Monday, April 27, 2009

Ciri-ciri usahawan yang berjaya-Insyaallah

Semenjak menceburi bidang pertanian selepas behenti bekerja,bertani secara "contract farming".Banyak cabaran yang saya lalui. Mungkin ada sekelumit persamaan dengan yang dilalui oleh usahawan tani yang sebenar di luar sana, walaupun peritnya tak sehebat mereka...


Sakitnya hati dengan usikan kawan-kawan..
terutamanya boleh tak berjaya bidang baru yang baru diceburi,masalah pusingan modal.faktor logistik yang jauh dalam sewaan tanah,tanaman dirosakkan oleh lembu lembu and air siraman..

Lelah memerah keringat.. berpanas, permulaan tanah dibajak dengan traktor,anak-anak benih yang mencukupi bagi memastikan semuanya 'under control'.

Kecewa kos operasi yang tinggi,upah buruh dengan alatan atau bahan-bahan yang rosak... pernah ingin meminjam dari bank untuk memastikan tetapi tidak teringin terikat dengan pembiayaan balik hutang bank kelak.

Berhadapan dengan pelbagai kerenah pengedar barangan pertanian yang rata-ratanya ingin mencari keuntungan yang tinggi..

Penternakan cacing diperingkat permulaan maupun tentang penternakan ikan keli masih dalam perbincangan bagi mengimbangi hasil atau keuntungan kelak.

Tapi semuanya saya tempuhi dengan tabah... demi secebis pengalaman dalam mengharungi kehidupan.. dengan dorongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan... kerana kalau nak jadi usahawan tani, kita perlu persediaan mental dan fizikal yang mencukupi...


Berikut adalah antara ciri-ciri usahawan yang berjaya sebagai tips untuk kita semua..


CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN BERJAYA

(Sumber dari Sipa Agro Farm)



1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
2. Hasrat untuk menerima cabaran.
3. Berani bertindak dalam apa-apa situasi.
4. Penyelesai masalah.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
8. Kesudian menerima tanggungjawab.
9. Mahir berkomunikasi
10. Konsep diri yang positif.
11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
13. Berorientasikan perancangan.
14. Berkemahiran dalam pengurusan.
15. Menetapkan matlamat.
16. Mahukan kemajuan.
17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
18. Berkepimpinan.
19. Bersungguh dan berusaha.
20. Pandai membuat keputusan.
21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online