Sunday, May 24, 2009
Tuesday, May 19, 2009
DEMOKRASI DAN RULE OF LAW ALA-ONE MALAYSIA!!!
Semasa di Amerika Syarikat.... Menteri Luar One Malaysia yang dilantik oleh Piem Najib, telah berceloteh panjang lebar tentang Malaysia sebagai negara yang menjunjung demokrasi dan rule of law, yang konon nyer menjadi amalan sistem kehakiman di Satu Malaysia.
Di bawah ini, teman nak tunjukkan ler 'kebenaran' kata-kata Anifah Aman. Toksah ambik contoh yang giler-giler.... tapi kita kecilkan skop contoh di Perak saja cukup. Ready..... here we go!!!
Kidnap dan jadikan mereka katak, kemudian disorok bawah kopek Hantu Kopek. Apabila muncul..... tiba-tiba katak-katak bacul ini, melompat dan jadi BN-friendly.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-Satu Malaysia!!! Hurray!!!
Rampas kuasa ikut pintu belakang setelah kerajaan sah Pakatan Rakyat Perak diliwat.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-One Malaysia!!! Bravo!!
Singkir MB Sah dan lantik MB Haram secara giler babi......
Ini ler dia, 'demokrasi dan rule of law' ala-Satu Malayisa!!!! Ho Yeah!!!!
Speaker Perak tak boleh wakil diri nyer atau lantik geguam lain untuk kendalikan kes nyer.... di mahkamah sedangkan Penasihat Undang-Undang Negeri bersikap berpihak kepada lanun yang merampas kuasa.......
Ini ler dia, 'demokrasi dan rule of law ala-One-Malaysia!!!! Yahoooo!!!
SPR ambil alih tugas Speaker DUN Perak untuk mengisytiharkan sama ada kerusi DUN kosong atau tidak... dan mahkamah mengizinkan.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-Satu Malaysia!!! Ooooo... syiuk nyer!!!
Kunci pintu DUN Perak serta halang entry ke SUK tempat letak nyer DUN Perak..... dengan bantuan polis Raja Di Malaysia.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala One-Malaysia!!! Yabedabedoooooo!!!
Sidang DUN Perak diadakan di bawah pokok..... hari ini dalam sejarah kerana satu sejarah tercipta dan disaksikan satu dunia.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-Satu Malaysia!!! Incredible!!!!
Heret... kurung.... dan rampas kuasa Speaker Sah dan lantik Speaker Haram..... dengan bantuan polis Raja di Malaysia.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-Satu Malaysia!!!! Ammaakkk!!!
Mahkamah Rayuan buat keputusan express, one man show dan tidak ada written judgement yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi tentang kes MB Sah dan Haram.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-One Malaysia!!! Hebat nyer!!!
Mahkamah mengambil masa lebih kurang 7 hari untuk mendengar semula kes menolak keputusan hakim Mahkamah Rayuan dalam kes MB Sah dan Haram.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-Satu Malaysia!!! Woi... apa ke benda yer!!!!
UBN takut dan enggan mengembalikan kuasa demokrasi rakyat Perak untuk diadakan pilihan raya semula.... bagi menentukan kerajaan sah yang diterima rakyat.....
Ini ler dia 'demokrasi dan rule of law' ala-One Malaysia!!!! Bacul nyer!!!!
Hebat ke... tak hebat ke.... Menteri Luar Satu Malaysia. Sebab 'terlalu hebat' ler agak nyer mengapa Anwar telah 'berjanji' hendak 'lantik' dia sebagai Timbalan Perdana Menteri sekira nyer Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Malaysia.
Copy from http://www.motherof3mohd.blogspot.com/
Posted by fuadhashim at 12:41 PM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
BANGANG VS BENGANG
Semua pihak yang bertanggungjawab mengkucar kacirkan pentadbiran negeri Perak (terutamanya Kerajaan Pusat di bawah pimpinan BN) tetapi pura pura tak dengar dan buat buat bodoh (memang bodoh pun) kerana gilakan kuasa yang bukan haknya…..
