Faktor-faktor berlaku kemalangan :
a) Faktor pengguna jalanraya.
b) Faktor kenderaan.
c) Faktor keadaan jalanraya.
d) Faktor penguatkuasaan.
Tentunya faktor no 1 iaitu sikap pemandu. Secara peribadi, saya berpendapat jika faktor no 4 iaitu penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, kemalangan jalanraya boleh dikurangkan.
Denda penalti. Semakin ramai nyawa yang melayang akibat kecuaian pemandu bas maka mata penalti dikenakan tinggi. Jika mencapai had maksima, syarikat bas itu akan digantung operasinya.
Ini kerana sikap pemandu kita hanya boleh di didik secara disiplin yang agak keras untuk menyedarkan mereka tentang keselamatan jalanraya.InsyaAllah.
Saturday, December 26, 2009
Kemalangan Jalanraya-antara faktor penyumbangnya
Posted by fuadhashim at 9:48 PM 0 comments
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431
Khas buat semua pengunjung Muslim,
Selamat meyambut tahun baru Hijrah 1431,Semoga lebih berjaya dan sentiasa di rahmati Allah.
Posted by fuadhashim at 8:25 AM 0 comments
Monday, December 7, 2009
KEBERKATAN DAN KEREDHAAN ALLAH YANG DICARI DALAM PEKERJAAN KITA SEHARIAN
Sebagai seorang muslim, kita telah digesa untuk melakukan kerja dan mencari kelebihan kurniaan Allah s.w.t dimuka bumi ini dengan bersungguh-sungguh bagi menampung segala keperluan hidup. Kita ditegah untuk mengharapkan datangnya rezeki tanpa usaha dan ikhtiar dan hanya semata-mata menyerahkan urusan rezeki atas kurniaan Allah s.w.t, sesungguhnya itu adalah bertentang dengan konsep Ahlul sunnah waljamaah, iaitu perlu ada usaha dan ikhtiar dalam mendapat sesuatu kurniaan Allah s.w.t. Gesaan untuk bekerja ini juga telah dijelaskan dalam banyak ayat Allah s.w.t antaranya :
1. "Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".(Al-A'raaf ayat 10)
2. "Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)masa untuk mencari rezeki". (Al-Anbiyaa' ayat 11)
Perkara penting dalam memahami konsep pekerjaan ialah sesuatu kerja yang dilakukan itu termasuk dalam salah satu cabang ibadat yang jika dilakukan mengikut cara dan bertepatan dengan kehendak syariat, maka ia dinilai sebagai ibadat. Hasil pendapatannya juga akan menjadi halal dan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Sebaliknya, jika berlaku perkara yang berlawanan, maka ia tergolong daripada kerja-kerja yang dilarang dan sudah pasti pendapatannya juga akan menjadi haram atau termasuk dalam kategori subahat (kesamaran/keraguan).
Matlamat sesuatu kerja yang Islam gariskan itu adalah jelas iaitu setiap kerja yang kita lakukan sebenarnya adalah beribadat kepada Allah s.w.t . Apabila kita menjadikan sedemikian, sudah pasti kerja yang kita lakukan akan cemerlang dan terpelihara daripada perbuatan yang tidak diredhai Allah s.w.t. Ini termasuklah perbuatan menyeleweng,menipu,menyalah guna kuasa,rasuah dan seumpamanya yang menjadi punca kepada kerja yang kita laksanakan tidak mendatangkan hasil yang cemerlang dan sudah pasti tiada keberkatan dalam kerja tersebut. Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh saidatina aisyah r.a :
"Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang".
Hakikat kerja yang kita lakukan adalah berkaitan dengan pendapatan atau gaji. Dari pendapatan inilah kita gunakan untuk menyara ahli keluarga dan menampung segala kuasa kehidupan yang lain. Islam amat menitikberatkan soal pendapatan. Ini kerana ia melibatkan soal makanan harian kita. Mahukah kita jika kehidupan kita sentiasa dilingkari dengan pendapatan yang haram atau subahat?. Pastinya kita tidak mahu. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita berkenaan hasil yang kita perolehi dengan sabdanya :
"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya".Riwayat At-Tarmizi
Peringatan ini sewajarnya menjadikan kita lebih berwaspada, semoga amaran ini menjadi pegangan kepada setiap orang Islam. Kita perlu menyedari betapa Islam amat menjaga soal pendapatan dan hasil kerja yang kita lakukan setiap hari.
Dewasa ini, ramai di kalangan kita memilih kerjaya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, maka berbagai bentuk perniagaan yang dijalankan, termasuklah perniagaan melalui internet dan sebagainya.
Di antara perkara asas untuk menjadikan kerja yang kita lakukan dinilai sebagai ibadat dengan menjana pendapatan yang halal, berkat dan bertepatan dengan kehendak syarak, ianya dijelaskan seperti butiran berikut :
Pertama : Niat untuk melakukan kerja itu mestilah betul.
Bila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang perlu ditimbulkan, apakah niat kita apabila menceburkan diri dalam perniagaan tersebut?. Adakah kerana cita-cita yang tinggi untuk menjadi kaya dan beriman kepada Allah atau sebaliknya?.Adakah kita berniaga semata-mata untuk menyayangi rakan kita yang telah mencapai kejayaan dan hidup mewah?. Adakah kita berniaga lantaran kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan walau pun tanpa ilmu perniagaan dan kemahiran dalam bidang tersebut?. Sebenarnya banyak persoalan niat ini yang boleh dipersoalkan. Maka sebagai orang yang ingin memulakan perniagaan,perlu bertanya apakah tujuan ia berniaga?. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya dengan bersabda :
"Sesungguhnya segala amal yang dilakukan berdasarkan kepada niat dan sesungguhnya sesuatu amalan itu akan diterima oleh Allah s.w.t berdasarkan kepada apa yang diniatkan".
Kedua : Kerjaya yang diceburi mestilah diredhai oleh Allah s.w.t mengikut hukum syarak.
Perkara yang menjadi sumber pendapatan kita mestilah diredhai Allah s.w.t dan dibenarkan syarak. Sudah semestinya perkara yang melibatkan unsur perjudian, barang yang memabukkan,penyeludupan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum adalah tidak diredhai Allah dan haram di sisi syarak. Oleh yang demikian perkara tersebut perlu dielakkan dan dijauhi.
Ketiga : Pelaksanaan kerja tersebut mestilah betul.
Syarat ini adalah melibatkan cara kerja yang kita buat. Walaupun kerja atau perniagaan yang kita ceburi itu adalah yang halal dan sah, namun jika pelaksanaannya tidak betul, sudah pasti hasilnya tidak sah seperti adanya unsur-unsur penipuan dalam pengurusan,unsur riba', perjudian dan seumpamanya. Semua perkara ini termasuk dalam erti kata pelaksanaan yang tidak betul dan tidak telus.
Perkara ke-empat : Tidak meninggalkan perkara asas yang diterima syariat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kerja yang berkat dan sempurna ialah kerja yang sentiasa patuh dengan peraturan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah mengabaikan ibadat asas seperti solat, jika solat diabaikan, maka dengan mudah seseorang itu memandang remeh tentang hak-hak pengeluaran zakat dan pembiayaan sedekah kepada yang sepatutnya, hilangnya maruah dan harga diri dalam soal menjaga aurat,berbagai bentuk pendustaan lagi dan seumpamanya sehingga menjadikan kerja tersebut tiada keberkatan. Seseorang yang melakukan kerja, tetapi meninggalkan solat tidaklah dianggap kerjanya diterima sebagai ibadat. Sebaliknya orang yang bekerja dan berniaga mengikut syariat dengan melakukan kelima-lima syarat tersebut dianggap telah bertakwa, beribadat dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w berpesan dengan sabdanya :
"Sebaik-baik pekerjaan itu ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat dengan sebaik-baiknya". Riwayat Ahmad
Sifat jujur dan ikhlas perlu diutamakan dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja. Kejujuran dan keikhlasan ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain keredaan Allah s.w.t. Perlu diingat bahawa setiap tindakan kita, pasti tidak lari daripada pengawasan Allah s.w.t.
"Dan katakanlah (wahai muhammad): "beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t dan rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah s.w.t) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".At-Taubat ayat 105
Posted by fuadhashim at 9:45 AM 0 comments
Thursday, December 3, 2009
Hadiah Tahun Baru 2010
1.Harga gula akan Naik
Kementerian Kepenggunaan dah pun bagi alasan yang paling 'MUNASABAH' untuk menaikkan harga gula. KONON-KONONNYA untuk mengelakkan rakyat Malaysia mengambil gula berlebihan sekaligus mengelakkan pelbagai penyakit akibat pengambilan gula berlebihan di kalangan rakyat Tanah Melayu....
Aduhhhh... alasan yang TERSANGATLAH prihatin... boleh menitiskan air mata dan berlinangan air hidung dibuatnya!
Apa punya mengarut alasan kali ini untuk kenaikan harga gula? Kerajaan sudah tidak mampu bertahan dengan subsidi gula? Atau barangkali kerana tidak tahan dengan desakan satu-satunya pembekal, pengedar, tuan punya kilang gula di Tanah Melayu... Robert Kuok? Atau perlu membalas segala jasa dan budi baik Robert Kuok yang dianugerahkan sebagai PEMONOPOLI gula di Tanah Melayu kepada kerajaan dan para pemimpinnya?
NAIK LAGI! APA LAGI LEPAS GULA?
2.Bayaran tambahan persekolahan
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.
"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.
Semasa PRU 12 yang lepas, semua bantuan mengajar akan di tanggung sepenuhnyer oleh kerajaan dan tiada yuran tahunan akan dikenakan....
Keh keh keh..... sekarang kenapa pulak ???? Kerajaan silap buat kira kira budget kot..... dah tak ader peruntukan.... duit kerajaan dah tak ader.....
Akhir kalam, Rakyat juga yang kena tanggung.... akibat kesilapan sesaorang....
Hidup 1 Malaysia.... rakyat didahulukan....
Posted by fuadhashim at 10:19 PM 0 comments
Friday, November 27, 2009
Salam Aidil Adha
Aidil Adha or Hari Raya Korban is the Festival of Sacrifice for Muslims world wide. It shows the willingness of Ibrahim to sacrifice his son as an act of obedience to God.
Wish all my Muslims friends and family Salam Aidil Adha. May Allah bless you in peace and love. Happy holidays as well
Posted by fuadhashim at 3:13 PM 0 comments
Tuesday, November 24, 2009
Alza !!
SELEPAS sekian lama menanti, akhirnya Perodua menunaikan janjinya apabila melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Alza di ibu kota, semalam.
Model tujuh tempat duduk itu sememangnya dinantikan peminat setia Perodua yang sebelum ini mendakwa model MPV berkenaan adalah 'kelahiran' semula Daihatsu Boon Luminas yang popular di Jepun.
Bagaimanapun, Alza jelas berbeza dan menepati ciri-ciri MPV tempatan yang diberi nafas lebih segar, bergaya serta ekonomi.
Malah, harga atas jalan ditawarkan bermula sekitar RM56,000 sehingga RM65,000 mampu menarik perhatian golongan bujang dan keluarga kecil untuk memiliki Perodua Alza.
Ciri luaran terkini seperti lampu hadapan projektor, lampu belakang LED dan isyarat membelok pada cermin sisi membuktikan Perodua mengutamakan pelanggannya.
Selain itu, reka bentuknya yang aerodinamik menjadikan Alza sebuah jentera berbaloi untuk dimiliki.
Alza dibekalkan enjin berkod 3SZ-VE 1,495cc DOHC 16 injap dengan DVVT.
Enjin terbabit sama seperti model digunakan pada Toyota Vios dan Avanza, tetapi Alza menggunakan pacuan depan berbanding Avanza yang menggunakan pacuan roda belakang.
Sepanjang 4,205 mm, 1,695mm lebar dan 1,620 mm tinggi, Alza mampu memuatkan tujuh penumpang bersaiz sederhana dengan selesa.
Malah, ruang dalamannya diberi nafas baru apabila kerusi kedua boleh ditarik sehingga ke depan bagi memudahkan penumpang kerusi baris ketiga keluar masuk.
Selain itu, bagi model EZ, kerusi hadapan bersambung antara pemandu dan penumpang kerusi hadapan, sekali gus memberi gambaran sebenar sebuah MPV untuk keluarga.
Papan pemuka ringkas dan menarik manakala tombol gear automatik berada di sisi stereng memudahkan pemandu.
Alza didatangkan dengan sistem audio dilengkapi teknologi Bluetooth dan pemain USB selain kawalan audio pada stereng.
Berharga antara RM55,490 hingga RM61,190 bagi versi manual dan RM58,480 hingga 64,190 bagi versi automatik, Alza didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu Medallion Grey, Glittering Silver, Ebony Black, Pearl White, Solid White dan warna terbaru, Classy Purple.
Posted by fuadhashim at 8:02 PM 0 comments
Sunday, November 15, 2009
Friday, November 6, 2009
Juara Gadis Melayu 2
Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan.
Posted by fuadhashim at 9:16 PM 0 comments
Saturday, October 31, 2009
Kelebihan ayat BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah SWT turunkan kepada Malaikat Jibrail..
2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi).
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4 . Demi Allah SWT dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah SWT beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalamBISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL - Muddatsir: 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah SWT selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAHada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8 . Barangsiapa yang me mulia kan tulisan BISMILLAH nescaya Allah SWT akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9 . Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..
wallahualam..
Posted by fuadhashim at 6:30 AM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
Penyakit Hati
Mari kita berusaha dan memohon dijauhi penyakit hati.
Antara tanda-tanda penyakit hati adalah:
01. Benci membenci
02. Gembira atas kesusahan orang lain
03. Dukacita atas kejayaan orang lain
04. Mengharapkan keburukan terhadap orang lain
05. Tidak suka memohon maaf dan memaafkan
06. Hasad dengki
07. Dendam
08. Bakhil atau kedekut
09. Buruk sangka terhadap orang lain
10. Tidak bertolak ansur
11. Tidak bertimbang rasa
12. Berat Tulang dan tidak suka menolong
13. Tamak
14. Degil dan keras hati
15. Mementingkan diri sendiri
16. Sombong
17. Tidak sabar
18. Memandang hina kepada orang lain
19. Riak
20. Bangga Diri
21. Rasa diri bersih dan suci.
Sumber Foto: http://www.thehealthylonglifeblog.com/wp-content/uploads/2008/09/liver-detox.jpg
Posted by fuadhashim at 3:02 PM 0 comments
Sukses Dalam Cabaran
1. Kembangkan sikap positif. Minat terhadap apa yang anda lakukan.
2. Tingkatkan pengetahuan dan ketrampilan. Mengamalkan pengetahuan
3. Kembangkan keinginan untuk unggul. Berusaha melakukan yang terbaik.
4. Bekerja berdasarkan jadual. Patuhi jadual anda sendiri. Mulakan dengan sesuatu yang baik, kemudian bergerak dengan suatu kecepatan yang teratur dan mantap dan akhirinya dengan sasaran menuju garisan penamat.
5. Menetapkan keutamaan. Agak sukar melakukan banyak kerja dalam satu masa. Jadi, lakukan mengikut keutamaan.
6. Menetapkan matlamat / sasaran yang kuat. Ia akan menjadi pendorong tindakan anda.
7. Mencipta lingkungan / persekitaran yang membantu. akan memudahkan anda mencapai matlamat anda.
8. Berjuang mencapai kesempurnaan walaupun dalam perkara-perkara kecil. Hal-hal kecil dan remeh boleh menyebabkan anda tersasar daripada matlamat anda.
