Wednesday, December 17, 2008

Isu Beli Kereta Camry Ganti Perdana V6 Di Perak


Isu Beli Kereta Camry Ganti Perdana V6 Di Perak, Presiden PPPM Wajar Celikkan Mata !

KUANTAN - Kami amat tertarik dengan satu kenyataan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang menyifatkan kerajaan Perak sebagai ‘mengkhianati’ negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri. “Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan,” katanya.

Mohd. Firdaus berkata, pemimpin kerajaan di Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan. “Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan,” katanya.

Terkadang lucu juga bila mendengar pandangan presiden PPPM ini, nampaknya bukan main bergaya beliau menuding jari kepada negeri Perak. Kononnya mereka itu adalah jaguh untuk mempertahankan negara. Hingga menganggap kerajaan Perak sebagai “pengkhianat” kerana menggunakan kereta buatan luar itu.

Bila difikirkan balik, ternyata begitu lemah dan dangkalnya mentaliti puak-puak ini. Apa yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat semua tidak kena bagi mereka. Walhal, niat kerajaan negeri Perak itu adalah ikhlas untuk mengurangkan belanja penyelengaraan yang terlalu tinggi melibatkan kereta Proton Perdana V6.

Soalnya disini, kenapa kereta buatan tempatan kos penyelengaraannya terlalu tinggi berbanding kereta luar?. Maka itu, salahkah kerajaan Perak yang cuba untuk berjimat cermat dan tidak membazirkan wang rakyat?. Jika Presiden PPPM mengatakann kerajaan Perak khianat, maka bagaimana pula dengan Kerajaan Pahang, Trengganu, Johor dan lain-lain negeri BN yang turut menggunakan kereta luar.

Malah di Trengganu sendiri kecoh baru-baru ini berhubung dengan isu kereta rasmi. Bahkan kerajaan Trengganu lagi hebat terus membeli kereta dari buatan Jerman berbanding Kerajaan Perak yang membeli kereta dari buatan Jepun. Sekurang-kurangnya “dasar pandang ke timur” yang dicipta oleh mantan PM Mahathir itu masih lagi diamalkan.

Maka, kenapa Presiden PPPM tidak menegur dan mengkritik kerajaan Trengganu baru-baru ini? Walhal, negeri itu adalah berjiran dengan Pahang. Apakah kerana negeri itu dipimpin UMNO dan BN maka beliau tidak berani menegur. Perak negeri pembangkang, maka itu ditegur. Mudah benar prinsip perjuangan PPPM, jika begitu adanya!

Bahkan kami melihat kerajaan Pahang sendiri pun ramai exco dann ADUN yang tidak gemar menggunakan kenderaan buatan Malaysia itu. Apakah mereka juga boleh digelar “pengkhianat”?. Justeru itu, kami sarankan kepada Presiden PPPM, Mohd Firdaus Abdullah agar “berpijak di bumi yang nyata”.

Tengok dulu tempat sendiri atau yang dekat dengan kita sebelum melihat nun jauh disana. inilah yang dikatakan “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak”. Semoga PPPM tidak lagi “berkokok” selepas ini.

Eloklah Presiden PPPM menegur kerajaan Pahang yang ternyata kini yang gagal menguruskan ekonomi dengan baik sejak sekian lamanya. Arahkan dulu pemimpin UMNO Pahang guna kenderaan buatan Malaysia sebelum memberi pandangan yang jauh seperti itu.

http://pahangdaily.blogspot.com

Perkahwinan Dalam Islam


Kesinambungan dari artikel saya yang terdahulu mengenai cuti sekolah dengan majlis kenduri kahwin.Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak
memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat.

Haram kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak
berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah perkahwinan

1. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
2. Memelihara kesucian diri
3. Melaksanakan tuntutan syariat
4. Menjaga keturunan
5. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
6. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
7. Dapat mengeratkan silaturahim

Dalil pensyariatan

" Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri
kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakaj mereka
beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni'mat Allah?"
(Surah an-Nahl: ayat 72)

" Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah
akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah an-Nur : ayat 32)

" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan
oleh bumi dan dari mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
(Surah Yasin: ayat 36)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah ar-Ruum: ayat 21)

" Dan segala sesuatu yang Kami ciotakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah."
Surah al-Zariya: ayat 49

Peminangan

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan
perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan
masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum
peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan
bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan
pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan
dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa
peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan
berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua
tangan sahaja.

