Friday, April 24, 2009

Boleh terimakah keputusan kabinet ini?

Oleh Roslan SMS

Kabinet memutuskan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Ini bermakna jika sepasang suami isteri yang bukan Islam, jika contohnya suminya memeluk Islam, maka anak-anak mereka hendaklah kekal beragama asal iaitu tidak Islam.

Apakah kesan keputusan kabinet ini?

Walaupun laporan yang diterima tidak menyebut, tetapi saya yakin keputusan itu memaksudkan anak-anak tadi bebas memilih agama pilihannya apabila mencapai umur dewasa. Soalnya apakah anak-anak yang nanti dewasa itu beanar-benar bebas atau setelah sekian lama dibesarkan sebagai bukan Islam akhirnya akan terpengaruh untuk terus kekal tidak Islam.

Adakah adil keputusan ini? Saya tidak pasti. Tentunya ia sesuatu yang sensitif dan perlu dihadapi dalam masyarakat majmuk seperti kita.Tetapi kelihatan keputusan ini seakan tidak memuaskan dan bakal mencetuskan 1,001 kontroversi lagi.

Apakah tidak boleh difikirkan suatu mekanisma yang lebih meyakinkan?

Kes ini sebenarnya diputuskan setelah mengambil kira kes Indra Ghandi, 35 seorang wanita Hindu yang mengadu suaminya, K. Pathmanathan, sekarang dikenali Mohd Ridzuan Abdullah telah memeuluk Islam dan menukar agama anak-anak mereka dari hindu ke Islam tanpa relanya. Mereka dilaporkan mempunyai tiga orang anak dengan anak yang kecil berada di bawah pemeliharaan Ridzuan.

Saya harap lebih ramai bijak pandai dan alim-ulamak dilibatkan untuk memberikan pandangan dalam hal ini. Apa pun biar ia nampak benar-benar adil dan tidak sampai Islam dilihat tergadai dan digadai

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online