Selama ini Pakatan Rakyat saja yang secara gentleman mendesak supaya dikembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru Perak melalui peti undi. Sebaliknya Umno berhempas pulas menentang idea itu dengan mencari berbagai alasan. Perkembangan terbaru 50 NGO pula turut bersuara menyokong pembubaran DUN Perak. Malah Parti Gerakan, sekutu Umno (yang ada sedikit kejantanan) antara parti komponen BN yang menyokong pembubaran DUN. Sedangkan Umno masih terus tercari cari alasan untuk mengelakkan ’snap elections’ di Perak
1.Bangang maknanya bodoh , tolol bercampur dengan keras kepala.Bengang pula maknanya rasa marah , geram bercampur dengan kecewa. Hanya dengan satu pertukaran A dan E pada huruf kedua , perkataan - perkataan tersebut mempunyai maksud yang jauh berbeza.Tentulah manusia - manusia yang terlibat dengan kebangangan jauh berbeza dengan manusia - manusia yang sedang kebengangan.
2.Di negeri Perak sekarang yang bangang ramai tetapi yang tengah bengang lagi ramai.Yang bangang adalah orang - orang politik yang berjiwa korup dan dayus.Juga balaci - balaci mereka yang sanggup di perkudakan demi survival tauke - tauke politik mereka.
3.Yang bengang adalah rakyat biasa , pegawai - pegawai kerajaan dan peniaga - peniaga kecil atau besar yang menanggung kesengsaraan akibat krisis politik Perak kini.Kehidupan yang sukar kerana kemelesetan ekonomi global jadi lebih parah kerana banyak urusan - urusan yang melibatkan kerajaan tergendala.
4.Rakyat jadi lebih bengang apabila melihat kejadian - kejadian pelik di hadapan mata dan kewarasan minda mereka.
i-Jika rakyat pergi ke Mahkamah untuk mendapat keadilan , jika boleh selesai dalam masa 2 tahun sangat hebatlah mahkamah Malaysia ini.Tengok contoh kes anak - anak pemimpin PAS Perak (termasuk anak DS Nizar) saman kerajaan bagi isu PPSMI (UMNO agungkan bahasa penjajah dan bakul sampahkan bahasa Melayu).Sejak tahun 2003 tak bergerak.Mungkin tersangkut dalam poket hakim atau fail Mahkamah!!Tetapi bagi Dr.Zambry kudeta dalam masa 1 jam saja mahkamah rayuan luluskan permohonan untuk gantung sementara keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB Perak yang SAH.Tiba - tiba saja Mahkamah Malaysia jadi sangat efisien.
ii-Baru 2 hari diisytiharkan jadi MB HARAM sekarang jadi "MB SAH" sementara , Dr.Zambry kudeta buat keputusan yang hebat - hebat seolah olah dia lupa jawatan itu hanyalah 'caretaker' sahaja.Arahkan ahli majlis kerajaan tempatan angkat sumpah , pecat kembali ketua - ketua kampung yang dipilih oleh rakyat seramai lebih 800 orang dan buat keputusan tentang GLC.Tiba - tiba Dr.Zambry jadi sangat efisien!!
iii-Dua orang wakil rakyat katak lompat (Osman dan Jamaluddin) yang dulu menyorok dan disorokkan oleh SB sekarang dengan penuh gaya hadir ke Mahkamah nak tunjuk lagak.Tapi malangnya masih juga tak berani balik bertugas kepada rakyat di kawasan masing - masing.Malang sungguh pengundi - pengundi di Changkat Jering dan Behrang kerana mereka lebih rela berkhidmat kepada Najib.Makan duit haram la tu.
5.Politikus - politikus yang bangang juga pekak badak kerana tidak berani memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat yang baru melalui Pilihan Raya Kecil Negeri.Masih juga nak bergayut kepada kuasa yang diperolehi secara HARAM!!
