Monday, May 6, 2013

Rumusan dan fakta menarik GE/PRU13

KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.


Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Sunday, February 24, 2013

Kempen PRU13 Bermula

Belum pun PM Najib membubarkan parlimen untuk PRU 13,Pakatan Rakyat telah pun bersedia menggerakan kempen dengan inisiatif yang baru dengan pentas bergerak @treler bagi menjelahi seluruh negara untuk berkempen,Ini lah satu satu dari cara yang boleh digunakan  untuk menerangkan kepada rakyat marhaien tentang kebejatan pihak sebelah sana setelah media perdana(RTM,TV31/4) telah digunakan oleh mereka secara berat sebelah, tidak telus dalam peyampaian berita yang sebenar dan terkini.








Sunday, January 13, 2013

HKR #112

Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran perhimpunan.Sejarah telah pun tercatat kebangkitan suara inginkan "kebebasan" diterjemahkan dengan puluhan ratusan ribu rakyat idak kira apa bangsa turun dijalanan sebelum berhimpun di Stadium Merdeka.

Suasana perhimpunan kali ini amat jauh bedanya jika dibandingkan dengan banyak himpunan rakyat yang lalu. Hampir keseluruhan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat merasa lega kerna tiada gangguan daripada pihak polis sepertimana yang kerap dilakukan dimasa-masa terdahulu.

Dari gambaran photo yang dirakam dan boleh di "download" dari internet sudah dapat menceritakan segala galanya. 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

 
 
JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI Jernihkan FIKIRAN
Semoga 2013 Terlaksana IMPIAN

Buka hati dapat CINTA
Buka tangan dapat PERSAHABATAN
Buka mata dapat PEMANDANGAN
Buka handphone dapat PESAN
Buka pesan dapat UCAPAN
Selamat tahun baru 2013
 
Esok adalah bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Selamat Tahun Baru 2013

Saturday, December 22, 2012

Persediaan Persekolahan Anak Tahun 2013


PENGGAL persekolahan 2013 bakal bermula 2 minggu lagi. Jika sebelum  berhabisan belanja untuk perayaan kini tibalah masa pula untuk berbelanja keperluan anak-anak ke sekolah.
Lazimnya, keperluan ini memerlukan kos yang agak tinggi apatah lagi bagi yang mempunyai anak yang ramai ke sekolah.
Jika dahulu RM200 mungkin cukup untuk keperluan seorang anak tetapi musim sekarang dengan keadaan yang serba mahal, nilai tersebut sudah tidak mencukupi.
Malah, harga sepasang kasut sekarang melebihi RM30 itu belum lagi ditambah dengan sepasang baju baru dan keperluan yang lain.
Bagi yang berkemampuan ia mungkin tidak memberi masalah namun bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah ditambah lagi memiliki anak yang ramai dan bersekolah, keadaan itu sangat membebankan.
Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi.
Kalau dahulu, anak-anak dibekalkan wang saku RM2 tetapi sekarang harga nasi lemak sahaja melebihi harga itu.
Kalau tidak beringat dari awal tahun dulu memang risau dan berpeluh dibuatnya untuk menyediakan keperluan ini,belum lagi yuran persekolan samada sekolah kebangsaan atau menengah,serta sekolah agama.Bagi penjawat awam mungkin reda sedikit bila dijanjikan bonus setengah bulan gaji,tapi yang swasta ini,dari mana hendak diperolehi wang sebanyak itu.Mujurlah pihak majikan ada sediakan pinjaman "cash advance"persediaan permulaan persekolahan.Nanti bulan berikutnya kena tolak gajilah sebagai ansuran bulanan pembayaran balik.
Untuk anak seramai 4 orang  mencecah ribuan ringgit untuk memenuhi yuran dan semua keperluan persekolahan anak anak.
Realitinya sejumlah itulah yang perlu bagi persediaan persekolah anak anak dibumi 1MALAYSIA aku ni!!!

Sunday, December 16, 2012

Kereta Mampu Milik

Kos sara hidup di Malaysia sangat mahal berbanding dengan purata pendapatan rakyat Malaysia.  Bukti pertama yang saya bawa adalah betapa mahalnya harga kereta di Malaysia. Ini diakibatkan kerana wujudnya Proton yang banyak memberi kesusahan daripada kesenangan kepada rakyat.

