Friday, August 8, 2008

Tip Jimatkan Penggunaan Petrol

Kenaikan harga petrol menyebabkan ramai yang mengeluh kerana perbelanjaan semakin meningkat. Dibawah ada beberapa tip bagi membantu mengurangkan penggunaan petrol kenderaan anda:
1. Fikir dahulu semasak masaknya 'adakah anda perlu menaiki kenderaan anda untuk sesuatu tempat"Contoh: Adakah perlu naik kereta atau motor untuk kekedai runcit"?Ingin berjimat jalan kaki atau berbasikal sahaja.Tak secara lansung boleh bersenam sekali.
2. Pilih laluan pintas untuk kesesuatu tempat.Kurang kilometer,jimaat kegunaan petrol.
3. Rancang jadual perjalanan sebaik mungkin.Dengan sekali perjalanan anda mampu melaksanakan semua tugas atau hal sekali gus.
Contoh: katakan hendak buat 4 perkara hari ini;bayar bil, beli barang dapur,isi minyak kereta,hantar anak ke sekolah.Rancang perjalanan dengan buat apa yang perlu didahulukan dan disusuli dengan perkara yang lain.Kalau boleh jangan berpatah balik .Ingat kurang kilometer,lebih penjimatan.
4.Hendak berjimat lagi!.Pastikan perjalanan tidak masa "waktu puncak",waktu lengang dan kurang kenderaan dijalanraya.Pastikan dibuat kajian mengikut tempat anda.Biasakan membuat perjalanan lebih awal sedikit dari kebiasaan.
5.Jangan amalkan membawa kebih muatan.Samaada barangan atau bilangan penumpang yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaaan anda.
6.Jika selalu membuat perjalanan secara solo atau bersendirian,lebih jimat menggunakan kenderaaan awam seperti bas.
7.Kurangkan kelajuan.Cara memandu yang konsisten sepanjang perjalanan membantu menjimatkan petrol anda.Contohnya memandu dilebuhraya kurang dari 100km/j boleh menjimat petrol anda dan wang anda boleh digunakan atas perkara lain.Elakkan memandu mengikut perasaan dan kawal diri anda.Jangan amalkan memandu dalam tergesagesa kecuali dalam kecemasan.
8. Jangan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama.Teknologi terkini kenderaan hanya memerlukan 30 saat sebelum memulakan perjalanan.
9.Kalau hendak berhenti sebentar disarankan matikan sahaja enjin kenderaan anda.Enjin akan lebih ekonomi jika dimatikan dan dihidupkan semula.
10. Pandulah kenderaaan secara tenang dan konsisten.Elakkan kerap menukar kelajuan.Lihat & peka kepada alam sekeliling.Tahu bila perlu laju dan memperlahankan kenderaan anda.Contohnya behenti secara mengejut bila berdepan lampu insyarat atau kawasan sekolah.
11.Rajin rajinlah periksa tekanan tayar kenderaaan anda.Pastikan tekanan tayar anda dalam julat yang disyorkan oleh pembuat tayar kenderaan anda.
12. Guna penghawa dingin apabila perlu sahaja.Jika tidak, lebih baik padamkan penghawa dingin dan buka tingkap,udara segar.
13. Membuat pembelian online boleh menjimatkan petrol dan tenaga anda. Anda tidak perlu gunakan kenderaan anda hanya gunakan komputer dan capaian internet untuk berurusan.
14Sekarang ini banyak siaran radio me war-war info trafik terkini.Jangan lupa mendengar radio untuk info trafik dan pilih /rancang alternatif perjalanan bagi laluan yang kurang sibuk.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online