Thursday, February 26, 2009

Tahniah!!!. Inilah Hasilnya Menyokong UMNO/BN


Dalam kegawatan ekonomi yang tidak menentu ini dan pembuangan kerja disektor pembuatan/kilang tidak bolehkah kerajaan memikirkan bagaimana cara mengurangkan perbelanjaan isi rumah dengan ketidaktentuan pendapatan serta harga barang keperluan yang tidak pernah turun tiba tiba kadar tol pulak naik.Inilah kerajaan yang prihatin tentang masalah rakyat dan tahniah untuk parti yang memerintah sekarang ni...sama-sama kita ajar mereka dalam PRU yang ke 13 dan kita sampaikan mesej kita ini dalam PRK 2 Bukit dan 1 Batang yang terdekat ini.
Mari kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh barisan nasional dan umno, yang telah banyak berjasa kepada rakyat dengan membebankan rakyat semahu-mahunya.

Bersyukurlah kerana pada bulan march ini nanti kadar tol akan naik, dan apa lagi yang hendak dinaikkan lagi silalah naikkan secepat mungkin, kerana rakyat Malaysia semuanya kaya raya setaraf Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri sekalian yang makan dan pakai ada sponsor, tak perlu keluar duit gaji pun, setiap hujung bulan tokeh kedai gergasi akan hantar stok barangan dapur kerumah.

Seronoknya… Ramai yang hilang pekerjaan akibat kegawatan ekonomi dan segala perbelanjaan meningkat dan kewangan makin terhimpit…. Pastinya pada PRU-13 nanti, rakyat akan setia menyokong barisan basional dan umno tanpa berbelah bagi. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini
Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.

Friday, February 20, 2009

BN Vs PR :Menang jadi abu kalah jadi arang , Rakyat rentung !

Seramai 80,000 pekerja di negara ini menghadapi pemberhentian kerja sementara sehingga hari ini, suatu peningkatan yang mendadak berbanding 45,000 yang dicatat pada akhir bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000 kepada 19,000 untuk tempoh sama.

Beliau berkata, jumlah yang tinggi bagi pemberhentian sementara itu adalah kerana ia terdiri daripada pelbagai kategori, lapor Bernama.

Rakyat semakin tertekan disaat harga barang keperluan masih tinggi. Bencana kehilangan pekerjaan menambahkan derita.

Media massa lebih minat untuk membuat liputan kisah bogel , kisah derhaka , kisah speaker perak . Liputan berita begini yang menjadi pilihan mereka.

Rakyat sudah dikaburkan daripada kisah yang sepatutnya mereka tahu.Lebih utama media massa wajib memberi peringatan secara konsisten tentang ancaman krisis ekonomi yang melibatkan periuk nasi secara langsung.


Rakyat sewajarnya di ingat tentang tabungan , berjimat, pelaburan , perbelanjaan perubatan dan pelbagai cara menambah serta menstabilkan ekonomi keluarga.


Kini Pemuda Umno sibuk menghimpunkan pemuda kononnya untuk mempertahankan Intitusi Raja Melayu hingga ketitisan darah yang terakhir .Aduhai ! hebatnya siap dengan tayangan visual tentang kehebatan kesultanan Perak .


Kita mahu ingatkan bahawa yang memekik ' daulat tuanku ' didalam PWTC itu akan ramai dibuang kerja jika ekonomi terus meruncing .

Buat penyokong PR juga ,kita saling mengingati jangan terlalu tumpu kepada politik yang semakin hilang arah .

Kita berharap disamping berpolitik para pemimpin kedua - dua pihak wajib memikirkan secara serius dan bersama agar rakyat terpimpin kearah realiti semasa .

Umno janganlah terlalu bongkak jika diajak berbincang .ketika ini persiapan negara untuk menghadapi kemelesetan masih banyak yang dipertikaikan .


PR dan BN wajib duduk semeja demi kesejahteraan rakyat .Janganlah berpolitik sehingga rakyat yang hancur lebur .


www.telokbakong.com

Harga Minyak dunia USD 36, Kita takkan RM 1.80 lagii!!

