KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang 
dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – 
menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga
 negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang
 dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen 
(berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu 
(berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, 
yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara 
keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak
 undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka
 yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri 
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja 
Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor 
Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri 
Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk 
Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah 
di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat 
kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan 
calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen 
Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri 
Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar 
(Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib 
Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum 
ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas 
kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman 
Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk 
Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula 
tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di 
kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya 
di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon 
PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 
5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi 
pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad 
Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di 
Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib
 & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali 
tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli 
Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan 
Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi 
kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.