Monday, March 30, 2009

Lambang Yang diGuna Pakai Calon Bebas-Bukit Selambau N25

Malaysia mencatatkan rekod sekali lagi bila seramai 15 pencalonan termasuk Bee End dan Pakatan Rakyat bagi PRK DUN Bukit Selambau.


Lambang Calon Bebas yang bertanding ialah

R. Loganathan (lambang kelapa sawit),

Tan Hock Huat (kunci),


Radzi Md Lazim (kerusi),

Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau),

Abdul Rahim Abu (jam loceng),

L. Sarala (basikal),

A. Jayagopal (payung),

S. Moganakumar (buku),

Khamis Awang (ayam jantan),

Husaini Yaacob (bas),

M. Vanesan (ikan),


Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan

T.Chandrarajan (kapal terbang)

Sunday, March 29, 2009

Laporan Bergambar 'Earth Hour'

Malam tadi dunia telah bersatu untuk menjayakan usaha ke arah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan memadam lampu selama satu jam dari 8.30 ke 9.30 malam. Dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan bandar besar seluruh dunia memdamkan lampu selama satu jam. Program '60 minute Earth Hour' hanya langkah simbolik untuk memberi kesedaran kepada warga dunia bahawa kita perlu mengurangkan penggunaan tenaga fosil dan mengguna sumber tenaga alternatif. Kesan sampingan dari penggunaan tenaga dari sumber asli karbon fosil (minyak dan gas) telah menyebabkan dunia menjadi semakain panas akibat pelepasan terlalu banyak gas CO2 yang menyebabkan kesan Rumah Hijau kepada dunia.
Kini kita mehyaksikan kesan Pemanasan Dunia akibat kerja-kerja manusia yang suka melakukan kerosak atas muka bumi ini. Cuaca tidak menentu, banjir besar di mana-mana, cuaca panas melampau yang menyebabkan kebakaran yang dasyat dan macam-macam lagi bencana yang berkait dengan kesan Rumah Hijau.

Kita harap usaha begini akan diteruskan lagi dan warga dunia perlu sedar bahawa bumi perlu di'sejukkan'. Kurangkan pengunaan tenaga dari sumber fosil dan tingkatkan sumber tenaga alternatif.

Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Reuters semasa penyertaan EARTH HOUR dunia dari pukul 8.30pm - 9.30 pm malam tadi.

These two combo photos show Malaysia's landmark Petronas Twin Towers being turned off the lights to mark Earth Hour in downtown Kuala Lumpur, Malaysia
A combination picture shows a view of the Kuala Lumpur skyline before (top) and during Earth Hour

A combination picture shows a view of the Bund on the banks of the Huangpu River in Shanghai before (top) and during Earth Hour

Chinese visitors near the 'Bird Nest' National Stadium which has been darkened for one hour to mark Earth Hour in Beijing, China

A combination picture shows the Sydney skyline before (top) and after the lights were turned off for Earth Hour
A combination of handout pictures shows a view of the Taipei 101 building before and after (L-R) Earth Hour in Taipei

This combo photo shows the general view of commercial buildings before (top) and after (bottom) turning off lights at Hong Kong's central district
A combination of two pictures shows the Singapore financial district 30 minutes before (top) and at the start of Earth Hour at 8:30pm (below)

A combination picture taken before and after the lights at the main roundabout at the main business district are turned off during Earth Hour in Jakarta, Indonesia

A view of Taj Mahal hotel before (top) and during Earth Hour in Mumbai

A night view of the site of the ancient Giza Pyramids before and after switching off the lights for the Earth Hour, in Cairo, Egypt

A view of the Burj al Arab hotel of Dubai before and during Earth Hour

The Millenium bridge over the Tyne river before (top) and during Earth Hour in Newcastle, northern England

A combination of four pictures shows a view of the Eiffel Tower before and during (top-bottom) Earth Hour in Paris

Rome's ancient Colosseum with its lights on, above, and off, to mark an Earth Hour event.