" Aku kadang-kdang heran la dgn BeeN nie.. tau la hang memang takut nak adakan pilihanraya lagi.. tapi ekonomi kena la jaga...

sekarang minyak dah area bawah USD 36, aikk... takkan kita asyik duk paras 1.80 je... henjut la lagi...


ini dah terbalik.. rakyat pulak subsidi talian hayat Bee N. apa cerita.. so mane dia tu ape gerakan minyak turun la.. lupe namanya..
Rakyat dah tak tahan dgn minyak dan barangan yg tinggi melambung..
Nk jaga ekonomi negara jgn smpai rakyat merana..
Yg masih berkerja pun ramai yg susah, yg menganggur??macam aku ni lagi le siksa?
so PR pun janganle sejuk je.. hangat la balik .... so sesape bleh panjang kan isu nie...

Monday, February 16, 2009

Kegawatan Ekononomi Melanda Jua

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja.Penulis adalah salah seorang darinya.Hilang pekerjaan sudah lebih satu minggu bila syaraikat tempat bekerja ingin mengurangkan bilangan pekerja dalam 15% bagi mengurangkan kos operasi yang head quarternya yang berpengkalan di Amerika.

Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda:

“Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia”.

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki.

“Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah . Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith:

“Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)”

manakala malaikat yang satu lagi berdoa:

“Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia”;

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Thursday, February 12, 2009

Krisis perlembagaan di Perak : Kerajaan persekutuan buat pekak badak.

Assalamualaikum,,..
 Pagi tadi di radio IKIM FM, sewaktu menjawab soalan salah seorang pemanggil, Prof Aziz Bari menyatakan dengan jelas bahawa tiada "PERUNTUKAN UNDANG UNDANG" yang dapat menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak.Beliau turut menjelaskan bahawa tiada kuasa yang diberikan kepada sultan untuk memecat MB sekalipun sultan mempunyai kuasa untuk memecat Exco dengan NASIHAT MENTERI BESAR.Prof Aziz walaubagaimanapun menghuraikan bahawa kuasa melantik dan memecat Exco terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar tetapi sultan mempunyai kuasa memecat sekiranya dinasihati oleh Menteri Besar.

Dengan kata kata lain sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja.Ini juga bermakna sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang orang selain menteri besar dalam menjalankan kuasanya.

Persoalan ini membawa kepada satu kefahaman yang terang dan jelas kepada semua rakyat ia itu pemecatan MB Perak oleh sultan Perak tidak sah dan perlantikan MB baru beserta barisan Exconya menjadi haram dari sudut perundangan dan perlembagaan negara.Tidak ada keraguan mengenai perkara ini dan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berpaksikan perlembagaan, seharusnya semua pihak terutama kerajaan persekutuan yang menguruskan negara mematuhi keperluan perlembagaan ini dalam menentukan apa jua perkara yang berkaitan urustadbir negara atau negeri.Begitu juga sultan, seharusnya melihat kedudukan baginda dalam perlembagaan negeri dan negara sebelum mengeluarkan apa apa titah.Sultan seharusnya menerima hakikat bahawa kuasa mutlak sudah lama berlalu, sebaliknya harus memahami kedudukan baginda dalam sistem raja berpelembagaan.

Hal ini menjurus kepada kefahaman bahawa seseorang yang menolak titah sultan yang tidak mengikut lunas lunas undang undang dan perlembagaan tidak harus dianggap penderhaka seperti laksamana Hang Jebat atau Laksamana Bentan.Raja adalah kebal dari undang undang negara tetapi tidak kebal kepada perlembagaan negara selain tidak juga kebal dalam hal hal peribadi kerana boleh dibicarakan dalam mahkamah Khas.Bermakna seorang sultan yang bertindak melampaui batas batas perlembagaan tidak seharusnya ditaati lagi atau dengan kata kata lain, perlembagaan negara memberi laluan kepada setiap rakyat untuk mengengkari titah yang tidak menurut perlembagaan dan ianya tidak dianggap derhaka dari penafsiran perlembagaan.

Perkara inilah yang sedang dipertahankan oleh Ir.Nizar dan beliau mendapat sokongan dari seluruh kepimpinan PR serta sebahagian besar rakyat jelata.Kini Ir Nizar menuntut haknya yang telah dirampas dengan kejam oleh sultan dan barisan kepimpinan tertinggi negara.Perkara inilah yang seharusnya disedari terutama oleh pengamal undang undang yang diberi mandat dan kuasa seperti peguam negara dan menteri yang bertanggungjawab menjaga undang undang.