Demi melindungi Proton, kerajaan sanggup mengenakan cukai yang sangat tinggi kepada pengeluar kereta import sedangkan harga sebenar kereta import dari Jepun, Korea dan Eropah jauh lebih murah..malah lebih murah daripada kereta Proton sendiri.

dan..demi untuk mengaut keuntungan kepada para kroni...Proton mengenakan harga yang sangat tinggi kepada rakyat..sedangkan harga kereta sepatutnya murah...

Berikut adalah perbandingan antara Kos Kereta dan Pendapatan Purata rakyat bagi Malaysia dan negara Australia (saya gunakan nilai dolar U.S sebagai standard perbandingan antara dua negara ini) :

Pendapatan Purata Rakyat (KDNK per kapita / GDP per capita) :

Malaysia : US$ 8,624
Australia : US$ 66,983

Harga kereta Toyota Camry (harga minimum) :

Malaysia : US$ 46,270.50
Australia : US$ 35,268.32

Lihatlah..betapa murahnya harga kereta Toyota di Australia !!!...dengan pendapatan purata rakyat Australia yang tinggi (US$ 66,983) harga minimum Toyota Camry di Australia hanyalah (US$ 35,268)....

Sedangkan Malaysia..dengan pendapatan purata rakyat yang rendah (US$ 8,624) harga minimum Camry mencecah (US$ 46,270.50)

Kesimpulan : Bubarkan Proton...sudah pasti cukai import kereta ditarik balik dan harga kereta menjadi sangat murah dan rakyat mampu membeli kereta yang berkualiti..rakyat dah penat kerja siang malam..hak rakyat untuk gunakan duit gaji mereka untuk membeli kereta berkualiti seperti Toyota bukan dipaksakan membeli kereta Proton yang umpama tin kosong !!

Saturday, December 15, 2012

Pertalian jenis darah mewakili sikap diri anda!

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh anda mampu menggambarkan personaliti sebenar diri anda sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Saturday, December 1, 2012

Senarai Peminjam Bank Negara


Monday, August 6, 2012

Yang Mana Satu? Merdeka 2012


Diantara kedua dua logo dan slogan merdeka ,BN dan PR yang mana lebih menarik dan patriotik?

 atau pun design yang dibawah ini;


Wednesday, August 1, 2012

Soal dan Jawab tentang Permasalahan Kita


Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

Sunday, July 22, 2012

Harapan Ramadhan Ini

Allah telah menjanjikan kebaikan yang terlalu banyak dalam bulan ini. Allah menganugerahkan ibadah puasa, solat tarawikh, sahur, rahmat dan keampunan yang tidak terhingga banyaknya. Abu Hurairah radhiallaahuanhu meriwayatkan, Rasulullah sallallaahu’alaihiwassalam bersabda, “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang Ramadhan itu, dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, dan syaitan dibelenggu. (Hadith Riwayat Ahmad, An-Nasai’ dan Baihaqi) Sungguh, inilah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang rindu akan pertemuan dengan Rabbnya. Bulan Ramadhan. Madrasah tarbiyyah Ramadha

