Wednesday, March 30, 2011

Saman Ekor..BN/Umno tidak hormati keputusan kabinet sendiri

Keputusan kabinet pada Jumaat 18 Mac lalu untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan.

Namun sehingga kini, mereka yang disenarai hitam masih belum dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka.

Sehubungan itu, Saudara Aamir Hj Ishak, salah seorang AJK KASE Perak telah menemui Ketua Trafik Perak bertanyakan hal tersebut.

Menurut Aamir, pegawai tersebut menyatakan bahawa pihaknya dan juga JPJ masih belum lagi mendapat apa-apa arahan berhubung perkara tersebut.

Jelas bahawa BN/Umno sendiri tidak tahu menghormati keputusan kabinet. Kalau perintah tuhan yang melarang mungkar pun mereka sanggup engkari, apalah sangat keputusan kabinet!

Besar kemungkinan BN / Umno akan membuat penguman mengenainya untuk meraih simpati rakyat pada 6 April, tarikh penamaan calon PRU Sarawak.

Sementara itu, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online