Agak pelik bilamana peguam negara membisu dan menteri terbabit menghilangkan diri dalam krisis Perak ini. Merekalah sepatutnya menjadi juara dalam mempertahankan kebenaran dan menegakkan keadilan di bumi Perak di mana mandat demokrasi rakyat telah dirampas secara haram oleh UMNO/BN.

Prof Aziz Bari turut menyarankan kematangan orang orang politik dalam menyelesaikan krisis yang tidak boleh ditangani oleh mana mana peruntukan undang undang ini.Tindakan mengunci,menghalau dan mengherdik menurut Prof Aziz tidak bijak dan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Dan kalau ditambah lagi segala kekasaran yang berlaku di kuala Kangsar tempoh hari boleh dielak seandainya rampasan kuasa ini dilakukan mengikut lunas lunas perlembagaan.

Sepatutnya mengikut Prof Aziz, kemelut yang berpunca dari lompat itu diselesaikan dengan cara menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan mandat baru.Pun begitu Prof Aziz ada menyebut bahawa tindakan mengambilalih secara haram sebegini tidak akan terlepas dari pengadilan rakyat.Mungkin kerajaan yang dibentuk secara haram boleh bertahan selama empat tahun dan selepas itu mereka terpaksa berdepan dengan rakyat.Oleh itu adalah bijak dan matang bagi semua pemimpin politik mengambil jalan mengutamakan rakyat dalam memastikan mandat memerintah.

Perkara ini sepatutnya diambil kira oleh pendokong kerajaan persekutan.PM,TPM dan seluruh jentera kerajaan persekutuan yang menjadi payung kepada seluruh negeri seharusnya menyedari dan mengutamakan mandat rakyat dalam apa jua penyelesaian kepada sebarang krisis.

Inilah sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang baik dan prihatin,Namun kerajaan yang baik itu tidak ada di negara kita.Sebaliknya kerajaan inilah yang memulakan semua krisis ini dan kerajaan inilah yang menggunakan sultan sebagai alat untuk mendapatkan kuasa secara haram dan tidak dibenarkan oleh perlembagaan.Kerajaan ini jugalah yang menggunakan istilah derhaka kepada orang orang yang menuntut hak yang diberi oleh perlembagaan, malah ada menteri kerajaan yang menggugut menggunakan ISA terhadap mereka yang memperjuangkan perlembagaan.Apa jenis kerajaan seperti ini?

Apa yang berlaku seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi oleh daun kelapa dan sesungguhnya cukup terang tanpa bersuluh lagi namum masih ada penggerak kerajaan yang mahu mempertahankan tidakan kejam dan haram ini dengan menggunakan alasan mematuhi titah sultan sedangkan mereka semua tahu titah sultan itu dimanupulasikan serta tidak mengikuti kehendak perlembagaan.

Krisis perlembagaan ini mungkin akan berlarutan sehingga satu saat di mana rakyat merasakan kehadiran sultan sudah tidak diperlukan lagi.Sehingga kini seperti kata Prof Aziz Bari,Sultan masih diberi hak dan kuasa penuh untuk menentukan pembubaran dewan atau Parlimen tetapi sedikitpun tidak ada kuasa untuk memecat Menteri Besar yang telah dilantik secara sah dari mandat majoriti rakyat.

Untuk itu, polis dan kerahan keselamatan di pejabat pejabat kerajaan dan diseluruh negeri perak adalah satu pengkianatan terhadap rakyat Perak oleh kerajaan persekutuan tetapi sehingga kini kerajaan persekutuan masih bersikap pekak badak terhadap semua komen komen dan analisa pakar mengenai krisis yang berlaku.Ini belum lagi termasuk isu kuasa speaker dewan yang ditolak oleh SPR yang langsung tidak diberi kuasa untuk memutuskan samada speaker membuat keputusan yang betul atau salah.Juga belum termasuk isu saman mahkamah terhadap ADUN yang melompat itu.

Kesimpulannya, undang undang perlantikan hakim yang baru diluluskan parlimen langsung tidak berfungsi seperti mana juga SPRM yang tidak langsung memberi kesan dan menteri yang membentangkan kedua dua rang undang undang ini nampaknya sudah menghilangkan diri.Di manakah telor menteri menteri dan para MP BN sekarang ini?"

**
credit for ning

Saturday, February 7, 2009

Fakta Untuk Rakyat Perak

Ekoran pelantikan MB
Bantahan dan suara rakyat zahirkan diwah



YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak. Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi.

Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak. Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara: Pembubaran DUN. Undi tidak percaya dalam sidang DUN. Meletak jawatan. Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut. Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar. Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya. Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. "UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan." Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO. PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.
FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA. BN – 28 KERUSI PR – 28 KERUSI BEBAS – 3 KERUSI ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT. DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK. BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR. NIZAR INGKAR TITAH SULTAN NIZAR DERHAKA NIZAR SAMAN SULTAN NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda. - Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH. - RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal. -jeritan minda politik malaysia

Friday, February 6, 2009

TRAGEDI HITAM RAMPASAN KUASA DI PERAK


Kronologi situasi genting negeri Perak:

1. 25 Januari 2009 - Adun Bota (BN) masuk PKR
2. 3 Februari 2009 - Tiga Adun iaitu Changkat Jering,Behrang,Jelapang telah keluar PKR
3. 4 Februari 2009 - Adun Bota kembali ke BN


‘Rampasan kuasa oleh UMNO/Barisan Nasional di Perak Darul Ridzuan merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi di Malaysia. Ia umpama merobek kuasa rakyat dengan melalui taktik kuasa wang, ancaman dan ugutan. Apa yang berlaku tidak ubah sepertimana tindakan Kerajaan Zionist Israel yang tidak menghormati pilihan rakyat Palestin apabila memilih HAMAS sebagai kuasa pentadbir …’

‘Dalam PRU-12 DUN Perak, Pakatan Rakyat mendapat 442,660 undi dan BN 399,565 undi (berdasarkan undi polular). Ini menunjukkan 43,095 lebih undi daripada BN. Menafikan pilihanraya baru adalah satu ketidakadilan’….

Situasi politik di Perak semakin meruncing dan rumit. Kejutan politik yang berlaku kini akan menjadi lipatan sejarah hitam tragedi demokrasi kuasa rakyat di Perak Darul Ridzuan. Detik itu juga akan dikenang sebagai hari ‘Kejatuhan Kerajaan Rakyat Perak ‘ ataupun ‘The Fall Of Perak People Kingdom’ kerana saat itu kuasa wang menjadi raja di sana. Taktik kotor dan jijik itu seumpama tindakan Zionist Israel yang tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas yang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk mentadbir wilayah tersebut.

Tindakan tidak bermaruah ini iaitu penculikan politik, ancam dan ugut juga sebenarnya telah merampas kuasa pilihan rakyat yang telah membuat pilihan sewaktu 08hb Mac 2008. Kuasa yang sah pilihan rakyat ini juga sewajarnya dipelihara dan dihormati oleh semua pihak khususnya kepada ahli-ahli DUN yang telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab.


Sebenarnya rampasan kuasa rakyat ini hanya memberi persepsi dan gambaran jelas keadaan UMNO/BN sudah berada di penghujung kuasa dan pengaruh atau ‘The End Of BN Era’. Jika benar UMNO/BN masih mendapat sokongan rakyat, kepimpinan mereka tidak perlu gentar untuk berhadapan dalam PRU-13 atau pembubaran DUN. Rampasan kuasa ini juga menjadi bukti UMNO/BN sanggup ‘by hook or by crook’ melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa tanpa mempedulikan kuasa pilihan rakyat Perak yang telah menobatkan Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Pada asasnya kini tindakan UMNO/BN merampas kuasa melalui tindakannya hanya akan menyebabkan kerajaan yang dibina bertunjangkan asas-asas yang cukup lemah. Dijangkakan usia kerajaan rampasan kuasa ini hanya akan berkuasa dalam tempoh yang pendek dan penuh pergolakkan. Strategi yang telah dilaksanakan juga akan menjadi asas terbaik untuk Pakatan Rakyat membuka pintu Putrajaya yang dijangka berlaku pada sidang Parlimen bermula 16hb Februari 2009.

Mengikut pemerhatian kita pertukaran kuasa melalui tindakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya yang mengikut kehendak lunas-lunas Perlembagaan Malaysia diyakini bakal berlaku antara minggu keempat dan kelima iaitu antara 09hb Mac 2009 sehingga 19hb Mac 2009 ini. Tarikh tersebut amat sesuai untuk pertukaran kuasa kerana saat itu juga UMNO sedang bergelut di saat akhirnya jawatan-jawatan tertinggi yang akan menjadi faktor berpecahnya perpaduan UMNO secara total.

Tempoh 11 bulan Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun satu waktu yang begitu singkat boleh diumpamakan sebagaimana pemerintahan Khalifah Agung Umar Abdul Aziz. Walaupun tempoh pemerintahan Umar Abdul Aziz hanya 2 setengah tahun, era tersebut dikenang sebagai kemuncak tempoh paling gemilang tamadun Islam. Usia pemerintahan yang singkat bukan menjadi faktor penghalang untuk melaksanakan usaha perubahan dan reformatif. 11 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan terus dikenang oleh rakyat Perak generasi akan datang sebagai era tempoh paling gemilang dalam erti kuasa rakyat kuasa keramat.

Rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini boleh diibaratkan sepertimana taktik yang digunakan oleh pihak Zionist Israel dalam menghadapi tentangan daripada pimpinan Hamas di Palestin. Kita melihat gaya dan taktik ala-Mossad ini mula menyerap dalam taktik UMNO/BN di Malaysia. Ketika seluruh dunia mengutuk tindakan kejam serangan Zionist Israel kepada rakyat Palestin. Rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang meniru-niru gaya dan taktik pihak yang kejam dan zalim itu.

Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan perlu dipertahankan. Kita melihat tokoh-tokoh pahlawan negeri Perak selama ini yang menjadi pejuang pembebasan menentang penjajah dahulu kini semangatnya kembali memugar. Ketika saat penjajah datang dahulu tokoh-tokoh pejuang seperti Dato Maharajalela, Tok Sagor dan para ulama menunjukkan semangat mempertahankan tanahair dan agama daripada dirobek oleh para penjajah. Tetapi hari ini walaupun penjajah sudah lama diusir tetapi pemikiran dan tindakan UMNO/BN tidak ubah seperti penjajah yang datang ke Perak untuk merampas hak kuasa rakyat melalui rampasan kuasa.Kini pejuang-pejuang yang mempertahankan kuasa rakyat akan menjadi benteng kepada kedaulatan Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, February 4, 2009

UJIAN BUATMU TUANKU SULTAN DI 25TAHUN PEMERINTAHAN : HARAPAN & PERTIMBANGAN

Isu Perak : 4 pilihan Sultan Perak untuk rakyat Perak ?

..kerajaan Perak masih lagi kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun BN mendakwa ada lebih Adun tetapi selagi Tuanku tidak bubar DUN dan tiada persidangan utk mengemukakan usul x percaya, maka kerajaan negeri masih dibawah Pakatan Rakyat. Persidangan DUN akan bermula pada bulan 4 akan datang, masih ada masa untuk memperbaiki keadaan...Menukar kerajaan tidak semudah menukar isteri !!
Kini ada 4 Pilihan Di Tangan Sultan Perak. Situasi di Perak kini dalam keadaan yang tidak menentu, dengan PR dan BN masing-masing berusaha untuk meminta perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah. PR memohon perkenan daripada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN memohon perkenan daripada Sultan untuk membentuk kerajaan Baru.

Maka di tangan bagindalah sekarang untuk menentukan siapakah yang akan menerajui Negeri Perak untuk hari seterusnya. Keputusan Sultan Perak ini sangat besar maknanya berkebetulan baginda baru menyambut ulang tahun Jubli Perak pemerintahan baginda.

Situasi yang ada seperti inilah yang menjadikan baginda benar-benar berperanan sebagai pemerintah berdaulat dan tidak berpihak, yang akan dikenang dalam sejarah pemerintahan beraja di Malaysia.Baginda Sultan Perak mempunyai pilihan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagai yang dituntut oleh Menteri Besar sekarang.

Kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN itu terletak di tangan Baginda. Sekiranya baginda memperkenankan permohonan ini, baginda akan dilihat sebagai bertindak bijak untuk memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih siapakan yang bakal menerajui negeri Perak.