 Tips Pra-Ramadhan
 
1. Banyakkan berdoa semoga Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan. Doakan juga semoga kita berada dalam keadaan tip-top dan dimudahkan untuk beramal didalamnya. Anas bin Malik radhiallaahuanhu meriwayatkan, Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)
2. Bergembiralah dengan kedatangan Ramadhan dengan menyebut-nyebut tentangnya. Ingatkan diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan agar semua turut merasa gembira dan bersedia menyambutnya. Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam ketika di penghujung Sya’ban mengingatkan para sahabat akan kedatangan Ramadhan. “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
3. Revise atau ulangkaji pelajaran berkaitan fiqh Ramadhan. Lihat semula tentang amal-amal yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan Ramadhan. Gunakan para asatizah, guru-guru agama, murobbi/ah, buku-buku dan internet untuk rujukan. Hadiri kuliah-kuliah, seminar-seminar dan tontonlah video-video di internet mengenai Ramadhan. Inshaallah, semangat Ramadhan akan lebih dirasai.
 4. Letakkan target amalan-amalan yang hendak kita lakukan pada bulan Ramadhan. Target harian, mingguan dan bulanan. Contohnya, sehari 1 juz tilawah & tadabbur Al-Qur’an, 12 rakaat solat sunat nawafil, setiap waktu solat fardhu berjemaah dan sebagainya. Mingguan pula contohnya sedeqah RM10 seminggu atau memberi makan kepada orang berbuka puasa. Bulanan pula contohnya menurunkan berat badan sebanyak 20kg pada akhir Ramadhan atau menghabiskan membaca satu buku Islam. Inshaallah, jika kita ikhlas dan bermujahadah melakukannya, Allah akan bantu.
 5. Susun jadual harian untuk hari pertama hingga hari ke-30 Ramadhan. Pastikan setiap hari kita dirancang dan setiap masa kita digunakan sebaiknya. Tempoh Ramadhan adalah terhad, maka perlu untuk kita menggunakan setiap saat sebaik mungkin. Tipsnya, tuliskan jadual itu dan tempatkan di tempat yang memudahkan kita lihat. Di dinding, desktop, Iphone, Samsung Galaxy dan sebagainya.
 6. Warming up sebelum Ramadhan. Biasakan diri dengan amal-amal yang akan kita lakukan pada bulat Ramadhan. Contohnya, biasakan bangun awal untuk qiyamullail, biasakan pergi ke masjid, biasakan solat sunat nawafil dan sebagainya. Biasakan diri baca Qur’an. Mulakan dulu dengan 1 muka, kemudian 2, 3, 4 dan seterusnya. Nanti bila telah masuk Ramadhan, sudah ada momentum dan pace yang tetap.
7. Siapkan alatan atau material yang dapat membantu dan menambah motivasi kita untuk menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan. Contohnya, jubah dan kopiah baru untuk ke masjid, checklist Ramadhan dalam telefon atau komputer, software Ramadhan, alarm clock, minyak wangi, mushaf Qur’an Darul Iman, tasbih dan lain-lain lagi. Inshaallaah, benda-benda ini dapat meningkatkan lagi himmah kita untuk beramal.
 8. Fikirkan dan tuliskan senarai doa yang mahu kita mohon daripada Allah s.w.t. sepanjang Ramadhan ini. Mintalah apa saja daripada-Nya, nescaya akan dikabulkan oleh Allah. Firman Allah, “Mintalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan.” (Al-Mu’min:60)