9. Mengetahu gambaran keseluruhan - bukan hanya sebahagian. Menjadi panduan melaksanakan tindakan-tindakan anda.
10. Mengguna sebanyak mungkin pancaindera anda. Meningkatkan keberkesanan dan laluan pantas menuju matlamat.
11. Selalu menguji diri anda. Kembalikan diri ke laluan sebenar jika telah tersasar.
12. Kembangkan daya konsentrasi. Fokus terhadap apa yang dilakukan akan mengelakkan anda tersasar dan melambatkan pencapaian matlamat.
13. Setiap orang dapat melakukannya jika bersedia mengorbankan waktu dan usaha untuk sesuatu hal itu.
Hadapi cabaran anda!!! Moga terus sukses!
Posted by fuadhashim at 2:12 PM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Sunday, October 11, 2009
Adab Hubungan Suami-isteri
Abu Said Al-Khudri bahwa Rasulullah saw pernah berwasiat kepada menantunya Ali bin Abi Thalib (sa):
"Wahai Ali, jika isterimu memasuki rumahmu, hendaknya melepaskan sandalnya ketika ia duduk, membasuh kedua kakinya, menyiramkan air dimulai dari pintu rumahmu sampai ke sekeliling rumahmu. Karena, dengan hal itu Allah mengeluarkan dari rumahmu 70.000 macam kefakiran dan memasukkan ke dalamnya 70.000 macam kekayaan, 70.000 macam keberkahan, menurunkan kepadamu 70.000 macam rahmat yang meliputi isterimu, sehingga rumahmu diliputi oleh keberkahan dan isterimu diselamatkan dari berbagai macam penyakit selama ia berada di rumahmu.
Cegahlah isterimu (selama seminggu dari awal perkawinan) minum susu dan cuka, makan Kuzbarah (sejenis rempah-rempah, ketumbar) dan apel yang asam. Ali bertanya: Ya Rasulallah, mengapa ia dilarang dari empat hal tersebut? Rasulullah saw menjawab: Empat hal tersebut dapat menyebabkan isterimu mandul dan tidak membuahkan keturunan. Sementara tikar di rumahmu lebih baik dari perempuan yang mandul. Kemudian Ali (sa) bertanya: Ya Rasulallah, mengapa ia tidak boleh minum cuka? Rasulullah saw menjawab: Cuka dapat menyebabkan tidak sempurna kesucian dari haidnya; Kuzbarah menyebabkan darah haid berakibat negatif terhadap kandungannya dan mempersulit kelahiran; sedangkan apel yang asam dapat menyebabkan darah haid terputus sehingga menimbulkan penyakit baginya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
Pertama: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu pada awal bulan, tengah bulan, dan akhir bulan, karena hal itu mempercepat datangnya penyakit gila, kusta, dan kerusakan syaraf padanya dan keturunannya.
Kedua: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sesudah Zhuhur, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan jiwa anak mudah goncang, dan setan sangat menyukai manusia yang jiwanya goncang.
Ketiga: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sambil berbicara, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan kebisuan. Dan janganlah seorang suami melihat kemaluan isterinya, hendaknya memejamkan mata ketika berhubungan, karena melihat kemaluan dapat menyebabkan kebutaan pada anak.
Keempat: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dengan dorongan syahwat pada wanita lain (membayangkan perempuan lain), karena (bila dikaruniai anak) dikhawatirkan memiliki sikap seperti wanita itu dan memiliki gangguan kejiwaan.
Kelima: Wahai Ali, barangsiapa yang bercumbu dengan isterinya di tempat tidur janganlah sambil membaca Al-Qur'an, karena aku khawatir turun api dari langit lalu membakar keduanya.
Keenam: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dalam keadaan telanjang bulat, juga isterimu, karena khawatir tidak tercipta keseimbangan syahwat, yang akhirnya menimbulkan percekcokan di antara kalian berdua, kemudian menyebabkan perceraian.
Ketujuh: Wahai Ali, janganlah menggauli isterimu dalam keadaan berdiri, karena hal itu merupakan bagian dari prilaku anak keledai, dan (bila dianugrahi anak) ia suka ngencing di tempat tidur seperti anak keledai ngencing di sembarangan tempat.
Kedelapan: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam 'Idul Fitri, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan anak memiliki banyak keburukan.
Kesembilan: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam 'Idul Adhha, karena (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan jari-jarinya tidak sempurna, enam atau empat jari-jari.
Kesepuluh: wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah pohon yang berbuah, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang penyambuk atau pembunuh atau tukang sihir.
Ke 11: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah langsung sinar matahari kecuali tertutup oleh tirai, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan kesengsaraan dan kefakiran sampai ia meninggal.
Ke 12: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di antara adzan dan iqamah, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia suka melakukan pertumpahan darah.
Ke 13: Wahai Ali, jika isterimu hamil, janganlah menggaulinya kecuali kamu dalam keadaan berwudhu', karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia buta hatinya dan bakhil tangannya.
Ke 14: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam Nisfu Sya'ban, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan tidak bagus biologisnya, bertompel pada kulit dan wajahnya.
Ke 15: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada akhir bulan bila sisa darinya dua hari (hari mahaq), karena hal itu (bila anugrahi anak) dapat menyebabkan ia suka bekerjasama dan menolong orang yang zalim, dan menjadi perusak persatuan kaum muslimin.
Ke 16: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di atas dak bangunan ( yang tidak beratap), karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang munafik, riya', dan ahli bi'ah.
Ke 17: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu ketika hendak melakukan perjalanan (bermusafir), jangan menggaulinya pada malam itu, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia suka membelanjakan harta di jalan yang tidak benar (pemboros). Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah swt:
إِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا إِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنَ.
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan." (Al-Isra': 27).
Ke 18: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu jika kamu hendak bermusafir 3 hari 3 malam, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi penolong orang yang zalim.
Ke 19: Wahai Ali, gauilah isterimu pada malam senin, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia menjadi pemelihara Al-Qur'an, ridha terhadap pemberian Allah swt.
Ke 20: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Selasa, hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia dianugrahi syahadah setelah bersaksi "Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah", tidak disiksa oleh Allah bersama orang-orang yang musyrik, bau mulutnya harum, hatinya penyayang, tangannya dermawan, dan lisannya suci dari ghibah dan dusta.
Ke 21: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Kamis, hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi ahli hukum dan orang yang 'alim.
Ke 22: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada hari Kamis setelah matahari tergelincir, hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia tidak didekati setan sampai berubah rambutnya, menjadi orang yang mudah paham, dan dianugrahi oleh Allah Azza wa Jalla keselamatan dalam agama dan di dunia.
Ke 23: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Jum'at, hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang orator. Jika kamu menggauli isterimu pada hari Jum'at setelah Ashar, (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang terkenal, termasyhur dan 'alim. Jika kamu menggauli isterimu pada malam Jum'at sesudah 'Isya', maka diharapkan kamu memiliki anak yang menjadi penerus, insya Allah.
Ke 24: Wahai Ali, jangan gauli isterimu pada awal waktu malam, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang tidak beriman, menjadi tukang sihir yang akibatnya buruk di dunia hingga di akhirat.
Ke 25: Wahai Ali, pegang teguhlah wasiatku ini sebagaimana aku memeliharanya dari Jibril (as). (Kitab Makarimul Akhlaq: 210-212)
Posted by fuadhashim at 9:04 AM 0 comments
Saturday, September 19, 2009
Selamat Meraikan Sambutan ‘Eidul Fitri
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mengucapkan selamat meraikan sambutan ‘Eidul Fitri kapada seluruh kaum Muslimin di Malaysia. Saya juga ingin menyeru supaya marilah kita bersama menyambut hari lebaran ini dengan penuh keceriaan dan kesederhanaan.
Posted by fuadhashim at 6:22 PM 0 comments
Amalan-Amalan Yang Digalakkan &Kesilapan di Hari Raya
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
Selamat Hari Raya Idil Fitri
"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
coretanfisabilillah.blogspot
Posted by fuadhashim at 5:57 PM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
TAK PERNAH CIUM PIPI MAK DAN AYAH ?