Nikah

Rukun nikah:
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi
- Ijab dan kabul (akad nikah)

Mahar

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia
juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4.

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah
baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan
persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah
kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara
tunai, bertangguh atau berhutang.

Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara
syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris
isterinya.

Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas
isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya.

Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib
membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar

" Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya

" Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan
atau walinya.

Walimatulurus

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat
ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan
tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat
menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan
mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan
kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara bersederhana
dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Di antara sumber rujukan:
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam

Monday, December 15, 2008

Camry Vs Perdana


Pelbagai reaksi yang diberikan terhadap isu pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kereta rasmi kerajaan Perak yang baru bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 yang uzur.Bagi aku better pakai camry dari segi jimat dan keselamatan. Camry itu mahal bukan kerana dia mmg mahal , tetapi cukai yang 'kera'jaan tekankan yang menjadikannya mahal.
Perdana V6 ? buat dalam malaysia pun dah 120K ? Kalau terbukti maintainence dia lebih tinggi , bagi aku x payah la pakai... V6 dah terbukti banyak masalah, dan semua org tahu...

IPOH: Ahli Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk Exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.

Beliau berkata keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang lepas, Ngeh berkata keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada.

"Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Proton Perdana melibatkan kos tinggi. Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk
berbelanja secara berhemah. - Bernama
**Membandingkan produk Proton dengan Toyota bagaikan langit dengan bumi dari segi kualiti, daya tahan dan segala-galanya. Dari segi perawatan atau maintainance, Toyota lebih hemat daripada Proton yang sering rosak-rosak dan sparepartnya mahal. Sesiapapun yang memakai proton pasti mengakui hakikat ini. Kalau lebih hemat Camry, kita pun menyokong tindakan kerajaan Perak itu.

Sunday, December 7, 2008

Salam Eid-ul-adha


Dianggarkan lebih kurang 3 juta umat islam sedang menunaikan ibadat haji tahun takala ini dan hari ini adalah kemuncak kepada ibadah itu.Ia merupakan perhimpunan ugama yang terbesar dimuka bumi dalam dekad ini.

Esok kita akan menyambut Eid-ul-adha.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT
Dalam kehidupan ini, kita mesti berkorban, kita sanggup berkoraban demi dunia, demi kekasih, demi pelajaran, demi kerja, demi perut, demi hawa nafsu dan demi segala-gala ni’mat di dunia. Tapi selalukah kita berkorban demi Allah.

Pada kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Eid-ul-adha kepada para pembaca blog ini yang beragama Islam. Semoga korban kita semua akan di terima oleh Pencipta yang Maha Satu.

Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa


Ucapan takziah kepada keluarga empat mangsa yang terkorban berasa dukacita atas kejadian malang yang menimpa ribuan penduduk yang masih terperangkap akibat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa jam 4 pagi semalam.

Dalam kejadian itu empat yang terkorban antaranya dikenali sebagai sebagai Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, Dr N. Yogeswari, 40 dan Eng Yee Peng, 30,Pembantu rumah dikenali Su.

|PerakExpress.com|Manusia ini angkuh dan sering cakap tak serupa bikin. Bila terjadi malapetaka, ramai yang mengeluh. Ada yang salahkan takdir. Ramai jadi penonton pasif. Ramai jadi penyibuk. Malapetaka menjadi “promo” dan “headline news”. Bila jumpa kawan ia jadi “conversational piece”. Kita melihat tayangan malapelata ketika makan malam bersama keluarga, ketika santai dan ketika sembang-sembang kosong. Apakah yang dirasa oleh mereka yang ditimpa malapetaka? Apakah yang kita rasa? Anda yakin apa yang berlaku kepada mereka tidak akan berlaku kepada kita?

Sesungguhnya peristiwa ini amat menyedihkan aku.

Tahukah?
Bila malapetaka singgah hari ini;
Esok, lusa, minggu depan, tahun depan atau bila-bila masa dia akan singgah lagi.
Jangan salahkan Tuhan;
Jangan salahkan alam.

Malapetaka bukan tetamu yang tidak diundang.
Kita sedia alurnya;
Kita papar ruangnya;
Kita rintis jalannya;
Kita buka pintunya…
Ada pokok - tebang;
Ada hutan - bakar;
Ada bukit - tarah;
Ada sungai - kambus;
Ada pasir - punggah;
Ada orang miskin - halau.