 Tips Peri-Ramadhan

Selepas perancangan yang baik sebelum Ramadhan, maka tibalah masa untuk beramal dengan perancangan yang dah dibuat. Ana kongsikan juga beberapa tips yang boleh dibuat ketika bulan Ramadhan, selain daripada puasa yang semua orang tahu wajib.
1. Bersahur. Pastikan kita bersahur dan pastikan kita melewat-lewatkan sahur. Sabda Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam, “Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur itu mempunyai keberkatan.” (Mutafaq’alaih). Rasulullah juga pernah bersabda, “Sentiasa umatku dalam kebaikan jika mereka mengawalkan berbuka dan melewatkan sahur”. (Hadith Riwayat Ahmad). Selain itu, sahur juga menjadikan puasa kita istimewa. Sabda Nabi, “Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:” (Hadith Riwayat Muslim)
 2. Banyakkan membaca Al-Qur’an disamping mentadabbur ayat-ayatnya. Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Dalam bulan Ramadhan inilah kita perlu menggandakan tilawah. Allah berfirman, “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Al-Baqarah:185). Bawalah mushaf Al-Qur’an ke mana-mana. Ambil peluang membacanya. Dalam LRT, semasa menunggu bas, ketika dalam kelas. Molek juga jika MP3 atau Ipod dipenuhkan dengan alunan Al-Qur’an. Dapat juga didengarkan sambil berjalan.
 3. Sediakan masa untuk qailullah, yakni tidur sekejap waktu tengah hari (short nap). “Terdapat sebuah hadith daripada Ibnu Umar, beliau berkata, “Kami pada zaman Rasulullah sallallaahu’alaihiwassalam suka tidur di masjid, kami qailullah di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda.” (Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252). Selain itu, Imam Ghazali juga menggalakkan qailullah. Katanya, “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur.” (Ihya’ Ulumuddin)
 4. Pastikan setiap waktu solat fardhu dikerjakan berjemaah. Sebaiknya di masjid. Daripada Abu Hurairah radhiallaahuanhu katanya: “Nabi sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, “Pahala solat berjemaah bagi seseorang lebih daripada solat bersendirian, sama ada di tempat kerjanya atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersolat semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersolat selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat solatnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
 5. Pastikan kita melazimi solat sunah nawafil (rawatib). Sabda Nabi sallallaahu’alaihiwassallam, “Sesiapa yang menjaga 12 rakaat solat sunat, Allah akan menyediakan baginya rumah di dalam syurga iaitu; sebelum zohor 4 rakaat, selepas zohor 2 rakaat, selepas maghrib 2 rakaat, selepas insyak 2 rakaat dan sebelum subuh 2 rakaat.” (Hadith Riwayat At-Tirmizi)
 6. Lazimkan diri dengan solat sunat Dhuha. Abu Hurairah radhiallaahuanhu menyebut, “Kekasihku sallallahu‘alaihiwasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.” (Hadith Riwayat Bukhari). Rasulullaah juga bersabda, Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Abu Daud)
 7. Pastikan kita tidak terlepas untuk solat tarawikh. Tidak kira sama ada di rumah, di masjid atau di mana-mana sahaja. Sesungguhnya solat tarawikh ini dikhaskan oleh Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Nabi sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (tarawikh) dalam bulan Ramadhan, sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Muslim)
 8. Qiyamullail. Cubalah sedaya upaya untuk bangun malam dan beribadah kepada Allah. Kalau boleh, bangun awal sebelum bersahur, mulakan dengan solat sunat beberapa rakaat dan bermunajat kepada Allah. Diriwayatkan daripada Abdur Rahman bin Auf radhiallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Sallallaahu‘alaihiwasallam menyebut bulan Ramadhan seraya berkata, “Sungguh Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasa dan kusunnahkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya.” (Hadith Riwayat an-Nasa’i)
9. Berbuka puasa dengan kurma dan air kosong. Sabda Nabi sallallaahu’alaihiwassallam, “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
10. Memperbanyakkan berdoa. Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, “Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir”. (Hadith Riwayat Bukhari). Selain itu, juga Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, ”Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.” (Hadith Riwayat Ibn Majah). Maka, perbanyakkanlah doa kita, terutama sebelum berbuka puasa.
11. Mengurangkan bercakap, bergosip dan cuba elakkan berkonflik. Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, “Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji.” (Hadith Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi). Dalam hadith yang lain, baginda bersabda, “Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: “Sesungguhnya saya sedang berpuasa.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam hadith yang lain, baginda menyebut, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadith Riwayat Bukhari). Perbuatan ini bukan saja perlu dielakkan di dunia nyata, bahkan juga di Facebook, Twitter, ruangan komen dan juga forum-forum.
12. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) tanpa dikurangi sedikitpun. (Hadith Riwayat Tirmidzi). Wah, sudahlah dapat pahala berpuasa, ditambah lagi dengan pahala puasa orang lain. Jom, berebut-rebutlah memberi makan kepada orang yang berpuasa.
13. Menggandakan sedaqah dan infaq. Diriwayatkan daripada Anas radhiallaahuanhu beliau bertanya Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam: “Wahai Rasulullah manakah sedekah yang lebih utama?” Baginda menjawab sedekah pada bulan Ramadhan. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi). Selain itu, Ibnu Abbas radhiallaahuanhuma menyebut, “Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawanannya pada bulan Ramadan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
14. Berusaha mencari lailatul qadar. Sesungguhnya, inilah kemuncak kepada bulan Ramadhan iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Dengan rahmat kasih sayang Allah, Dia menghadiahkan kita malam yang seolah-olah ‘bilik waktu semangat’ dalam kartun Dragon Ball. Firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. Tahukah kamu apa itu malam al-Qadr? Malam al-Qadr adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr:1-3). Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan qiyamullail pada lailatul qadar karana iman dan mengharap pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
 15. Cubalah sedaya-upaya untuk beri’tikaf di masjid-masjid pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu’alaihiwassallam telah beri’tikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan selama sepuluh hari tetapi pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama dua puluh hari. (Hadith Riwayat Bukhari) Mungin masih banyak yang boleh dilakukan ketika Ramadhan ini. Tinggal lagi sama ada kita benar-benar mahu atau tidak untuk bermujahadah mencari mutiara-mutiara yang telah Allah janjikan dalam bulan tarbiyyah ini. Janganlah kita leka lantas menjadi celaka kerana apabila tamatnya Ramadhan, dosa kita tidak diampunkan, sedangkan Allah telah memberikan pelbagai tawaran yang tidak terhingga nilainya. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih tersusun, berstrategi dan mengesan dalam diri kita.
 Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Disclaimer: Banyak hadith dalam artikel ini tidak ditakhrijkan dengan teliti kerana saya tidak arif. Sekiranya ada hadith-hadith dalam artikel ini berstatus mawdhu’, mohon diberitahu kepada saya. Jazakumullaah khoyr.
Azizul Salehudin
BADAR, HK, CZ

