Friday, January 9, 2009

Singkir Parti Pengkhianat

UMNO telah mengkhianati orang Melayu. Mereka melancarkan DEB kononnya untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Apa yang berlaku selepas DEB tamat? Penguasaan ekonomi orang Melayu hanya 18%, berbanding dengan orang Cina 40%. Bukan setakat itu. Orang Melayu menjadi juara dalam kategori berpendapatan di bawah RM1,000.00 sebulan. Rakyat Terengganu termasuk dalam kumpulan ke-2 termiskin di Malaysia.

Perbuatan khianat yang lain ialah memperkosa bahasa Melayu melalui pelaksanaan PPSMI. Rakyat tahu bahawa murid-murid aliran sains yang mengambil SPM lebih banyak belajar dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Malaysia. Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Malaysia ialah bahasa Malaysia, Agama Islam, Sejarah = 33.3% walaupun Wee Ka Siong kata di parlimen penggunaan bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya 40%. Janganlah terus-terusan membohongi rakyat. Akhirnya mereka akan tahu juga.

Ketaksuban UMNO terhadap bahasa Inggeris telah melemahkan penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan pemimpin-pemimpin mereka.

KATA NAJIB

"Jangan berlagak ... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat. Itulah anak kunci kepada kejayaan BN."

Saya yakin Najib tidak faham sepatah pun perkataan yang diucapkannya dan tidak sedar bahawa segala kata yang diucapkannya itu membuka pekung di dada dan memakan diri sendiri.

SOALAN DAN ULASAN SAYA

1. Mengapa Najib menyebut ungkapan "jangan berlagak".

Mengikut fahaman dan pemerhatian saya, orang UMNO memang suka berlagak. Calonnya dalam PRK Kuala Terengganu memiliki ciri-ciri elitis. Rakyat tak suka. Ini bermakna, secara tersirat Najib mengakui bahawa orang UMNO gemar berlagak. Jika mereka mempamerkan imej rendah diri, itu hanyalah lakonan, tidak lebih daripada itu. Usah terpikat dengan lakonan itu.

2. Mengapa Najib menyebut ungkapan "naik kereta mewah"?

Naik kereta mewah merupakan lambang kekayaan. Pemimpin UMNO memang kaya raya. Kekayaan itu diperoleh melalui jalan rasuah. Mereka tidak mampu pakai kereta mewah jika mengharapkan elaun ADUN/MP yang tidak seberapa. Pada fikiran Najib, rakyat akan terima UMNO jika pemimpinnya datang menemui pengundi PRK Kuala Terengganu naik kereta Proton Wira atau motosikal Honda Cup. Go to hell. Usahlah terus berpura-pura.

3. Tahukah Najib prinsip hamba kepada rakyat?

Najib hanya pandai sebut sahaja. Prinsipnya ialah rakyat jadi tuan. ADUN/MP ialah hamba. Adakah prinsip ini dilaksanakan? Tidak. Hamba wajib menuruti suruhan tuannya. Adakah rakyat Terengganu menyuruh UMNO menganjurkan Monsoon Cup? Adakah rakyat Terengganu menyuruh UMNO membina TTI? Adakah rakyat Terengganu menyuruh UMNO membina Masjid Kristal? Tidak sama sekali. Oleh itu, bagaimana kedudukannya? UMNO sengaja mengada-ngada. Mereka melaksanakan projek-perojek membazir itu untuk bermegah-megah dan memenuhkan poket sendiri dengan komisen dan berbagai-bagai lagi.

Apa yang dikehendaki oleh rakyat Terengganu?

Mereka perlukan bantuan untuk lari daripada kemiskinan. Mereka tidak mahu terus-terusan menghuni tangga ke-2 termiskin di Malaysia. Mereka tidak dapat lari daripada kemiskinan jika bajet membasmi kemiskinan kerajaan negeri hanya RM300 juta. Suruhan ini tidak dibuat. Ini menunjukkan bahawa hamba telah menentang tuannya.

UMNO tidak sedar padah mereka berbuat begitu. Yang ramai jumlahnya ialah tuan, bukan hamba. Oleh sebab itu, hamba yang berlagak dan tidak sedar diri akan menerima balasannya.

Pengundi-pengundi PRK Kuala Terengganu!!!

Setelah anda tahu letak duduknya perkara ini, janganlah berlengah lagi. Ajar parti pengkhianat ini dengan segera.

Jangan beri undi anda kepada mereka demi maruah anda sebagai tuan. Mereka yang memberi status itu kepada anda. Anda tidak pernah minta. Walau bagaimanapun, itulah hakikatnya.

Biarlah mereka merayu atau melutut kepada anda. Itu hanya lakonan. Berlakon baik setelah mengaut duit rakyat tanpa rasa puas.

UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! ALLAHU AKBAR!!!

Sumber :Ruhan/tranungkite

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online