Saturday, January 17, 2009

Seagate To Slash Head Count, Cut Salaries

By Joseph F. Kovar, ChannelWeb
5:59 PM EST Wed. Jan. 14, 2009
Seagate is stepping up cost-control measures, including new layoffs and executive pay cuts, in the wake of the economic downturn.

The new measures, detailed in an SEC filing on Wednesday, go beyond the measures the hard drive vendor announced just two days ago.

Seagate on Wednesday said it is reducing worldwide head count by about 2,950 employees, or about 6 percent of its global workforce. This number includes the planned cut of about 10 percent of its U.S.-based workforce the company unveiled on Monday. No additional cuts in the U.S. workforce were announced in the Wednesday filing.

The cuts are expected to save the storage vendor about $130 million annually, Seagate said in its filing.

Seagate is also planning to reduce the salaries of many of its employees.

This includes a 25 percent salary cut for its CEO, other executive officers and executive vice presidents; a 20-percent cut for senior vice presidents; a 15-percent cut for vice presidents; and a 10-percent cut for management, sales reps, supervisors and professional employees.

The salary cuts are expected to save the company about $80 million annually, Seagate said.

The moves are the third major action taken by Seagate to control costs in the face of an economic downturn and a slowdown in PC sales, which are impacting its sales of hard drives.

On Monday, in addition to the cut in U.S. head count, Seagate also shook up its executive lineup with the planned departure of its CEO and the abrupt resignation of its president and COO, leaving the chairman, president and CEO functions all in the hands of longtime Seagate veteran Stephen Luczo.

In December, Seagate slashed its revenue and operating result expectations for the quarter and mandated unpaid furloughs for much of its staff during the holidays as a cost-cutting measure.

The moves correspond to a slowdown in the hard drive industry.

Analyst firm iSuppli said in December that a global slowdown in the demand for PCs and other electronic products means that global shipments of hard drives will be flat at best, and could actually decline during the fourth quarter of 2008, compared to the third quarter.

ISuppli's more optimistic and more likely forecast calls for global hard drive shipments of 157.5 million units, essentially flat with the 158.3 million shipped in the third quarter, meaning that total 2008 shipments would be up about 15 percent compared to 2007.

In its pessimistic forecast, iSuppli said fourth-quarter shipments could be as low as 149.4 million units, about 10 percent less than originally forecast in September. Meanwhile, average selling prices will continue to fall, putting a drag on overall vendor revenues, iSuppli said.

ISuppli also said that 2009 hard drive shipments could grow as high as 6.8 percent or as low as 4.3 percent over 2008, and that growth would be fueled by demand from notebook PC and server markets.

Friday, January 16, 2009

KETAM OOH... KETAM

Alkisah,
Diceritakan suatu masa dahulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Maka dia pergilah ke pasar gerai ketam kepunyaan saorang Cina.

Melayu : Apek! Itu ketam ada ka?
Cina : Ada…ma…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aiyo! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu mana ketam cina?

Cina : Itu sana dalam bekas ada tutup aaa…ketam cina, itu bekas tak ada tutup punya…ketam melayu laa…
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia satu sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita
ketam Melayu dengan ketam cina
Hakikatnya, jika orang Cina
berniaga, Cina lain tidak akan kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina yang sudah berjaya tu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga sepertinya.
Berbanding kalau orang kita, bila ada seorang Melayu nak berjaya, mulalah Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik.

Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, akhirnya sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenarnya sekarang ini.
Oleh sebab itulah Melayu tak maju. Banyak lagi yang bersifat PHD….

Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena ’spoon feed’. Mesti tunjuk usaha (effort) yang betul.

The Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah.
Bak kata Karam Singh Walia …‘Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai ‘

Ketam masak lomak ciliapi paling sodap. WoW!

Friday, January 9, 2009

Singkir Parti Pengkhianat

UMNO telah mengkhianati orang Melayu. Mereka melancarkan DEB kononnya untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Apa yang berlaku selepas DEB tamat? Penguasaan ekonomi orang Melayu hanya 18%, berbanding dengan orang Cina 40%. Bukan setakat itu. Orang Melayu menjadi juara dalam kategori berpendapatan di bawah RM1,000.00 sebulan. Rakyat Terengganu termasuk dalam kumpulan ke-2 termiskin di Malaysia.

Perbuatan khianat yang lain ialah memperkosa bahasa Melayu melalui pelaksanaan PPSMI. Rakyat tahu bahawa murid-murid aliran sains yang mengambil SPM lebih banyak belajar dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Malaysia. Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Malaysia ialah bahasa Malaysia, Agama Islam, Sejarah = 33.3% walaupun Wee Ka Siong kata di parlimen penggunaan bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya 40%. Janganlah terus-terusan membohongi rakyat. Akhirnya mereka akan tahu juga.

Ketaksuban UMNO terhadap bahasa Inggeris telah melemahkan penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan pemimpin-pemimpin mereka.

