Wednesday, May 13, 2009

Kerajaan Najib mahu naikkan harga minyak

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Satu Malaysia akan menanggung beban apabila alasan tidak munasabah didahulukan dan kenaikan harga minyak diutamakan.

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
Tarikh Harga baru Perubahan Harga sejagat1 Perubahan

RM/liter Peratus (%) AS$/tong Peratus (%)
Sebelum 1990 0.89 - 18.33 (1989) -
1990 1.10 25 24.49 33.6
1 Oktober 2000 1.20 9 24.68 0.8
20 Oktober 2001 1.30 8.3 25.90 4.9
1 Mei 2002 1.32 1.5 30.86 19.2
31 Oktober 2002 1.33 1 24.53 5.3
1 Mac 2003 1.35 1.5 31.54 28.6
1 Mei 2004 1.37 1.5 40.28 27.7
1 Oktober 2004 1.42 3.6 53.13 91.8
5 Mei 2005 1.52 7 56.26 5.9
31 Julai 2005 1.62 6.6 58.70 4.3
28 Februari 2006 1.92 18.5 61.64 5
5 Jun 2008 2.70 41 121.00 96.3
23 Ogos 20082 2.55 (5.6) 114.60 (5.3)
25 September 2008 2.45 (3.9) 109.20 (4.7)
15 Oktober 2008 2.30 (6.1) 84.07 (23)
1 November 2008 2.15 (6.5) 64.38 (23)
18 November 2008 2.00 (7.0) 55.37 (13)
3 Disember 2008 1.90 (5.0) 46.96 (15)
16 Disember 2008 1.80 (5.3) 46.28 (1.4)

Apa yang menghairankan, kenaikan hara minyak itu disebabkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di Putrajaya semalam.

Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.

Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.

Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.

Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.

''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.

''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.

Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.

''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya. - mks._

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter. Namun kerajaan 'One Malaysia' cuba membuat muslihat dengan menaikkan harga petrol seolah-olah dalam keadaan rakyat tidak sedar.
Media melaporkan bahawa 2 stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya mula menjual minyak petrol RON95 hari ini. Manakala di negeri-negeri lain minyak jenis ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.
Kerajaan memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apa muslihat kerajaan sehingga mengambil keputusan ini cuba tuan-puan selediki.
Minyak jenis ini dilancarkan oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Umno yang menggantikan Shahrir Samad.
Media tersebut juga menyebut bahawa apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber nanti, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.
Manakala mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.
Dalam keadaan minyak dunia yang harganya semakin rendah kerajaan 'One Malaysia' sanggup mendera rakyat menaikkan pula harga minyak.
Terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga sanggup menaikkan harga minyak dalam keadaan ekonomi seteruk ini di mana ramai rakyat yang dibuang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya yakin selepas ini para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan pula harga barangan yang sudah tentu akan menambahkan kesengsaraan rakyat.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online