Monday, July 20, 2009

Stress, Apakah Definisi Yang Perlu Diketahui Definisi Stress



Sudah banyak artikel yang ditulis berkaitan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya.

Umum tahu berada dalam masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk lebih mahu seiring dengan pembangunan akan menyebabkan semakin ramai berada dalam keadaan stress.

Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu apa itu stess!? Dan berapa ramaikah yang tahu sejauh mana kebaikan dan keburukan stress!?

Stress didefinisikan dalam dua keadaan yang asalnya dari perkataan eustress dan distress.

Eustress bermaksud dapat sesuaikan diri dan membina diri.

Distress pula lawan dari maksud definisi sebelum ini iaitu tidak dapat menyesuaikan dan merosakkan diri.

Dari definisi yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun motivasi individu itu sendiri.

Dari segi kebaikan stress perlu ada sedikit dalam diri kita untuk menyesuaikan diri dalam situasi dimana kita amat asing dalam dunia tersebut. Kemungkinan ia terjadi kerana ketidak biasaan individu dalam keadaan tersebut seperti baru berpindah rumah atau berpindah tempat kerja. Biasanya ia terjadi pada permulaan individu memulakan kehidupan ditempat baru. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat biasakan diri.

Stress yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri.

Namun seperti yang kita maklum, perkataan stress selalu disalah ertikan untuk situasi yang buruk. Memang benar bahawa stress yang terlampau bakal menyebabkan sesuatu kejadian buruk berlaku. Lihat sahajalah dalam masyarakat kita yang hidup dalam taraf hidup yang semakin baik sehinggakan kita lupa bahawa stress kita pun semakin bertambah buruk.

Stress yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal bakal menyebabkan diri kita sendiri dan badan kita melalui pelbagai komplikasi yang tidak baik. Dalam sesetengah keadaan boleh menyebabkan individu menajadi hilang pertimbangan sehingga menyebabkan gila dan situasi lain pula bakal menyebabkan sistem badan kita lumpuh atau gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung!

Kesimpulannya stress yang terkawal dapat menambahbaikkan hidup kita dan stress yang berpanjangan akan memudaratkan diri. Oleh itu tangani stress dengan melakukan perkara yang dapat mengimbangi keadaan tersebut. Jangan terlalu ambil mudah kerana ia boleh memburukkan keadaan.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online