Assalamualaikum...
Buat semua yg masih mempunyai Ayah dan Ibu, PULANGLAH melihat Ayah dan Ibumu sempena kedatangan hari raya aidilfiri yg penuh keberkatan...leburkan dosa ditapak tangan.
Memang ada yg masih mempunyai ayah dan ibu tapi tak pernah mencium pipi ayah dan ibunya. Alangkah malangnya kita jika sepanjang hidup selepas kita cukup umur,kita tak pernah mencium pipi mak ayah kita. Adakah kita rasa jijik atau malu atau tak sampai hati mencium pipi kedua mereka?
Sempena Aidil fitri ini cubalah kita melakukan kebaikan ini. Jangan sampai nanti bila tubuh mak ayah kita terbaring kaku tanpa nyawa baru kita nak cium pipi mak ayah kita. Tunjuklah kasih sayang kita kepada kedua mereka semasa mereka masih hidup lagi.
Jgn pula ada yg hanya mengirim lagu hari raya yg dinyanyikan oleh Siti, M.Nasir, Mamat, Sudirman dan lain2 lagi (sekadar menyebut beberapa lama) tapi tak pernah seumur hidup untuk mengirimkan bacaan Ayat2 suci Al-quran pada mak ayahnya. Lagu raya tak mampu nak menyelamatkan mak ayah kita. Ubah cara sambutan hari raya kita dengan mengirimkan doa dan alunan zikir dan bacaan ayat suci Al-quran, kerna ini lah yg menjadi penyelamat kita dan ibu ayah kita.
tinggalkan budaya "tuju lagu" kepada budaya tuju doa dan bacaan al-quran.
Bagi yg berminat sangat telefon stesen radio untuk sampaikan lagu raya pada mak ayah dan kenalan, baik tukarkan budaya ini. kirimkan bacaan surah al-Baqarah la pulak. Baru terkejut beruk DJ yg bertugas. Berpeluh ketiak dia mencari CD bacaan A-Quran.
Tentu anda pernah terfikir bukan ?
Oleh itu marilah kita sama2 merenung dan mengambil iktibar.
Terlebih baik kita mendengar apa yg diucapkan oleh Luqman kepada Anaknya.
Antara Wasiatnya yg terdapat dalam Al-quran adalah :
WASIAT (NASIHAT) LUQMAN KEPADA ANAKNYA:
Dan Kami wajibkan manusia taat kepada ibu dan bapa. Ibunya telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (Kami perintahkan ) : Hendaklah engkau bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, kepada Ku jua tempat kembali.
Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan Aku (dengan sesuatu) tanpa ada,pengetahuanmu kepadanya,maka janganlah engkau taati keduanya, dan pergaulilah keduanya didunia dengan baik. Turutlah jalan orang yg kembali kepadaKu, kemudian kepadaKu lah kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan.( Ayat 14 dan 15 surah Al-Luqman)
Pelbagai pendapat ahli tafsir mengenai sejarah Luqman yg kisahnya disebut dalam Al-quran. Ada yg menyatakan dia adalah seorang Nabi pada masa Isa dengan Nabi Muhammad S.A.W., dan ada yg menyatakan beliau seorang wali Allah pada zaman Bani Israil dan lain2 pendapat. Tetapi pa yg paling penting Lukman adalah seorang yg diberi Allah "HIKMAH" dan termasuk dari golongan yg beriman kepada Allah.
Apa pun saya dengan penuh kerendahan hati dengan ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFIRI AL-MUBARAK kepada seluruh muslimin dan muslimat.
MAAF ZAHIR BATIN.
Semoga Kejayaan kita menghidupkan malam2 Ramadhan akan berterusan untuk menhidupkan malam Aidilfitri dengan takbir tahmid dan zikir pada Allah. InsyaAllah Hati kita tidak akan mati pada waktu matinya hati.
Sekian. Wassalam
Posted by fuadhashim at 6:36 PM 0 comments
Monday, August 31, 2009
Salam Merdeka Malaysiaku Ke-52
Hari ini bumiku Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52. Bumiku itu telah 52 tahun bebas dari penjajah, bebas membuat keputusan cara hidup dan mentadbir negara dan hasil buminya.
Moga rakyat dan generasi Malaysia hari ini mengerti akan erti kemerdekaan sebenarnya. Merdeka dalam segala bentuk. Bebas juga dalam menentukan segalanya.
Selamat menyambut merdeka
Bebaskan negara dari perasuah
Bebaskan negara dari yang rakus
Bebaskan negara dari pengkhianat agama dan bangsa
Bebaskan diri dari belenggu nafsu jahiliyyah...
Posted by fuadhashim at 9:23 AM 0 comments
Peluk Isteri Boleh Panjang Umur
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. `
`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Posted by fuadhashim at 9:17 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
Checklist Penting Untuk Kenderaan Sendiri -Sebelum Pulang Beraya
Sudah Diperiksa Kah?Sedar atau tidak, di negara kita sudah ramai yang mampu punyai kenderaan sendiri. Malah ada yang masih baru menempuh alam pekerjaan tetapi sudah miliki kenderaan. Jika dilihat dari statistik pemilikan kenderaan peribadi, ianya menunjukkan peningkatan yang tinggi.
Kali ini aku bukan nak cerita pasal ekonomi negara kita mahu pun mengenai pasaran kenderaan, tetapi lebih kepada kisah yang menjadi sinonim dalam tradisi orang kita iaitu balik kampung.
Sebelum memeriksa tahap kesihatan pemandu, perkara yang paling penting dahulu ialah kesihatan kenderaan kau. Selalu mereka abaikan tentang kesihatan kenderaan sehingga tidak ketahuan masalah yang bakal dihadapi. Janganlah kau hanya tahu mengunakannya sahaja.
Tahukah kau, antara punca kemalangan di jalan raya ialah disebabkan masalah teknikal pada kenderaan!? Kau perlu fikirkan semula. Dan jangan anggap perjalanan yang dekat sekali pun tidak akan berlaku kemalangan!
Panjang pula bebelan aku kali ini. Ya lah aku cukup panas bila melihat mereka beli kenderaan nak mahal dan mewah tapi tidak menitikberatkan soal keselamatan dan tak mampu nak manjaga kesihatan kenderaan sendiri, haprak (huhu).
Jangan sampai kehenseman dan ke’cun’an kau di hari raya di cemari dengan trajedi seperti kenderaan rosak ditepi jalan di bawah mentari terik! (mwahaha).
Disini aku sertakan 10 perkara penting untuk dijadikan amalan kau dan kau menjaga kesihatan kenderaan kau.
1. Tayar - periksa keadaan tayar, jangan hanya periksa pada kehenseman tayar sahaja tetapi periksa tahap kesihatan nya sekali. Periksa trek bunga pada tayar, angin dalam tayar, kedudukan tayar (ini bergantung kepada balancing dan alignment) dan lain-lain.
2. Minyak Enjin – periksa minyak enjin kenderaan kau. Elak daripada kekeringan atau kelikatan yang melegamkan. Kalau dah hitam legam tu maknanya memang layaklah kena tukar minyak (servis), tak paham-paham ke? (huhu). Perkara ini paling kurang perhatian kadang-kadang aku lihat ada kenderaan di jalanraya sampai keluar asap putih!
3. Sistem Brek – ini juga antara yang penting! Ibarat orang yang pandai panjat pokok tapi tak tahu turun (huhu). Bukan main kenderaan nak bawa laju je tapi sistem brek tak terjamin kebaikannya. Periksa cakera brek, periksa pad brek dan sistem hidraulik brek sekali. Dapatkan cengkaman yang maksimum (bergantung kepada kesihatan tayar juga).
4. Stering Berkuasa (Power Steering) – periksa keseluruhan sistem kuasa stering dan minyaknya. Pastikan tiada kebocoran pada sistem kuasanya dan motornya. Ini perlu demi mendapatkan keselesaan ketika memandu. jangan sampai kau tak boleh pusing stering lak (huhu).