Namun begitu tindakan seperti ini bukanlah penyelesaian terbaik, kerana pilihan ini akan menyebabkan usaha untuk melompat akan terus berlaku di masa akan datang. Mana-mana kerajaan yang mendapat kepercayaan rakyat secara majoriti mudah akan sentiasa terdedah kepada ketidakstabilan dan rampasan kuasa secara tipuhelah jijik dan mual.

Pilihan yang lain, Sultan Perak boleh memperkenankan pembentukan kerajaan baru oleh BN. Sekiranya baginda memperkenankan pembentukan kerajaan baru ini, maka baginda akan dilihat berpihak malah akan dianggap dipergunakan oleh BN untuk menyempurnakan tipu helah yang jijik dan memualkan tersebut.

Baginda Sultan Perak yang terkenal dengan ketegasan dan kebijaksanaan tidak mungkin akan dipengaruhi dengan budaya politik tidak bermaruah yang diamalkan oleh BN. Sekiranya Baginda mengambil tindakan seperti ini, sejarah hitam akan terpalit kepada pemerintahan baginda, kerana bertindak untuk menyokong mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat Baginda.

Secara umum, rakyat baginda telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah dalam PRU yang lalu.Sebagai Sultan yang bijaksana, Baginda boleh menjadi pendamai antara kedua pihak dengan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan campuran antara PR dan BN.

Pilihan ini lebih praktikal berbanding dua pilihan sebelum ini. Dalam konteks ini baginda sekali lagi memainkan peranan yang berkesan sebagai pemerintah sebenar kepada negeri Perak dengan menggunakan kuasa budi bicara mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil melalui pembentukan kerajaan campuran tersebut.

Sekiranya kerajaan campuran itu berjaya dibentuk, kerajaan itu tidak mungkin tergugat lagi dengan permainan kotor politik. Sebaliknya masing-masing akan berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik bagi mendapat kepercayaan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.Pilihan yang terakhir yang ada di tangan Baginda Sultan ialah mengekalkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan minoriti.

Baginda mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian kerana Baginda boleh menggunakan budibicara baginda menyerahkan mandat kepada mana-mana pihak yang dilihat mendapat sokongan majoriti. Sokongan majoriti itu boleh jadi datang daripada ADUN dan boleh jadi datang daripada rakyat. Majoriti yang datang daripada rakyat diterjemahkan dalam PRU yang lalu, manakala majoriti yang datang daripada ADUN sentiasa boleh berubah berdasarkan lompat-melompat.

Oleh itu Baginda boleh menggunakan budibicara itu untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Sekiranya ini pilihan Sultan Perak, Baginda akan dilihat sebagai Sultan yang tegas. Malah lebih penting lagi akan menamatkan sejarah lompat-melompat parti yang telah berlaku sejak selepas merdeka.Latarbelakang Baginda sebagai Bekas Ketua Hakim Negara menjadi pentunjuk bahawa tidak mungkin pilihan kedua diambil. Baginda Sultan Azlan telah teruji untuk memutuskan keputusan yang adil semasa menjadi Ketua Hakim sebelum ini.

Baginda juga telah melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu. Kali ini institusi istana pula menjadi perhatian, sedangkan Bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka Baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang.

PETIKAN : http://politikbanjar.blogspot.com & adukataruna.blogspot.com/

Sunday, February 1, 2009

Ugut,fitnah dan sekarang...... menculik

Ugut mengugut, bunuh berbunuh dan letup meletup, bakal menjadi satu budaya baru di dalam politik negara. Selamat datang !!! Kalau itulah budaya yang di sokong rakyat .... silakan.

Malam tadi kita kecoh dengan kes kehilangan 2 ADUN yang sudah lesap tanpa berita selama 4 hari. Keluarga mereka sendiri pun tidak tahu kemana pergi nya suami, ayah, adun, yb mereka.

Yang menarik ... siapa yang sedang berusaha untuk mencari mangsa culik ini? Kita boleh agak siapa yang terlibat namun alangkan baiknya kalau Kerajaan negeri Perak membuat laporan polis kerana kehilangan ADUN mereka. Serius mana kah pihak berkuasa untuk mencari mangsa mangsa culik tersebut? Buat dulu, baru tahu.