TAK MUNGKINKAH ADA ORANG MENJADI BANGANG SETELAH DENGAR KATA NAJIB BAHAWA UMNO/BN ADA KES YANG KUAT DAN YAKIN DR.ZAMBRY BOLEH MENANG DI MAHKAMAH RAYUAN.
MINTA DI JAUHKAN ALLAH BAGI MENGELAKKAN SELURUH RAKYAT PERAK MENJADI BENGANG..
Posted by fuadhashim at 12:45 PM 0 comments
Lawak Hari Ini (LHI): Jangan Salahkan Najib!
Hahaha, kelakar gila berita ni! Yang bahagian2 lawak tu aku dah "bold"kan kat bawah ni. Banyak sangat la lawak dia, sampaikan aku rasa macam nak "bold"kan satu artikel ni. Congrats Najib, tahun depan boleh masuk audition Raja Lawak. Sms sure melayang masuk punye~
So, please enjoy the rest of the joke!
http://malaysiakini.com/news/104412
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perak: Jangan salahkan saya, kata Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di Perak kerana baginda telah mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik Menteri Besar daripada pembangkang dan juga BN.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri juga tidak harus dipersalahkan kononnya menjadi punca kepada krisis itu yang sudah berlarutan lebih tiga bulan.
"Dalam amalan demokrasi kita, rakyat akan memilih wakil rakyat dan Sultan pula akan melantik menteri besar daripada kalangan calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti, sebagai menteri besar," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di Manado, Sulawesi Utara, di akhir sidang sedang kemuncak inisiatif segitiga terumbu karang (CTI) di situ.
Najib berkata dalam urusan melantik menteri besar, Sultan Perak telah menggunakan prosedur yang sama ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari BN sebagai menteri besar, seperti juga ketika baginda melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS selepas pilihanraya umum 2008, lapor Bernama.
Selepas pilihanraya umum itu, katanya, Sultan Azlan Shah melantik Nizar setelah mendapat pengakuan daripada majoriti ADUN yang mencadangkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar.
Selepas parti-parti pembangkang kehilangan majoriti, baginda telah melantik pula calon menteri besar yang dikemukakan oleh BN setelah tiga ADUN pembangkang, beralih menyokong BN dan membuat pengakuan akan terus menyokong cadangan pelantikan Dr Zambry, katanya.
"Jangan salahkan Tuanku. Dalam pilihanraya umum 2008, BN adalah parti tunggal di Perak yang mendapat majoriti DUN dengan 28 kerusi...pakatan pembangkang tidak berdaftar dan tetap berupa tiga parti berasingan.
'Tidak langgar perlembagaan'
"Pada masa itu kalau Tuanku nak lantik Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali (bekas Menteri Besar) pun Tuanku ada hak kerana BN adalah parti tunggal yang mendapat majoriti terbesar. Tuanku, atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang...(setelah) Tuanku dapat surat pengakuan mereka, maka Tuanku pilih Nizar sebagai menteri besar," jelas Najib.
Perdana Menteri berkata namun kini pembangkang sudah hilang majoriti DUN dan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry yang dicadangkan oleh BN, menggunakan kaedah yang sama dan berasaskan prinsip yang sah tanpa melanggar sistem demokrasi dan perlembagaan.
"Ia berlaku melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen. Ini mesti diterangkan dan sebab itu saya kata pilihanraya adalah satu opsyen dan budi bicara... bukan (hal yang) semestinya. Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan seperti yang dilakukannya dalam DUN.
"Siapa suruh gantung MB dan Exco BN. Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen. Kalau macam ni kita (BN) ada majoriti di Parlimen... kita boleh gantung 20 ahli Parlimen pembangkang kalau kita mahu. Dengan prinsip yang sama (dengan di DUN Perak), kita ada kuasa... budi bicara, kita buatlah sesuka hati kita," kata Najib.