KATA NAJIB

"Jangan berlagak ... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat. Itulah anak kunci kepada kejayaan BN."

Saya yakin Najib tidak faham sepatah pun perkataan yang diucapkannya dan tidak sedar bahawa segala kata yang diucapkannya itu membuka pekung di dada dan memakan diri sendiri.

SOALAN DAN ULASAN SAYA

1. Mengapa Najib menyebut ungkapan "jangan berlagak".

Mengikut fahaman dan pemerhatian saya, orang UMNO memang suka berlagak. Calonnya dalam PRK Kuala Terengganu memiliki ciri-ciri elitis. Rakyat tak suka. Ini bermakna, secara tersirat Najib mengakui bahawa orang UMNO gemar berlagak. Jika mereka mempamerkan imej rendah diri, itu hanyalah lakonan, tidak lebih daripada itu. Usah terpikat dengan lakonan itu.

2. Mengapa Najib menyebut ungkapan "naik kereta mewah"?

Naik kereta mewah merupakan lambang kekayaan. Pemimpin UMNO memang kaya raya. Kekayaan itu diperoleh melalui jalan rasuah. Mereka tidak mampu pakai kereta mewah jika mengharapkan elaun ADUN/MP yang tidak seberapa. Pada fikiran Najib, rakyat akan terima UMNO jika pemimpinnya datang menemui pengundi PRK Kuala Terengganu naik kereta Proton Wira atau motosikal Honda Cup. Go to hell. Usahlah terus berpura-pura.

3. Tahukah Najib prinsip hamba kepada rakyat?

Najib hanya pandai sebut sahaja. Prinsipnya ialah rakyat jadi tuan. ADUN/MP ialah hamba. Adakah prinsip ini dilaksanakan? Tidak. Hamba wajib menuruti suruhan tuannya. Adakah rakyat Terengganu menyuruh UMNO menganjurkan Monsoon Cup? Adakah rakyat Terengganu menyuruh UMNO membina TTI? Adakah rakyat Terengganu menyuruh UMNO membina Masjid Kristal? Tidak sama sekali. Oleh itu, bagaimana kedudukannya? UMNO sengaja mengada-ngada. Mereka melaksanakan projek-perojek membazir itu untuk bermegah-megah dan memenuhkan poket sendiri dengan komisen dan berbagai-bagai lagi.

Apa yang dikehendaki oleh rakyat Terengganu?

Mereka perlukan bantuan untuk lari daripada kemiskinan. Mereka tidak mahu terus-terusan menghuni tangga ke-2 termiskin di Malaysia. Mereka tidak dapat lari daripada kemiskinan jika bajet membasmi kemiskinan kerajaan negeri hanya RM300 juta. Suruhan ini tidak dibuat. Ini menunjukkan bahawa hamba telah menentang tuannya.

UMNO tidak sedar padah mereka berbuat begitu. Yang ramai jumlahnya ialah tuan, bukan hamba. Oleh sebab itu, hamba yang berlagak dan tidak sedar diri akan menerima balasannya.

Pengundi-pengundi PRK Kuala Terengganu!!!

Setelah anda tahu letak duduknya perkara ini, janganlah berlengah lagi. Ajar parti pengkhianat ini dengan segera.

Jangan beri undi anda kepada mereka demi maruah anda sebagai tuan. Mereka yang memberi status itu kepada anda. Anda tidak pernah minta. Walau bagaimanapun, itulah hakikatnya.

Biarlah mereka merayu atau melutut kepada anda. Itu hanya lakonan. Berlakon baik setelah mengaut duit rakyat tanpa rasa puas.

UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! ALLAHU AKBAR!!!

Sumber :Ruhan/tranungkite

Jangan Bersubahat Membunuh Saudara Kita



Tidak mati kalau tidak makan Starbucks. Harga mahal mengalahkan harga kain kapan

Tidak kebulur kalau tidak minum Coca-Cola. Tidak baik untuk kesihatan.
Tidak kuning gigi kita tanpa Colgate. Banyak lagi ubat gigi jenama lain.
Mahukah kita bersubahat membunuh saudara-saudara kita di seluruh dunia? Kita Boikot! Biar mereka muflis sehingga tidak mampu membeli sebutir peluru pun.
Rujuk PPIM dan Ummi Anni.

PPSMI makin merosakkan hapuskan segera~Malaysiakini

PPSMI makin merosakkan hapuskan segera!
Salmiyah Harun
Fri | Jan 09, 09 | 7:03:47 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Jan (Hrkh) - "Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga tahun depan untuk memutuskan sama ada PPSMI itu diteruskan atau tidak.

"Seharusnya kerajaan menghapuskan segera dasar itu kerana ianya jelas satu dasar yang salah," demikian penjelasan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr Hassan Ahmad.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kajian itu tidak perlu ditangguh dari setahun ke setahun kerana dasar itu sudah banyak mengundang 'kerosakan'.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan nama Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu (Selamat) itu perlu diubah kepada Sekretariat Hapuskan PPSMI.

