Saturday, November 29, 2008

Cuti sekolah @ majlis kenduri kahwin.


Cuti sekolah telah pun bermula dan saban setiap hujung minggu ada saja jemputan perkahwinan yang diundang baik dari rakan taulan maupun dari sanak saudara dipihak lelaki dan isteri.Memang senonim cuti sekolah dengan majlis kenduri kahwin ini.

Untuk memastikan majlis yang bakal dilangsungkan akan berjalan seperti yang dirancangkan, persiapan seelok-eloknya dilakukan seawal yang mungkin. Sebaik sahaja cincin tunang disarung di jari manis, bakal pengantin bolehlah mula merancang persiapan yang perlu untuk majlis perkahwinan yang bakal menyusul kelak. Senaraikan segala barang keperluan dan perkhidmatan yang bakal diperlukan pada hari bahagia itu nanti.

Tugas ini perlulah dilakukan dengan teliti. Tidak perlu rasa silu bertanya kepada mereka yang telah melaluinya sekiranya terasa sukar untuk membuat keputusan tentang bentuk persiapan yang diperlukan. Dalam masa yang sama mereka boleh juga melihat pelbagai contoh persiapan yang sering dipaparkan di dada-dada majalah yang mengupas dengan lebih mendalam mengenai topik ini. Dengan cara ini, sedikit sebanyak akan dapat membantu bakal pengantin untuk melakukan persiapan untuk hari bahagia yang mungkin hadir hanya sekali dalam hidupnya.

Pembuka bicara sebelum sesuatu majlis persandingan dilangsungkan tidak lain dan tidak bukan ialah pemilihan tarikh yang paling sesuai untuk kedua-dua mempelai disatukan. Pemilihan tarikh ini penting untuk memastikan saudara-mara dan sahabat handai dapat bersama - sama meraikan dan memeriahkan hari bahagia yang akan dilangsungkan. Apabila tarikh sudah ditetapkan, barulah persiapan seterusnya dapat dimulakan. Kepada yang beragama Islam, tempahan jurunikah perlu dibuat seawal mungkin. Hal ini untuk memastikan agar jurunikah dapat menyempurnakan tugasnya mengikut masa yang telah ditentukan bersama.

Dalam pada itu berbincanglah sesama ahli keluarga mengenai persiapan kenduri-kendara pada majlis itu nanti. Kaedah mana yang akan dipilih; memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jikalau ingin menggunakan kaedah katering, pilihlah yang mampu menepati selera ramai dan yang menawarkan harga yang berpatutan. Jangan terburu-buru dalam memilih katerer kerana makanan adalah perkara yang penting untuk majlis selain daripada persandingan pengantin dan kelancaran majlis. Kepada mereka yang memilih untuk memasak secara bergotong-royong untuk menyediakan hidangan pada majlis perkahwinan tersebut, senaraikan jenis masakan yang bakal dimasak agar kos perbelanjaannya dapat dilakukan. Pastikan jumlah makanan yang disediakan itu cukup untuk semua jemputan.
Untuk memudahkan anda memperincikan belanjawan majlis, di sini diperturunkan serba sedikit perkara-perkara yang perlu diambil kira:

1. Kos kenduri - nasi minyak dan lauk pauk, minuman, menu untuk makan berhadap.

2. Belanja penanggar (pembantu-pembantu) termasuk makan, minum dan rokok.

3. Kos khemah dan kerusi meja termasuk alas.

4. Air dan bahan pencuci untuk membasuh pinggan mangkuk.

5. Belanja untuk seni kraftangan seperti dulang hantaran, bunga telur, pelamin, bunga manggar dan sebagainya.

6. Kos penginapan dan pengangkutan - wakil dan rombongan pengantin.

7. Kos kad jemputan dan setem.

8. Kos pasukan kompang atau muzik lain.

9. Kos luar jangkaan.

Selain belanjawan, anda juga perlu mengagih-agihkan tugasan. Tugas memasak, tugas mencuci, menghidang, menyediakan air minuman, membahagi telur pengantin, pelayan meja utama, penyambut tetamu dan banyak lagi. Walaupun nampak remeh, perkara-perkara kecil seperti ini jika tidak disusun dengan teratur mungkin boleh mencacatkan majlis. Carilah orang-orang yang berpengalaman untuk mengetuai setiap bahagian. Jika anda mengadakan majlis di hotel, anda tidak perlu memperincikan tugasan-tugasan ini kerana pihak hotel akan mengendalikan kesemuanya.

Tetamu yang akan dijemput juga perlu disenaraikan agar kad jemputan, hadiah dan makanan yang disediakan untuk mereka mencukupi. Di samping itu pastikan juga tempahan khemah dibuat awal untuk memastikan khemah dapat disediakan pada tarikh yang dikehendaki. Hal ini untuk mengelakkan ketiadaan khemah pada masa tersebut kerana permintaan yang tinggi. Pilihlah khemah yang dilengkapi dengan kipas agar dapat memberi keselesaan kepada tetamu jikalau majlis tersebut diadakan di rumah.

Untuk majlis yang berlangsung di dewan atau di hotel pula, khemah mungkin tidak menjadi persoalan, sebaliknya tempahan meja yang mencukupi harus dilakukan agar kelak tidak timbul sebarang kekalutan akibat ada di antara para jemputan yang tidak mendapat tempat duduk.

Kebelakangan ini, kebanyakan majlis perkahwinan terutamanya di bandar-bandar diadakan secara bufet. Kaedah ini ternyata lebih mudah dikendalikan kerana anda tidak memerlukan ramai pelayan dan kerja-kerja penanggah lebih teratur dan lancar. Namun cara hidangan biasa tetap menjadi pilihan di kebanyakan majlis terutama di kawasan luar bandar kerana ia ternyata lebih meriah.
Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.

Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan.

Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.

Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.

Wednesday, November 26, 2008

How much money do malaysians spend?...versi lagu

.......tak termasuk terkini eurocopter

Tuesday, November 25, 2008

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dbuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

“Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.-

www1.mstar.com.my

***Macam tu kalau dari puak mereka ...Nazri tak akan kena apa-apa,menteri yang sudah terang dan nyata berbohong di parlimen, bahkan kenyataan itu disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia dilepaskan dari hukuman. Sebaliknya Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker itu pula yang digantung! Apa dah jadi dengan parlimen Malaysia.

Monday, November 24, 2008

Mekanisme urus harga minyak minggu depan



Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan bermesyuarat Isnin depan untuk memutuskan satu mekanisme yang lebih stabil dan boleh laksana dalam menentukan harga petrol, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata majlis itu akan membincangkan sama ada untuk menyediakan satu harga terendah atau menetapkan satu sistem apungan terurus, berikutan harga minyak mentah dunia menurun secara perlahan-lahan yang kini jatuh pada AS$50 setong.

“Ini satu keadaan yang tak pernah dijangka, harga minyak mentah turun begitu hebat. Kita akan berbincang mengenai apa hala tuju yang akan diambil.

Adakah kita nak satu kaedah harga lantai atau terus dengan keadaan sekarang, yang mana bila turun, kita turun.

“Kalau letak harga lantai, apakah parasnya, serendah mana atau guna sistem pengapungan secara terurus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Persidangan Ketua Pejabat Hartanah Intelektual Asean di sini hari ini.

Kini harga itu diselaraskan pada setiap dua minggu berdasarkan kepada harga pasaran. Harga pam petrol kini berharga RM2 seliter sementara diesel ialah RM1.90 seliter.

Beliau berkata majlis itu akan mengkaji kebaikan dan keburukan setiap mekanisme itu, dalam aspek yang memanfaatkan bagi keseluruhan, sumbangan kepada semua secara keseluruhan, sumbangan kepada sumber kewangan negara dan mengenai impak membangunkan sumber tenaga alternatif.