"(Namun) Pembangkang pertikaikan pelantikan Dr Zambry dan bawa ke mahkamah. (Adakah) Kita bawa ke mahkamah bila dia gantung ADUN (BN). Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila ada majoriti, Speaker boleh gantung enam orang. Jika begitu kita pun boleh gantung enam orang," katanya.
Perdana menteri menegaskan BN tidak merampas kuasa di Perak kerana peralihan kerajaan dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang, yang jika diterima oleh semua pihak akan jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN sekarang boleh mentadbir negeri Perak kerana mendapat majoriti yang cukup
"Jangan lupa pada 16 September lalu siapa yang cuba nak curi 21 ahli Parlimen kita. Dia (pembangkang) lakukan perkara sama, tetapi apabila gagal dan kita pula berjaya di Perak, kita pula yang dikatakan tidak demokratik. Kita pula yang dituduh merampas kuasa.
'Percubaan rampas kuasa'
"Percubaan merampas kuasa yang pertama dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi tak berjaya... bukan kita (BN) yang memulakan," tegas Najib.
Mengenai tindakan melompat parti, Najib berkata hal itu dibenarkan oleh undang-undang dan berlaku di negara lain seperti bekas Perdana Menteri Britain Sir Winston Churchill yang beberapa kali bertukar parti dan terbaru seorang senator di Amerika Syarikat juga melompat parti.
Sementara itu, Najib berkata, beliau akan menetapkan tarikh pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat jika mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.
"Kalau setakat nak berbincang, kita boleh bincang, tidak ada masalah. Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetapkan tarikhnya dan masa yang sesuai," katanya.
Pemimpin Pakatan dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak agar pilihanraya negeri dapat diadakan.
"Saya tak menolak apa-apa. Kalau nak jumpa boleh, tetapi tidak semestinya bubar (DUN). Pembubaran itu satu opsyen dan tak bubar pun satu opsyen yang boleh kita lihat juga," tambah Najib, lapor Bernama.
Perdana Menteri berkata beliau juga perlu tahu siapa dan berapa orang pemimpin pembangkang yang ingin menghadiri pertemuan itu.
Menjawab soalan mengenai saranan supaya beliau menasihati Sultan Perak Sultan Azlah Shah agar membubarkan DUN Perak, Najib berkata keputusan itu adalah hak baginda.
Mengenai adanya pemimpin komponen BN sendiri yang setuju jika DUN Perak dibubarkan, Perdana Menteri berkata perbezaan pendapat seperti itu adalah satu perkara biasa.
"Tetapi hakikatnya ialah apa yang kita buat hendaklah tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang negara serta peraturan dewan," katanya
Posted by fuadhashim at 12:26 PM 2 comments
Friday, May 15, 2009
KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT DENGAN PILIHANRAYA ..?
KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT
DENGAN PILIHANRAYA ..?
pandangan Naruto....
Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.
Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya
apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya..
Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.
Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.
Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?
Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:
1)Sokongan Rakyat.!
UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas.Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.
Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.
Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja.Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.
2)Kekalahan demi kekalahan.!
Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.
Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.
Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat.
Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.
Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNOBN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi..!
3)Belum dapat modal PRU 12 lalu..!
Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.
Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.
Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.
Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri.Dengan wang itulah mereka membayar upah poster,upah pekerja,upah kempen dan memeberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.
Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.
Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO2 yang kita ketahui adalah Pro BN.
Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU12 lalu.
Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.
4)Takut berhadapan dengan rakyat..!
BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.
Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN
masing2 mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.
Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.
Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata.Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.
Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.
Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.
Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat.
Dan Program penerangannya juga mesih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.
Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja.Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat.Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.
5)Isu-isu yang lebih memihak PR..!
Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.
Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu.Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.
Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.
Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut.Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.
Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu.Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.
Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.
Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.
Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.
Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.
Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.
6)Faktor Najib..!
Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.
Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.
Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah.Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.
Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.
Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.
Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.
Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.
Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Malah jika dalam PRU12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh,PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.
Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU12 lagi.
Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.
Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.