Itu kesah ADUN, dan dulu cerita kehilangan Altantuya yang di culik dan di letupkan di dalam hutan pinggiran di Bukit Cerakah, Shah Alam. Selepas tulang temulang di temui, kita di beritahu terdapat juga 2 atau 3 lagi tulang dari mangsa yang berlainan turut di temui. Tapi di sebabkan perbicaraan itu adalah tentang Altantuya, maka tiada siapa yang berminat untuk mengetahui bangkai siapakah yang lain itu. Mungkin bangkai baru atau lama, kita tak tahu. Persoalannya .. adakah budaya itu sudah berlaku sejak lama atau hanya baru baru ini.

Tiada lama kemudian Penyiasat persendirian yang membuat akuan bersumpah tentang kaitan seorang VIP yang mempunyai hubungan dengan pemilik tulang yang hancur berkecai di Bukit Cerakah turut hilang. Bukan dia seorang, tapi seluruh keluarga. Sehingga sekarang masih tidak ditemui malah khabar beritanya pun sudah tidak kedengaran. Ya MR. BALA.

Ada yang kata, dia berada di Thailand dan ada pula yang kita mereka berada di Bukit Tinggi, Pahang. Tapi di mana dia sekarang? Juga tiada usaha bersungguh sungguh untuk mengembalikan mangsa culik itu serta dedahkan identiti penculik berkenaan.

Hari ini, 2 ADUN di culik lagi ......

Budaya politik culik menculik sudah bermula ...
Berdoa agar anak, bini, suami, pakcik dan saudara-mara kalian tidak diculik di hari hari mendatang.

Kita sudah semakin hampir dengan budaya politik culik menculik. Sedikit masa lagi, dimana pun anda berada, tiada di jaminan untuk kekal selamat. Anda mungkin boleh diculik ketika berada di pejabat, rumah, di tepi jalan, di parkir kereta, di pusat membeli belah, di Dewan Parlimen, di Surau, di Masjid, di Lapangan terbang dan di mana mana.

Hanya ada satu nama dikaitkan dengan 3 insiden culik di atas.
Maka Awas !!! .... anda mungkin akan merasai fenomena kehidupan seperti yang berlaku di Mexico atau mana mana negara Amerika Latin.

Credit from blog Muslimeem United

Harga gula:Punca daripada Menteri Rambut Putih @ Menteri 10 sen

Suatu ketika dulu saya cukup admirer dengan menteri ini. Tetapi hari demi hari tanggapan saya terhadap beliau kini berubah. Mulanya berdebat dengan YB Salahuddin pasal harga minyak yang dinaikkan mendadak. Hujah-hujah yang diberikan oleh YB Menteri itu sampai sekarang saya tidak boleh terima. Akhirnya semua orang sudah maklum mengenai perihal minyak sekarang tetapi YB Menteri ini masih tidak yakin dengan apapun keputusan yang dibuatnya. Misalnya suatu ketika dia kata harga petrol akan ikut harga pasaran , tetapi apabila harga minyak merudum dia tidak mematuhi keputusannya sendiri. Kini beliau memberitahu harga minyak akan diturunkan hanya apabila melepasi bawah US40?..Lantak hanglah!!!!

Terkini dia mengumumkan bahawa harga gula akan naik selepas kontrak bekalan tamat. Saya nak tanya apakah mesti harga suatu barangan kontrak akan naik apabila kontrak tamat? Tidak mungkinkah ia akan turun? Hukum apakah yang digunakan untuk menjustifikasikan hal demikian? Yang menghairankan semenjak dia mengumumkan berita itu bekalan gula di pasaran tiada masalah walaupun musim perayaan besar Tahun Baru Cina. Saya percaya keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan gula. Peniaga yang tamak sudah pasti akan mengambil kesempatan menyorok gula dan kesannya akan dirasai oleh pengguna lain. Maka bermulalah perang harga makanan dan minuman. Begitulah geliganya Menteri Rambut Putih mengepalai Kementeriannya. Kalau ya pun janganlah dok umum lagi...tunggulah bila sampai masanya. Tak lah jadi kalut semua orang.

Kerana Gaza, Erdogan berang di Davos - Peres terdiam.

Ahad, 01/02/2009 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza.

Dalam sidang mengenai Gaza di forum Davos petang Khamis lalu, Peres bercakap selama 25 minit mengatakan HAMAS lah sebenarnya yang mendorong Israel ke kancah peperangan, kerana ia melancarkan roketnya ke kawasan penempatan Israel. Ketika bercakap, Peres menggunakan nada yang keras dan memandang tepat ke arah Erdogan dari masa ke semasa.

