Sunday, February 1, 2009

Harga gula:Punca daripada Menteri Rambut Putih @ Menteri 10 sen

Suatu ketika dulu saya cukup admirer dengan menteri ini. Tetapi hari demi hari tanggapan saya terhadap beliau kini berubah. Mulanya berdebat dengan YB Salahuddin pasal harga minyak yang dinaikkan mendadak. Hujah-hujah yang diberikan oleh YB Menteri itu sampai sekarang saya tidak boleh terima. Akhirnya semua orang sudah maklum mengenai perihal minyak sekarang tetapi YB Menteri ini masih tidak yakin dengan apapun keputusan yang dibuatnya. Misalnya suatu ketika dia kata harga petrol akan ikut harga pasaran , tetapi apabila harga minyak merudum dia tidak mematuhi keputusannya sendiri. Kini beliau memberitahu harga minyak akan diturunkan hanya apabila melepasi bawah US40?..Lantak hanglah!!!!

Terkini dia mengumumkan bahawa harga gula akan naik selepas kontrak bekalan tamat. Saya nak tanya apakah mesti harga suatu barangan kontrak akan naik apabila kontrak tamat? Tidak mungkinkah ia akan turun? Hukum apakah yang digunakan untuk menjustifikasikan hal demikian? Yang menghairankan semenjak dia mengumumkan berita itu bekalan gula di pasaran tiada masalah walaupun musim perayaan besar Tahun Baru Cina. Saya percaya keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan gula. Peniaga yang tamak sudah pasti akan mengambil kesempatan menyorok gula dan kesannya akan dirasai oleh pengguna lain. Maka bermulalah perang harga makanan dan minuman. Begitulah geliganya Menteri Rambut Putih mengepalai Kementeriannya. Kalau ya pun janganlah dok umum lagi...tunggulah bila sampai masanya. Tak lah jadi kalut semua orang.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online