Wassalam
From: Naruto Sensei.
Posted by fuadhashim at 12:10 PM 0 comments
PISAU DI TANGAN NAJIB, TIMUN DITANGAN ZAMBRY, TUNGGU APA LAGI?
Kenyataan Tun M yang selalunya dilihat bernas dan kadangkala boleh dikutip untuk digunakan, kali ini kenyataan beliau saya rasakan hanya layak dibakul sampahkan. Kelihatan jelas dari kenyataannya itu bahawa Tun M sememangnya tidak mahu rakyat memilih pemimpin mereka sendiri lebih-lebih lagi di kalangan PR. Saya beranggapan , pada beliau pilihanraya hanya boleh dilakukan jika Umno/Bn merasakan boleh mencapai kejayaan tetapi jika tidak, lakukan sesuatu asalkan pilihanraya jangan diadakan walaupun terpaksa menggunakan kaedah yang salah. Saya tidak tahu samada kenyataan Tun M itu merupakan satu sindiran buat Najib dan Umno/Bn. Atau mungkin beliau ingin melihat samada Najib masih mempunyai `tali dihidung'nya.
Saya pernah bersetuju dengan kenyataan Tun M yang sering menyatakan bahawa cara Umno/Bn merampas kuasa di Perak adalah terlalu gopoh. Terbukti kenyataan beliau ini benar, apabila krisis politik di Perak kini semakin parah. Dalam aspek itu memang pemikiran Tun M masih bernas dan lebih cerdik dari Najib. Tetapi, apabila beliau mengeluarkan komennya yang terbaru dengan menasihatkan agar jangan diadakan pilihanraya di Negeri Perak, atas alasan PR akan menang maka saya terfikir kembali apakah Tun M masih waras lagi. Lebih melucukan kita apabila Tun M mencadangkan sidang Dun diadakan untuk meluluskan usul undi tidak percaya kepada MB Perak sekarang. Siapakah yang berhak mengeluarkan notis persidangan itu nanti? Speaker yang `halal' atau speaker yang `haram'? Saya rasa tidak perlulah lagi menyusahkan berpuluh-puluh anggota Polis untuk bertugas dan bekerja keras di dalam dewan itu nanti sekiranya diadakan juga persidangan Dun sepertimana yang dicadangkan oleh Tun M.
Saya tertarik dengan cadangan seorang penganalisa politik yang menyarankan agar diadakan pungutan suara untuk mengetahui samada rakyat Perak mahukan pilihanraya negeri diadakan atau tidak bagi menghuraikan kekusutan sekarang. Tetapi saya kurang bersetuju dengan cadangan beliau untuk menyerahkan tugas melakukan pungutan suara tersebut kepada SPR. Kita sedia maklum bahawa apa itu SPR dan apa peranan SPR sejak kebelakangan ini. Adalah lebih meyakinkan jika pungutan suara itu dilakukan oleh badan-badan berkecuali yang dipersetujui bersama oleh parti-parti yang terlibat. Kerap kali undian yang disiarkan melalui TV atau pun akhbar tertentu dan juga di blog-blog, memperlihatkan majoriti yang mengundi memilih agar Dun dibubarkan dan pilihanraya dapat diadakan di Perak. Mungkin kaedah atau cara sedemikian tidak adil pada pandangan Umno/Bn, sehubungan itu carilah kaedah lain yang dirasakan lebih adil dan berkesan.