A view of the Agbar Tower, the latest symbol to mark the Barcelona skyline, before (top) and during Earth Hour March 28, 2009

A combination of pictures shows a view of the hill of the Acropolis before (top) and during Earth Hour in Athens March 28, 2009.

Satu Pengkhianatan Kera jaan Teruskan PPSMI !!

Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan.

Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka .

"Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Azmi juga menyatakan persetujuan dengan langkah terakhir yang diambil oleh kumpulan NGO ini untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

"Saya berharap semua rakyat dan kumpulan NGO akan bersatu bersama-sama untuk mewakili rakyat Malaysia bagi memfailkan saman terhadap kerajaan.

"Saya percaya majoriti NGO bersepakat menentang dasar yang ingin kerajaan teruskan ini. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana NGO ini harus bergabung untuk mengambil tindakan undang-undang ini,"katanya.

Beliau berpandangan, tindakan bersama yang dilakukan oleh kumpulan NGO seperti penyerahan memorandum serta melalui perhimpunan di Johor Bharu baru-baru ini dengan jelas menyatakan pendirian bahawa tindakan kerajaan itu satu pengkhianatan kepada negara bangsa.

Kenyataan beliau itu turut dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat Persatuan China Muslim Malaysia, Ann Wan Seng .

Jelasnya kumpulan NGO menyuarakan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana terdapat beberapa mekanisma lain yang boleh digunakan untuk memperbaiki bahasa Inggeris.

"Pendekatan yang digunakan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak praktikal. Kami kumpulan NGO lebih berminat untuk menggunakan pendekatan alternatif berbanding pendekatan yang digunakan hari ini,"katanya.

Beliau juga melahirkan kekecewaan dengan tindakan kerajaan tersebut kerana pelaksanaan tersebut ternyata tidak memberi kemajuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.

"Sekiranya pelaksanaan ini diteruskan, ia akan menimbulkan kesulitan kepada pelajar-pelajar yang sememangnya tidak pandai bahasa Inggeris untuk memahami subjek tersebut.

"Dan kita juga maklum, pelajar Melayu ramai yang tidak dapat menguasai subjek matematik. Jika subjek itu tetap diajar dalam bahasa Inggeris, akan menyebabkan pelajar-pelajar ini makin ketinggalan dan tercicir,"katanya.

Tuesday, March 24, 2009

Tawaran Kemasukan Ke MRSM Gerik


Alhamdulillah tanggal 23 Mar'09 lalu anak sulung ku mendaftar bagi menyambung pengajian sekolah menengahnya disini.Seluruh keluarga mengucapkan tahniah kerana terpilih dalam diantara kalangan pelajar.
Semoga berjaya dalam pelajaran dan yang lebih penting mendisiplinkan diri mengikuti segala program yang pihak maktab tetapkan dan lebih penting merasai suasana kehidupan seorang pelajar dan penghuni asrama.Harapan mengambil kesempatan yang diberikan dengan belajar bersungguh-sungguh sebagai inpirasi kepada adik-adiknya dalam menjalani sistem pembelajaran disekolah.

Thursday, March 19, 2009

Sami Yusuf - Asma Allah

Thursday, March 12, 2009

Harimau, tikus dan buaya


"Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Oleh blalang

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430.

“Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad SAW) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah yang beruntung” (QS. Al-‘Araf: 157).

Kelahiran Nabi Muhammad SAW jatuh pada hari ini , yang menurut catatan sejarah pada 12 Rabi‘ul Awwal, lebih dari sekadar kelahiran seorang insan ke dunia ini. Kelahirannya juga merupakan kelahiran kebenaran dan kekuatan yang membenteras kejahilan atau kebatilan di muka bumi ini.

Bersempena dengan itu satu majlis sambutan telah diadakan oleh seluruh kariah tempat penulis bermastautin di Puncak Jelapang Maju ini semalam,8 Mac 2009 yang juga hari ulang tahun kelahiran penulis juga.