5. Sistem Transmisi – periksa sistem transmisi dan miinyaknya. Kena periksa juga tak kiralah transmisi automatik atau manual. Ingat! Ia boleh mendatangkan musibah juga apabila transmisi tidak berfungsi dengan sempurna.
6. Bateri - periksa air bateri dan sambungan kabel bateri seperti sambungan ke alternator, lampu dan lain-lain termasuk sistem audio kau (nak dengar lagu raya la katakan eheh). Nampak macam perkara kecil kan? Tapi kau perlu ingat, malang tak berbau. Perkara kecil macam inilah sepatutnya perlu di ambil berat juga supaya ianya tak melarat menjadi perkara besar dan menjengkelkan.
7. Penapis Angin & Minyak – perlu juga untuk mencapai kelancaran pemanduan. Dapat menjimatkan minyak juga.
8. Penyejuk Udara (Aircond) – periksa kandungan gas, koil (coil) dan sistem penyalurannya. Ini memastikan keselesaan ketika memandu. Maklumlah beraya kesana sini kena pulak pada waktu tengahari dengan kehenseman dan ke’cun’an berbaju kurung, sesilap pekung bau dalam kenderaan (huhu).
9. Radiator - periksa kandungan air dan cuci (flush) dari kekotoran. Memastikan kenderaan kau sentiasa dalam keadaan baik dalam perjalanan jauh. Ya lah kadang-kadang kita tak tahu tetiba kenderaan boleh terlebih panas (overheat).
10. Palam Pencucuh (plug) – perlu diperiksa untuk mencapai keselesaan perjalanan dan persembahan kenderaan kau dijalanraya.
Akhirnya cukup sepuluh (eheh), ambil iktibar dan berayalah dengan keselesaan dan ketenangan. Jangan kerana kau mengabaikan perkara-erkara tersebut, kau nak mengamuk lak di hari raya! Perlu ingat juga, kena di kawasan luar bandar mana ada bengkel buka masa raya (huhu).
Posted by fuadhashim at 8:57 AM 0 comments
Ramadhan Al Mubarak - Senarai yang Perlu Dilakukan
"1 Jauhilah Dosa. Tinggalkan perkataan dan perbuatan buruk –jika tidak pahala puasa terhapus. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 – Fath al-Bari).
2 Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
3 Sahur adalah penting. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur.Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim, 2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).
4 Tahajud. Sekurang-kurangnya bangun lebih awal sebelum Sahur untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
5 Solat. Berjemaah khususnya solat subuh
6 Al-Quran. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang
7 Doa Sebelum dan hingga Semasa Berbuka. Banyakkan & panjangkan. (Rujuk Riwayat Ibn Majah; Sohih)
8 Doa sepanjang waktu berpuasa. (Rujuk- Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dll)
9 Segera Berbuka. Bila masuk waktunya. (Rujuk- Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
10 Berbuka dahulu sebelum solat . (Rujuk- Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
11 Berbuka cara terbaik. (1) beberapa biji Kurma Rutab (Basah), jika tiada, beberapa biji Tamar (Kurma Kering), jika tiada, Air (air kosong ). ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
12 Sediakan Juadah Berbuka Untuk Orang Lain. Khususnya orang miskin. (Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
13 Solat Terawih. (1) berjemaah (2) sendirian (3) masjid atau rumah.
14 Siwak-Sugi. Perbanyakkan bersiwak. (Menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). (Hadis Sohih –riwayat al-Bukhari).
15 Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur (Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai).
16 Solat witir. Waktu terbaik ditunaikan adalah bagi menutup segala solat sunat. Lebih baik dilewatkan diakhir malam, jika mampu.
17 Menjaga Aurat Sentiasa. Termasuk Semasa Solat Terawih, Isyak dan Subuh. Khusus untuk kaum wanita kerana didapati ramai yang terdedah aurat dan kakinya seperti semasa menaiki tangga masjid dll.
18 Mandi atau Menjirus Air Kepada Kepala dan Badan. Tidak dilarang, bahkan Nabi ada menjirus air keatas kepala baginda disebabkan dahaga dan panas.
19 Alakadar. Makan dan minum dengan kadar yang tidak berlebihan. (Rujuk Surah al-Araf :31)
20 Doakan Juga Orang Yang Menjamu Kita Berbuka. (Riwayat Abu Daud)
21 Sunat dhuha. Jgn dilupa.
22 Batalkan Pahala Puasa. Jauhi daripada perkar aynag membatalkan atau menjejaskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, menghasut, menjaga syahwat, jaga pandangan, dan lain-lain.
23 Jgn Banyak Tidur Siang Hari. Imam Assayuti menegaskan bahawa hadis –tidur orang berpuasa adalah ibadah adalah lemah.(al Jami-as Soghir, Faidul Qadir-al Munawi)
24 Halalan & Toyyiban. Jika terpaksa dan nak juga beli, pastikan makanan dibeli daripada syarikat bukan muslim, halal dan baik.
Rujuk http://www.halal.gov.my/maklumat_persijilan.php.
25 Mohon Ampun Sentiasa. Bertaubat dan mohon ampun kepada Allah sesungguh-sungguhnya kerana terdapat riwayat Hadis di mana Malaikat jibril mendoakan kecelakaan kepada orang yang, Ramadannya berlalu tanpa mendapatkan keampunan daripada Allah.
Ihsan Info Dari Laman Web Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri dll. Sila kunjungi untuk pendetailan dan maklumat lebih tepat serta rujukan nas.
Posted by fuadhashim at 8:14 AM 0 comments
Puasa & Kesucian Esoteris.
Puasa kembali datang menyapa kehidupan kita. Saban waktu bulan Ramadhan tiba, gerbang rahmat Ilahi terketuk intens oleh hamba yang merindukan untuk dapat menyapa Tuhannya dalam keadaan lapar dan dahaga. Kaum Muslimin di seantero semesta larut dalam ritual bulan suci Ramadhan. Kaum Muslimin di berbagai belahan dunia berlomba-lomba untuk mendulang kebaikan dan ganjaran. Ada yang bahkan semenjak bulan Rajab dan Sya’ban telah mempersiapkan diri mereka untuk menyambut bulan penuh rahmat dan maghfira ini.
Di bulan ini, Tuhan membuka selebar-lebarnya pintu pengampunan dan rahmat. Dibandingkan dengan bulan-bulan lain, bulan Ramadhan memiliki keistimewaan tersendiri. Curah emanasi Tuhan mengguyur deras di bulan ini. Ganjaran atas kebaikan diobral. Tuhan sendiri yang berjanji akan memberikan ganjaran atas amalan orang-orang yang melakukan kebaikan di dalam bulan kudus ini. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits Qudsi, “Puasa itu untukku dan Aku sendiri yang akan memberikan ganjaran kepada hamba-Ku.” Puasa diperuntukkan bagi Allah Swt dan Dia-lah yang memberikan ganjaran atas orang-orang yang berpuasa. Dan yang paling menggembirakan dari itu, dalam riwayat yang sama, apabila dibaca dalam bentuk majhul (passif), dari bentuk ma’lum (aktif), “Puasa itu untuk-Ku,” Aku untuk orang-orang yang berpuasa,” maka artinya adalah Tuhan untuk orang-orang yang berpuasa. Di sini, Tuhan memproklamirkan diri-Nya sebagai ganjaran untuk orang-orang yang berpuasa. Adakah kegembiraan yang melebihi hal ini.