Jika malapetaka ini bencana alam, pasti manusialah petakanya - bencana kepada alam.
Kerana kita yang ada kuasa…
Nak tebang pokok?
Nak bakar hutan?
Nak tarah bukit?
Nak kambus sungai?
Nak punggah pasir?
Nak halau orang miskin?
Nak undang malapetaka?

Jika malapetaka pernah singgah, dia akan singgah lagi;
Dan singgah lagi meranapkan segala yang kita cinta.

Antara kuasa manusia dan sebuah bumi;
Bila bumi bertindak, kita tiada kuasa lagi;
Tiada jalan pulang, tiada daya kembali;
Tidak boleh berpatah balik.
Hendak kemana kita bila bumi telah tiada?
Sampai bila baru kita insaf?

Dulu malapetaka berlaku di Highland Towers. Hari ini di Bukit Antarabangsa. Ia bukan satu kebetulan. Kajian sains menyatakan malapetaka memiliki ciri tetap. Ia akan berulang jika terdapat kondisi yang sama. Oleh sebab itu, manusia yang arif dapat menjangka sama ada malapetaka boleh berlaku atau akan berlaku. Jadi, jika kita sajikan kondisi yang sama di tempat lainpun, malapetaka pasti datang. Risiko yang ditanggung penghuni tetap sama. Malapetaka mengajar manusia supaya sentiasa meletakkan sempadan pada semua keburukannya (kemusnahan nyawa, hartabenda dan alam sekitar).

Tolong jangan salahkan hujan.

Wednesday, December 3, 2008

Pra penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengaanu

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menetapkan hari jumaat ini bermesyuarat tentang pilihan raya kecil bagi pemilihan dan tarikh bagi PRK berikutan ahli parlimannya yang juga timb. menteri pelajaran Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ekoran kembalinya ke rahmatullah.

Kuala Terengganu merupakan kawasan buruan pihak BN selaku penyandang mahu pun pakatan rakyat. sama-sama "hebat" di sana.

Sejak pilihanraya umum 1999, kerusi ini silih bertukar tangan antara PAS dan BN. Pada pilihanraya 1999 PAS memenangi kerusi ini melalui dr syed azman syed ahmad dan dirampas oleh BN pada pilihanraya umum 2004 melalui allahyarham dato' razali ismail dan pada pilihanraya umum 2008, sekali lagi BN mempertahankan kerusi ini melalui calon yang sama dengan majoriti 628 undi.

Kali ni memang BN akan "tabur" habis-habis apa yang patut dan apa yang tak patut. "tabur" macam di permatang pauh dulu. orang-orang kuala terengganu... bersedialah untuk terima durian runtuh!...

Pakatan Rakyat pulak?
Pakatan Rakyat akan bawak turun otai-otainya untuk bantu kempen. isu tukar kerajaan akan dimainkan semula. itulah modal paling besar.

tapi...hampa kena ingat pada nek Maimun...
jangan bagi "maimun" kacau daun lagi kali ni... undi dia dulu kalau campur dengan undi mat sabu... BN dah tumbang dah hari tu...

Apa pun... kalau maimun "buat hal" lagi kali ni... dia mesti jadi nenek paling "glamour" di malaysia dan dunia luar... biar pun dia kalah!..

Kali ini selain dari nenek Maimun yang kacau daun dalam pilihanraya umum dulu,ada seorang lagi yang teringin bertanding di kuala Terengganu dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), iaitu parti serpihan PAS.
apa ke "jadah" nya nak masuk bertanding di PRK kuala Terengganu ni. dulu dah hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh dengan DSAI tak serik lagi ka? tok sah dok kacau orang laaa...
"Kita akan bertanding dan kita yakin akan memperolehi sokongan, terutama dari golongan Melayu kerana parti kita memperjuangkan orang Melayu," kata presidennya, Hanafi Mamat kepada Bernama hari ini.

Dulu nenek maimun kacau... la ni atok hanafi pulak... awat depa ni ha... mau cari publisiti ker...

Kita bukan nak tengok parti serpihan macam ni bertanding... kita nak tengok PR vs BN. ini "anak jantan". kita tak nak tengok orang yang hanya boleh 'bertinju" macam labu labi.

Bagi atok napiiii..dinasihatkan lupakan saja niat "murni" atok tu... simpan duit... buat pegi mekah tahun depan lagi bagus. tok sah dok bagi free duit tu kat SPR... sah-sah dah kalah sebelum bertanding !

Tuesday, December 2, 2008

10 sen je,bukan lagi 15sen

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi.Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.

blogger templates | Make Money Online