Kita berada di ambang tahun baru lagi. Ramailah yang memasang tekad, hasrat, niat, cita-cita baru seolah-olah hanya pada hari pertama di tahun baru segalanya itu harus dilakukan.
Pada diri saya yang hanya melihat tarikh sesuatu hari itu sebagai peringatan bahawa hari terakhir saya berada di dunia fana ini semakin mendekat, entahkan esok, entahkan sebentar nanti. Maka hasrat dan keinginan hati hanyalah agar RedhaNya mengiringi di setiap detik dan di setiap langkah sisa-sisa masa yang tinggal di hadapan diri sementara bergelar sebagai manusia.
Apapun perhitungan waktu yang paling tepat bagi mengira tahun dan bulan adalah mengikut kalendar Islam berdasarkan peredaran dan fasa bulan, jadi seharusnya sebaik-baik masa bagi memulakan segala-gala pembaharuan - jika ingin memanfaatkan tarikh hari pertama dalam sesuatu tahun adalah pada 1 Muharram.
Salam dan Semuga tahun ini lebih bermakna bagi kita semua.
0 Comments:
Post a Comment