Wednesday, October 22, 2008

HARGA MINYAK DUNIA TURUN LAGI: RAKYAT TERUS TANGGUNG BEBAN

Petrol atau minyak adalah segalanya bagi mengekang masalah kenaikan harga barang.
Kalau berpandukan perkiraan dibawah ini harga petrol sekarang jauh lebih murah berikutan harga pasaran minyak mentah yang telah turun dewasa ini.

Saya cuba untuk buat kiraan berdasarkan fomula yang kerajaan sendiri umumkan ketika kenaikan harga minyak dulu.

Ketika kenaikan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.70

Harga Minyak Global pada ketika itu - 1 Tong = USD 139
Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM 479.55

1 Tong bersamaan dengan 159 liter

Harga untuk satu liter ialah RM 479.55 bahagi 159 liter = RM 3.01

Kerajaan kata dia tanggung subsidi = RM 0.30
bermakna RM 3.01 - RM 0.30 = RM 2.71

Rakyat bayar harga minyak = RM 2.70 sen

Kini penurunan harga minyak global
Rakyat bayar harga minyak RM 2.45
(setelah Kerajaan turunkan 25 sen)

Harga Minyak Global kini 1 Tong = USD 73.90
(jam 8 mlm 21 Okt 2008)
Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM 254.95

1 Tong bersamaan dengan 159 liter

Harga satu liter RM 254.95 bahagi 159 liter = RM 1.60

Kerajaan tanggung subsidi subsidi = RM 0.30
bermakna RM 1.60 - RM 0.30 = RM 1.30

Harga sepatutnya sekarang = RM 1.30 sen


Namun hakikatnya rakyat Malaysia Beli minyak 1 liter = RM 2.45

Rakyat menanggung Beban

Lebihan yang di bayar oleh Rakyat Malaysia
RM 2.45 – RM 1.30 = RM1.15

Contoh:

Kereta saya Toyota Avanza minyak penuh tangki 40 liter
Harga yang terpaksa saya bayar 40 L x RM 2.45 = RM 98

Harga yang sepatutnya saya bayar sekarang
40 L x RM 1.30 = RM 52

Kesimpulan

Bayangkan kalau separuh daripada kos minyak dapat dijimatkan maknanya kos pengangkutan barang keperluan harian akan menurun. Rakyat dapat manfaat.

Hari ini baru turun 25 sen, kerajaan BN dah melalak marahkan peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barang. Kerajaan mesti turunkan harga minyak pada kadar yang munasabah kemudian barulah boleh minta peniaga turunkan harga barang.

Rakyat mesti terus desak Kerajaan BN supaya turunkan lagi harga minyak pada kadar yang lebih munasabah.

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2008/10/harga-minyak-dunia-turun-lagi-mari.html

Wednesday, October 15, 2008

Harga Minyak Turun..Adakah harga barang turut serta turun juga?

Semalam Pak Lah mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 15 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini (15/10/2008).Kalau ikutkan dengan harga minyak mentah dipasaran dunia sekarang ini harga minyak mentah melewati semasa pengumuman kenaikan harga petrol 0.78sen dulu,penurunan minyak sepatutnya boleh lebih besar lagi.

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

1.Semua akhbar perdana menyiarkan tajuk minyak turun di muka depan. Biasalah apabila miyak turun maka pemimpin kerajaan mengatakan ini adalah rasa perihatin kerajaan terhadap rakyat. Waktu menaikan harga minyak ini adalah fenomena dunia dan harga global.


2. Masalah yang berlaku ialah minyak turun, harga barang tidak turun. Kalau tidak percaya pergilah ke pasar untuk membeli barang keperluan harian seperti ikan, sayur, kelapa. Harga ikan seperti ikan kembung, ikan selar kuning dulu boleh dapat dalam harga RM6 hingga RM7 sekilo sekarang sudah mencecah sampai RM10-RM12.
Ini saya sebut ikan orang rakyat biasa makan. Bukan bapa menteri dan makan.


3. Pemimpin Umno mana dia ambil peduli berapa harga barang keperluan rakyat. Mereka tidak kisah kerana mereka wang banyak. Cuba tanya Pak lah, Datuk Najib, Khairi dan Mukhriz berapa harga sebiji kelapa dia tidak tahu. Mereka tidak kisah. Mereka perlu ambil tahu berapa harga orang itu.

