Wednesday, May 25, 2011

Berapa lama lagi kita diperbodohkan oleh ...!!!


Ketika kerajaan Umno-Barisan Nasional ghairah untuk menaikkan harga minyak, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.Di sebalik penurunan itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilapor akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.Minggu lepas, rakyat Malaysia menerima berita gembira kenaikan harga barangan; sekilo gula pasir RM2.30, sementara seliter minyak petrol RON97 RM2.70.

Bagi RON97, ia kenaikan kali ketujuh sejak diapung mengikut pasaran semasa. Dalam keadaan harga minyak dunia turun, hujah mengikut apungan pasaran tidak lagi digunakan pemerintah sebaliknya biasalah hujah "berbanding negara jiran harga minyak kita lebih murah," terus dicanang!

Jika Selasa lalu minyak mentah di pasaran Asia jatuh kepada USD101 setong berbanding USD105-USD130 sebelumnya, apakah hujah pengapungan harga itu boleh lagi diterima rakyat? Jika itulah hujah yang dipaksakan, rakyat bukan lagi bodoh!

Bagi gula pasir pula, kenaikan harga dilogikkan boleh membantu rakyat berjimat dan baik untuk kesihatan! Jika inilah mentaliti Kerajaan menghujahkan rasional di sebalik kenaikan yang dipaksakan itu, sebenarnya Kerajaan pimpinan Umno-BN silap. Kerajaan diingatkan bahawa rakyat sudah mampu mempersoalkan, kenapa rakyat perlu dimangsakan dengan mengurangkan subsidi tetapi kenapa tidak kepada syarikat-syarikat kroni Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Terbaru, faktanya kerajaan menarik subsidi gula berjumlah RM116 juta, tetapi terus mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada IPP; YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen, sekadar menyebut beberapa contoh. Persoalannya, kenapa subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP tidak ditarik?

Sedarkah mereka bahawa kenaikan harga minyak akan mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan dan barangan keperluan harian kepada rakyat terbanyak? Jika keperitan hidup rakyat diabaikan, maknanya pemerintah hari ini sudah hilang rasa kepedulian terhadap kesulitan hidup rakyat. Yakinlah, Kerajaan pimpinan Umno-BN pasti akan dihukum dan akan tersungkur dalam PRU-13 nanti.

Melalui tinjauan rambang, rakyat yang ditemui berbelanja di gerai, kedai runcit, pasar tani, pasar basah secara terbuka menzahirkan kecewa mereka dan mengecam tindakan kerajaan menaikkan harga barangan perlu. Sejarah tercatat di mana banyak Kerajaan tumbang kerana gagal mengurus ekonomi negara dengan baik.

Kehidupan rakyat akan lebih terbeban bila mana Kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Alasan GST mengimbangi penurunan cukai pendapatan kepada kelompok pembayar cukai pendapatan negara adalah suatu ilusi kerana ia melibatkan 10% penduduk negara yang berpendapatan tinggi. Sedangkan GST meliputi semua jenis barangan dan perkhidmatan dan membabitkan seluruh rakyat termasuk mereka yang tidak bekerja.

Alasan Kerajaan bahawa GST juga dikenakan kepada rakyat di negara-negara lain yang maju seperti Singapura tidak boleh diterima kerana skala penduduk mereka yang berpendapatan tinggi adalah jauh lebih besar berbanding Malaysia.
Posted by KedahLaNie at 3:25 PM

Sunday, May 22, 2011

Program "Juara Rakyat" dari BN ?


Umno memperkenalkan program Juara Rakyat awal tahun lalu dan telah diadakan secara di seluruh negara.UMNO serba serbi JUARA,juara rasuah,juara pencekik duit rakyat,juara pembaziran,juara barang naik,juara penipu….baik kate serba serbi juara membebankan n menyusahkan rakyat la….

Umno mengaku bahawa mereka adalah 'juara rakyat' sejurus selepas menaikkan harga gula hingga ke tahap RM2.30 sekilo. Tetapi sedarkah penyokong-penyokong UMNO semua betapa hakikatnya sebelum UMNO memperkenalkan diri sebagai 'juara rakyat', harga gula baru sekitar RM1.45 sekilo?

Sebelum UMNO disebut sebagai 'juara rakyat', Harga petrol RON97 adalah sekitar RM1.90 seliter berbanding selepas 'juara rakyat' ini merompak di siang hari menjadikan harga petrol RON97 milik rakyat setinggi RM2.90 seliter. Harga RON97 ini juga akan meningkat setiap awal bulan dan dijangka menjecah angka sasaran RM3.60 seliter. Masihkah buta mata hatimu wahai penyokong UMNO?

'Juara rakyat' versi retorik bukan sahaja merompak hasil khazanah bangsa, tetapi juga mencuri keamanan yang ada pada hari ini apabila tergamak membiarkan lidah rasminya mengundang huru-hara dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi" yang bermaksud, kristian cuba mengambil alih agama rasmi negara. Sedangkan, berita tersebut adalah fitnah semata-mata sehingga sumber yang dipetik oleh lidah rasmi 'juara rakyat' ini telah memadam entry fitnahnya.

Mereka cerita soal perpaduan, mereka canang soal kesepakatan antara kaum, mereka berdendang soal persefahaman antara agama. Tetapi dalam period yang sama, mereka bakar sentimen perkauman dengan membuli kaum minoriti, jangan kita lupa bagaimana mereka menghina penganut agama hindu dengan memijak kepala lembu di hadapan SUK Selangor dalam isu kuil di Shah Alam. Penganut kristian juga jadi terancam apabila difitnah kononnya ingin menukar agama rasmi sedangkan ia bukan agenda penganut agama minoriti dalam negara.

Perlu diingat, sekiranya berlaku huru-hara, siapakah yang bakal mendapat manfaat paling besar jika bukan mereka-mereka yang terdesak mempertahankan kuasa. Apalagi dalam keadaan kuasa di tangan mereka. Maka menamakan UMNO sebagai 'juara rakyat' adalah satu penjenamaan yang retorik dari faktor kestabilan ekonomi untuk rakyat mahupun faktor keselamatan dan keamanan untuk rakyat sepertimana yang dicanang 1Malaysia.

Hadirnya 'juara rakyat' versi retorik ini untuk mengelabui mata rakyat kebanyakkan bukan sahaja demi mempertahankan tembolok yang membolehkan golongan bangsawan UMNO memperolehi harta berjuta, tetapi juga demi menyelamatkan diri masing-masing daripada di heret ke dalam kancah keadilan mahkamah sebenar. Pertempuran sengit PRU13 pastinya mengundang pelbagai tipu helah dan silap mata termasuklah projek tipu rakyat berbentuk retorikal 'juara rakyat'.

Semoga rakyat kebanyakkan sedar apa wayang yang cuba ditayangkan demi meraih simpati undi dalam pilihanraya yang mendatang. UMNO 'juara rakyat' adalah jelas sebuah retorik ! Ini hakikat sebenar yang perlu disampaikan kepada semua rakyat agar mereka celik dan tidak tidur lagi dalam menjalankan tanggungjawab menghumban UMNO dan Barisan Nasional ke dalam muzium sejarah.

Pertahankan hak anda sebagai rakyat, raikan demokrasi dan pilihlah menifesto yang menawarkan sebuah kerajaan rakyat, bukan retorik 'juara rakyat' semata-mata!


EDYES @ edyesdotcom
Juara Rakyat myAss

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

blogger templates | Make Money Online