Friday, May 8, 2009

1Malaysia diketawakan lagi oleh 1Dunia

Orang yang faham politik, tak kira dari Bandar atau Kampong, mereka kini bertambah benci kepada UMNO setelah apa yang belaku di Perak.

Bila saya lihat apa yang berlaku didalam Dewan Undangan Negeri Perak, dengan kekejaman pihak Polis terhadap wakil-wakil rakyat yang dipilih, saya nyatakan kepada diri saya: "Habis dah, dah habis.....Najib sudah habis, beliau tidak boleh memimpin, beliau tidak tahu memimpin, beliau bebal dari segi demokrasi dan beliau tidak layak menjadi pemimpin Negara ini."
Adakah UMNO/BN merasakan bahawa dengan perbuatan kejam di dalam dan di luar DUN Perak ini, akan habis disitu saja?
Adakah mereka fikir bahawa selepas ini BN haram itu akan memeritah Perak dengan aman? Adakah UMNO//BN fikir bahawa rakyat Malaysia tidak dapat lihat dan tidak dapat menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN?
Tidak ada rakyat yang bersetuju dengan tindakan UMNO/BN, bahkan tindakan mereka adalah perbuatan Fasis yang menzalimi rakyat.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Negara ini Polis boleh memasuki Dewan Undangan Negeri dan mengkasari wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, tidak pernah berlaku didalam sejarah Negara ini bahawa sesiapa berpakaian hitam ditangkap tanpa kesalahan, dan tidak berlaku didalam sejarah bahawa orang-orang mahui minum pagi di kedai kegemaran mereka selama ini boleh ditangkap.
Maka hari ini sejarah tercipta dan tercatat dalam politik Perak hatta negara kita sendiri. Belum pernah ada dalam sejarah satu sidang DUN yang mempunyai dua orang Menteri Besar dan dua orang Speaker DUN. Sesuatu yang tidak masuk dek akal fikiran manusia yang waras untuk memikirkannya. Namun, segalanya pasti berlaku kerana laungan "Malaysia Boleh" itu sebenarnya sudah sinonim dengan jiwa sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya, sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi jua akhirnya. Inilah sebenarnya natijah daripada apa yang dilihat di negeri Perak Darul Ridzuan sepanjang hari ini. Satu suasana yang kelam kabut dan bercelaru telah berlaku gara-gara sikap sebahagian manusia yang tidak mahu untuk berpegang di bumi yang nyata. Kerajaan negeri Perak yang diperolehi secara rampasan kuasa itu kini dijadikan "bahan ketawa" masyarakat dunia gara-gara keengganan pihak terbabit untuk patuh kepada undang-undang ciptaan puak-puak mereka sendiri. Maka akhirnya, segala peraturan dan perlembagaan yang sudah sedia termaktub itu diperkotak-katikkan begitu sahaja. Ramai yang menuding jari kepada Menteri Besar UMNO Perak, Dr.Zambry Kadir sebagai punca kemelut yang melanda hari ini. Ini berikutan tindakan Zambry yang tidak sabar-sabar untuk mengadakan sidang DUN, sedangkan kes mahkamah bagi memutuskan siapakan Menteri Besar Perak yang sah masih lagi berjalan dan tiada keputusan setakat ini. Adalah wajar, Zambry bersikap terbuka dan tidak terburu-buru mengadakan sidang DUN.





Institusi Raja Wajar Bersikap Profesional

Namun, dek kerana ego dan angkuh beliau tetap juga mengadakan sidang tersebut yang haru-biru dibuatnya hari ini. Semuanya angkara, sikap mereka yang mahu menunjukkan kuasa. Soalnya disini, apakah Zambry Kadir bersalah dalam hal ini?. Beliau mempertahankan haknya sebagai Menteri Besar Perak biarpun beliau sememangnya tahu yang status jawatanya itu masih lagi menjadi pertikaian. Anehnya, kenapa Sultan Perak tidak menggunakan budi bicara untuk menangguhkan sidang DUN ini. Sedangkan surat memohon perkenan menangguhkan sidang telah dihantar oleh Speaker DUN, V.Sivakumar sebelum itu. Tambah parah lagi, pabila Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pula berkenan untuk berangkat merasmikan sidang tersebut. Apakah kedua-dua mereka tidak menerima isyarat dari rakyat yang mahu sidang ditangguhkan. Malah rakyat Perak memberontak mahu supaya DUN itu sendiri dibubarkan dan mereka diberi hak untuk memilih kerajaan mana yang mereka percayai. Tetapi kenapa ini tidak berlaku?. Istana Perak seolah-olah membenarkan segala apa yang terjadi hari ini. Walhal, petanda awal akan berlaku kekecohan itu sudah diberika isyarat oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Justeru itu, sepatutnya Sultan Perak mengarahkan Zambry supaya menangguhkan dulu sidang DUN bagi memberi laluan kepada mahkamah membuat keputusan tentang kedudukan beliau sendiri. Namun, mengapakah semua ini "dipersetankan" dan akhirnya rakyat Perak disajikan dengan satu adengan yang cukup memualkan dan memalukan itu.