Lantaran adanya kewajiban berpuasa dan ritual puasa itu ditujukan hanya untuk Allah, maka bulan Ramadhan disebut sebagai bulan Allah. Dalam riwayat disebutkan: “Janganlah kalian katakan Ramadhan, tetapi katakanlah bulan Ramadhan, karena Ramadhan merupakan salah satu nama Allah Swt. Tatkala senja Sya’ban tenggelam digantikan rembulan Ramadhan, dalam menyambut bulan mulia ini, Nabi Saw bersabda, Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang bulan penuh berkah dan rahmah serta magfirah pada kalian, bulan yang paling utama di sisi Allah, hari-harinya adalah sebaik-baik hari, malamnya adalah sebaik-baik malam, jam-jamnya adalah sebaik-baik jam, bulan itu waktu di mana kalian diundang sebagai tamu Allah, di bulan ini kalian dijadikan sebagai ahli kemuliaan Allah, nafas kalian adalah tasbih, tidur kalian adalah ibadah, amal kalian diterima, dan doa kalian pasti dikabulkan, maka mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang jujur dan hati yang suci agar Dia memberikan taufik kepada kalian untuk puasa yang Dia wajibkan dan membaca kitab-Nya yang suci, maka sesungguhnya orang yang celaka adalah yang tidak mendapatkan ampunan Allah di bulan Ramadhan yang agung. Wahai umat manusia! Sesungguhnya pintu surga dibuka pada bulan ini; bermohonlah pada-Nya agar tidak menutup pintu itu untuk kalian, dan sesungguhnya pintu neraka ditutup, pintalah padaNya agar tidak membuka pintu itu bagi kalian, dan sesungguhnya di bulan ini setan terbelenggu, maka mohonlah pada Dia agar tidak membiarkan setan menguasai kalian.”
Redaksi sabda Nabi Saw tersebut menyiratkan sesuatu yang universal dan umum dalam bulan suci ini. Beliau bersabda, ayyuhannas, wahai umat manusia bukan ayyuhal muslimun atau ayyuhal mukminun yang menandakan bahwa bulan Ramadhan hanya untuk orang-orang muslim atau mukmin saja. Manusia seluruhnya tanpa kecuali mendapatkan siraman berkah dan rahmat dari Tuhan semesta alam. Harinya merupakan hari terbaik, malamnya adalah malam paling utama, saat-saat yang dilalui pada bulan kudus ini merupakan saat-saat terindah dan terbaik. Seluruh manusia diundang menjadi menjadi tamu Allah. Siapa saja yang menjadikan dirinya sebagai tamu yang baik di hadapan Tuhan, niscaya ia akan mendapatkan rahmat, keberkahan (sifatnya umum) dan maghfirah (sifatnya khusus untuk kaum Muslimin). Dan terkhusus bagi kaum Muslimin, yang di atas semua itu janji Tuhan bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa ganjaran takwa menantikannya di dunia dan akhirat.
Di atas semua itu, bulan Ramadhan dapat menjadi suluh cerlang atas bulan-bulan yang lain bagi setiap orang yang menunaikan hak-hak dan mengetahui keutamaannya sebagaimana yang disebutkan di atas. Nabi Saw bersabda” Sekiranya manusia tahu esensi (mahiyyah) bulan Ramadhan, mereka akan mendambakan setiap bulan adalah Ramadhan. Atau dalam bahasa asa Cak Nun, Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan meninggalkan kami. Ya Allah, jangan perkenankan langkah kami menjauh dari kemuliaan berpuasa. Ya Allah, halangilah kami dari nafsu melampiaskan, serta peliharalah kami dari disiplin untuk mengendalikan. Ya Allah, peliharalah Ramadhan dalam kesadaran kami. Ramadhan sepanjang zaman, Ramadhan sejauh kehidupan, Ramadhan sampai ufuk keabadian.
Ramadhan dapat menjadi conditioning process untuk familiar dan akrab dengan segala sesuatu yang mendekatkan diri kepada Tuhan. Terlebih bagi mereka yang mengusung proyek pensucian jiwa. Bulan ini adalah momen yang tepat dan pas. Desah nafas orang yang berpuasa adalah tasbih dan dzikruLlah, bau mulutnya bak bau kesturi di sisi Allah, tidurnya adalah ibadah, puasanya adalah tameng dari azab neraka, ibadah salat, qiraat dan amalan mustahab lainnya dilipat gandakan pahalanya. Dan keadaan ini sangat kondusif untuk menggrondol proses pembiasaan di atas.
Pada bulan ini setiap orang menjadi tamu Allah. Dan tuan rumah menghidangkan sajian yang terbaik untuk menjamu para tetamu. Kendati menurut sebagian urafa, mereka tidak layak menjadi tetamu. Mereka terkadang menyebut diri mereka sebagai thufaili (tamu yang tidak diundang) yang datang kepada Tuhan.
Untuk menjadi tamu yang baik, perlu pembenahan, purifikasi diri dan jiwa, suci lahir dan batin untuk dapat mereguk nikmat dan karunia Tuhan di bulan yang mulia ini. Karena Tuan Rumahnya nir-batas, sajiannya juga nir-batas.
Imam Sajjad As dalam menyambut bulan ini, ia menyambutnya dengan lantunan doa – yang tertuang dengan indah dalam kitab Sahifah Sajjadiyah – demikian penggalan doa tersebut:
Segala puji bagi Allah
Yang menjadikan di antara jalan-jalan itu bulannya
Bulan Ramadhan
Bulan puasa
Bulan Islam
Bulan kesucian
Bulan pembersihan
Bulan menegakkan salat malam
Bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan petunjuk dan pembeda.
Imam Sajjad dalam doanya menyebut bulan Ramadhan sebagai bulan kesucian dan pembersihan, betapa penting dan signifikannya bulan ini sehingga diturunkan al-Qur’an di dalamnya untuk menjadi pedoman hidup, penjelas dan pembeda bagi umat manusia. Anda ingin memahami al-Qur’an, Anda harus suci dan bersih, tidak hanya secara eksoteris per se, tetapi juga harus suci dan bersih secara esoteris. Sehingga antara Anda dan al-Qur’an mendapatkan kompatibilitas. Lebih jauh, Anda dapat langsung bercengkerama dengan Tuhan melalui firman-firman-Nya. Tuhan berfirman: “Tidak menyentuhnya (al-Qur’an) kecuali orang-orang yang disucikan.”(Qs. al-Waqiah [56]:79)
Untuk dapat sampai kepada hakikat al-Qur’an, seseorang harus suci dulu (tâhir) untuk kemudian disucikan (mutahhar). Demikianlah logika wahyu.
Allah Swt dalam diktum-Nya menegaskan bahwa Dia menyukai orang-orang yang mensucikan diri. “Allah menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Qs. al-Baqarah [2]:222) Suci lahir, suci batin. Kita berpuasa harus memperhatikan kedua aspek ini. Dalam berpuasa kita menahan lapar dan dahaga, menahan diri untuk tidak coitus dengan istri, semenjak adzan Subuh hingga Maghrib. Ini aspek lahir puasa belum hinggap pada aspek batinnya.
Mulla Ahmad Naraqi Ra dalam kitab magnum-opus akhlaknya, Mi’raj as-Sa’adah, menguraikan masalah adab dan sisi esoteris puasa. Bagi mereka yang berpuasa hendaknya menahan diri dari melihat yang haram atau makruh, atau memandang sesuatu yang membuat hatinya masygul dari mengingat Tuhan. Menjaga lisan dari berkata yang tidak berguna. Mencegah diri dari mendengar yang haram atau makruh. Menjauhkan diri dari mengkonsumsi makanan haram dan syubhat Demikian juga menjaga seluruh indranya dari keterpurukan dosa dan maksiat. Dan tidak serta merta tatkala berbuka puasa, mengumbar syahwat dengan melahap seluruh makanan (halal) sehingga kantung perutnya penuh. Lantaran rahasia perintah puasa di antaranya untuk menimalisir kekuatan syahwat dan dominasi syaitan sehingga jiwa kudus beranjak naik dari derajat bahâmiyah (binatang) hingga menyerupai malaikat. Sementara dengan penuhnya kantung perut kekuatan syahwat meningkat dan kecohan syaitan semakin mendominasi.
