Sunday, August 23, 2009

Checklist Penting Untuk Kenderaan Sendiri -Sebelum Pulang Beraya


Sudah Diperiksa Kah?Sedar atau tidak, di negara kita sudah ramai yang mampu punyai kenderaan sendiri. Malah ada yang masih baru menempuh alam pekerjaan tetapi sudah miliki kenderaan. Jika dilihat dari statistik pemilikan kenderaan peribadi, ianya menunjukkan peningkatan yang tinggi.

Kali ini aku bukan nak cerita pasal ekonomi negara kita mahu pun mengenai pasaran kenderaan, tetapi lebih kepada kisah yang menjadi sinonim dalam tradisi orang kita iaitu balik kampung.

Sebelum memeriksa tahap kesihatan pemandu, perkara yang paling penting dahulu ialah kesihatan kenderaan kau. Selalu mereka abaikan tentang kesihatan kenderaan sehingga tidak ketahuan masalah yang bakal dihadapi. Janganlah kau hanya tahu mengunakannya sahaja.

Tahukah kau, antara punca kemalangan di jalan raya ialah disebabkan masalah teknikal pada kenderaan!? Kau perlu fikirkan semula. Dan jangan anggap perjalanan yang dekat sekali pun tidak akan berlaku kemalangan!

Panjang pula bebelan aku kali ini. Ya lah aku cukup panas bila melihat mereka beli kenderaan nak mahal dan mewah tapi tidak menitikberatkan soal keselamatan dan tak mampu nak manjaga kesihatan kenderaan sendiri, haprak (huhu).

Jangan sampai kehenseman dan ke’cun’an kau di hari raya di cemari dengan trajedi seperti kenderaan rosak ditepi jalan di bawah mentari terik! (mwahaha).

Disini aku sertakan 10 perkara penting untuk dijadikan amalan kau dan kau menjaga kesihatan kenderaan kau.

1. Tayar - periksa keadaan tayar, jangan hanya periksa pada kehenseman tayar sahaja tetapi periksa tahap kesihatan nya sekali. Periksa trek bunga pada tayar, angin dalam tayar, kedudukan tayar (ini bergantung kepada balancing dan alignment) dan lain-lain.
2. Minyak Enjin – periksa minyak enjin kenderaan kau. Elak daripada kekeringan atau kelikatan yang melegamkan. Kalau dah hitam legam tu maknanya memang layaklah kena tukar minyak (servis), tak paham-paham ke? (huhu). Perkara ini paling kurang perhatian kadang-kadang aku lihat ada kenderaan di jalanraya sampai keluar asap putih!
3. Sistem Brek – ini juga antara yang penting! Ibarat orang yang pandai panjat pokok tapi tak tahu turun (huhu). Bukan main kenderaan nak bawa laju je tapi sistem brek tak terjamin kebaikannya. Periksa cakera brek, periksa pad brek dan sistem hidraulik brek sekali. Dapatkan cengkaman yang maksimum (bergantung kepada kesihatan tayar juga).
4. Stering Berkuasa (Power Steering) – periksa keseluruhan sistem kuasa stering dan minyaknya. Pastikan tiada kebocoran pada sistem kuasanya dan motornya. Ini perlu demi mendapatkan keselesaan ketika memandu. jangan sampai kau tak boleh pusing stering lak (huhu).
5. Sistem Transmisi – periksa sistem transmisi dan miinyaknya. Kena periksa juga tak kiralah transmisi automatik atau manual. Ingat! Ia boleh mendatangkan musibah juga apabila transmisi tidak berfungsi dengan sempurna.
6. Bateri - periksa air bateri dan sambungan kabel bateri seperti sambungan ke alternator, lampu dan lain-lain termasuk sistem audio kau (nak dengar lagu raya la katakan eheh). Nampak macam perkara kecil kan? Tapi kau perlu ingat, malang tak berbau. Perkara kecil macam inilah sepatutnya perlu di ambil berat juga supaya ianya tak melarat menjadi perkara besar dan menjengkelkan.
7. Penapis Angin & Minyak – perlu juga untuk mencapai kelancaran pemanduan. Dapat menjimatkan minyak juga.
8. Penyejuk Udara (Aircond) – periksa kandungan gas, koil (coil) dan sistem penyalurannya. Ini memastikan keselesaan ketika memandu. Maklumlah beraya kesana sini kena pulak pada waktu tengahari dengan kehenseman dan ke’cun’an berbaju kurung, sesilap pekung bau dalam kenderaan (huhu).
9. Radiator - periksa kandungan air dan cuci (flush) dari kekotoran. Memastikan kenderaan kau sentiasa dalam keadaan baik dalam perjalanan jauh. Ya lah kadang-kadang kita tak tahu tetiba kenderaan boleh terlebih panas (overheat).
10. Palam Pencucuh (plug) – perlu diperiksa untuk mencapai keselesaan perjalanan dan persembahan kenderaan kau dijalanraya.

Akhirnya cukup sepuluh (eheh), ambil iktibar dan berayalah dengan keselesaan dan ketenangan. Jangan kerana kau mengabaikan perkara-erkara tersebut, kau nak mengamuk lak di hari raya! Perlu ingat juga, kena di kawasan luar bandar mana ada bengkel buka masa raya (huhu).

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online