“Pada harga sekarang, kerajaan ada sumber kewangan. Kalau kita adakan harga lantai dan harga minyak turun, perbezaannya akan masuk ke dana kerajaan, bukan syarikat minyak, bukan stesen minyak,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Shahrir berkata Rang Undang-undang Perdagangan Saksama, yang kini sedang dirangka dan pada peringkat akhir, akan dibentangkan di Parlimen Jun depan.

Katanya akta itu menggalakkan amalan perniagaan beretika dan sihat di samping menggantikan rejim kawalan harga yang kini digunakan.

Menurutnya akta itu akan juga bertindak terhadap mereka yang mengaut perniagaan monopolistik dan kartel, dan penggerak yang bersekongkol untuk menetapkan harga. - Bernama

*** Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.Bagi aku bila bab turun ni macam macam alasan dicari untuk mengekangnya tapi masa nak naik sanggup berdebat..masa minyak turun, turunkanlah harganya..adoiii tu pun susah sgt!

Saturday, November 22, 2008

8% KWSP - Rakyat Bayar Cukai Lebih Tinggi

Forward to every Malaysian to let them know about our great government!


Assume monthly basic salary is RM4000.
- If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77.
- If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109.
Conclusion : If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer.

Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay.
Obviously this measure does not help the market at all.
Do we still want this kind of government that doesn't have the best interest of the people in mind?

假设 薪水RM4000,

- 选择 EPF 11%也就是RM440,taxable income 是RM3560,所以tax RM77
- 选择 EPF 8%也就是RM320, taxable income 是RM3680,所以tax RM109 "

Wednesday, November 19, 2008

10% Diskaun Tol: Tetap membebankan pengguna

Semalam Menteri Kerjaraya umumkan PLUS berikan diskaun kepada kenderaan kelas 1 diskaun 10% kepada pengguna dari jam 12 tengahmalam - 7 pagi.
Menteri Kerjaraya dalam sidang parlimen lalu pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol dan bukannya pemberian diskaun.Sekarang lain pulak jadinya, walau bagaimanapun penururan ini aku sambut dengan baik. Apa tidak nya saban minggu aku berulang alik dari Ipoh ke Penang bekerja ditambah pulak dengan harga petrol untuk kereta yang perlu disi,jumlah keseluruhan termasuk tol jambatan telah mencuri peratus dalam budget bulanan.Diharap PLUS dan kerajaan dapat berbincang semula dan mengstrukturkan kembali "diskaun" ini kerana dilihat kurang praktikal:
i.Macam lawak je kerana tempoh masa yang diberikan 12.00am -07.00am,Berapa kerat la orang yang memandu dalam time-frame tersebut yang menggunakan lebuh raya selepas 12 tghmalam teruatamanya ketika minggu bekerja.
ii.kerana tempoh masa itu mungkin akan ramai bergegas untuk bergerak malam maka kesanya ramai pemamdu mengantuk dan mengakibatkan kemalangan yang lebih banyak. Kedua kesanya ialah kadar produktif rakyat mungkin berkurang kerana terpaksa mengejar perjalanan lewat malam dan awal pagi.
iii.smart tag & tng... siapa majoriti penggunanya?-mereka-mereka yang berkemampuan dan juga tokey2
iv.Adakah kerajaan sedar bahawa pada waktu itu rakyatnya yang telah letih bekerja disiang hari, mereka mahu berehat dan tidur dimalam hari.

KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun 10 peratus kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE oleh syarikat PLUS Expressways Berhad 18 November lalu tetap membebankan pengguna jalanraya.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Mohd Yahya Mat Sahri, diskaun tersebut tidak realistik memandangkan kebanyakan pengguna jalan raya bergerak pada waktu siang.

