Thursday, February 26, 2009

Tahniah!!!. Inilah Hasilnya Menyokong UMNO/BN


Dalam kegawatan ekonomi yang tidak menentu ini dan pembuangan kerja disektor pembuatan/kilang tidak bolehkah kerajaan memikirkan bagaimana cara mengurangkan perbelanjaan isi rumah dengan ketidaktentuan pendapatan serta harga barang keperluan yang tidak pernah turun tiba tiba kadar tol pulak naik.Inilah kerajaan yang prihatin tentang masalah rakyat dan tahniah untuk parti yang memerintah sekarang ni...sama-sama kita ajar mereka dalam PRU yang ke 13 dan kita sampaikan mesej kita ini dalam PRK 2 Bukit dan 1 Batang yang terdekat ini.
Mari kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh barisan nasional dan umno, yang telah banyak berjasa kepada rakyat dengan membebankan rakyat semahu-mahunya.

Bersyukurlah kerana pada bulan march ini nanti kadar tol akan naik, dan apa lagi yang hendak dinaikkan lagi silalah naikkan secepat mungkin, kerana rakyat Malaysia semuanya kaya raya setaraf Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri sekalian yang makan dan pakai ada sponsor, tak perlu keluar duit gaji pun, setiap hujung bulan tokeh kedai gergasi akan hantar stok barangan dapur kerumah.

Seronoknya… Ramai yang hilang pekerjaan akibat kegawatan ekonomi dan segala perbelanjaan meningkat dan kewangan makin terhimpit…. Pastinya pada PRU-13 nanti, rakyat akan setia menyokong barisan basional dan umno tanpa berbelah bagi. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini
Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online