Tiba gilirannya, Erdogan membuat komentar dengan berkata, “Peres lebih berusia daripada saya, namun dia menggunakan perkataan yang keras.” Seterusnya beliau menyambung dan menujukan kata-katanya kepada Peres dengan tegas, “Saya masih teringat kepada kanak-kanak yang terbunuh di tepi pantai, saya masih teringat betapa ramai yang telah anda bunuh di Gaza.” Ketika itu, Peres menyampuk, “mereka juga akan melakukan apa yang kami lakukan jika roket-roket tersebut jatuh di Istanbul.”

Erdogan dengan muka yang merah kerana marah juga menujukan kritikan pedas kepada sebahagian hadirin yang bertepuk tangan terhadap ucapan Peres, “adalah suatu yang amat mengaibkan kamu bertepuk tangan terhadap serangan yang membunuh ribuan kanak-kanak dan wanita yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza.”

Baru lebih kurang 10 minit Erdogan berucap, pengerusi majlis memaklumkan waktunya sudah habis. Dalam keadaan marah Erdogan segera beredar sambil memungut failnya seraya berkata, “terima kasih kerana anda tidak memberi peluang untuk saya bercakap.. Saya hanya bercakap separuh daripada masa yang digunakan oleh Peres.. Saya tidak akan datang lagi ke Davos.”

Ketika Erdogan bangun untuk meninggalkan dewan, Peres kelihatan tergamam berpaling ke kiri dan ke kanan tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Amru Musa berdiri dan bertepuk tangan dengan gembira kemudian berjabat tangan dengan Erdogan yang meninggalkan dewan di tengah-tengah tepukan daripada beberapa orang hadirin.

Setelah Erdogan meninggalkan dewan, Amru Musa kelihatan berpaling ke kanan dan ke kiri , lalu Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu memintanya duduk lalu beliau kembali mengambil tempat.

Erdogan berkata dalam sidang akhbar yang diadakan selepas forum tersebut, “Peres berucap selama 25 minit, dalam nada keras dan memandang tepat kepada saya dengan cara yang tidak sesuai dengan kebebasan awam.”

Beliau menambah, “apabila saya berucap, tiada pihak yang memberikan saya peluang untuk mengungkapkan pandangan saya, maka adalah suatu yang tepat saya mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut.”

Permohonan maaf Israel

Saluran kedua TV Turki melaporkan Peres memohon maaf daripada Erdogan terhadap apa yang berlaku melalui panggilan telefon, tanpa memberikan penghuraian panggilan tersebut. Agensi berita Anatolia juga mengesahkan berita tentang permohonan maaf tersebut. Ia melaporkan daripada sumber-sumber yang hampir dengan Erdogan bahawa Peres menghubungi Perdana Menteri Turki itu selama 5 minit.

Ketika membuat komentar tentang kejadian tersebut, ketua Persatuan Penentang Zionis di Amman, Layth Shubeilat memuji tindakan Erdogan dengan berkata, “pendirian beliau menampilkan kemajuan dari sudut mengambil pendirian yang membebaskan diri daripada warisan sekular Turki.”

Rabu lalu, Erdogan mengutuk pencerobohan Israel terhadap Gaza dan beliau tidak bersetuju langkah mengkategorikan HAMAS sebagai salah sebuah pertubuhan pengganas. Dalam masa yang sama, beliau menyeru Presiden Amerika yang baru, Barrack Obama supaya mengkaji semula definisi pertubuhan-pertubuhan pengganas yang terdapat di Timur Tengah.

Dalam perkembangan berkaitan, Layth Syubeilat mengkritik kehadiran Setiausaha Agung Liga negara Arab ke forum tersebut bersama-sama dengan Perdana Menteri Israel.

Beliau berkata, “Bagaimana bangsa Arab boleh membenarkan Amru Musa duduk bersama dengan pemimpin Israel.” Beliau juga menambah duduknya Amru Musa setelah Erdogan meninggalkan dewan menyebabkan situasi menjadi bertambah rumit. Beliau juga memberikan komentar dengan berkata bahawa para pemimpin Arab tidak tahu apa yang mereka lakukan.”

sumber : islamonline.net
penterjemah : muhajir

blogger templates | Make Money Online