Saturday, February 18, 2012

Jika Pencuri bayar balik, kes selesai?

Mengulas isu NFC hari Sinar Harian melaporkan Dato’ Seri Nazri Aziz menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayar balik wang NFC bagi menyelesaikan kemelut isu tersebut.

Ish, mudahnya selesai isu, jika begitu jika ada pencuri mencuri, tangkap dan minta dia bayar balik . .dan selesai kes.

Jadi Negara tidak perlu ada undang-undang kalau kes Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) boleh diselesaikan jika keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang diperolehi oleh syarikat milik mereka.

Ketika menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kesal dengan sikap menteri yang menjaga soal perundangan itu yang “menolak undang-undang”.

“Semata-mata kerana hendak menyelamatkan rakannya di dalam Umno, menteri yang jaga soal undang-undang tolak undang-undang.

“Itu terlalu dahsyat dan melampau,”katanya.

Mahfuz mengingatkan, jika perkara tersebut boleh diselesaikan sedemikian rupa, tidak perlulah ada undang-undang di negara ini.

“Kalau begitu, tak perlu tangkap dan dakwa pencuri. Jika diketahui seseorang itu mencuri, suruh sahaja dia bayar balik, tak kiralah RM250 juta atau berapa sekalipun.

“Sebab itulah saya kata menteri undang-undang sendiri yang tolak dan hendak hapuskan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat cadangan Nazri yang mengetepikan undang-undang itu merupakan percubaan yang sangat lucu untuk menyelamatkan kerajaan dari dipertanggungjawabkan kerana dilihat tidak mengikut peraturan kewangan ketika memberikan wang RM250 juta kepada keluarga Ketua Wanita Umno itu.

Mahfuz sebelum ini berkali-kali menekankan bahawa kerajaan Umnolah pihak yang paling bertanggungjawab dalam isu pemberian dana kepada syarikat keluarga Shahrizat yang mengendalikan projek NFC itu.

“Walaupun syarikat keluarga Shahrizat didakwa dan dilihat tidak menggunakan pinjaman tersebut dengan betul, tetapi kerajaan Umnolah yang lebih bersalah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang diberikan kepada syarikat keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” Sinar Harian memetik Nazri berkata.

Sunday, February 5, 2012

Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan Tebaik

Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.

Sebagaimana yang kita yakin, Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam. Baginda mengajar kita segala ajaran agama. Nabi meminta kita sebagai umatnya agar terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

"Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21)".

Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi dan baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untyuk semua umat manusia. Namun sekarang Nabi telah meninggalkan kita sudah lebih 1400 tahun. Sekarang yang ada adalah sunnahnya. Justeru Nabi tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah.

Selain itu Nabi juga meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Apa yang penting, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi ikutan bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

Justeru Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Sementara As-Sunnah pula adalah apa yang dicontohkan oleh Nabi untuk kita semua ikuti. Kerana Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.

Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh. Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW.

Lebib-lebih lagi bagi pemimpin dan perjuang Islam, kita kena mengaku bahawa contoh kepimpinan kita ialah Nabi Muhammad SAW. Justeru atas sebab mencontohi Nabi, kita hendaklah melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam dan mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.

Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah kali ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.

Wednesday, February 1, 2012

BR1M@BRM1M


Rakyat Miskin Berjemur di Tengah Panas Untuk Menerima Kembali Wang dari Hasil Titik Peluh nya


Tetiba malam kelmarin berita perdana katakan itu "wang rakyat untuk rakyat' pula. Agak nya mereka ni baru tersedar dari kebodohan nya. Sekarang mereka baru sedar selama ni mereka dah kebas wang rakyat dan apabila dah nazak baru teringat nak pulangkan balik kepada rakyat.

blogger templates | Make Money Online