Each currency has up to three key-value pairs: 24h, 7d and 30d.
-
API Overview Bitcoincharts provides a ordinary API to most of its gegevens.
You can use this API to include markets[...]
The post Each currency has up to...
Saturday, December 22, 2012
Persediaan Persekolahan Anak Tahun 2013
PENGGAL persekolahan 2013 bakal bermula 2 minggu lagi. Jika sebelum berhabisan belanja untuk perayaan kini tibalah masa pula untuk berbelanja keperluan anak-anak ke sekolah.
Lazimnya, keperluan ini memerlukan kos yang agak tinggi apatah lagi bagi yang mempunyai anak yang ramai ke sekolah.
Jika dahulu RM200 mungkin cukup untuk keperluan seorang anak tetapi musim sekarang dengan keadaan yang serba mahal, nilai tersebut sudah tidak mencukupi.
Malah, harga sepasang kasut sekarang melebihi RM30 itu belum lagi ditambah dengan sepasang baju baru dan keperluan yang lain.
Bagi yang berkemampuan ia mungkin tidak memberi masalah namun bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah ditambah lagi memiliki anak yang ramai dan bersekolah, keadaan itu sangat membebankan.
Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi.
Kalau dahulu, anak-anak dibekalkan wang saku RM2 tetapi sekarang harga nasi lemak sahaja melebihi harga itu.
Kalau tidak beringat dari awal tahun dulu memang risau dan berpeluh dibuatnya untuk menyediakan keperluan ini,belum lagi yuran persekolan samada sekolah kebangsaan atau menengah,serta sekolah agama.Bagi penjawat awam mungkin reda sedikit bila dijanjikan bonus setengah bulan gaji,tapi yang swasta ini,dari mana hendak diperolehi wang sebanyak itu.Mujurlah pihak majikan ada sediakan pinjaman "cash advance"persediaan permulaan persekolahan.Nanti bulan berikutnya kena tolak gajilah sebagai ansuran bulanan pembayaran balik.
Untuk anak seramai 4 orang mencecah ribuan ringgit untuk memenuhi yuran dan semua keperluan persekolahan anak anak.
Realitinya sejumlah itulah yang perlu bagi persediaan persekolah anak anak dibumi 1MALAYSIA aku ni!!!
Posted by fuadhashim at 2:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment