Petrol atau minyak adalah segalanya bagi mengekang masalah kenaikan harga barang.
Kalau berpandukan perkiraan dibawah ini harga petrol sekarang jauh lebih murah berikutan harga pasaran minyak mentah yang telah turun dewasa ini.
Saya cuba untuk buat kiraan berdasarkan fomula yang kerajaan sendiri umumkan ketika kenaikan harga minyak dulu.
Ketika kenaikan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.70
Harga Minyak Global pada ketika itu - 1 Tong = USD 139
Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM 479.55
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Harga untuk satu liter ialah RM 479.55 bahagi 159 liter = RM 3.01
Kerajaan kata dia tanggung subsidi = RM 0.30
bermakna RM 3.01 - RM 0.30 = RM 2.71
Rakyat bayar harga minyak = RM 2.70 sen
Kini penurunan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.45
(setelah Kerajaan turunkan 25 sen)
Harga Minyak Global kini 1 Tong = USD 73.90
(jam 8 mlm 21 Okt 2008)
Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM 254.95
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Harga satu liter RM 254.95 bahagi 159 liter = RM 1.60
Kerajaan tanggung subsidi subsidi = RM 0.30
bermakna RM 1.60 - RM 0.30 = RM 1.30
Harga sepatutnya sekarang = RM 1.30 sen
Namun hakikatnya rakyat Malaysia Beli minyak 1 liter = RM 2.45
Rakyat menanggung Beban
Lebihan yang di bayar oleh Rakyat Malaysia
RM 2.45 – RM 1.30 = RM1.15
Contoh:
Kereta saya Toyota Avanza minyak penuh tangki 40 liter
Harga yang terpaksa saya bayar 40 L x RM 2.45 = RM 98
Harga yang sepatutnya saya bayar sekarang
40 L x RM 1.30 = RM 52
Kesimpulan
Bayangkan kalau separuh daripada kos minyak dapat dijimatkan maknanya kos pengangkutan barang keperluan harian akan menurun. Rakyat dapat manfaat.
Hari ini baru turun 25 sen, kerajaan BN dah melalak marahkan peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barang. Kerajaan mesti turunkan harga minyak pada kadar yang munasabah kemudian barulah boleh minta peniaga turunkan harga barang.
Rakyat mesti terus desak Kerajaan BN supaya turunkan lagi harga minyak pada kadar yang lebih munasabah.
http://najwasuhaimi.blogspot.com/2008/10/harga-minyak-dunia-turun-lagi-mari.html
Each currency has up to three key-value pairs: 24h, 7d and 30d.
-
API Overview Bitcoincharts provides a ordinary API to most of its gegevens.
You can use this API to include markets[...]
The post Each currency has up to...
0 Comments:
Post a Comment