Monday, May 6, 2013

Rumusan dan fakta menarik GE/PRU13

KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.


Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Sunday, February 24, 2013

Kempen PRU13 Bermula

Belum pun PM Najib membubarkan parlimen untuk PRU 13,Pakatan Rakyat telah pun bersedia menggerakan kempen dengan inisiatif yang baru dengan pentas bergerak @treler bagi menjelahi seluruh negara untuk berkempen,Ini lah satu satu dari cara yang boleh digunakan  untuk menerangkan kepada rakyat marhaien tentang kebejatan pihak sebelah sana setelah media perdana(RTM,TV31/4) telah digunakan oleh mereka secara berat sebelah, tidak telus dalam peyampaian berita yang sebenar dan terkini.








Sunday, January 13, 2013

HKR #112

Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran perhimpunan.Sejarah telah pun tercatat kebangkitan suara inginkan "kebebasan" diterjemahkan dengan puluhan ratusan ribu rakyat idak kira apa bangsa turun dijalanan sebelum berhimpun di Stadium Merdeka.

Suasana perhimpunan kali ini amat jauh bedanya jika dibandingkan dengan banyak himpunan rakyat yang lalu. Hampir keseluruhan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat merasa lega kerna tiada gangguan daripada pihak polis sepertimana yang kerap dilakukan dimasa-masa terdahulu.

Dari gambaran photo yang dirakam dan boleh di "download" dari internet sudah dapat menceritakan segala galanya. 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

 
 
JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI Jernihkan FIKIRAN
Semoga 2013 Terlaksana IMPIAN

Buka hati dapat CINTA
Buka tangan dapat PERSAHABATAN
Buka mata dapat PEMANDANGAN
Buka handphone dapat PESAN
Buka pesan dapat UCAPAN
Selamat tahun baru 2013
 
Esok adalah bagaikan misteri
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
Kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Selamat Tahun Baru 2013

Saturday, December 22, 2012

Persediaan Persekolahan Anak Tahun 2013


PENGGAL persekolahan 2013 bakal bermula 2 minggu lagi. Jika sebelum  berhabisan belanja untuk perayaan kini tibalah masa pula untuk berbelanja keperluan anak-anak ke sekolah.
Lazimnya, keperluan ini memerlukan kos yang agak tinggi apatah lagi bagi yang mempunyai anak yang ramai ke sekolah.
Jika dahulu RM200 mungkin cukup untuk keperluan seorang anak tetapi musim sekarang dengan keadaan yang serba mahal, nilai tersebut sudah tidak mencukupi.
Malah, harga sepasang kasut sekarang melebihi RM30 itu belum lagi ditambah dengan sepasang baju baru dan keperluan yang lain.
Bagi yang berkemampuan ia mungkin tidak memberi masalah namun bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah ditambah lagi memiliki anak yang ramai dan bersekolah, keadaan itu sangat membebankan.
Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi.
Kalau dahulu, anak-anak dibekalkan wang saku RM2 tetapi sekarang harga nasi lemak sahaja melebihi harga itu.
Kalau tidak beringat dari awal tahun dulu memang risau dan berpeluh dibuatnya untuk menyediakan keperluan ini,belum lagi yuran persekolan samada sekolah kebangsaan atau menengah,serta sekolah agama.Bagi penjawat awam mungkin reda sedikit bila dijanjikan bonus setengah bulan gaji,tapi yang swasta ini,dari mana hendak diperolehi wang sebanyak itu.Mujurlah pihak majikan ada sediakan pinjaman "cash advance"persediaan permulaan persekolahan.Nanti bulan berikutnya kena tolak gajilah sebagai ansuran bulanan pembayaran balik.
Untuk anak seramai 4 orang  mencecah ribuan ringgit untuk memenuhi yuran dan semua keperluan persekolahan anak anak.
Realitinya sejumlah itulah yang perlu bagi persediaan persekolah anak anak dibumi 1MALAYSIA aku ni!!!

Sunday, December 16, 2012

Kereta Mampu Milik

Kos sara hidup di Malaysia sangat mahal berbanding dengan purata pendapatan rakyat Malaysia.  Bukti pertama yang saya bawa adalah betapa mahalnya harga kereta di Malaysia. Ini diakibatkan kerana wujudnya Proton yang banyak memberi kesusahan daripada kesenangan kepada rakyat.

Demi melindungi Proton, kerajaan sanggup mengenakan cukai yang sangat tinggi kepada pengeluar kereta import sedangkan harga sebenar kereta import dari Jepun, Korea dan Eropah jauh lebih murah..malah lebih murah daripada kereta Proton sendiri.

dan..demi untuk mengaut keuntungan kepada para kroni...Proton mengenakan harga yang sangat tinggi kepada rakyat..sedangkan harga kereta sepatutnya murah...

Berikut adalah perbandingan antara Kos Kereta dan Pendapatan Purata rakyat bagi Malaysia dan negara Australia (saya gunakan nilai dolar U.S sebagai standard perbandingan antara dua negara ini) :

Pendapatan Purata Rakyat (KDNK per kapita / GDP per capita) :

Malaysia : US$ 8,624
Australia : US$ 66,983

Harga kereta Toyota Camry (harga minimum) :

Malaysia : US$ 46,270.50
Australia : US$ 35,268.32

Lihatlah..betapa murahnya harga kereta Toyota di Australia !!!...dengan pendapatan purata rakyat Australia yang tinggi (US$ 66,983) harga minimum Toyota Camry di Australia hanyalah (US$ 35,268)....

Sedangkan Malaysia..dengan pendapatan purata rakyat yang rendah (US$ 8,624) harga minimum Camry mencecah (US$ 46,270.50)

Kesimpulan : Bubarkan Proton...sudah pasti cukai import kereta ditarik balik dan harga kereta menjadi sangat murah dan rakyat mampu membeli kereta yang berkualiti..rakyat dah penat kerja siang malam..hak rakyat untuk gunakan duit gaji mereka untuk membeli kereta berkualiti seperti Toyota bukan dipaksakan membeli kereta Proton yang umpama tin kosong !!

Saturday, December 15, 2012

Pertalian jenis darah mewakili sikap diri anda!

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh anda mampu menggambarkan personaliti sebenar diri anda sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

blogger templates | Make Money Online