Najib berulangkali menegaskan Umno/Bn tidak takut untuk mengadakan pilihanraya di Perak, tetapi beliau menegaskan hanya DYMM Sultan Perak yang boleh menentukan perlu atau tidak Dun di bubarkan. Tidakkah Najib faham bahawa bagaimana DYMM Sultan Perak ingin membuat keputusan jika tiada seorang pun yang mengadap baginda untuk menasihatkan agar Dun di bubarkan? Jika YAB Ir Nizar yang mengadap sudah tentu Zambry serta Umno/Bn Perak membantah atas alasan YAB Ir Nizar tidak berhak untuk mencadangkan kepada Tuanku bagi membubarkan Dun. Kini, pisau ditangan Najib dan timun ditangan Zambry. Usahlah mempergunakan nama baik DYMM Sultan di dalam krisis yang Umno/Bn sendiri cipta. Jika betul-betul berani dan Umno masih sayangkan rakyat Perak, bingkaslah menuju ke istana sekarang juga.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com
Posted by fuadhashim at 11:21 AM 2 comments
Wednesday, May 13, 2009
Kerajaan Najib mahu naikkan harga minyak
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Satu Malaysia akan menanggung beban apabila alasan tidak munasabah didahulukan dan kenaikan harga minyak diutamakan.
Harga runcit minyak Malaysia (RON 97) | ||||
---|---|---|---|---|
Tarikh | Harga baru | Perubahan | Harga sejagat1 | Perubahan |
RM/liter | Peratus (%) | AS$/tong | Peratus (%) | |
Sebelum 1990 | 0.89 | - | 18.33 (1989) | - |
1990 | 1.10 | 25 | 24.49 | 33.6 |
1 Oktober 2000 | 1.20 | 9 | 24.68 | 0.8 |
20 Oktober 2001 | 1.30 | 8.3 | 25.90 | 4.9 |
1 Mei 2002 | 1.32 | 1.5 | 30.86 | 19.2 |
31 Oktober 2002 | 1.33 | 1 | 24.53 | 5.3 |
1 Mac 2003 | 1.35 | 1.5 | 31.54 | 28.6 |
1 Mei 2004 | 1.37 | 1.5 | 40.28 | 27.7 |
1 Oktober 2004 | 1.42 | 3.6 | 53.13 | 91.8 |
5 Mei 2005 | 1.52 | 7 | 56.26 | 5.9 |
31 Julai 2005 | 1.62 | 6.6 | 58.70 | 4.3 |
28 Februari 2006 | 1.92 | 18.5 | 61.64 | 5 |
5 Jun 2008 | 2.70 | 41 | 121.00 | 96.3 |
23 Ogos 20082 | 2.55 | (5.6) | 114.60 | (5.3) |
25 September 2008 | 2.45 | (3.9) | 109.20 | (4.7) |
15 Oktober 2008 | 2.30 | (6.1) | 84.07 | (23) |
1 November 2008 | 2.15 | (6.5) | 64.38 | (23) |
18 November 2008 | 2.00 | (7.0) | 55.37 | (13) |
3 Disember 2008 | 1.90 | (5.0) | 46.96 | (15) |
16 Disember 2008 | 1.80 | (5.3) | 46.28 | (1.4) |
Apa yang menghairankan, kenaikan hara minyak itu disebabkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan, langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.
''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.
''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di Putrajaya semalam.
Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.
Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.
Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.
Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.
Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.
''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.
''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.
''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.
Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.
''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.
''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya. - mks._
Saya yakin selepas ini para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan pula harga barangan yang sudah tentu akan menambahkan kesengsaraan rakyat.
Posted by fuadhashim at 3:46 PM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
SElaMat HaRi IbU
Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan seorang ibu tidak boleh ditandingi dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang ibu tidak pernah luntur. Setiap ibu mahukan anaknya berjaya dalam hidup.
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
AL-FATIHAH untuk ibuku.
Posted by fuadhashim at 1:08 PM 0 comments
Friday, May 8, 2009
1Malaysia diketawakan lagi oleh 1Dunia
Orang yang faham politik, tak kira dari Bandar atau Kampong, mereka kini bertambah benci kepada UMNO setelah apa yang belaku di Perak.