Yahya yang juga aktivis masyarakat berkata, harga itu wajar diturunkan lagi ke tahap munasabah sesuai dengan kestabilan mata wang semasa negara dan penurunan harga minyak secara berterusan ketika kini.

Menurutnya, selaku pengguna aktif dilebuhraya, syarikat tersebut seharusnya menyahut seruan penurunan harga barang oleh pemerintah.

“Saya pernah mengemukakan cadangan ini kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan (FOMCA) agar penurunan harga minyak harus diikuti dengan penurunan harga barang serta Tol”. Katanya.

“Sekiranya gedung membeli-belah boleh memberikan harga runtuh untuk faedah rakyat, mengapa tidak Plus?”. Katanya yang pernah menyuarakan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Selasa lalu, syarikat PLUS Expressways Berhad turut memberi rebet 5 peratus untuk pengguna yang menumpul bayaran minima RM200 setiap bulan dan terhad untuk pengguna Touch N’ Go dan Smart Tag.

p/s kalu kat negara maju macam US tak timbul masalah nak kena bagi diskaun guna lebuh raya sbb hampir kesemua lebuh raya2 tidak dikenakan tol tak mcm kita kat msia, gerak sikit tol, sana tol, sini tol espasially kl, memang sial betul. kat negara siam jiran kita pun tak payah bayar tol kalu ada pun , mungkin kat bankok. memangla highway kita tu cantik tapi kalu semuanya nak makankedarah duit rakyat tak payah cantik2 asalkan keadaan selamt dan pengguna buleh sampai ke destinasi masing2. ada ka patut dr bukit kayu hitam sampai jb depa dok kutip duit siang malam bertahun-tahun tak paham betul mcm mana kerajaan buat agreement dgn pemegang2 konsesi tak kan agreement depa selagi ada bulan dan bintang

Minyak...turun sekadar 15 sen je...



Minyak...oh minyak, Bila lagi nak balik ke harga asalnya sejak kenaikan yang mencanak 78sen sedangkan harga minyak mentah dipasaran dunia sekarang dibawah harga pada saat kenaikan harga 5 June dulu.Berita hari ini pulak cerita yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Majlis Ekonomi Negara akan membincangkan kemungkinan memperkenalkan harga lantai atau harga had minimum bahan api yang boleh diturunkan.Tak boleh ke rakyat menikmati harga minyak ikut seperti harga minyak mentah dipasaran dunia seperti yang diwar-warkan dulu semasa pengumuman kenaikan harga minyak dulu.Ini ape ke hei nye ni yob?...Mula2 dulu dia kata kalu harga minyak dunia turun ke paras USD80 setong...gomen boleh turunkan harga petrol ke harga asal (RM1.92 per liter). Bila betul2 turun ke paras tu...hampeh..Dah tu nak perkenal petrol tax atas jumlah kegunaaan menggantikan subsidi kat petrol pum.

Nampak sangat kerajaan UMNO nak menipu rakyat Kalau dah cakap sebelum ni harga minyak domestik dipengaruhi oleh harga minyak pasaran dunia. Tiba-tiba sekarang nak perkenalkan harga lantai, harga syiling, harga dinding, harga ape kebende nyerlah lagi. Apa perlunya harga lantai atau harga minimum ni?? Nak tipu rakyat kah?? Nak nafikan hak rakyat Malaysia membeli petrol dengan harga yang lebih murah kah?? Atau memang trend dan kaedah UMNO dan konco-konco hapraknya menggodam dan mengambil hak rakyat secara sah yang kejam. Kita fikirkan bagaimana nak jatuhkan UMNo ni dengan BN. Biarlah PR pulak memerintah supaya rakyat tidak ditindas sebegini rupa lagi.

PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali kelima, harga minyak turun lagi mulai esok.

Harga petrol RON 97, RON92 dan diesel turun sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam ini.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Jelasnya, kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

"Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Ia merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata, ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.

Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.

blogger templates | Make Money Online