Pelbagai aktiviti dilakukan berpusat di Surau At-Takwa yang bemula dengan majlis gotong royong membersihkan persekitaran surau,penyediaan kenduri selepas acara kemuncaknya menjemput Al fadzil Ustaz Kahar mengenai sunnah sunnah Rasul yang perlu dijadikan ikutan dalam ceramah/takzirah yang disampaikan oleh beliau selepas berjemaah magrib.Sebelum itu fasa pertama aktiviti selebelah petang pertandingan kuiz agama,mewarna dan nasyid untuk anak anak kariah disempurnakn pada sebelah petang.


Namun sebagaimana diketahui, begitu berat perjuangan Rasulullah SAW bersama orang-orang beriman untuk menegakkan kebenaran dan membenteras kejahiliyahan. Bukan hanya harta dan fikiran yang dikorbankan, tetapi juga umur dan nyawa. Segenap waktu hidup mereka habiskan untuk menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Tidak sedikit juga yang menemui ajal dalam merintis perjuangan demi perjuangan menegakkan kebenaran.

Kerana itu, sepatutnya kita menghargai perjuangan Rasulullah SAW bersama orang-orang beriman. Jangan kita semai kembali dan pelihara bibit-bibit jahiliyah, seperti pembohongan, janji-janji yang tidak di tepati, tidak amanah, rasuah, dan menyelewengkan perjuangan untut kepentingan diri sendiri. Sebab, semua itu adalah unsur-unsur kegelapan dan jahiliyah. Hidup dalam kegelapan akan menyesatkan.

Sedangkan kebenaran adalah cahaya yang selalu menerangi jalan hidup manusia di dunia ini hingga akhirat nanti.

Kedatangan Mauludur Rasul tahun 1430 untuk kali ini sepatutnya sudah cukup mengajak kita untuk muhasabah diri masing-masing. banyak manakah kerja amal yang kita lakukan untuk bekal hari kematian yang akan muncul tiba-tiba. Atau cukupkah kita dengan amal soleh sebagai pesiapan hari yang pasti itu.

Sebagai muslim sejati nukilkan pada kehidupan ini wangian yang semerbak wanginya untuk diri sendiri. Walau di sana ada manusia yang buta mata dan telinganya serta tersumbat hidungnya untuk menciumnya, yakinlah Allah mencium segalanya jika ianya satu amal yang ikhlas untukNya.

Teruslah melangkah bukan kerana pandangn manusia namun semata-mata kerana Allah memandang kamu.

Sunday, March 8, 2009

Selamat Ulangtahun 8 Mac

HARI ini 8 Mac 2009,merupakan majlis ulangtahun eka hari jadi bagi penulis yang ke....Selamat panjang umur semoga didalam kerehdaan Allah selalu serta diberkati dan dimurahkan rezeki hingga ke akhir hayat dalam mengabdikan diri sebagai khalifah dibumi Allah ini.Pertunjuk dariMu ku pinta supaya menjadi hamba yang bertakwa menyusuri liku liku hidup ini.

Hari ini juga sudah genap setahun kita berada dalam udara lanskap baru politik Malaysia. Kita telah menyaksikan pada 8 Mac tahun lalu, setelah lima puluh tahun kita berada di bawah kerajaan dominan BN yang tak mampu untuk dicabar itu akhirnya buat julung kalinya kuasa monopoli itu dapat dipecahkan oleh pakatan parti pembangkang yang mana lima negeri jatuh di bawah penguasaan parti pembangkang.

Tahun 2008 merupakan titik peralihan senerio politik yang bersejarah buat rakyat Malaysia. Kalau tahun 1957 merupakan tarikh negara kita merdeka tetapi tahun 2008 ini adalah tarikh rakyat kita merdeka. Pada tahun 2008 ini menampakkan sebahagian besar pemikiran rakyat kita benar-benar telah merdeka. Ini dapat dilihat dengan jelas dari keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Kalau sebelum ini dengan menggunakan segala jentera kerajaan yang ada, parti BN telah berjaya menanamkan kedalam minda sebahagian besar rakyat negara ini bahawa parti pembangkang tidak ada kemampuan dan tidak mempunyai kebolehan untuk memerintah negara ini. Tetapi tanggapan yang seperti itu kini sudah dapat dilepasi setelah pakatan parti pembangkang telah berjaya mengambil alih kerajan di lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Ini adalah satu kejayaan yang sangat besar kepada peralihan minda rakyat Malaysia terhadap geopolitik negara ini, malah tidak keterlaluan ia boleh dianggap sebagai suatu 'revolusi' politik seperti yang pernah dialami oleh negara Indonesia beberapa tahun yang lalu setelah tumbangnya regim Suharto.