Beliau juga akan memastikan himpunan 100,000 rakyat untuk Hapuskan PPSMI berjalan secepat mungkin bukan sebagaimana didakwa akan dilakukan hujung tahun ini.

"Ada beberapa perkara yang hendak dipersiapkan dan akan diketahui dalam beberapa hari lagi, hendak buat perhimpunan dengan segera," katanya.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana sekretariat ini baru ditubuhkan ianya perlu sedikit masa bagi menyelaraskan termasuklah perjalanan perhimpunan itu nanti.

"Ini termasuklah dari segi organisasi dan di mana himpunan itu akan diadakan," katanya.

Dalam pada itu Sekretariat Himpunan Hapuskan PPSMI sedang berusaha mengumpul NGO dan parti politik yang akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Karyawan menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Hassan berpandangan sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkan pemilihan agung parti itu hanya tinggal dua bulan lagi.

Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kebanyakan pemimpin Umno dan ahli-ahlinya lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar parti-parti pembangkang lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau KeADILan bersuara, kuat," katanya.

Semalam, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan dengan membuat kajian teliti serta pertimbangan mendalam terhadap perkara itu.

Oleh itu, kerajaan akan menunggu sehingga tahun depan untuk menentukan sama ada keputusan pelaksanaan dasar PPSMI diteruskan atau tidak. - mks. _

Saturday, January 3, 2009

Akhirnya kau pergi jua 2008

Media cetak dan media elektronik begitu sibuk mengira detik dan saat berakhirnya tahun 2008 . 2008 meninggalkana begitu banyak kenangan pahit, manis, pilu, dukacita dan sebagainya. Begitulah apa yang penulis dengar dan lihat tv menjelangnya detik 12 malam menjelang tahun baru.Antara yang hadir termasuklah Perdana Menteri dan isterinya, serta beberapa orang penggiat seni dan kebudayaan sepeerti M.Nasir. Nampak begitu meriah sekali mereka menungggu detik 12 malam untuk meyambut kedatangan tahun 2009 di Dataran Merdeka itu. Mengapa sambutan itu begitu meriah sekali? Apakah tahun 2009 itu perlu kita sambut sedemikian rupa? Irama muzik pop rock dan sebagainya serta pergaulan bebas lelaki wanita yang menimbulkan bermacam kecurigaan? Inilah cara saban tahun BN-UMNO menyambut Tahun Baru masehi

Begitulah sifat masa yang terus berlalu tanpa kembali. Amat rugi dan malang bagi sesiapa yang membiarkan masa yang berlalu tanpa diisi. Amat-amat rugilah bagi mereka yang hanya menyibukkan diri untuk urusan dunia tapi membiarkan masa untuk akhirat kosong tidak terisi apa-apa. Amat paling merugikan bagi mereka yang membiarkan masa berlalu tanpa terisi dengan perkara keduniaan mahupun keakhiratan.

1429H dan 2008M menyaksikan begitu banyak perubahan dalam agenda politik Islam dan Masyarakat Malaysia. Kalau sebelum ini, Masyarakat Malaysia dimomokkan dengan ideology hanya BN boleh memerintah. Kini suasana semakin berubah. Keyakinan terhadap PAKATAN RAKYAT semakin meningkat. Rakyat Malaysia sudah tidak bodoh untuk membezakan antara intan dan permata.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi melawat blog ini. Selamat tinggal 1429H dan 2008M

Akhir tahun dan menjelma tahun baru @1430H/2009

Hampir 3 minggu blog aku x diupdate. Sibuk yang melampau.Maaf buat penjenguk. Bermula dengan laptop aku yang buat hal,diserang virus, firefox mozila cannot access hinga ke ari nie,sibuk dengan hal persekolahan anak sulung aku bagi penempatan belajar.Malang bagi nya walaupun cemerlang dalam UPSR api tidak mendapat tawaran belajar kesekolah asrama penuh.Mana kan tidak ramai sangat yang mendapat 5A dalam periksa tempoh hari.Bila check on line, namanya tidak tersenarai.Harapan ku semoga berjaya dalam e-rayuan bagi memenuhi harapan ku menyingkap zaman lampau dulu yang kecewa juga untuk belajar ke asrama penuh.Bukan apa keselesaan belajar dengan teratur juga peransang motivasi untuk adik-adiknya.
Minggu lalu adik ipar bertunang,persiapan majlis kenduri dan diikuti mak mertua pulak masuk hospital dan operation disebabkan penyakit kencing manisnya.Saban hari berulang kehospital menemani isteriku memberi layanan dan menjaganya.Itulah ketentuan Ilahi ,sesiapa pun tak menduganya.

blogger templates | Make Money Online