Saturday, April 30, 2011

FIRST LADY OF MALAYSIA adalah Raja Permaisuri Agong



Wedding of the Year - Putera William Britain tidak MENGIKTIRAF Rosmah Mansor sebagai First Lady of Malaysia sebaliknya mengiktiraf Raja Permaisuri Agong sebagai FIRST LADY OF MALAYSIA.

Tengok gambar diatas, Raja Permaisuri Agong yang di jemput ke Majlis Pra Perkahwinan yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental London pada 28 April 2011.

Saturday, April 16, 2011

Lawak Sabtu-MY BLACKBERRY IS NOT WORKING! - superb funny

Saturday, April 2, 2011

Naik Lagi ke Minyak !!..


NAIK LAGI!!Apa salahnya RON95 naik harga? Adakah majoriti orang Melayu akan marah? Tak. Majoriti orang Melayu akan tetap undi Umno Barisan Nasional (BN). Adakah majoriti orang-orang India akan marah? Tak. Majoriti orang India akan tetap undi Umno BN. Tak kisahlah. Adakah majoriti orang-orang Sabah akan marah? Tak. Majoriti orang Sabah akan tetap undi Umno BN. Adakah majoriti orang-orang Sarawak akan marah? Tak. Majoriti orang Sarawak akan tetap undi Umno BN.

Kalau gitu, kenapa menteri tu takut sangat nak mengaku RON95 akan naik harga? Atau, barangkali menteri tu tak tau bahawa ramai rakyat yang sudah terasa bahang kenaikan harga barang terutama barang makanan. Khabarnya, gula dan susu akan naik harga Mac ini. Mungkin juga tepung. Khabarnya., apa salahnya gula, susu dan tepung naik harga? Para menteri dah ada hujah bagus. "Gula, susu, tepung tak elok makan banyak-banyak. Mudarat kepada kesihatan. Kalau harga naik, kita akan kurang makan gula, susu, tepung. Kesihatan kita akan bertambah baik". Insya Allah, majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan sokong penuh cakap menteri-menteri.

Apa salahnya harga minyak, barang makan dan barang-barang lain naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan undi tetap BN. Kerajaan Umno BN tidak akan jatuh. Yang mungkin jatuh ialah pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor yang dibantu Datuk Seri Najib Tun Razak kalau Umno BN tak dapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.

Ah, apa salahnya semua barang naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak semuanya banyak duit.

Hello, Umno BN, naikkanlah harga barang. Insya Allah, hampa akan tetap menang.

KUALA LUMPUR, Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam tadi, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini(1hb April) kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

Sumber:Malaysia Insider

blogger templates | Make Money Online