Tsunami politik yang melanda negara kita itu akan menjadi titik permulaaan untuk negara kita menuju kearah pemerintahan yang benar-benar demokratik, adil dan telus. Kerajaan yang demokratik, adil dan telus sentiasa menjadi matlamat kita kerana ia adalah prasyarat kepada keamanan, keharmonian dan kemajuan sesebuah negara. Tentunya sambutan ulangtahun 8 Mac ini sungguh bermakna sekali buat rakyat Malaysia setelah 50 tahun minda mereka 'dijajah' oleh parti BN.

Saturday, March 7, 2009

Di sebalik kegawatan ekonomi

"Tahun 2009 adalah tahun yang sukar bagi kebanyakan pekerja. Ada yang mengatakan ekonomi akan pulih tetapi kenyataannya semakin ramai yang sudah diberhentikan kerja.

Kebiasaannya yang paling baru bekerja adalah pilhan yang terdahulu di tawarkan VSS. Ada juga dipilih yang bergaji besar dahulu, ada yang lihat department mana yang tiada produktiviti . Tetapi malang jika syarikat yang kita bekerja tersebut diisytiharkan bankrap, pekerja tidak akan mendapat pampasan langsung.

Dalam ekonomi yang sakit ni, syarikat menunggu masa sahaja pekerja membuat silap. Lambat datang 5 minit pun ada kena potong gaji. Elaun kedatangan pun biasanya tidak dapat kerana bekerja tidak cukup sebulan kerana gaji 4 hari sahaja seminggu.

Walau apa pun harap yang terkena tempias ekonomi merudum ni semoga bersabar dengan dugaan Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin mengajar kita supaya jangan boros atau jangan mengamalkan riba terutama dalam pinjaman kereta dan rumah.

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kau
rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup,
harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."
Dia menyambung "Kalau kau sudah senang
setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.
Nescaya
Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet
ada rm2 saya sedekahkan rm1.
Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan
sedikit. Kalau ada rakan susah
nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah.
Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.
Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta.
Dalam masa yang sama kena saman polis.
Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu.
Saya pesan kat dia,
mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia.
Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah
dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
Kadang, bak kata mak saya,
rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang
dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri.
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan
Allah (ikhlas).
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan
diberi pahalanya dengan cukup,
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat
272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw.,
"Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau
bersedekah dalam keadaan
senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab
(perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan
sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang
bertaqwa.... ......

Friday, March 6, 2009

PRIORITI AHLI PARLIMEN & ADUN

Reuters melaporkan Flextronics International telah memaklumkan kepada Kementerian Sumber Manusia bahawa ia akan memberhentikan seramai 1,382 pekerja di kilangnya di Shah Alam. Ini berikutan kemerosotan permintaan untuk produk teknologi yang dikeluarkan oleh syarikat itu akibatkan kegawatan ekonomi global. Bloomberg melaporkan bahawa eksport negara merosot ke tahap paling rendah dalam tempoh 15 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Dato' Ismail Abdul Rahim pula dilaporkan berkata seramai 22,887 orang telah dibuang kerja dalam tempoh lima bulan lepas. Penganalisis ekonomi meramalkan kadar pengangguran akan meningkat sehingga 4.5% pada tahun ini.

Sementara itu, The Edge Daily mengatakan bahawa kalau sewaktu krisis ekonomi pada tahun 1997 dulu hanya sektor korporat yang merasai kesannya, sekarang rakyat yang akan menjadi mangsa.