Sunday, May 6, 2012

Bersih 3.0 dari kaca mata Berita Al Jazeera.

These are video images of the heavy-handed response to the Bersih rally brought to you by Al Jazeera Network News.

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0

Himpunan raksasa Bersih 3.0 pada 28 April 2012 telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan kehadiran terbesar Uniknya ia terdiri dari pelbagai bangsa. Majoritinya ialah anak muda. Ada yang menyatakan jumlah kehadiran hampir 200,000 rakyat turun ke jalanraya menuntut demokrasi dan menentang penyelewengan pemerintah.Walaupun sebelum ini pihak media kerajaan mewar-warkan siang malam supaya menolak perhimpunan ini sehingga ketakutan mendapatkan perintah mahkamah,tetapi kuasa rakyat dan kesedaran dan kebebasan hak rakyat berhimpun jelas tergambar dalam photo photo dibawah ini:

Monday, March 19, 2012

Parlimen 1Malaysia Vs Parlimen Dunia Pertama

Parlimen 1Malaysia



Parlimen Dunia Pertama



1) Parlimen Malaysia diwarisi dari Parlimen United Kingdom. Walaupun parlimen kita mengikut parlimen orang putih, tapi perangai setiap seorang yang diberi gelaran Yang Berhormat mengalahkan orang jual ikan di Pasar Borong Selayang.
2) Kerusi Parlimen Malaysia lebih selesa empuk sampai MP boleh terlena sambil masing-masing dapat meja. Tapi masih ramai juga yang ponteng bersidang.
3) Kerusi Parlimen United Kingdom sedap sikit dari kerusi di 'bus stop'. Tak ada meja, duduk berhimpit-himpit tapi masih ramai yang rajin datang bersidang.
4) Gordon Brown selaku Perdana Menteri masih jawab soalan David Cameron.
5) Aku tak 'sakit otak' tengok rakaman Parlimen United Kingdom.

Saturday, February 18, 2012

Jika Pencuri bayar balik, kes selesai?

Mengulas isu NFC hari Sinar Harian melaporkan Dato’ Seri Nazri Aziz menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayar balik wang NFC bagi menyelesaikan kemelut isu tersebut.

Ish, mudahnya selesai isu, jika begitu jika ada pencuri mencuri, tangkap dan minta dia bayar balik . .dan selesai kes.

Jadi Negara tidak perlu ada undang-undang kalau kes Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) boleh diselesaikan jika keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang diperolehi oleh syarikat milik mereka.

Ketika menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kesal dengan sikap menteri yang menjaga soal perundangan itu yang “menolak undang-undang”.

“Semata-mata kerana hendak menyelamatkan rakannya di dalam Umno, menteri yang jaga soal undang-undang tolak undang-undang.

“Itu terlalu dahsyat dan melampau,”katanya.

Mahfuz mengingatkan, jika perkara tersebut boleh diselesaikan sedemikian rupa, tidak perlulah ada undang-undang di negara ini.

“Kalau begitu, tak perlu tangkap dan dakwa pencuri. Jika diketahui seseorang itu mencuri, suruh sahaja dia bayar balik, tak kiralah RM250 juta atau berapa sekalipun.

“Sebab itulah saya kata menteri undang-undang sendiri yang tolak dan hendak hapuskan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat cadangan Nazri yang mengetepikan undang-undang itu merupakan percubaan yang sangat lucu untuk menyelamatkan kerajaan dari dipertanggungjawabkan kerana dilihat tidak mengikut peraturan kewangan ketika memberikan wang RM250 juta kepada keluarga Ketua Wanita Umno itu.

