Monday, October 6, 2008

Salam Aidil Fitri Buat Semua

Rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Aidil fitri untuk semua. Dipanjatkan Alhamdulillah untukNya kerana dapat lagi kita merayakan aidil fitri tahun ini. Semoga apa yang dipelajari dan praktikan sepanjang ramadhan akan kita teruskan untuk selama-lamanya.Hendaknya kemeriahan sambutan hari raya tahun dalam keberkatan dengan tidak membazir dan tidak lupa pada yang tiada.Mohon maaf kepada sanak saudara yang mengenali ,rakan taulan semoga bertemu dengan kaum keluarga yang berada jauh diperantauan pulang sekali sekali saperti di hari lebaran yang syahdu ini.

Kesempatan baik dibulan yang mulia ini digunakan untuk bermaaf maafan diantara satu dengan yang lain dan diharap apa yang dijanjikan oleh Allah sepanjang Ramadhan lalu iaitu menjadi manusia yang bertakwa akan menyinari hidup kita ini.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online