"Bank Negara Malaysia mengambil langkah berani untuk berdepan dengan situasi ekonomi terkini dan cuba mengurangkan inflasi dengan memotong OPR sebanyak 75 mata selepas menurunkan pada November lepas sebanyak 25 mata.
Tindakan ini senang difahami bertujuan untuk mencairkan kewangan dalam pasaran,membanyakkan lagi wang dalam pasaran,membanyakkan lagi wang untuk bank bagi pinjaman dan merendahkan kos kepada pengguna untuk meminjam wang.
Bank akan response dengan menurunkan BLR mereka dari sekarang pada kadar 6.5% kepada 5.95% setahun.
Dalam ertikata mudah, lebih rendah bayaran yang kita bayar untuk pinjaman kita dan lebih ramai layak meminjam.
Kebanyakkan kenderaan dibeli menggunakan pinjaman bank.
Pada masa sekarang kadar pinjaman kereta Nasional ialah sekitar 3.75% manakala kereta asing iailah 2.75%.
Perbezaan ini berlaku kerana harga kereta asing lebih tinggi(jumlah pinjaman besar),kadar default rendah kerana pembeli pendapatan tinggi,tempoh purata pinjaman pendek(5-7)tahun memberikan risiko rendah dan lebih keuntungan kepada bank.
Jadi bank mampu menawarkan kadar interest lebih rendah.
Perkara sebaliknya berlaku keatas pembeli kereta nasional.
Pinjaman kereta menggunakan flat rate,seandainya pihak bank bertindak menurunkan rate sebanyak 0.5% kepada 3.25% dan 2.25% maka bayaran bulanan menjadi rendah dan lebih ramai layak untuk meminjam.
Contoh kereta Proton pinjaman Rm50,000 9 thn @3.75% ialah rm620 sebulan akan menurun kepada rm590 sebulan.
Peningkatan jualan kereta mungkin berlaku sekiranya bank melonggarkan syarat2 kelulusan pinjaman yang lain.(I doubt it).
Kadar interest untuk pinjaman peribadi juga akan menurun,Bank Rakyat mungkin meningkat jualan pinjamannya.
Lebih ramai kakitangan akan menjadi layak untuk meminjam.
Juga memberi kesan pinjaman perumahan, kebiasaannya bank menawarkan pada kadar BLR-1.5%,seperti sekarang pada kadar 5% setahun.
Ada kemungkinan kita menyaksikan perubahan kepada 4-4.5% setahun.
Ini sangat baik kepada pengguna.
Yang meggunakan pinjaman berdasarkan BLR atau BFR akan merasai pengurangan bayaran bulan serta merta.
Bagi yang mengambil fixed rate,ia tetap memberi kesan sekiranya menjual,refinancing,atau berlaku kematian,bayaran takaful MRTA akan mempunyai lebihan.
Sekiranya peminjam rumah sedia ada membuat refiancing dengan menambahkan tempoh,bayaran bulanan menurun,mendapat lebihan nilai tunai dan kos MRTA menjadi sedikit murah.
Namun kelulusan applikasi masih tertakluk kepada kelayakan pendapatan terkini peminjam.
Perlu diingat semua kesan ini meringankan beban perbelanjaan kewangan dan ekonomi negara dan individu yang sedia ada.
Ia mungkin tidak bermakna kepada yang kehilangan kerja.
Ia adalah kesan segera jangkamasa pendek.
Perlu diingat ia tidak melibatkan sebarang peningkatan pendapatan atau produktivi.
Tindakan selanjutnya perlu cepat diambil oleh rakyat dan pemerintah. "
Each currency has up to three key-value pairs: 24h, 7d and 30d.
-
API Overview Bitcoincharts provides a ordinary API to most of its gegevens.
You can use this API to include markets[...]
The post Each currency has up to...
0 Comments:
Post a Comment