Institusi Raja Wajar Bersikap Profesional
Namun, dek kerana ego dan angkuh beliau tetap juga mengadakan sidang tersebut yang haru-biru dibuatnya hari ini. Semuanya angkara, sikap mereka yang mahu menunjukkan kuasa. Soalnya disini, apakah Zambry Kadir bersalah dalam hal ini?. Beliau mempertahankan haknya sebagai Menteri Besar Perak biarpun beliau sememangnya tahu yang status jawatanya itu masih lagi menjadi pertikaian. Anehnya, kenapa Sultan Perak tidak menggunakan budi bicara untuk menangguhkan sidang DUN ini. Sedangkan surat memohon perkenan menangguhkan sidang telah dihantar oleh Speaker DUN, V.Sivakumar sebelum itu. Tambah parah lagi, pabila Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pula berkenan untuk berangkat merasmikan sidang tersebut. Apakah kedua-dua mereka tidak menerima isyarat dari rakyat yang mahu sidang ditangguhkan. Malah rakyat Perak memberontak mahu supaya DUN itu sendiri dibubarkan dan mereka diberi hak untuk memilih kerajaan mana yang mereka percayai. Tetapi kenapa ini tidak berlaku?. Istana Perak seolah-olah membenarkan segala apa yang terjadi hari ini. Walhal, petanda awal akan berlaku kekecohan itu sudah diberika isyarat oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Justeru itu, sepatutnya Sultan Perak mengarahkan Zambry supaya menangguhkan dulu sidang DUN bagi memberi laluan kepada mahkamah membuat keputusan tentang kedudukan beliau sendiri. Namun, mengapakah semua ini "dipersetankan" dan akhirnya rakyat Perak disajikan dengan satu adengan yang cukup memualkan dan memalukan itu.
Tiada apa lagi yang boleh diharapkan, bila Sultan Perak sendiri tidak nampak apa yang berlaku didepan mata baginda mutakhir ini bakal menjurus ke arah kehancuran kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Hasilnya, kejadian yang berlaku hari ini jelas sekali menyebabkan rakyat terus hilang kepercayaan kepada kerajaan yang sedia ada. UMNO dan BN dilihat akan terus gagal untuk mentadbir dengan baik kerana kuasa yang ada pada mereka hanyalah "secebis rasa" yang diperolehi menerusi "rampasan kuasa". Apa yang mahu dibanggakan sangat dengan kerajaan negeri Perak yang ada sekarang. Mereka hanya mendapat majoriti menerusi tiga ADUN bebas yang melompat dari Pakatan Rakyat kepada BN. Apa akan terjadi jika ketiga-tiga mereka melompat semula kepada Pakatan Rakyat?. Pergolakan politik "angka 28-31" ini akan berputar-putar begitu sahaja hinggalah pilihanraya umum akan datang berlaku. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa. Tindakan mengheret Speaker DUN V.Sivakumar keluar dewan dan menggantikan dengan Speaker baru R.Ganesan tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda sebenarnya. Tiada jalan lain untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, melainkan pembubaran DUN dan pilihanraya kecil negeri diadakan. Tetapi mahukan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mendengar rintihan rakyat ini?.
Krisis Perak Najib Punya Angkara
Akhirkalam, setelah diamati betul-betul maka sahlah segala apa yang terjadi hari ini dan kemelut politik yang melanda Perak mutakhir ini semuanya adalah berpunca daripada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang baru naik takhta itu sebenarnya. Najiblah yang empunya angkara hingga menyebabkan rakyat Perak merana dan menanggung sengsara. Masih kita ingat tatkala Najib menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak menggantikan Tajol Rosli dulu. Tidak sampai seminggu dua ADUN Pakatan Rakyat hilang dan dipercayai berada dirumahnya dekat Pekan Pahang. Kemudian timbul kisah kedua-duanya iaitu Jamaluddin Razi dan Othman Jailu tiba-tiba keluar dari Pakatan Rakyat dan bertindak menyertai Barisan Nasional. Kecoh dibuatnya, bila senario itu berlaku, ditambah lagi dengan seorang ADUN dari DAP Hee Yit Foong yang turut menyatakan sokongan kepada BN dalam satu pertemuan di Pejabat Najib dekat Putrajaya. Semua ini adalah satu permainan dan "trick" yang bakal membawa kepada kemelut politik Perak sebenarnya. Hasilnya, BN mengaku telah mendapat sokongan majoriti sedangkan tiga ADUN terbabit sepatutnya sudah meletakkan jawatan secara automatik. Dibantu oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya tiada pilihanraya kecil diadakan baik di DUN terbabit hatta negeri Perak sendiri. Inilah yang menyebabkan kemelut berlarutan dan kian parah. Banyak perkara teknikal yang menjurus ke arah kehancuran ini, antaranya pemecatan Menteri Besar Perak yang dibuat secara tidak berlandaskan perlembagaan dan Undang-Undang tubuh Negeri Perak sendiri. Hingga kini ia terus dipertikaikan dan masih dibicarakan. Begitu juga banyak adengan-adengan lain yang cukup membuatkan rakyat Perak kecewa dengan kemelut yang melanda ini sebenarnya.