4.Sekarang mereka berebut jawatan dalam semua peringkat dalam Umno. Mana ada agenda kempen mereka untuk angkat ekonomi rakyat dan hedak membela rakyat yang dilanda kesempitan hidup. Mana ada agenda untuk pastikan ekonomi rakyat cukup selesa, perumahan rakyat terbela, jauh sekalilah hendak bincang bab masa depan agama. Yang ada ialah agenda peribadi untuk aku pula berkuasa dan diganti pula dengan kroni aku pula. Kalau kita harap pemimpin yang bertanding samada proksi Pak Lah ke atau proksi Dr. Mahathir ke atau proksi Datuk Najib ke supaya membincang soal kehidupan rakyat ini adalah harapan yang silap. Kalau mengharapkan mereka hendak bincang masalah ini tunggu ikan keli tumbuh sisik


5. Kesilapan yang berlaku ialah kerana kerajaan telah menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa, sehingga meningkat bahan api untuk kos pengangkutan dan sebagainya.
Maka atas alasan ini peniaga menaikkan harga barang. Mana pergi bijak pandai pemimpin Umno/BN kononnya merekalah yang bijak boleh membahagiakan rakyat. Kenapa mereka tergesa-gesa menaikkan harga minyak dahulu, tidak ada idea lain ke selain daripada menaikkan harga minyak. Sekarang minyak turun barang tidak mahu turun.


6. Biasalah harga barang apabila naik dia tidak turun dah. Macam umur manusia kalau umur 50 tahun dia tidak turun balik ke 45 tahun walaupun makan jamu dan awet muda.
Contohnya pada 10/10/ 2008 Dato’ Noh Omar umumkan bahawa kadar surcaj 30% tambang bas yang dibenarkan pada musim raya aidil fitri kekal, walaupun pada mula ia hanya untuk tempoh hari raya sahaja. Ini satu lagi projek tradisi menindas rakyat. Cuba bayangkan tambang bas daripada Alor Setar dulu RM30 sudah naik RM39. Menteri tidak ada masalah semua orang bayar.


7. Kita tidak pernah dengar apa plan tindakan secara berkesan sehingga rakyat terasa dengan tindakan kerajaan ini untuk memastikan harga barang keperluan rakyat biasa terbela. Kita juga tidak pernah dengar mesyuarat agung Umno bergaduh kerana idea untuk membela rakyat bawahan dan meningkat taraf hidup rakyat.

Sunday, October 12, 2008

Ketahuilah wanita....Lelaki terangsang 30 kali sehari

Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.Sebagai seorang bapa atau ketua keluarga wajib memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam

sumber tranungkite

maaf sekiranya posting ini mengganggu ketenteraman jiwa sesetgh orang..bukan niat nak mengganggu hanya sebagai peringatan kepada diri saya dan muslimah2 diluar sana..juga anak serta isteri para blogawan sekelian..

kerana dewasa ini isu aurat ini sgt diambil ringan oleh ibubapa...sehingga masalah sosial makin bertambah..nak membimbangkan...harap posting ini dapat memberi sedikit peringatan kepada semua

wallahualam..harap maaf..!


KESALAHAN DALAM BERPAKAIAN





MENUTUP AURAT DENGAN BETUL

Monday, October 6, 2008

Salam Aidil Fitri Buat Semua

Rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Aidil fitri untuk semua. Dipanjatkan Alhamdulillah untukNya kerana dapat lagi kita merayakan aidil fitri tahun ini. Semoga apa yang dipelajari dan praktikan sepanjang ramadhan akan kita teruskan untuk selama-lamanya.Hendaknya kemeriahan sambutan hari raya tahun dalam keberkatan dengan tidak membazir dan tidak lupa pada yang tiada.Mohon maaf kepada sanak saudara yang mengenali ,rakan taulan semoga bertemu dengan kaum keluarga yang berada jauh diperantauan pulang sekali sekali saperti di hari lebaran yang syahdu ini.

Kesempatan baik dibulan yang mulia ini digunakan untuk bermaaf maafan diantara satu dengan yang lain dan diharap apa yang dijanjikan oleh Allah sepanjang Ramadhan lalu iaitu menjadi manusia yang bertakwa akan menyinari hidup kita ini.

blogger templates | Make Money Online