SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.
Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.
Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.
Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi
Friday, September 16, 2011
Replika Teluk San Francisco dari pencungkil gigi
Posted by fuadhashim at 2:44 PM 0 comments
Selamat Hari Malaysia
Selamat hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan disambut serentak pada hari ini menjadikan hari Malaysia begitu meriah. Melalui kaca televisyen tadi meriahnya sehinggakan pisang dan keledek diarak bersama. Kenapa begitu meriah, kerana Anwar lebih cerdik dari Najib. Juga kerana ia juga ada kaitannya dengan pilihanraya.
Kerana cerdiknya Anwar dari Najib, kita mendapat cuti pada 16 September, hanya bermula pada 2010. Sebelum ini hanya Sabah dan Sarawak yang bercuti dan hari Malaysia seolah-olah sepi setiap tahun. Namun kerana Anwar yang riuhkan tarikh 16 September, Sabah dan Sarawak, barulah ia diberi perhatian, malah Naib Presiden UMNO pun terpaksa diberikan kepada Sabah. Sebelum ini Sabah dan Sarawak diremehkan!! Ditakdirkan Najib hanya sebagai peniru!!
Posted by fuadhashim at 2:36 PM 0 comments
Wednesday, September 14, 2011
Puasa Enam
Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T ke muka bumi ini.
Baginda S.A.W bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah S.W.T kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam dirinya).
Ini kerana Baginda S.A.W bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah S.W.T (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh Baginda S.A.W, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, Baginda S.A.W sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah S.W.T berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah S.W.T.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, Baginda S.A.W mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadhan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadhan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." - Hadith Riwayat Muslim dan Imam Ahmad.
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi S.A.W terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefardhuan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi S.A.W kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu solat hingga bermohon ke hadrat Allah S.W.T agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardhu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami redha dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap Baginda Rasulullah S.A.W?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, Baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah S.W.T.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
Benarkah kita mengingati Nabi S.A.W ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyinggung peribadi atau ajaran Baginda S.A.W.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad S.A.W ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapat syafaat (recommend) Baginda S.A.W pada hari kiamat sedang Baginda S.A.W sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah S.W.T?
Tepuk dada tanda iman!
-ibnumustafa-
Posted by fuadhashim at 2:00 PM 0 comments