Apakah kita yakin dan percaya, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat itu tidak mendapat habuan daripada Najib?. Semua ini adalah satu rentetan perjalanan yangg cukup mendukacitakan dan tidak wajar berlaku. Kerajaan Pakatan Rakyat dirampas secara paksa tanpa mengikut perlembagaan. Sedangkan pembubaran DUN negeri Perak itu juga telah dihalang dan dipersendakan oleh pihak tertentu. Kuasa rakyat yang harus dikembalikan itu akhirnya menjadi satu "bahan jenaka" untuk dikenang oleh generasi akan datang. Akhirnya inilah yang berlaku hari ini. Najib selesa kerana kini sudah bergelar Perdana Menteri dan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kepada Dr.Zambry Kadir. Namun, apakah segala yang berlaku ini tiada campurtangan Najib?. Kehadiran pasukan polis diluar dan dalam dewan untuk memantau perjalanan sidang DUN ini jelas sekali diatur oleh Kementerian Dalam Negeri. Siapakah menteri yang bertanggungjawan? Bukankah Hishamuddin Hussein iaitu sepupu Najib sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan dengan laporan ada 300 orang polis berpakaian biasa yang dihantar masuk ke dalam dewan hingga menyebabkan tragedi hitam berlaku hari ini. Justeru itulah, wajar kita simpulkan bahawa apa yang berlaku di Perak ini adalah hasil percaturan "Najib Razak".
Posted by fuadhashim at 4:48 PM 0 comments
Thursday, May 7, 2009
SELEPAS LANTIK MB HARAM KINI LANTIK SPEAKER HARAM PULA
Umno@BN makin tak faham undang-undang, memang sengaja mencabuli prinsip undang-undang yang sebelum ini digubal oleh mereka selepas era penjajah. Sebentar tadi mereka melantik bekas Adun Sungkai G. Ganesan sebagai 'speaker Dun".
Lebih meloyakan mereka melantik speaker tersebut dengan dikelililingi oleh adun Umn@BN sahaja dalam sidang Dun Perak. Setelah gagal mengadakan sidang DUN mereka cuba melantik speaker di kalangan mereka sendiri tanpa ada sebarang usul pelantikan dan pelucutan jawatan speaker dilakukan. Mana punyai kitab undang-undang yang mereka pakai?Benarlah kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Umno@BN gopoh untuk berkuasa di Perak.Kegopohan mereka menyerlahkan kebodohan mereka sendiri yang bertindak membelakangi undang-undang.
Hari ini Perak mencipta satu lagi sejarah dan rekod dunia mempunyai dua menteri Besar dan dua speaker. Keadaan huru hara ini memang sengaja dicipta oleh Umno@BN. BUBARKAN DUN PERAK !
Posted by fuadhashim at 12:30 PM 0 comments
Friday, May 1, 2009
Selamat Hari Pekerja-untuk Siapa?
Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja.
Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka.
Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.
Posted by fuadhashim at 3:07 PM 0 comments