Saya pernah menganggur selama enam bulan selepas krisis ekonomi tahun 1997 dan saya cukup faham derita orang yang dibuang kerja (gunakanlah istilah apa sekali pun untuk sedap didengar -- penganggur tetap penganggur, buang kerja tetap dibuang kerja).

Persoalannya ialah apakah yang harus dilakukan bagi menentukan krisis ekonomi global yang sedang berlaku sekarang tidak memberikan kesan yang terlalu besar kepada rakyat negara ini?

Sehingga sekarang saya belum mendengar Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kita bersungguh-sungguh bercakap mengenai perkara ini.

Atau, mungkin orang politik kita sekarang ada isu lain yang perlu ditangani berbanding dengan isu semakin ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan?

Atau, adakah mereka juga seperti sesetengah rakyat negara ini sudah kehilangan arah dan prioriti perjuangan?

Wednesday, March 4, 2009

Kerana badut sarkas di SUK, satu dunia ketawakan Perak

" Akibat lawak dinosour yang dilakukan oleh badut-badut sarkas di SUK Perak hari ini satu dunia ketawa terbahak-bahak. Insiden penutupan pintu masuk bangunan SUK yang turut menempatkan bangunan DUN sekaligus menghalang Speaker DUN dan ADUN dari bersidang dalam Dewan. Oleh yang demikian Speaker akhirnya terpaksa bersidang bersama ADUN-ADUN Perak di bawah pokok.

Perkara ini menjadikan Kerajaan Negeri Perak yang dinaungi Sultan Azlan pada masa ini sebagai bahan lawak jenaka dan persendaan diseluruh dunia yang menyaksikan kejadian yang paling luar biasa di abad yang menjulang demokrasi ini.

Malangnya negeri Perak kerana telah dimalukan oleh badut-badut yang berotakkan kepala lutut keldai dan tidak sewajarnya perkara ini dibiarkan terus berlaku. Oleh itu Sultan Azlan digesa untuk membersihkan imej negeri Perak dimata dunia dengan menilai semula keputusan baginda dan membubarkan DUN yang ada sekarang.

Dunia melihat Perak kini sudah tidak gah lagi walaupun bersultankan Tuanku Azlan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Membersihkan imej Perak sekaligus membersihkan Imej baginda dimata dunia adalah satu keperluan kini.

Dunia akan menghormati pemimpin yang negerinya ditadbir dengan adil, aman dan sejahtera. Tapi dalam keadaan sekarang, krisis perlembagaan Perak begitu memalukan rakyat dan Sultan.

Sama ada Pakatan Rakyat atau BN, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab bagi mengembalikan keharmonian di Perak, maka hak pemerintah sebenar haruslah diserahkan oleh rakyat kepada yang layak melalui pilihanraya semula.

Krisis ini akan berterusan jika Sultan enggan memperkenankan Pembubaran DUN. Mampukah Sultan dan rakyat Perak bertahan? Jika awal Februari lalu Kerajaan Pilihan rakyat boleh dirampas begitu sahaja oleh BN, tidak mustahil institusi beraja di Perak akan runtuh kiranya kemelut ini dibiar berterusan.

Runtuhnya tidak semestinya memperlihatkan Sultan bertukar atau turun takhta. Keruntuhan kesultanan boleh berlaku dengan sendirinya bila mana rakyat sudah hilang keyakinan kepada institusi Raja yang sewajar menjadi pengimbang dan penyelesai bagi setiap konflik yang berlaku dalam negeri.

Justeru itu, gunakanlah peluang yang masih ada untuk sama-sama mengembalikan imej Perak dan juga Kesultanan yang yang ada. Perak wajib bersatu dibawah payung DiRaja dan Sultan wajar membuka mata serta pintu hatinya bagi mendengar permintaan rakyat.

Awal Februari lalu Sultan sudah membuat pilihan mengikut nasihat BN, dan kesannya sudah diketahui kini. Negeri huru-hara jadinya. Oleh itu, kali ini biarlah Sultan dengar pula pandangan rakyat. Bubarkan DUN, itu sahaja kehendak mereka!"

Credit to: hermansamsudeen

blogger templates | Make Money Online