Thursday, April 16, 2009

JUMLAH MENTERI IKUT NEGARA : MALAYSIA 28, UK 23 ,AUSTRALIA 20 DAN PERANCIS 17 ORANG SAHAJA.


Agensi MECD diserap ke 8 Kementerian...MARA bawah Kementerian Luar Bandar
Fungsi semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang dibubarkan, akan diserapkan ke lapan kementerian lain bagi memastikan peranan utama MECD diteruskan dan diberikan penekanan oleh kerajaan.
Pembahagian MECD seperti cerita Nujum Pak Belalang,' satu untuk engkau satu untuk aku'.
MECD dibubarkan berikutan pelantikan anggota pentadbiran yang baru di bawah Kabinet pada 10 April lalu selepas Najib dilantik Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Badawi. - 15/4/2009
Sebaiknya Malaysia dalam keadaan krisis ekonomi global ini seharusnya mengurangkan Menteri kabinetnya ,sebaiknya 1 Menteri 1 timbalan.Pertambahan menteri bukan ikut keperluan tetapi untuk memberi kuota ahli politik mengikut komponen BN.Bayangkan Malaysia mempunyai 28 Menteri dan 40 timbalan menteri yang perlu diberi elaun.Bayangkan elaun parking saja RM8,500 sebulan kalau elaun lain tau-tau saje lah memang tak dapat dikira.Dalam upacara perasmian selalu kita lihat menteri dan timbalan sekali datang macam tidak ada kerja ke mereka ini.Tidak perlu sampai 2 timbalan jika stiap lokasi Menternya datang, timbalan pun ada sekali.
Negara benua Ausralia yang berkali-kali saiz besar dari Malaysia mempunyai 20 orang menteri sahaja.Di Malaysia dah ada 28 Menteri pun ada ramai ahli komponen merungut tidak dapat kuota.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online