Dalam tataran sosial, puasa harus menjadi terapi supaya tidak mudah menelikung orang, merampas hak-hak orang, menipu, mengumbar syahwat dengan menumpuk harta dan tidak mendermakannya, dan mencederai amanah yang diberikan oleh orang termasuk amanah rakyat banyak. Kalau tidak, puasa yang kita kerjakan tidak lebih dari menahan lapar dan dahaga saja. Imam Ali mengingatkan, “Betapa banyak orang puasa yang tidak dapat apa-apa dari puasanya kecuali haus dan dahaga; betapa banyak orang berdiri shalat yang tidak dapat apa-apa kecuali lelah.”
Semoga kita terhindar dari puasa seperti ini. Dan memberikan perhatian dan keseriusan ekstra terhadap sisi esoteris puasa sehingga masuk dalam golongan orang-orang yang mensucikan diri secara batin. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” Cinta dan kasih Tuhan kepada orang-orang yang mensucikan diri. Semoga kita bergelimang cinta dan kasih Tuhan pada bulan suci ini. Marhaban Ya Ramadhan.. []
Posted by fuadhashim at 8:03 AM 0 comments
Friday, August 21, 2009
Saturday, July 25, 2009
Monday, July 20, 2009
Stress, Apakah Definisi Yang Perlu Diketahui Definisi Stress
Sudah banyak artikel yang ditulis berkaitan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya.
Umum tahu berada dalam masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk lebih mahu seiring dengan pembangunan akan menyebabkan semakin ramai berada dalam keadaan stress.
Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu apa itu stess!? Dan berapa ramaikah yang tahu sejauh mana kebaikan dan keburukan stress!?
Stress didefinisikan dalam dua keadaan yang asalnya dari perkataan eustress dan distress.
Eustress bermaksud dapat sesuaikan diri dan membina diri.
Distress pula lawan dari maksud definisi sebelum ini iaitu tidak dapat menyesuaikan dan merosakkan diri.
Dari definisi yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun motivasi individu itu sendiri.
Dari segi kebaikan stress perlu ada sedikit dalam diri kita untuk menyesuaikan diri dalam situasi dimana kita amat asing dalam dunia tersebut. Kemungkinan ia terjadi kerana ketidak biasaan individu dalam keadaan tersebut seperti baru berpindah rumah atau berpindah tempat kerja. Biasanya ia terjadi pada permulaan individu memulakan kehidupan ditempat baru. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat biasakan diri.
Stress yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri.
Namun seperti yang kita maklum, perkataan stress selalu disalah ertikan untuk situasi yang buruk. Memang benar bahawa stress yang terlampau bakal menyebabkan sesuatu kejadian buruk berlaku. Lihat sahajalah dalam masyarakat kita yang hidup dalam taraf hidup yang semakin baik sehinggakan kita lupa bahawa stress kita pun semakin bertambah buruk.
Stress yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal bakal menyebabkan diri kita sendiri dan badan kita melalui pelbagai komplikasi yang tidak baik. Dalam sesetengah keadaan boleh menyebabkan individu menajadi hilang pertimbangan sehingga menyebabkan gila dan situasi lain pula bakal menyebabkan sistem badan kita lumpuh atau gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung!
Kesimpulannya stress yang terkawal dapat menambahbaikkan hidup kita dan stress yang berpanjangan akan memudaratkan diri. Oleh itu tangani stress dengan melakukan perkara yang dapat mengimbangi keadaan tersebut. Jangan terlalu ambil mudah kerana ia boleh memburukkan keadaan.
Posted by fuadhashim at 8:30 AM 0 comments
Saturday, July 18, 2009
Tarif elektrik naik bulan depan?
Memang betullah kalau ada pihak melabelkan BN ini sebagai "Barang Naik". Sebab apa perkara ini boleh terjadi dengan berleluasa?? Adakah sebab ianya kesan daripada peningkatan harga barangan ini di peringkat global menyebabkan kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu untuk rakyat.
PUTRAJAYA: Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.
"Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini hari ini.
Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.
"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.
"Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).
"Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya," kata beliau.
Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.
Beliau berkata, beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.
Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.BERNAMA
Posted by fuadhashim at 4:55 PM 0 comments
11 Hadiah Najib Kepada Rakyat – Indah Khabar Dari Rupa
Sempena menyambut tercapainya 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberi 11 hadiah istimewa kepada rakyat jelata.
Najib beranggapan bahawa dengan genapnya 100 hari beliau menjadi perdana menteri, ia mesti disambut dengan pemberian hadiah kepada rakyat.
Najib telah mulakan ucapan pemberian hadiahnya dengan berkata seperti ini:
a) “Hari ini saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan rakyat;”
b) Beliau mahu terus berusaha sedaya upaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian seraya membuat keputusan demi kepentingan rakyat
c) Dalam sebarang keputusannya, kepentingan rakyat beliau dahulukan dan beliau tidak mahu membuat sesuatu secara sewenang-wenang, jauh sekali secara sembrono;
d) Langkah-langkah yang dia umumkan dalam tempoh 100 hari itu hanyalah langkah-langkah permulaan perjalanan ke arah masa depan yang lebih baik makmur dan terjamin.
e) Najib MAHU TURUN PADANG MELIHAT RINTIHAN RAKYAT ; JUGA MERASAI GUNDAH GULANA MEREKA DAN MERESAPI DENYUTAN NADI RAKYAT YANG DIPIMPIN.
f) Najib mengajak rakyat serta anak-anak muda sekelian untuk bersama-sama melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan.
Sayang.... seribu kali sayang. ….memang lunak janji dan kata-kata pemula yang dituturkan. Tetapi apabila dikaji dengan mendalam sebelas hadiah yang disebut itu ternyata Najib sudah terjebak dengan “Sindrom Kepimpinan Mahathir” mahaguru politiknya.
Apakah sebelas hadiah itu:
1) Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar “touch and go” dan “Smart Tag” yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali (saya ulang LAPAN PULUH KALI) atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
Kita mahu tanya Najib, adakah itu satu keuntungan besar kepada rakyat ? Sedangkan bila Touch and Go dan Smart Tag menerima wang terlebih dahulu daripada pengguna wang itu boleh dipusingkannya untuk “overnight lending” dan mendapat faedah daripadanya?
Apakah tujuan Smart Tag dan Touch n Go meminta Najib menjadi promoter bisnes beliau, walaupun kita tahu mereka adalah syarikat kepunyaan UMNO? Adakah mereka mahu mengurangkan tenaga kerja ataupun mahu menimbun wang pengguna yang kebanyakannya kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati?
Kenapa Najib tak isytiharkan penutupan beberapa stesen kutipan tol di mana kos pembinaan jalan raya sudah dicapai oleh kutipan tol? Tanpa menutup jalan yang sudah dibiayai oleh rakyat sepenuhnya, Touch n Go dan Smart Tag dibenarkan terus merompak wang rakyat. Apakah tujuan menggunakan kad itu lebih lapan puluh kali sebulan sedangkan pengguna selalunya menggunakannya dua kali sehari. Kalau dalam sebulan ada 25 hari bekerja bermakna pengguna hanya menggunakan kad mereka sekitar 50 kali sahaja. Ini bermakna wang pengguna masih dipakai oleh syarikat prabayar untuk 'bisnes kewangan 'overnight ' mereka.
2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenar membeli rumah yang disewa. Kita mahu tahu bagaimana? Adakah dikira juga segala kos sewaan yang terdahulu sebagai sebahagian wang pembelian rumah sewa itu?
3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memperbaharui dan memohon lesen perniagaan mereka. Kita mahu tanya kenapa tidak dikurangkan sehingga sembilan puluh peratus sahaja? Kerana kebanyakan perniagaan kecilan di Wilayah Persekutuan adalah bagi penjaja dan gerai makan yang kebanyakannya di usahakan oleh pendatang asing daripada Indonesia, Thailand dan Filipina, sedangkan lesen adalah kepunyaan pegawai Bandar Raya juga. Selagi lesen itu tidak disemak adalah lebih baik jangan diturunkan langsung kos pelesenan itu.
4.Tambahan RM150 juta bagi dan TEKUN dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.
