"Salam Aidilfitri buat semua Muslimin/ Muslimat. Setelah berhempas-pulas sebulan menunaikan kewajipan berpuasa,kita umat Islam tiba di penghujung bulan yang penuh baraqah ini. Samada kita sedih atau gembira meninggalkan Ramadan,semuanya bergantung atas tahap keimanan masing2.
Bergembiralah bagi mereka yang memenuhi Ramadan dengan pelbagai amal solih. Bagi golongan ini Ramadan ditinggalkan penuh kepuasan dan kesedihan(memikirkan samada masih ada lagi hayat, untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan).
Bagi golongan yang sebaliknya,Ramadan pastinya ibarat rutin tahunan tanpa dapat menyelami roh Ramadan yang sebenar- benarnya.Maka dalam kerugianlah golongan ini dunia akhirat.
Aku bukannya hendak berceramah atau bertazkirah tentang erti Ramadan, tetapi untuk berkongsi rasa dengan sebahagian,malah mungkin keseluruhan umat Islam di Malaysia yang terpaksa mengharungi Ramadan kali ini penuh dengan dugaan,tekanan,kebejatan dan kezaliman yang terang-terangan berlaku di persekitaran dalam negara yang mendakwa Islam adalah ugama rasminya.
Aku merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tersangkut dalam kerongkong, akibatnya merasa lemas dan sesak dalam keadaan yang tidak menentu kebelakangan ini.Aku juga yakin sebahagian besar rakyat Malaysia juga berkongsi dengan apa yg aku rasa.
Pada aku,memang keadaan sekarang perlu berubah,dan aku dah tak kisah samaada Pakatan ataupun BN yg menerajui politik Malaysia.Yang pastinya perlu perubahan sebelum rakyat terus lemas dan tenggelam.Perubahan utama dan yang paling penting, PM (Pak Lah) mesti diturunkan samada secara paksa atau lembut(namun bukti yang ada,seharusnya secara paksa) kerana aku rasa kita berhadapan dengan seorang yang tak reti bahasa.Aku benar2 rasa tercabar tempohari apabila diumumkan penurunan harga bahan api sebanyak 10 sen.
Apakah ini nilai kita rakyat Malaysia yang telah bersama-sama bertungkus-lumus membangunkan negara ini selama 51 tahun?Tidak kira,samada BN mahupun PR,semuanya telah memainkan peranan masing2 sehingga sampai ke satu tahap yg boleh dibanggakan,dan tiba2 si Tolol ini mengambil cuma 2-3 thn, memusnahkan apa yang kita rakyat Malaysia berhak ada?
Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang.
Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair.
Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru.
Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan?
Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti?
OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO?
Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu?
Jangan cuba membangkitkan persoalan apa yang rakyat telah sumbangkan untuk kerajaan,kerana sesungguhnya sebuah kerajaan yang baik tidak akan mempersoalkan sumbangan rakyat.Kami rakyat,telah memilih kerajaan yang bagaimana kami mahukan(dalam PRU) jadi soalnya sekarang adakah kerajaan berkerja sebagaimana yang kami mahukan?Atau hanya menjadikan amanah yang diberi sebagai peluang menambah sumber kekayaan masing2?
Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan.
Pak lah kurang daya kepimpinan, ketokohan berpidato, otak yang briliant dan tak da karisma sebagai PM. Isu politik beliau sangat minimum, nak mengorak langkah selalu terhalang oleh beberapa pihak yg ada kepentingan, tapi pak lah ikut jugak….bila rakyat tolak dia, dia marah pulak….question ….pak lah ni bekerja untuk siapa ? untuk negara ? untuk pembangunan rakyat malaysia ? atau untuk individu2 yang sentiasa membisik2 manja telinga dia. heeeiii…..sudahlah pak lah, malu malaysia bila pemimpin semacam ni…ni dah balik zaman batu !!!! pemerintahan katun nama nya…. jgn bersembunyi di belakang islam hadhari, tak de kejayaan yg nyata seperti yg dicanangkan itu. Kita rakyat malaysia dah muak dgn politik kotor pak lah dan kunco2 nye ni..dah le pak lah, rehat je lah dgn isteri tercinta tu…
Yang buat aku sakit hati,tiap2 tahun ada cukai,anak sekolah kena bayar yuran,bil air kena bayar dan segala mak-nenek cukai yang aku(kita) rakyat Malaysia kena bayar.Tetapi kehidupan kita bukan bertambah baik,malah semakin menjerut.Ke mana perginya wang yang diambil dari poket kita?Aku tertanya adakah wang2 tersebut diguna untuk menambahbaikkan kehidupan kita,ataupun dikendurikan sesama mereka dalam pengetahuan kita?
Cuba tengok,inflasi makin meningkat,barang2 mahal,ekonomi makin merudum(TV3,Utusan,NST tak payah nak bohong lagi,kami rakyat dah tahu gentingnya kedudukan kita). Tapi apa langkah si Tolol dengan juak2nya ambil untuk mengurangkan beban rakyat?Kalau kita tengok,tak ada apa2.Cuma penipuan demi penipuan untuk menutupi kegagalan dan kelemahan mereka mentadbir ekonomi dan politik negara.Malah cuba diperbodohkan lagi.
Namun semakin diselindungkan,semakin terserlah ketololan masing2.Apa yang aku kesalkan,tiada siapa diantara kerajaan Tolol2 ini mengambil iktibar dari Ramadan yang mulia ini.Mereka membohongi rakyat umpama minum air sejuk,lancar dan tanpa rasa bersalah.Seolah-olah tiada hari Kemudian selepas kehidupan mereka di dunia yang sementara ini.Aku cuma nak ingatkan,antara mereka2 yang dihisab terlebih dahulu di Akhirat kelak adalah pemimpin2 di kalangan kamu.Terima atau tidak,itu janji ALLAH(SWT).
Dan aku nak tegaskan,tiap sen yang diambil dari kocek aku, tidak aku halalkan sekiranya diguna untuk kepentingan peribadi.Tetapi jika untuk kebaikan Ummah,aku redha.Buat si Tolol and Co,jadikan Aidilfitri ini bukan hanya kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadan,tetapi titik permulaan untuk membuat perubahan ke arah kebaikan atas amanah2 yang diberikan,biarpun permulaan itu menuntut peletakan jawatan atau kehilangan kuasa pemerintahan.Apalah sangat yang ada dgn kuasa atau harta bila berada di hadapan ALLAH(SWT) kelak?Bukankah ini sebahagian dari Mujahadah?"