Saturday, January 16, 2010

Gambar gambar Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" berlaku antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari









.

Fonomena ini dijangka akan berlaku lagi pada tahun 2016

Wednesday, January 13, 2010

Malaysia naik harga gula kerana takut penyakit tapi Amerika cuma nasihat je.

"Berita TV semalam melaporkan satu berita dari New York, Amerika Syarikat berkenaan bahaya pengambilan garam berlebihan dalam pemakanan. Pihak berwajib di sana menasihati rakyat agar mengurangkan pengambilan garam yang berlebihan kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan (penyakit).

Kalau di Malaysia lain pula ceritanya. Kerajaan Malaysia cuba mendidik rakyatnya agar mengurangkan penggunaan gula dalam makanan harian. Kerajaan bukan sahaja menasihati rakyat daripada mengambil gula secara berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit, bahkan kerajaan Malaysia dilihat lebih tegas daripada Amerika.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram dengan alasan mendidik rakyat mengurangkan penggunaan gula.

Namun sebenarnya adalah kerana kerajaan dilihat sudah kekeringan duit dalam menghadapi kemerosotan ekonomi yang meruncing. Kerajaan tidak bersedia lagi untuk membantu rakyatnya sendiri dalam memberi subsidi gula kepada rakyat walaupun sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat kerana kerajaan dipilih rakyat dalam pilihanraya dengan harapan, kerajaan akan melindungi mereka.

Bagaimana pula dengan harga garam di Malaysia?Adakah kerajaan juga ingin naikkan harga garam kerana ingin mendidik rakyatnya mengurangkan penggunaan garam yang boleh mendatangkan penyakit?Amerika hanya menasihat tanpa menaikkan harga tetapi Malaysia lagi hebat, mendidik mendidik rakyat dengan membebankan lagi rakyat.

Bagi rakyat, rakyat ingin menasihatkan kerajaan daripada mengurangkan kerenah birokrasi, membendungkan rasuah, menghalang penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembaziran.

Kerajaan kata naikkan harga gula kerana takut penyakit, rakyat pula kata, jatuhkan kerajaan BN kerana takutkan penyakit rasuah yang semakin meruncing. Sdr Mohamad Sabu menyatakan dalam ceramahnya di Lumut Sabtu lepas menyebut, meruncingnya rasuah di Malaysia, tenatnya rasuah di Malaysia setara dengan negara Zimbabwe.

Dinukilkan drpd:http://warkahdaily.blogspot.com

Tarif Elektrik di Jangka Naik



Tarif elektrik dijangka naik

PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.

"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.

Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.

"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.

Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.

Sumber, FreeMalaysiaToday

Saturday, January 2, 2010

Azam Tahun Baru



Kita berada di ambang tahun baru lagi. Ramailah yang memasang tekad, hasrat, niat, cita-cita baru seolah-olah hanya pada hari pertama di tahun baru segalanya itu harus dilakukan.

Pada diri saya yang hanya melihat tarikh sesuatu hari itu sebagai peringatan bahawa hari terakhir saya berada di dunia fana ini semakin mendekat, entahkan esok, entahkan sebentar nanti. Maka hasrat dan keinginan hati hanyalah agar RedhaNya mengiringi di setiap detik dan di setiap langkah sisa-sisa masa yang tinggal di hadapan diri sementara bergelar sebagai manusia.

Apapun perhitungan waktu yang paling tepat bagi mengira tahun dan bulan adalah mengikut kalendar Islam berdasarkan peredaran dan fasa bulan, jadi seharusnya sebaik-baik masa bagi memulakan segala-gala pembaharuan - jika ingin memanfaatkan tarikh hari pertama dalam sesuatu tahun adalah pada 1 Muharram.

Salam dan Semuga tahun ini lebih bermakna bagi kita semua.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010-Ape yang barunya...harga baru gula dan roti.


Hari ini 01/01/10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangkit lebih ampuh dengan menaikkan harga barang keperluan rakyat. Gula dan roti putih kini lebih mahal untuk membolehkan Najib bangkit lebih ampuh. Rakyat miskin mengeluh. Poket kami kian lumpuh.
Baguslah. Untuk Najib, lebih ampuh. Untuk rakyat, makin lumpuh.
Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.

Berkuatkuasa hari ini, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.

"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban dan ini sudah tentu bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'," katanya.

blogger templates | Make Money Online