempunyai selera tinggi menikmati media digital,iaitu maklumat dalam komputer,termasuk data,suara dan video.
Mereka juga pengguna Internet tegar dan canggih dengan 53 peratus memainkan kandungan langsung hiburan seperti filem atau klip video, iklan,rancangan televisyen atau klip rancangan telvisyen, video muzik atau fail audio, kilp video pendek peribadi atau amatur serta permainan video.
Selain iyu, 41 peratus rakyat Malaysia memuat urun kandungan berkenaan daripada Internet dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Malaysia berada pada tangga ke 7 untuk memainkan kandungan hiburan dari Internet dan ke 9 memuat turun kandungan berkenaan,daripada 52 negara dalam senarai itu.
Malah, Malaysia berada ditangga ke 3 diseluruh dunia dalam aspek rakyatnya menghabiskan 20 jam seminggu menonton atau memuat turun kandungan hiburan dari Internet.
Kajiselidik hasil Tinjauan Pengguna Online Global Nielsen membabitkan 26,000 pengguna online termasuk 500 rakyat Malaysia.Penetapan senarai berdasarkan mata untuk soalan tinjauan berkenaan.
"Rakyat Malaysia adalah pengguna sebenar hiburan dan teknologi,Mereka menikmati sejumlah besar hiburan dirumah, muzik,permainan video dan media digital.Mereka adalah pengguna tegar Internet,memain dan memuat turun kandungan media digital sepanjang masa"kata Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna,Nielsen Malaysia,Paul Richmond.
Kajian itu mendapati penduduk negara Barat yang paling ramai menggunakan peralatan media seperti pemain DVD dan konsol permainan dan peralatan masa depan seperti telefon video yang kini makin popular dipasaran Asia.
Daripada 52 negara dalam kajian itu,5 negara dalam Asia Pasifik menduduki tangga teratas dengan Fillipina di tangga pertama.
Turut nerada dalam senarai itu ialah China,Vietnam,Thailand dan Malaysia manakala Brazil ditangga ke 2 dari keseluruhan pengguna media dan ditangga pertama untuk kategori muzik.
Antara faktor mempengaruhi sikap rakyat Malaysia itu ialah peningkatan kadar pemilikan
kemudahan Internet jalur lebar.
Sumber: Harian Metro.
Each currency has up to three key-value pairs: 24h, 7d and 30d.
-
API Overview Bitcoincharts provides a ordinary API to most of its gegevens.
You can use this API to include markets[...]
The post Each currency has up to...
0 Comments:
Post a Comment