Adakah Najib sedar bahawa hampir 99% dana TEKUN ada dinikmati oleh ahli-ahli UMNO dan BN? Lebih lima puluh peratus wang pinjaman yang dikeluarkan masih tidak berbayar dan besar kemungkinan akan lesap begitu sahaja, kerana projek yang diusahakan itu hampir tidak wujud. Dengan penambahan dana lagi, apakah wang itu untuk menghidupkan projek yang sudah bernyawa ikan itu?
Kenapakah RM15 juta khusus untuk usahawan muda India? Kenapa tidak diadakan 15 juta untuk usahawan muda India, 150 juta untuk usahawan muda semua kaum yang bergabung sama-sama membuat sesuatu projek?
Dari segi pencapaian ekonomi kaum-kaum di negara ini, kaum Cina ternyata tetap terunggul di persada nombor satu. Kaum India di tempat kedua kerana kebanyakan anak-anak muda India bekerja di luar negara khususnya di Singapura. Anak-anak muda Melayu yang patut menjadi usahawan banyak di universiti dan pusat pengajian tinggi. Termasuklah di universiti berjeriji besi dan pusat serenti.
Sepatutnya Najib memberi tumpuan untuk mengurangkan jumlah anak-mud a Melayu di penjara dan pusat serenti itu dan kaji kenapakah terlalu ramai penagih dadah di kalangan orang-orang Melayu.
5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang. Tentunya untuk Wilayah Persekutuan tambahan itu menjadi semakin nyata. Tetapi cuba tengok gelagat pemandu teksi di Kuala Lumpur. Ramai pemandu teksi, terutamanya orang Melayu yang menebeng di sepanjang jalan besar Kuala Lumpur menunggu pelanggan dan pengguna teksi untuk mereka 'kerat leher'. Saya pernah meminta seorang pemandu teksi Melayu membawa saya a daripada Pudu Raya ke Hospital Tongshin di Jalan Pudu. Rupanya harga yang diminta adalah lebih tiga puluh ringgit. Ada pemandu Melayu yang berkata dia berhenti di tepi jalan untuk berehat. Kenapakah tidak ada polis lalu lintas dan JPJ yang menangkap mereka.
Pada 10 Julai saya telah turun bas di Pasar Budaya kerana mahu pergi ke Hospital Tongshin. tidak ada satu pun pemandu teksi Melayu yang mahu mengambil saya, kalau saya mahu menggunakan meter. Kerana itu saya terpaksa berjalan terhencot-hencot dan bertongkat melepasi Pudu Raya. Mujur ada sebuah Teksi Hijau dipandu oleh seorang Cina yang membawa teksi bernombor WHC 2255. Beliau telah menggunakan meter menghantar saya . Kosnya cuma Dua Ringgit. Dia berkata kebanyakan pemandu yang tersidai di tepi jalan itu mahukan Lima Puluh Ringgit untuk satu trip. Bila sudah dapat dua trip dengan harga demikian mereka akan pulang dan berehat ke rumah. Sepanjang di Kuala Lumpur saya dapat menaiki HWE 7065 yang dipandu oleh Panir Selvam dan seorang bernama Ghandi daripada Ampang Jaya yang menghantar saya ke Damansara Utama Dua-dua orang pemandu India ini menggunakan meter dan amat ramah dan mesra.
Daripada situ saya tahu bahawa mereka amat mengharapkan dapat lesen dan permit sendiri dan tidak bergantung kepada syarikat untuk mencari rezeki yang halal.
Jelas kebanyakan pemandu teksi Melayu sudah menjadi kurang ajar di Kuala Lumpur. Saya tahu ramai daripada mereka adalah pemimpin kecilan cawangan UMNO. Kerana itu mereka berhati bongkak dan berkepala batu.
Dengan itu, Najib perlu membuat kajian mendalam. Jangan tambah permit teksi lagi. Hapuskan segala permit yang diberikan kepada syarikat-syarikat dan berikan terus kepada pemandu yang menyewa permit itu. Dari situ buat kajian dan penelitian yang lebih rapi.
Kalau pada waktu puncak dan susah sangat menguruskan teksi awam, beri lesen khas kepada anggota polis dan tentera supaya mereka menjadi operator teksi sambilan. Apa gunanya kita beri permit teksi kepada individu Malaysia kalau mereka pajakkan kepada Bangla, Indonesia dan Pakistan? Bagaimanakah amalan ini boleh berleluasa? Yang peliknya pendatang asing boleh menjadi pemandu teksi kerana pemilik teksi yang memberikan mereka peluang itu adalah orang Melayu juga.
6. Komited untuk kurangkan kadar jenayah terutama ragut dan kecurian kenderaan. Saya tergelak dengan 'hadiah' Najib ini. Bukankah itu tugas pihak polis? Kenapakah perdana menteri yang membuat komitmen?
7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera. Sekali lagi, hadiah semacam ini memberitahu dunia seolah-olah kita tidak cekap membuat pendaftaran kelahiran. Seriuskah sangat perkara ini? Berapakah peratusan yang gagal didaftarkan. Apakah kita duduk di kawasan padang pasir di mana kepadatan penduduk terlalu jarang? Kalau ini menjadi hadiah seorang perdana menteri apa kata dunia yang maju dan membangun.
8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat. Apakah yang mesti disegerakan? Apakah ramai rakyat Malaysia yang masih tidak dapat kewarganegaraannya. Teruk sangatkah perkara ini sehingga perdana menteri mesti masuk campur dalam kerja rutin pegawai kerajaan? Sebaliknya, kenapakah Najib tidak beri pertimbangan agar rakyat Malaysia boleh menerima kewarganegaraan negara-negara lain? Sudah tentu ini akan melonjakkan pelaburan di Malaysia oleh rakyat sendiri yang menetap di negara luar?
9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
Soalnya sekarang bukankah ini sudah masuk dalam Rancangan Malaysia yang sedia ada? Kenapakah perdana menteri memberikan penekanan kepada kerja-kerja ini? apakah menteri yang bertanggungjawab dalam tugas ini tidak menjalankan kerja beliau?
10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan pada RM 211 berkuatkuasa 1 September 2009. Kenapakah tidak dimansuhkan sama-sekali pengambilan lesen motorsikal? Ataupun adakan sesi mendapatkan lesen motorsikal di hujung minggu di setiap sekolah menengah dan balai raya ataupun dewan masyarakat dengan harga yang paling minima katakanlah RM50 sahaja? Rakyat jelata tahu kerja mendapatkan lesen adalah diserahkan kepada syarikat uji-pandu yang rata-rata adalah ahli dan pemimpin BN sahaja. Kalau lesen memandu motorsikal dikendalikan di kawasan lapang dan di sekolah-sekolah pada hujung minggu secara lambak, kosnya murah dan rakyat akan menjadi prihatin untuk memiliki lesen. Peneroka tanah rancangan tidak perlu datang ke bandar untuk mendapatkan lesen. Anak-anak sekolah di tingkatan Lima sudah mampu memiliki lesen membawa motorsikal.
11. Menubuhkan Amanah Saham 1 Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Sungguh cantik hadiah ini. Tetapi untuk siapa agaknya? Bukankah untuk kerajaan Najib menggunakan wang simpanan untuk kegunaan kerajaan? Siapakah di kalangan orang berumur 18 tahun yang betul-betul mampu membeli saham?
Secara kesimpulannya, sebelas hadiah Najib itu memang indah khabar dari rupa. Bagi saya ia tidak melambangkan satu idea bernas daripada seorang perdana menteri yang mahukan negara menjadi anggota Dunia Pertama.
Oleh Marhaintua -
Posted by fuadhashim at 4:45 PM 0 comments
Sunday, June 7, 2009
10 Penyakit Manusia
Rencah Oleh: mycronichead
"Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita? Antaranya :
1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.
2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.
3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.
4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.
5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.
6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.
7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.
8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.
9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.
10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.
Silakan direnungkan mengenai benar atau tidaknya, semua terpulang pada pendapat masing2."
Posted by fuadhashim at 12:15 PM 0 comments