Mahfuz sebelum ini berkali-kali menekankan bahawa kerajaan Umnolah pihak yang paling bertanggungjawab dalam isu pemberian dana kepada syarikat keluarga Shahrizat yang mengendalikan projek NFC itu.

“Walaupun syarikat keluarga Shahrizat didakwa dan dilihat tidak menggunakan pinjaman tersebut dengan betul, tetapi kerajaan Umnolah yang lebih bersalah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang diberikan kepada syarikat keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” Sinar Harian memetik Nazri berkata.

Sunday, February 5, 2012

Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan Tebaik

Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.

Sebagaimana yang kita yakin, Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam. Baginda mengajar kita segala ajaran agama. Nabi meminta kita sebagai umatnya agar terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

"Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21)".

Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi dan baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untyuk semua umat manusia. Namun sekarang Nabi telah meninggalkan kita sudah lebih 1400 tahun. Sekarang yang ada adalah sunnahnya. Justeru Nabi tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah.

Selain itu Nabi juga meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Apa yang penting, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi ikutan bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman.

Justeru Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Sementara As-Sunnah pula adalah apa yang dicontohkan oleh Nabi untuk kita semua ikuti. Kerana Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.

Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh. Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW.

Lebib-lebih lagi bagi pemimpin dan perjuang Islam, kita kena mengaku bahawa contoh kepimpinan kita ialah Nabi Muhammad SAW. Justeru atas sebab mencontohi Nabi, kita hendaklah melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam dan mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.

Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah kali ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.

Wednesday, February 1, 2012

BR1M@BRM1M


Rakyat Miskin Berjemur di Tengah Panas Untuk Menerima Kembali Wang dari Hasil Titik Peluh nya


Tetiba malam kelmarin berita perdana katakan itu "wang rakyat untuk rakyat' pula. Agak nya mereka ni baru tersedar dari kebodohan nya. Sekarang mereka baru sedar selama ni mereka dah kebas wang rakyat dan apabila dah nazak baru teringat nak pulangkan balik kepada rakyat.

Friday, September 16, 2011

Replika Teluk San Francisco dari pencungkil gigi

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.
Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.
Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.
Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi

Selamat Hari Malaysia


Selamat hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan disambut serentak pada hari ini menjadikan hari Malaysia begitu meriah. Melalui kaca televisyen tadi meriahnya sehinggakan pisang dan keledek diarak bersama. Kenapa begitu meriah, kerana Anwar lebih cerdik dari Najib. Juga kerana ia juga ada kaitannya dengan pilihanraya.

Kerana cerdiknya Anwar dari Najib, kita mendapat cuti pada 16 September, hanya bermula pada 2010. Sebelum ini hanya Sabah dan Sarawak yang bercuti dan hari Malaysia seolah-olah sepi setiap tahun. Namun kerana Anwar yang riuhkan tarikh 16 September, Sabah dan Sarawak, barulah ia diberi perhatian, malah Naib Presiden UMNO pun terpaksa diberikan kepada Sabah. Sebelum ini Sabah dan Sarawak diremehkan!! Ditakdirkan Najib hanya sebagai peniru!!

Wednesday, September 14, 2011

Puasa Enam


Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T ke muka bumi ini.

Baginda S.A.W bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah S.W.T kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam dirinya).

Ini kerana Baginda S.A.W bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah S.W.T (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh Baginda S.A.W, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, Baginda S.A.W sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah S.W.T berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah S.W.T.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, Baginda S.A.W mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadhan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadhan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." - Hadith Riwayat Muslim dan Imam Ahmad.

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi S.A.W terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefardhuan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi S.A.W kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu solat hingga bermohon ke hadrat Allah S.W.T agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardhu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami redha dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap Baginda Rasulullah S.A.W?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, Baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah S.W.T.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Benarkah kita mengingati Nabi S.A.W ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyinggung peribadi atau ajaran Baginda S.A.W.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad S.A.W ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapat syafaat (recommend) Baginda S.A.W pada hari kiamat sedang Baginda S.A.W sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah S.W.T?

Tepuk dada tanda iman!
-ibnumustafa-

blogger templates | Make Money Online