Bubar DUN, Tuanku perlu bersikap adil dan profesional kepada rakyat
Tiada apa lagi yang boleh diharapkan, bila Sultan Perak sendiri tidak nampak apa yang berlaku didepan mata baginda mutakhir ini bakal menjurus ke arah kehancuran kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Hasilnya, kejadian yang berlaku hari ini jelas sekali menyebabkan rakyat terus hilang kepercayaan kepada kerajaan yang sedia ada. UMNO dan BN dilihat akan terus gagal untuk mentadbir dengan baik kerana kuasa yang ada pada mereka hanyalah "secebis rasa" yang diperolehi menerusi "rampasan kuasa". Apa yang mahu dibanggakan sangat dengan kerajaan negeri Perak yang ada sekarang. Mereka hanya mendapat majoriti menerusi tiga ADUN bebas yang melompat dari Pakatan Rakyat kepada BN. Apa akan terjadi jika ketiga-tiga mereka melompat semula kepada Pakatan Rakyat?. Pergolakan politik "angka 28-31" ini akan berputar-putar begitu sahaja hinggalah pilihanraya umum akan datang berlaku. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa. Tindakan mengheret Speaker DUN V.Sivakumar keluar dewan dan menggantikan dengan Speaker baru R.Ganesan tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda sebenarnya. Tiada jalan lain untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, melainkan pembubaran DUN dan pilihanraya kecil negeri diadakan. Tetapi mahukan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mendengar rintihan rakyat ini?.

Krisis Perak Najib Punya Angkara

Akhirkalam, setelah diamati betul-betul maka sahlah segala apa yang terjadi hari ini dan kemelut politik yang melanda Perak mutakhir ini semuanya adalah berpunca daripada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang baru naik takhta itu sebenarnya. Najiblah yang empunya angkara hingga menyebabkan rakyat Perak merana dan menanggung sengsara. Masih kita ingat tatkala Najib menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak menggantikan Tajol Rosli dulu. Tidak sampai seminggu dua ADUN Pakatan Rakyat hilang dan dipercayai berada dirumahnya dekat Pekan Pahang. Kemudian timbul kisah kedua-duanya iaitu Jamaluddin Razi dan Othman Jailu tiba-tiba keluar dari Pakatan Rakyat dan bertindak menyertai Barisan Nasional. Kecoh dibuatnya, bila senario itu berlaku, ditambah lagi dengan seorang ADUN dari DAP Hee Yit Foong yang turut menyatakan sokongan kepada BN dalam satu pertemuan di Pejabat Najib dekat Putrajaya. Semua ini adalah satu permainan dan "trick" yang bakal membawa kepada kemelut politik Perak sebenarnya. Hasilnya, BN mengaku telah mendapat sokongan majoriti sedangkan tiga ADUN terbabit sepatutnya sudah meletakkan jawatan secara automatik. Dibantu oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya tiada pilihanraya kecil diadakan baik di DUN terbabit hatta negeri Perak sendiri. Inilah yang menyebabkan kemelut berlarutan dan kian parah. Banyak perkara teknikal yang menjurus ke arah kehancuran ini, antaranya pemecatan Menteri Besar Perak yang dibuat secara tidak berlandaskan perlembagaan dan Undang-Undang tubuh Negeri Perak sendiri. Hingga kini ia terus dipertikaikan dan masih dibicarakan. Begitu juga banyak adengan-adengan lain yang cukup membuatkan rakyat Perak kecewa dengan kemelut yang melanda ini sebenarnya.

Apakah kita yakin dan percaya, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat itu tidak mendapat habuan daripada Najib?. Semua ini adalah satu rentetan perjalanan yangg cukup mendukacitakan dan tidak wajar berlaku. Kerajaan Pakatan Rakyat dirampas secara paksa tanpa mengikut perlembagaan. Sedangkan pembubaran DUN negeri Perak itu juga telah dihalang dan dipersendakan oleh pihak tertentu. Kuasa rakyat yang harus dikembalikan itu akhirnya menjadi satu "bahan jenaka" untuk dikenang oleh generasi akan datang. Akhirnya inilah yang berlaku hari ini. Najib selesa kerana kini sudah bergelar Perdana Menteri dan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kepada Dr.Zambry Kadir. Namun, apakah segala yang berlaku ini tiada campurtangan Najib?. Kehadiran pasukan polis diluar dan dalam dewan untuk memantau perjalanan sidang DUN ini jelas sekali diatur oleh Kementerian Dalam Negeri. Siapakah menteri yang bertanggungjawan? Bukankah Hishamuddin Hussein iaitu sepupu Najib sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan dengan laporan ada 300 orang polis berpakaian biasa yang dihantar masuk ke dalam dewan hingga menyebabkan tragedi hitam berlaku hari ini. Justeru itulah, wajar kita simpulkan bahawa apa yang berlaku di Perak ini adalah hasil percaturan "Najib Razak".

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online